Malam tadi, Isnin, 18 Oktober 2010;
Kami membuat rakaman video MCP atau Multiple Camera Production lagi. Kali ini kami membuat rakaman program FESTIVAL SENI UKM 2010 di DECTAR.
Seperti biasalah....pemasangan peralatan kami lakukan lebih kurang jam 6.00 petang dimana aku, Shahrul, Jasril Amry dan Siti Suraya memasang semua kamera dan menguji semua peralatan video yang akan kami gunakan nanti. Sementara sdr. Ramli telah membuat pemasangan peralatan dan mengujinya lebih awal lagi.
Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew bantuan datang ke studio ukm untuk bertugas. Krew bantuan yang berkesempatan datang ialah HASNAH, ISMAHASHIMI, HANIM, WAFIY, HATA, BUKHARI, YUNUS & SULIMI. Lebih kurang jam 9.00 malam program berkenaan bermula dan sekali lagi aku bertugas sebagai salah seorang jurukamera, bukan sebab apa, cuma rindu jugak untuk mengendalikan kamera. Sementara sdr. Kamarul Baharin mengambil alih tugas sebagai Pengarah Studio.
Malam ini juga sistem peralatan dalam studio bermasalah seperti sebelum ini. Ada ketikanya visual yang dirakam serta ditayangkan juga kat layar besar dalam DECTAR mengalami masalah. Aku terpaksa meninggalkan kamera kepada krew lain dan masuk ke studio untuk membuat pemeriksaan kepada masalah berkenaan. Namun 'distortion' tetap juag terjadi dan anggapan kami tetap sama, kabel kamera salah sebuah kamera yang digunakan menjadi masalah. Oleh yang demikian jalan terakhir dibuat, kamera tersebut ditutup suisnya dan tidak digunakan. Sampai bila harus begini....? entahlahhhh..............arghhhhhhhhhhhhhhh.....
Walau bagaimanapun kepada krew semua aku ucapkan jutaan terima kasih....'TANPA ANDA, SIAPALAH KAMI......'
daudmontakzakaria
1 comment:
betol2.. i pun ada perasan juga masalah rakaman atas skrin tu.. sebab wayer ke? sabar ek en daud.. hehe
Post a Comment