Saturday, July 4, 2009

Tunas Seni UKM 2009

3 Julai, hari Rabu;
Malam ini merupakan malam terakhir kami 'berkampung' di dewan Canselor Tun Abdul Razak. Malam ini merupakan malam terakhir Minggu Mesra Pelajar Baru sesi 2009/2010. Di malam terakhir ini, satu persembahan seni dikenali sebagai Tunas Seni UKM 2009 telah diadakan dan kami telah membuat rakaman MCP program tersebut.

Seperti biasa persiapan teknikal telah dilakukan seawal jam 6.30 petang. Pemasangan kamera video dan pemeriksaan peralatan telah dilakukan. Penyediaan grafik telah dibuat oleh sdr. Yunus dan sdr. Amri. Kira-kira jam 8.00 malam, seorang demi seorang krew rakaman video telah sampai. Hmmm...nampaknya ramai jugak yang datang.

Sebagai Pengarah Studio, arahan kepada jurukamera dan pemilihan visual, aku yang lakukan namun jika jurukamera dan krew-krew yang lain tidak mahir, aku juga akan 'kecundang'. Krew yang mahir mengendalikan kamera video, switcher, VTR, audio dan sebagainya lagi ,juga amat penting. Jadi toksahlah menjadi Pengarah Studio yang bangga diri, tanpa krew yang lain siapalah diri ini....

Program ini merupakan persembahan seni pelajar baru yang telah mendapat tunjuk ajar dalam tempoh seminggu dari pegawai-pegawai kebudayaan untuk membuat persembahan pada malam ini. Tetamu yang hadir, menonton persembahan mereka ialah Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar. Agak menarik jugak persembahan mereka. Persembahan mereka tamat kira-kira jam 11.30 malam.

Krew rakaman MCP yang bertugas malam ini ialah Sdr. Ramli, Yunus, Firdaus, Wafiy, Bukhari, Kamarul, Ruhaizad, Zulhimi, Chef, Amri, Hanim, Hasnah dan Aku tentunya... Terima kasih untuk semua....

No comments: