Saturday, October 16, 2010

Pementasan teater....tajuk....tak tau...



























Malam tadi jam 8.30 malam lebih kurang, 16 Oktober 2010....kami telah membuat rakaman MCP atau multiple camera production untuk persembahan Teater di Panggung Seni, DECTAR. Tajuk teater ni pun kami tak berapa pasti....jadi bubuh jer tajuk 'tak tau'.

Macam biasalah, jam lebih kurang 6.00 petang pasang peralatan rakaman MCP dan seterusnya pastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Malam ni sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio, sementara Shahrul sebagai switcher....switcher biasa kami tidak hadir sebab terlupa atau mungkin fikiran kacau kut....Sebelum melaksanakan tugas rakaman kami sempat gak berbual sesama sendiri. Perbualan kami berkisar kepada penilaian terhadap individu2 tertentu....Pandangan aku tidak salah menilai diri orang lain. Namun sebelum itu nilai juga kemampuan diri sendiri juga supaya penilaian kita adil. Adakah kita sudah cukup berkebolehan....kalau belum....elok kita cuba cari sesuatu supaya kita berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu...............

Sementara itu aku duk jaga kamera 2 atau CAM TWO. Sekali sekala jadi jurukamera seronok gak. CAM 2 yang aku kawal sentiasa jer bermasalah, tak tau kenapa.... Pada aku sistem MCP kami akan tidak bermasalah jika kabel kamera yang kami gunakan diganti dengan yang baru...tapi...macam mana nak ganti....bukan mudah nak dapat 'budget'... tak tau aku bila kabel-kabel berkenaan dapat digantikan. Setiap rakaman MCP yang kami buat kebelakangan ni boleh dikatakan semua visual nya 'koyak'...banyak sangat 'distortion'. Ermmmm....harap akan diganti satu hari nanti.....

Krew bantuan yang sempat hadir membantu malam tadi ialah sdr. YUNUS, ISMAHASHIMI, HATA, ZULHIMI, SULIMI, WAFIY & CHEF. Krew kami iaitu sdr. RAMLI dan SITI SURAYA tidak dapat hadir kerana urusan keluarga. Terima kasih kepada semua krew....TANPA ANDA, SIAPALAH KAMI....

daudmontakzakaria

No comments: