7.10 pagi, kereta den meluncur, tapi tak berapa lajulah, memasuki pintu utama kampus UKM. Kereta den terus meluncur dalam kedinginan suhu waktu pagi menuju ke bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan. Bangunan ni telah dikenali ramai dalam kampus UKM terutama dalam penyediaan perkhidmatan cetak, foto dan video serta penerbitan buku. Namun terdapat juga dikalangan pelajar yang tidak tahu di mana letaknya bangunan ini....hmmmmm....teruk betul individu berkenaan....heh...heh...heh....gurau je. Kalau terasa gak anggaplah itu sebagai gurauan awal pagi, sebab sekarang ni dah jam 1.30 pagi...
Tiba di bangunan berkenaan, den menekan brek, memberhentikan kereta, mem 'free' kan clutch nya, menarik handbrake dan mematikan enjinnya. Dengan cepat tangan den membuka pintu kereta, menghulurkan kaki keluar kereta dan bangun dari kerusi serta keluar dari kereta seterusnya menutup kembali pintu kereta. Dengan bergegas terus menuju ke pintu bangunan serta masuk ke dalam menuju ke komputer untuk login kedatangan di tempat kerja. Seterusnya berjalan melewati bilik En. Raai, Jurufoto Kanan PP&P sambil memberi salam kepadanya. Langkah di atur menuju bilik den, membuka pintu dan meletakkan beg galas yang dibawa. Den kemudian menuju ke Bilik Suntingan dan terus meng 'on' kan peralatan untuk membuat penyalinan pita DVCam kepada pita VHS. Apabila siap, langkah kaki diatur menuju ke kereta lalu memasukinya serta bergerak menuju ke DECTAR.
Tiba di Studio, den terus membuka kunci pintu dan melangkah memasuki studio. Tidak lama kemudian tiba ahli kumpulan empat iaitu Pa Yung...ops! bukan, Ai Yung. Den 'on' kan semua peralatan audio visual dalam studio berkenaan. Hari ini, 2 April 2009, merupakan hari ke dua penerbitan akhir MCP pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM. Hari ini Grup 3 dan Grup 4 akan membuat penerbitan MCP mereka. Tugas penerbitan dimulai oleh Grup 3. Mereka mulanya telah membina set sebelum memulakan penerbitan. Selepas Grup 3 selesai maka Grup 4 pula menunjukkan kebolehan mereka menerbitkan program MCP mereka. Namun Dr. Asiah telah membuat sedikit teguran dari segi 'count down' dan juga kekuatan suara Pengarah.
Selepas selesai kedua-dua grup menerbitkan MCP mereka, sesi pemberian cenderahati dan sesi bergambar pula telah diadakan untuk semua ahli kumpulan serta pensyarah mereka, Dr. Asiah dan pengacara serta tetamu. Apa yang jelas selepas selesai penerbitan berkenaan, kelihatan keceriaan di wajah setiap ahli kumpulan berkenaan. Mungkin perasaan kelegaan sudah wujud di hati mereka. Namun terdapat juga raut wajah individu yang kelihatan seperti gundah gulana, hmmmm...rupanya dia memang telah dilahirkan mempunyai raut wajah sedemikian. Apo nak buek... Sesi pagi tamat pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari. Daripada perbualan den dengan Dr. Asiah, dia memuji props kumpulan semester ini yang lebih baik daripada pelajar tahun sebelumnya.
Sebelah petang iaitu jam 4.00 petang pula diadakan latihan MCP untuk kumpulan 7 dan kumpulan 8. Sementara kumpulan 5 dan 6, latihan diadakan pada jam 8.00 malam. Kesemua latihan berjalan dengan lancar, mungkin ada berlaku kesilapan yang kecil. Namun kesilapan yang kecil bukanlah merupakan kesalahan yang besar. Biasalah, namanya pun penerbitan oleh pelajar, tentu ada cacat celanya. Kalau semua betul itu bukanlah latihan pelajar namanya, tapi mungkin kita boleh panggil penerbitan mcp antarabangsa kut...Cuma kalau ada kesilapan yang kecil, kalau boleh diminimakan lagi supaya ia tidak ketara sangat semasa penerbitan akhir nanti....
5 comments:
legaaaaaaaaaaaaa............
hilanglah segala gundah gulana.....
bebas terbang di angkasa...........
terima kasih buat semua....
dari awal hingga akhir.....
mcm sedih plak nk tinggalkan guo ni..
huhu
heeeeeeeee
en.daud kato kat saya la ni eak..
muka ct ni mmg nampak mcm ni...
tp klu di amati2....
ct bukan ler mcm tu
mmg ler mula2 tu agak gelisah...cemas..dan sbgnyer....
bila dah hbs..
rasa sebak di hati pun ada...
ye la...mcm2 dugaan time nk capai peringkat akhir...
semua dah rasa..menangis...tertekan...down....semua ada..
tp...itu semua....jdkan sbg pedoman dlm diri ku ini..
erm...
nape en.daud mengeluh kat status dpt cokelat drpd kumpl ct?
haih..
itulah hadiha yang tak seberapa drpd kami....
Den mengeluh bukan sebab apa, den rasa tak perlulah dihargai bantuan den tu sebegitu rupa....cukuplah dengan terima kasih je..kalau terjumpa di mana2 sapalah den, itu pun sudah memadai bagi den...
diorg tak nak pakai pengacara ehem.. dectar ke? ehem...
ehem..
ishk, batuk plak..
Post a Comment