Hari ini lebih kurang jam 10.30 pagi, Ismail mencari aku. Dia kata Prof K suruh kami buat rakaman video Perasmian Tampannya Budi di Balai Seni Lukis Negara, K.L. Sebenarnya Unit Audio Video telah mempunyai tugas hari ini iaitu Syarahan Perdana Profesor dan Syarahan Alumni. Kedua-dua perlu dirakam pagi dan petang. Sepatutnya sdr. Ramli membuat rakaman Syarahan Perdana sebelah pagi dan Kamarul membuat rakaman disebelah petang.
Berhampiran pintu masuk ke Pameran Tampannya Budi di Paras 3 Balai Seni Negara.
Dengan munculnya tugas baru ini, aku terpaksa ubah rancangan iaitu Syarahan Perdana dan Syarahan Alumni diberikan kepada sdr. Ramli sementara sdr. Kamarul membuat rakaman Perasmian Pameran Tampannya Budi.
Disebabkan kesuntukan masa untuk mohon kenderaan maka terpaksalah aku menggunakan kenderaan aku untuk ke Balai Seni Negara bersama sdr. Kamarul. Kami bergerak ke Kuala Lumpur selepas Solat Jumaat.
Inilah pentas tempat perasmian, dipandang dari tingkat 3 Balai Seni Negara.
Kami menerima tugas ini melalui panggilan talipon oleh Prof. K menurut kata Haji Ismail. Tanpa sebarang surat untuk tugas ini. Kami tiba di Balai Seni Negara jam 3.30 minit lebih kurang.
Tidak berapa lama kemudian YABhg. Tun Dr. Mahathir tiba ke lokasi perasmian. Sebenarnya Tun Dr. Mahathir yang akan merasmikan majlis ini.
Pengunjung sedang melihan bahan yang dipamerkan...
Dalam ucapan perasmian Tun Mahathir aku teringat antara ayat yang keluar dari mulut beliau iaitu "Takkan Melayu hilang di dunia..." Beliau bertanya, lebih kurang "Melayu yang bagaimana tidak akan hilang di dunia, adakah Melayu yang mampu bersaing dengan bangsa lain atau Melayu yang menjadi hamba kepada bangsa lain?". Aku menjawab dalam hati, Melayu yang ramai wujud masa ni ialah Melayu yang menjadi hamba kepada bangsa lain... Bagaimanapun anda jawablah sendiri secara jujur...
Antara bahan seni tampak yang dipamerkan....
Ini pula aku kutip dari siaran media, aku ambil salah satu sahaja,
-Pameran ini adalah sebahagian hasil daripada sebuah projek penyelidikan berjudul "Tampannya Budi: Pengkalan Data Digital Seni Visual Melayu" yang telah dilaksanakan pada tahun 2006 oleh Prof. Madya Dr. Salmah Abu Mansor, Felo Kanan ATMA, UKM, Bangi.
Pengunjung yang melihat pameran ketika Tun Dr. Mahathir melawat ke sini.
Setelah tamat acara berkenaan kami pun mula bergerak meninggalkan Balai Seni Negara kira-kira jam 5.30 petang menuju UKM di Bangi. Disebabkan kesesakan jalan raya kerana waktu ini semua pekerja keluar pejabat untuk pulang, kami tiba di UKM hampir jam 7.30 malam. Hmmmm...penatnyeee...Selepas log out kami pulang ke rumah masing-masing....
Inilah sdr. Kamarul Baharin yang telah membuat rakaman video Perasmian Tampannya Budi di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Ini foto semasa kami membuat rakaman Program Silang Budaya tempoh hari.
ESOK KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AKAN MULA BERPUASA RAMADHAN, SELAMAT BERPUASA SEMUA.....
No comments:
Post a Comment