Sunday, August 16, 2009

Kami siiibuk lagi.....


Hari ini 16 Ogos 2009, hari Ahad kami masih sibuk dengan rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM Ke 37. Hari ini merupakan hari kedua majlis tersebut yang akan berlangsung dari 15 - 19 Ogos 2009.

Seperti biasa sampai di DECTAR jam 7.00 pagi. Kami segera menyiapkan peralatan untuk rakaman video iaitu pemasangan kamera video, menghidupkan semua peralatan dalam konti, menghidupkan semua plasma dan tv yang terdapat sekitar dalam DECTAR dan sebagainya.
Persiapan dalam DECTAR sedang dilaksanakan oleh kakitangan.





Kakitangan tertentu telah ditugaskan untuk mengambil teks ucapan Naib Canselor, ucapan balas penerima Ijazah Kehormat dan sebagainya untuk keperluan Pengarah Studio sebagai panduan.

En. Shohaimi Abd Rahman(Penerbit Rancangan Pusat Pengajian Media, FSSK) sedang memberi arahan dari dalam studio. Nampaknya dia memakai 'mask' untuk mengelak jangkitan Virus H1N1(Bukan Virus B32?).








Krew yang ditugaskan untuk memasang kamera juga telah melaksanakan tugas yang diberi. Peralatan dalam bilik kawalan juga telah dihidupkan kuasanya. Persediaan grafik juga telah dibuat dan pelbagai lagi tugas yang lain.
Keadaan dalam studio kawalan...











Hari ini tugas dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih licin dan lancar berbanding semalam iaitu hari pertama konvokesyen. Semalam beberapa kesilapan dari segi teknikal telah berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara. Perkara terjadi semalam ialah komputer diserang virus, kamera tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terdapat kamera yang disewa dari pihak luar yang mengakibatkan kekeliruan dalam pengendaliannya, TV litar tertutup yang terdapat gangguan dan beberapa lagi kesilapan teknik yang agak memeningkan kepala aku....nasib....nasib...






Seperti biasa Perarakan Graduan bermula jam 9.00 pagi, diikuti oleh Perarakan Besar dan seterusnya acara penyampaian ijazah...

Sidang 3 tamat jam 12.00 tengah hari dan Sidang 4 bermula jam 2.00 petang selepas tayangan video koperat UKM. Sidang ini tamat jam 5.00 petang. Setelah selesai, eralatan semua di matikan untuk disambung kembali esok hari...

Sdr. Zulhairi(jurukamera) dan sdr. Sulimi(juruaudio) sedang berehat selepas menjalankan tugas mereka sebelum memulakan kembali giliran bertugas.







Namun malam ini kami pergi ke DECTAR untuk membuat pemasangan TV LCD yang kecil untuk diletakkan dihadapan Canselor dalam Sidang 5esok pagi sebagaimana yang diminta oleh pihak atasan. Kami telah memasangnya dan sedia digunakan hari esok. Jam 10.30 malam kami iaitu aku, En. Hazrul, sdr. Kamarul dan sdr. Ruhaizad pun bergerak pulang.
Sdr. Ikhwan sedang berehat sebelum memulakan tugas membuat rakaman foto segala aktiviti semasa majlis konvo.














Inilah keadaan dalan bilik kawalan dan sdr. Zarifi Salleh bertindak sebagai Pengarah Studio yang bertanggung jawab mengetuai rakaman MCP untuk Sidang 4 berkenaan.

No comments: