Monday, August 31, 2009

Sambutan Ambang Merdeka...


Hari ini 30 Ogos 2009, jam 1.00 pagi, aku baru sampai ke rumah dari UKM. Kami membuat rakaman MCP untuk Sambutan Ambang Merdeka UKM2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Agak penat juga rasanya.

Sebenarnya persiapan teknikal untuk peralatan audio visual kami mulakan pada jam 4.00 petang. Aku, sdr. Jasryl dan sdr. Ramli telah memasang kabel-kabel video kamera dan audio serta membuat ujian ke atas peralatan tersebut. Sdr. Jasryl menyiapkan grafik untuk tugas rakaman malam ini.



Jam 6.00 petang kami pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga masing-masing. Selepas maghrib kami kembali semula ke UKM untuk menyambung kembali persiapan teknikal berkenaan.

Sebenarnya majlis sambutan tersebut bermula pada jam 10.00 malam setelah selesai solat Tarawih di Pusat Islam UKM yang terletak berhampiran Dewan Canselor.

Keadaan dalam bilik kawalan ketika majlis berlangsung.




Acara malam ini di isi dengan puisi berkaitan merdeka, forum merdeka, penyerahan bendera kepada Naib Canselor dan juga upacara menaikan bendera ketika lagu Negara Ku dinyanyikan. Bacaan doa dan lagu patriotik juga dinyanyikan pada malam sambutan.


Suasana ketika rakaman, sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio selepas aku.






Majlis berkenaan tamat kira-kira jam 12.30 malam. Selepas mengemaskan semua peralatan kami pulang ke rumah...


Krew yang terlibat malam ini ialah;

PENGARAH STUDIO: Aku dan Sdr. Kamarul

SWITCHER: Hasnah dan Hanim

GRAFIK: Jasryl Amri





MULTIMEDIA: Ruhaizad

AUDIO: Ramli

JURUKAMERA:

Zulhimi.
Yunus.
Suraya.
Wafiy.
Bukhori.
Jamaludin Sabran.
Azrul Khaidir.

Hmmm...apa yang disembangkan oleh Zulhimi dan Suraya ni, gossip ke????












Hmmm.....sibuknye mereka....sampai pening kepala nampak!















Menjeling pulak dia ni....hmmm....jangan lalai, switcher tu jaga.....nanti silap 'take' pulak...













Hmmmm....ini jurugrafik kami, sdr. Jasryl, mungkin dia berasal dari ESKIMO kut...















Inilah tempat kami bertugas, mungkin kelihatan tidak 'serious' tapi tanggung jawab kami sentiasa selesai dengan sempurna....
















Audio sentiasa diawasi supaya tidak berlaku sebarang kesilapan, ini sdr. Ramli...













Ini pula para hadirin yang menyanyikan lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai sebelum acara ditamatkan...













Tan Seri Dato' Dr. Sharifah Hapsah, Naib Canselor UKM turut serta menyanyikan lagu patriotik di atas pentas...













Bendera dikibarkan sebagai tanda kegembiraan di atas kemerdekaan negara yang telah mencapai 52 tahun....


AKHIR SEKALI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KREW YANG TERLIBAT DALAM RAKAMAN MCP INI...

Tuesday, August 25, 2009

Bagaimana tugas penerbitan sebuah filem....


Hari ini aku terbaca sebuah tulisan berkaitan pembikinan filem yang ringkas. Oleh kerana ia ringkas, eloklah aku kongsikan dengan pembaca blog ini yang ingin mengetahui serba sedikit tentangnya.

GAMBAR BERGERAK
Gambar bergerak terhasil daripada sejalur filem lut sinar yang panjang yang mengandungi banyak imej tidak bergerak. Projektor yang menayangkan filem tersebut akan menggerakkan 24 keping imej terpisah di filem setiap 1 saat. Setiap satu imej mempunyai perbezaan yang sedikit di antara satu sama lain. Apabila kita menonton imej di layar, otak kita yang akan menyambungkan imej-imej tersebut membentuk satu pergerakan gambar yang lancar di layar.

PRAPENERBITAN FILEM
Katakan seorang Penerbit filem ingin membuat sebuah filem. Penerbit ialah orang yang bertanggung jawab terhadap keseluruhan proses pembikinan filem dari mula hingga akhir. Penerbit dan Pengarah akan bekerja bersama dalam satu kumpulan penerbitan yang besar yang mengadungi berpuluh atau beratus krew dengan perbelanjaan yang besar hingga mencecah jutaan ringgit.

Pembikinan filem bermula dengan penulis skrip lakon layar. Penulis skrip lakon layar ini menukar cerita contohnya dari sebuah novel ke bentuk teks yang dikenali sebagai skrip filem. Skrip filem dipinda beberapa kali. Pengarah yang dilantik oleh Penerbit untuk mengarah filem berkenaan akan bekerja dengan pelukis untuk menukarkan skrip filem kepada 'storyboard'. Catatan akan ditambah untuk memberi perincian bagi dialog, muzik dan kesan khas(special effect). Skrip filem dan 'storyboard' membantu Pengarah untuk memvisualkan setiap adegan yang akan dipapar dan melancarkan aksi dalam filem.

PENGURUS LOKASI akan merayau atau mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk penggambaran adegan. Tugas ini dikenali sebagai RECEE. Penerbit Lokasi ini akan menghubungi tuan punya setiap lokasi, mendapatkan kebenaran untuk penggambaran dan juga merundingkan sewa lokasi dan sebagainya. Dia juga perlu menguruskan penutupan jalan-jalan dalam bandar kepada lalulintas sepanjang penggambaran.

PENGARAH PEMILIHAN PELAKON mengupah pelakon untuk mengisi watak-watak dalam filem. Dua bintang utama iaitu hero dan heroin akan ditawarkan untuk berlakon melalui ajen atau pengurus mereka. Sementara pelakon yangkurang penting akan di uji bakat. Mungkin ratusan pelakon akan diuji dan akan diputuskan siapa yang layak.

PEREKA BENTUK.
Pereka bentuk penerbitan bekerja dengan pelukis 'storyboard' dan Pengarah untuk merancang suasana visual yang betul. Pereka set menukar idea ini kepada arahan berkaitan cara untuk membina set dalam studio.


PENERBITAN

Penggambaran di luar dikenali sebagai penggambaran di lokasiKrew dan pelakon filem mengambil tugas masing-masing. Beberapa jam mungkin diperlukan untuk menyolek pelakon.

Solekan khas;
Dilakukan untuk menukar rupa pelakon contihnya seperti wajah hantu, dan sebagainya.

Solekan biasa;
Dilakukan untuk mengubah wajah pelakon untuk disesuaikan dengan watak. Krim dan bedak mekap bewarna mengubah umur dan warna kulit.

Pakaian
Pelakon utama mempunyai pakaian yang dibuat khas untuk mereka. Pembekal pakaian akan meneliti skrip berminggu lamanya. Mereka akan mengumpul semua pakaian yang diperlukan oleh setiap pelakon disetiap adegan. Pakaian-pakaina ini didapati dari koleksi studio ataupun di sewa.


Pengarah akan cuba merakamkan seberapa banyak adegan atau babak setiap hari. Apabila semuanya telah sedia Pengarah akan memulakan penggambaran. Jeritan 'ACTION' dan 'CUT' dari mulut Pengarah adalah perkataan biasa dalam penggambaran. Rakaman kamera dan rakaman bunyi akan dimulakan sebaik sahaja pelakon beraksi seperti yang dikehendaki oleh Pengarah. Rakaman sesuatu adegan akan dibuat beberapa kali sehingga Pengarah berpuas hati.


Kesinambungan atau 'continuity'
Filem yang telah siap sebenarnya dibuat daripada adegan-adegan yang dirakam pada masa yang berlainan. Penyelia Kesinambungan mengambil gambar foto dan menulis catatan pada setiap adegan. Tugas ini dilakukan untuk memastikan bahawa adegan-adegan tersebut bersesuaian. Penyelia Kesinambungan ini menasihat jurusolek tentang penampilan setiap pelakon. Dia juga memeriksa agar kostum tidak berubah antara adegan-adegan dalam satu babak.

Jika tiada sinar matahari;
Cahaya matahari mungkin terlindung tetapi penggambaran tetap diteruskan dengan bantuan lampu. Kipas yang besar juga digunakan untuk memberi bayu lembut atau angin kencang yang meniup pelakon. Hujan dihasilkan dari perenjis air di atas kepala pelakon.



PENGGAMBARAN


Kamera filem bergerak;

Roda bergerigi dalam kamera filem menggerakkan filem ketika rakaman dibuat. Lens atau kanta kamera memfokus imej ke atas filem apabila filem melalui kamera 24 bingkai atau frame yang berasingan sesaat. Pelbagai jenis lens atau kanta digunakan semasa penggambaran iaitu untuk shot dekat dan jauh.

Filem untuk kamera bergerak merupakan jaluran plastik tahan lasak yang panjang yang mempunyai ketebalan lebih kurang 1/5 mm. tebal. Disaluti bahan kimia yang peka kepada cahaya yang dikenali sebagai 'emultion'. dan ketebalan di atas filem lebih kurang 15/1000mm. tebalnya. Ia mempunyai tiga lapisan yang peka kepada cahaya biru, hijau dan merah.

Satu minit penggambaran memerlukan 27 meter filem. Untuk satu filem cereka ia memerlukan 2.5 Km atau 1.5 batu filem.


Rakaman Bunyi;

Petugas bunyi atau juruaudio menggunakan perakam pita mudah alih semasa penggambaran di lokasi. Mutu bunyi di lokasi biasanya tidak elok atau sesuai bagi filem siap. Rakaman ini digunakan sebagai panduan pelakon proses 'dubbing' dalam studio untuk dimasukkan ke dalam aksi filem.


LAGAK NGERI

Biasanya lagak ngeri dilakonkan oleh pelakon aksi atau pelagak ngeri. Mereka berpakaian dan di solek seperti bintang filem utama. Biasanya adegan lagak ngeri dirakamkan dari jauh oleh itu wajah pelakon ngeri tersebut tidak kelihatan. Shot-shot yang lebih dekat adalah menggunakan wajah pelakon yang sebenar.

Aksi lagak ngeri berjalan beberapa minit sahaja tetapi ia mengambil masa beberapa jam untuk membuatnya. Biasanya pelindung khas dipasang untuk melindungi pinggul, tulang belakang, bahu dan siku pelagak ngeri untuk mengelak kecederaan yang berat. Untuk aksi lasak berkaitan api, pelakon ngeri memakai pakaian dan sarung tangan kalis api selepas pakaian perisai dan sebagainya. Topeng seperti wajah pelakon utama dipakai. Letupan dan percikan api dibuat oleh pakar yang berkenaan.


MEMBINA SET

Terdapat juga beberapa adegan dalam sebuah filem memerlukan rakaman dalam studio yang dikenali sebagai penggambaran atas set. Set biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan. Pelan set dimulakan semasa peringkat PRA PENERBITAN apabila pereka bentuk penerbitan berbincang dengan Pengarah. Satu set pelan dilukis di komputer. Bahagian-bahagian yang tidak dilihat oleh kamera tidak akan dihias.

Pereka bentuk set akan menggunakan lakaran-lakaran set untuk membuat set dengan ukuran yang sebenar. Komputer membantu melihat setiap sudut set. Tukang kayu dan juruhias set membuat dan menghias set menjadi kelihatan seperti hidup dan betul.

Pembuat model membuat model yang sempurna bagi setiap set. Ia membantu Pengarah dan Juruteknik untuk menentukan kedudukan kamera dan lampu. Model-model juga digunakan untuk penggambaran kesan khas(special effect). Contohnya ialah dalam adegan letupan dan kebakaran.


BUNYI

Setelah siap penggambaran, bunyi pula mesti dimasukkan ke filem. Bunyi untuk filem iaitu suara pelakon, muzik dan bunyi kesan khas. Bunyi di adun dengan menggunakan Konsol Pengadun Bunyi. Pengadun bunyi duduk di depan konsol memerhatikan gambar filem. Tugasnya ialah memastikan gambar bergerak serentak dengan bunyi. Konsol ini boleh menjalankan filem kedepan dan kebelakang filem dengan kelajuan berbeza.

Muzik memberi kesan kepada filem. Muzik memainkan alat muzik dalam studio dan dirakam dipita secara berasingan. Ia kemudian di adun dengan pengadun bunyi.

Mutu bunyi dari penggambaran di lokasi adalah tidak bermutu untuk filem. Oleh itu dubbing skrip pelakon akan di rakam dalam studio. Pelakon bercakap berulang kali sehingga benar-benar sepadan dengan pergerakan bibir pelakon dalam filem. Bunyi seperti tapak kaki, letupan, bunyi haiwan rimba juga dimasukkan.


MENCANTUM FILEM

Pengarah dan Penyunting filem bertugas bersama untuk memilih filem atau shot untuk menghasilkan filem siap. Mesin Meja Suntingan digunakan untuk menggerakan filem kehadapan dan kebelakang. Ia juga turut memainkan dua pita bunyi iaitu satu pita mengandungi suara pelakon dan satu pita lagi mengandungi muzik atau kesan bunyi. Penyunting memotong dan menyambungkan filem-filem ini. Dengan menggunakan mesin ini filem dan pita rakaman digerakkan bersama supaya gambar dan bunyi sepadan. Sebuah filem mengandungi empat bahagian utama iaitu gambar, suara pelakon, muzik dan kesan bunyi. Semua bahagian ini disambungkan dengan tepat untuk menjadikan sebuah filem.


PRATONTON;

Filem siap ditayangkan buat pertama kali secara pra tonton tertutup di hadapan khalayak tertentu. Pakar filem, pekerja pemasaran studio diantara yang dijemput untuk menonton. Mereka menonton filem yang pertama kali ditayangkan. Pandanga-pandangan yang membina akan membantu Pengarah untuk melihat bahagian-bahagian tertentu yang memerlukan penyuntingan semula.


TAYANGAN PERDANA

Dalam tayangan perdana khalayaknya terdiri daripada bintang-bintang filem, pengkritik filem, wartawan akhbar dan tv turut serta. Selepas tayangan perdana, tayangan umum pula dilakukan. Ia ditayangkan di bandar-bandar besar oleh panggung-panggung wayang yang menerima salinan-salinan filem berkenaan.

Monday, August 24, 2009

Betulkah begitu??


Hari ini aku ingin menulis perkara diluar bidang tugas aku. Diharapkan sesiapa yang membaca 'posting' ini akan memberi komen di atas tulisan aku ini, o.k?

Ceritanya begini, hari Sabtu yang lalu aku mengambil laptop dari sebuah kedai di Jalan Reko Kajang. Aku bayar melalui koperasi UKM.

Tiba di rumah aku dapati CD Window Vista tidak disertakan sekali sedangkan CD KEY Window berkenaan terdapat dilekatkan di bawah laptop yang aku beli tu.

Hari ini aku hantar SMS kepada kedai berkenaan untuk bertanyakan hal tersebut dan apa yang dibalas oleh kedai tersebut ialah seperti ini jawapannya "SEKARANG, SEMUA HANYA BAGI LICENSE NUMBER DAN BUAT RECOVERY". Aku dah bertanyakan rakan2, mereka kata macam mana nak buat 'recovery' jika CD original 'software' berkenaan tiada. Hmmm...aku tak tahu mana yang benar. Tolonglah, berikan sebarang komen kat blog aku ni....

Friday, August 21, 2009

Tampannya Budi...


Hari ini lebih kurang jam 10.30 pagi, Ismail mencari aku. Dia kata Prof K suruh kami buat rakaman video Perasmian Tampannya Budi di Balai Seni Lukis Negara, K.L. Sebenarnya Unit Audio Video telah mempunyai tugas hari ini iaitu Syarahan Perdana Profesor dan Syarahan Alumni. Kedua-dua perlu dirakam pagi dan petang. Sepatutnya sdr. Ramli membuat rakaman Syarahan Perdana sebelah pagi dan Kamarul membuat rakaman disebelah petang.

Berhampiran pintu masuk ke Pameran Tampannya Budi di Paras 3 Balai Seni Negara.




Dengan munculnya tugas baru ini, aku terpaksa ubah rancangan iaitu Syarahan Perdana dan Syarahan Alumni diberikan kepada sdr. Ramli sementara sdr. Kamarul membuat rakaman Perasmian Pameran Tampannya Budi.

Disebabkan kesuntukan masa untuk mohon kenderaan maka terpaksalah aku menggunakan kenderaan aku untuk ke Balai Seni Negara bersama sdr. Kamarul. Kami bergerak ke Kuala Lumpur selepas Solat Jumaat.
Inilah pentas tempat perasmian, dipandang dari tingkat 3 Balai Seni Negara.





Kami menerima tugas ini melalui panggilan talipon oleh Prof. K menurut kata Haji Ismail. Tanpa sebarang surat untuk tugas ini. Kami tiba di Balai Seni Negara jam 3.30 minit lebih kurang.

Tidak berapa lama kemudian YABhg. Tun Dr. Mahathir tiba ke lokasi perasmian. Sebenarnya Tun Dr. Mahathir yang akan merasmikan majlis ini.
Pengunjung sedang melihan bahan yang dipamerkan...








Dalam ucapan perasmian Tun Mahathir aku teringat antara ayat yang keluar dari mulut beliau iaitu "Takkan Melayu hilang di dunia..." Beliau bertanya, lebih kurang "Melayu yang bagaimana tidak akan hilang di dunia, adakah Melayu yang mampu bersaing dengan bangsa lain atau Melayu yang menjadi hamba kepada bangsa lain?". Aku menjawab dalam hati, Melayu yang ramai wujud masa ni ialah Melayu yang menjadi hamba kepada bangsa lain... Bagaimanapun anda jawablah sendiri secara jujur...
Antara bahan seni tampak yang dipamerkan....





Ini pula aku kutip dari siaran media, aku ambil salah satu sahaja,
-Pameran ini adalah sebahagian hasil daripada sebuah projek penyelidikan berjudul "Tampannya Budi: Pengkalan Data Digital Seni Visual Melayu" yang telah dilaksanakan pada tahun 2006 oleh Prof. Madya Dr. Salmah Abu Mansor, Felo Kanan ATMA, UKM, Bangi.

Pengunjung yang melihat pameran ketika Tun Dr. Mahathir melawat ke sini.







Setelah tamat acara berkenaan kami pun mula bergerak meninggalkan Balai Seni Negara kira-kira jam 5.30 petang menuju UKM di Bangi. Disebabkan kesesakan jalan raya kerana waktu ini semua pekerja keluar pejabat untuk pulang, kami tiba di UKM hampir jam 7.30 malam. Hmmmm...penatnyeee...Selepas log out kami pulang ke rumah masing-masing....



Inilah sdr. Kamarul Baharin yang telah membuat rakaman video Perasmian Tampannya Budi di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Ini foto semasa kami membuat rakaman Program Silang Budaya tempoh hari.






ESOK KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AKAN MULA BERPUASA RAMADHAN, SELAMAT BERPUASA SEMUA.....

Wednesday, August 19, 2009

Selamat tiinggal Konvo Ke 37 UKM


Hari ini 19 Ogos 2009, hari Rabu, tiba di DECTAR jam 7.00 pagi lebih kurang. 'Log in' di komputer di lobby DECTAR. Masuk ke dalam Studio UKM dan terus 'on' kan semua peralatan dalam studio. Bawa kamera video dan pasang di kedudukan dalam DECTAR di tripod Kamera Satu. Bila selesai terus menuju studio dan jumpa Jasryl Amry yang baru tiba.

Aku dan Jasryl terus memasang semua kamera dalam DECTAR serta 'on' kan semua TV di atas pentas dalam DECTAR. Tidak lama kemudian seorang lepas seorang krew kami tiba di studio.
Keadaan dalam bilik kawalan semasa rakaman MCP Majlis Konvokesyen di DECTAR.




Sebelum kami memulakan rakaman berkenaan semua krew pergi sarapan pagi yang disediakan di tingkat atas dewan. Rakaman bermula jam 9.00 pagi, eh! ye ke jam 9.00 pagi, lupe pulak. Hari ini rakaman video bermula dengan agak lancar cuma terdapat sedikit kesilapan bahagian grafik, hmmm....tapi tidak mengapalah, itu merupakan tugas pertama. Kata orang kalau tak mahu sebarang kesilapan, tak usahlah buat sebarang kerja. Gerenti tiada kesilapan punya, bukan begitu???. Walau bagaimanapun jadikanlah kesilapan sebagai penambahbaikan untuk tugas yang akan datang.
Sdr. Jasryl Amry dan Cik Hanim, sorry maa...foto dari belakang, kalau dari depan mungkin dia orang lebih 'action' pulak...





Terdapat juga sedikit kesilapan teknikal seperti pengendalian peralatan kamera yang disewa. Disebabkan ia disewa, tentu sekali terdapat sedikit kekurangan pengetahuan dalam pengendaliannya. Tak mengapalah, jadikan perkara ini sebagai panduan untuk tugas yang akan datang.

Keadaan dalam bilik kawalan, di kanan sekali ialah boss kami Prof. Dr. Kamaruddin M. Said. Beliau telah membelanja kami dengan goreng pisang dan teh tarek dua petang berturut-turut kerana kami dianggap telah bertugas dengan memuaskan. Terima kasih Prof.






Terdapat juga masalah yang timbul kepada sistem CCTV di DECTAR yang kami kendalikan. Pelik aku, bila diuji semasa waktu pagi CCTV tu o.k je tetapi bila program berjalan, terdapat pulak gangguan pada sistem tersebut. Tak pasti apakah sebabnya ia berlaku.

Hari ini merupakan Sidang 9 iaitu sidang terakhir. Ini bermakna hari terakhir kami membuat rakaman video MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke 37. Selepas ini kami akan bebas dan menunggu untuk rakaman Konvo Ke 38 pula pada tahun depan pulak.

Kelihatan letih selepas tamat rakaman MCP pada hari terakhir konvokesyen....kesiannn..





Tahun ini juga kami menyewa kamera video yang mempunyai kekuatan lens sejauh 34 kali. Ini bermakna Kamera 2 berkenaan boleh diletakkan di pintu masuk dewan berbanding kamera kami yang hanya mempunyai kekuatan lens 10 kali sahaja.


Ini dari pandangan Kamera 4 yang dikendalikan oleh sdr. Wafiy. Dia selalu sahaja terhidu bau makanan yang dihidangkan di paras ini. Jadi dia menjadi 'informer' untuk menu-menu makanan bagi kami...






Pada anggapan atau pandangan aku, semua krew telah bertugas dengan cemerlang walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal di sana sini kerana dalam majlis sebesar ini tentu sekali akan wujud kesilapan. Semua krew telah bertugas dengan penuh tanggung jawab tanpa sebarang rungutan walau sedikit. Masing-masing berasa gembira, namun tidaklah sampai lupa tanggung jawab sebenar mengapa mereka di panggil ke sini.

Dari pandangan kamera di tingkat atas DECTAR






Krew penerbitan MCP majlis konvokesyen ini ialah;

Pengarah Penerbitan: PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID
Pengurus Produksi: ZULKIFLI IBRAHIM
Penolong Pengarah Penerbitan: HAZRUL ABDUL HALIM
Penerbit Rancangan: DAUD MONTAK ZAKARIA
Pengarah Studio: SHOHAIMI ABDUL RAHMAN, KAMARUL BAHARIN SUPAAT & ZARIFI SALLEH

Switcher: HASNAH BASIRUM & HAZNI HANIM

Grafik: JASRYL AMRY

Floor Manager: INSYIRAH, SITI SURAYA, WANA HALENA MARIA, NURUL HAZWANI & KHALID

Sdr. Wafiy sedang mengendalikan Kamera 4 di tingkat atas DECTAR.





Juruaudio:
RAMLI ADNAN & SULIMI ISMAIL

Jurukamera:
ZULHIMI HAMZAH, HAFIZ ISMAIL, AZRUL KHAIDIR, KHAIDIR HASHIM, WAFIY ADLAN, FIRDAUS SHARIM, NAZIRUDDIN, BADRUNIZAM SAJADI, SHAMSUL BAHARI, ZAIDI ENDIN, YUNUS MISDI, JAMALUDIN SALLEH, JAMALUDIN SABRAN, MUHD BUKHARI, ZULHAIRI MIDON,

Sdr. Zarifi bertindak sebagai Pengarah Studio dan Cik Hasnah sebagai switcher. Foto dari belakang lagiii...maaf yooo..




Kakitangan PTM yang mengendalikan 'smart card' pula yang aku ingat di ketuai oleh Prof. Dr. Osman Karim, Meor Sony, Faril, Saberi dan ramai lagi, tapi nama mereka aku tak ingat dan tak tau apatah lagi staf pompuan....


Jasryl Amri sedang membuat rakaman foto dalam studio audio.










Kakitanga foto yang terlibat dalam rakaman foto majlis konvo UKM ini ialah HAJI ISMAIL, RAAI, IKHWAN & SALIMAN LEMAN.




Hmmmm....foto foto jugak, grafik kat bilik kawalan jangan lupeee.....








Sdr. Zulkifli Ibrahim sedang memerhatikan tugas rakaman MCP dari dalam Bilik Kawalan Studio UKM. Dua orang yang sedang memakai 'mask' tu bukan doktor tetapi Pengarah Studio(Shohaimi Abdul Rahman) dan staf PTM yang bimbang kepada H1N1!. Hmmm...konvo tahun ni macam kita semua berada dalam bilik pembedahan, ramai yang pakai penutup hidung dan mulut....


Majlis Konvokesyen UKM Ke 37 tamat pada jam 12.00 tengah hari lebih kurang. Selepas masing-masing makan tengah hari, kami semua terus mengemas semua peralatan yang telah dipasang. Sebelum makan tengah hari semua krew telah menghadiri grup foto dalam dewan. Aku tidak dapat turut serta kerana sibuk dengan staff syarikat yang memasang kembali peralatan dalam studio yang telah ditanggalkan semasa mereka memasang peralatan yang disewa dalam studio kawalan.


Tugas kami tamat lebih kurang jam 2.00 petang. Kami semua meninggalkan dewan dan hati aku penuh dengan tanda tanya, adakah krew luar akan datang membantu lagi?, adakah peralatan yang tidak berfungsi dengan baik akan diganti?, adakah kami akan dapat memperoleh peralatan baru yang sesuai dengan kehendak tugasan yang dilakukan?, adakah kami semua mampu melaksanakan tugas akan datang tanpa sebarang kesilapan?, dan adakah kami mempunyai umur lagi untuk rakaman konvo yang akan datang?. Semua ini bermain difikiran aku sambil memandu pulang ke Bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM... O.K bye untuk hari ini, jumpa lagi konvo akan datang. Terima kasih kepada semua krew yang terlibat......

Sunday, August 16, 2009

Kami siiibuk lagi.....


Hari ini 16 Ogos 2009, hari Ahad kami masih sibuk dengan rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke 37. Hari ini merupakan hari kedua majlis tersebut yang akan berlangsung dari 15 - 19 Ogos 2009.

Seperti biasa sampai di DECTAR jam 7.00 pagi. Kami segera menyiapkan peralatan untuk rakaman video iaitu pemasangan kamera video, menghidupkan semua peralatan dalam konti, menghidupkan semua plasma dan tv yang terdapat sekitar dalam DECTAR dan sebagainya.
Persiapan dalam DECTAR sedang dilaksanakan oleh kakitangan.





Kakitangan tertentu telah ditugaskan untuk mengambil teks ucapan Naib Canselor, ucapan balas penerima Ijazah Kehormat dan sebagainya untuk keperluan Pengarah Studio sebagai panduan.

En. Shohaimi Abd Rahman(Penerbit Rancangan Pusat Pengajian Media, FSSK) sedang memberi arahan dari dalam studio. Nampaknya dia memakai 'mask' untuk mengelak jangkitan Virus H1N1(Bukan Virus B32?).








Krew yang ditugaskan untuk memasang kamera juga telah melaksanakan tugas yang diberi. Peralatan dalam bilik kawalan juga telah dihidupkan kuasanya. Persediaan grafik juga telah dibuat dan pelbagai lagi tugas yang lain.
Keadaan dalam studio kawalan...











Hari ini tugas dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih licin dan lancar berbanding semalam iaitu hari pertama konvokesyen. Semalam beberapa kesilapan dari segi teknikal telah berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara. Perkara terjadi semalam ialah komputer diserang virus, kamera tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terdapat kamera yang disewa dari pihak luar yang mengakibatkan kekeliruan dalam pengendaliannya, TV litar tertutup yang terdapat gangguan dan beberapa lagi kesilapan teknik yang agak memeningkan kepala aku....nasib....nasib...






Seperti biasa Perarakan Graduan bermula jam 9.00 pagi, diikuti oleh Perarakan Besar dan seterusnya acara penyampaian ijazah...

Sidang 3 tamat jam 12.00 tengah hari dan Sidang 4 bermula jam 2.00 petang selepas tayangan video koperat UKM. Sidang ini tamat jam 5.00 petang. Setelah selesai, eralatan semua di matikan untuk disambung kembali esok hari...

Sdr. Zulhairi(jurukamera) dan sdr. Sulimi(juruaudio) sedang berehat selepas menjalankan tugas mereka sebelum memulakan kembali giliran bertugas.







Namun malam ini kami pergi ke DECTAR untuk membuat pemasangan TV LCD yang kecil untuk diletakkan dihadapan Canselor dalam Sidang 5esok pagi sebagaimana yang diminta oleh pihak atasan. Kami telah memasangnya dan sedia digunakan hari esok. Jam 10.30 malam kami iaitu aku, En. Hazrul, sdr. Kamarul dan sdr. Ruhaizad pun bergerak pulang.
Sdr. Ikhwan sedang berehat sebelum memulakan tugas membuat rakaman foto segala aktiviti semasa majlis konvo.














Inilah keadaan dalan bilik kawalan dan sdr. Zarifi Salleh bertindak sebagai Pengarah Studio yang bertanggung jawab mengetuai rakaman MCP untuk Sidang 4 berkenaan.

Thursday, August 13, 2009

Konvo datang menjengah lagi....


Hari ni 13 Ogos 2009, Unit Audio Video dah mula kembali sibuk dengan tugas-tugas persiapan teknikal berkaitan rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke-37 yang akan berlangsung di DECTAR dari 15 - 19 Ogos 2009.
Hari ini diadakan raptai untuk konvo tersebut dan kami seperti biasa menyediakan sebuah LCD TV dan juga sebuah kamera video untuk raptai tersebut.







Sementara raptai berlangsung dalam dewan besar kami pula sibuk dalam konti studio menyiapkan tugas teknikal kami. Dalam konti terdapat sedikit masalah pada komputer grafik kami. Mujurlah ada staf teknikal termasuk dari Pusat Teknologi Maklumat yang membantu kalau tidak tentu akan menjadi lebih sukar lagi. Terima kasih kepada mereka.

Kebetulan kakitangan PTM sedang membuat persiapan teknikal berkaitan smart card yang akan memaparkan gambar dan nama pelajar di layar besar dalam dewan semasa majlis konvokesyen nanti.





Dalam studio pula dilakukan persiapan peralatan baru yang berkaitan dengan projektor baru yang akan memancarkan imej atau visual di layar tayangan dalam DECTAR.

Sistem yang sedang dipasang masih belum berfungsi dengan baik dan esok mereka akan menyambung tugas berkenaan. Aku harap semuanya akan berjalan dengan licin dan lancar tanpa sebarang masalah lagi, InsyaAllah.....

Wednesday, August 12, 2009

NCWO di Dewan Perdana Felda, K.L


Hari ini, 11 Ogos 2009, Unit Audio Video dikehendaki membuat rakaman video 'Multiple Camera Production' atau MCP untuk program Majlis Makan Malam NCWO di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Oleh sebab dua orang krew video iaitu sdr. Ramli dan Izad tidak dapat turut serta dalam rakaman berkenaan maka aku terpaksalah mencari altenatif yang lain. Tanpa berlengah aku terus hubungi sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan dan minta dia membantu. Sdr. Yunus terus menghubungi sdr. Bukhari drpd Jabatan Seni Bina untuk turut serta membantu.
Sdr. Kamarul sedang memberi arahan kpd jurukamera, aku pula sedang memerhatikan keadaan dan Siti Suraya sedang mengendalikan 'video switcher'.



Aku juga turut minta bantuan sdr. Amri dan Siti Suraya yang ketika ini sedang mengikuti orientasi staf baru selama 3 hari. Mereka berdua ni staf baru Unit Video. Aku tiada pilihan, terpaksa memanggil mereka turut membantu kerana rakaman video MCP memerlukan ramai krew. Aku juga turut minta bantuan sdr. Khaidir dari Unit Cetak Pusat Penerbitan. Dia juga bersetuju

Keadaan semasa majlis sedang berlangsung di dalam Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.






Hari ini, pagi2 lagi aku dan sdr. Kamarul mengumpulkan semua peralatan yang perlu dibawa ke dewan berkenaan. Jam 1.00 petang, kami bertolak ke Dewan Perda Felda. Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas menurunkan peralatan dari van kami terus membawa ke dalam dewan dan terus membuat pemasangan hingga selesai.
Kumpulan sdr. Yunus, Bukhari, Amry, Suraya dan Khaidir bertolak selepas waktu pejabat kerana tugas masing-masing.

Jam 6.00 petang semua peralatan diuji termasuk sistem audio dalam dewan oleh staf teknikal dewan berkenaan. Kami membuat rakaman dan punca audio kami dapati dari PA Sistem dewan tersebut. Terima kasih kepada staf teknikal dewan Felda. Mereka juga membantu menayangkan multimedia yang kami bawa. Video multimedia tersebut berkonsepkan '1 Malaysia'.




Majlis Makan malam berkenaan dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Turut hadir ialah Datuk Shahrizad. Ucapan malam ini didahului oleh Pengerusi NCWO iaitu Tan Sri Dato' Sharifah Hapsah Syed Shahbudin yang juga Naib Canselor UKM. Dikuti oleh ucapan Datuk Shahrizad. Ucapan Perasmian pula dilakukan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hmmm...apakah agaknya yang disembangkan oleh sdr. Kamarul dan Siti Suraya tu...????





Majlis Makan Malam NCWO tersebut tamat lebih kurang jam 11.00 malam. Tamat saja majlis, kami terus mengemas peralatan. Tiba-tiba, aku telah disapa atau ditegur oleh seseorang semasa sedang mengemas peralatan. Hmmm....rupa2nya sdri. DWEE iaitu pelajar yang aku kenali kerana dia 'involved' dalam program Silang Budaya anjuran UKM dan NCWO. Dia juga aku kenal kerana dia mengikuti program 'UKM-Global Students Mobility. Aktif jugak dia ni.. Dia juga terjumpa dengan blog aku ni. Bagus, ada juga pelajar yang mengenali aku, terima kasihlah DWEE.




Selepas berkemas, kami terus balik ke UKM. Dalam perjalanan balik, bising jugak dalam van dengan macam-macam cerita yang keluar dan terlintas diminda. Lebih kurang jam 12 lebih kami tiba di UKM dan terus memunggah peralatan daripada van dan dibawa masuk ke bangunan Pusat Penerbitan.

Apa yang menyebabkan geli hati tu...








Tamatlah tugas untuk hari ini dan terima kasih kepada Sdr. Kamarul, Yunus, Amri, Khaidir, Siti Suraya dan Muhammad Bukhari....tanpa anda semua, siapalah aku....

Terima kasih juga kepada sdr. Shohaimi Abdul Rahman dari Pusat Peng. Media & Komunikasi yang telah menyiapkan penyuntingan video multimedia....
















Kesian Sdr. Yunus, keletihan selepas mengendalikan kamera. Sdr. Kamarul terus memberi arahan kepada jurukamera dengan dibantu oleh Siti Suraya yang mengendalikan Video Switcher'.