"Ringggggggggg...ringgggggg....ringgggggg........." ringtone telefon lama berbunyi, dengan segera den mengambil handphone dari dalam poket dan terus melekapkannya ke telinga seraya berkata " hello......" dengan suara lelaki(sebab den bukan dua alam...) yang penuh sopan den menjawab telefon. Berikutnya den terdengar suara di sana berkata, "Encik Daud, VT kami belum siap lagi lah....." begitulah ayat pertama yang den dengar melalui telefon den. Pengarah kumpulan berkenaan berkata dia akan menghantar VT dalam bentuk DV tape kepada den esok paginya ke Pusat Penerbitan dan Percetakan untuk di transfer ke VHS.
Oleh itu hari ini den sampai di bangunan Pusat Penerbitan dan Percetakan jam 7.10 pagi dan menunggu pengarah kumpulan berkenaan datang untuk menghantar VT kumpulannya. Hampir jam 8.00 pagi dia masih belum menghantar VT nya kepada den. Tak lama kemudian pengarah kumpulan berkenaan menalipon den mengatakan VT nya masih dalam proses transfer ke DV tape. Den kemudian mengambil keputusan untuk pergi ke Studio UKM untuk membuka pintu studio kerana pelajar Pengajian Media dan Komunikasi akan mengadakan penerbitan akhir pada jam 8.30 pagi sedangkan waktu sekarang sudah melepasi jam 8.00 pagi. Tanpa berlengah terus den menuju ke kereta serta terus memandu menuju ke DECTAR.
Tiba di Studio UKM, den melihat pintu studio telah dibuka. Kemudian den menyedari studio telah di buka oleh sdr. Ramli Adnan. Den terus meng 'on' kan semua peralatan studio untuk penerbitan MCP grup 5 dan grup 6. Tidak lama kemudian den terserempak dengan pengarah grup 5 dan tanpa berlengah dia memberitahu den untuk transfer VT mereka ke VHS. Den setuju dan minta mereka menghantar VT berkenaan ke Pusat Penerbitan dan den akan menunggu mereka di sana.
Den bergegas kembali ke Pusat Penerbitan dan Percetakan dan sementara menunggu VT kumpulan berkenaan dihantar kepada den, sempat den menandatangan borang 'overtime' krew rakaman dan juga mengesahkan salinan dokumen seorang kakitangan di Pusat Penerbitan. Tidak lama kemudian pengarah kumpulan 5 dan rakannya tiba di pejabat den dan menyerahkan VT untuk di 'transfer' ke format VHS. Den sendiri akan membawa sendiri vt yang akan den transfer ke studio nanti, sementara mereka bolehlah kembali ke studio untuk melakukan tugas2 yang lain.
Sebaik saja den siap transfer VT ke format VHS, den kemudian bergegas kembali ke studio. Sebelum tiba di pintu studio, kelihatan seorang pelajar media sedang membersihkan sebuah motosikal yang akan di bawa ke dalam studio untuk dijadikan props. Tiba di studio kumpulan 5 sedang giat melengkapkan set untuk penerbitan MCP mereka. Setelah siap, semua ahli kumpulan mengambil tempat masing-masing untuk memulakan penerbitan MCP mereka. Mula-mula latihan bahagian2 tertentu dilakukan sebelum rakaman sebenar, sambil diperhatikan oleh DR. ASIAH SARJI. Grup 5 ini di ketuai oleh pengarahnya iaitu ZILA.
Selepas latihan singkat berkenaan, maka bermulalah pula rakaman penerbitan MCP yang sebenar. Selepas kumpulan 5 menyelesaikan penerbitan MCP mereka, kumpulan 6 yang diketuai oleh pengarah mereka KIMI pula masuk gelanggang. Mereka menyelesaikan penerbitan MCP mereka dengan baik. Dr. Asiah Sarji antara lain telah memberi komen tentang saiz shot-shot yang hampir sama yang boleh menyebabkan 'jumping' dalam istilah penerbitan video. Beliau juga memberi komen supaya 'cue' grafik di sebut juga oleh pengarah. Pandangan umum den sendiri ialah, den suka dengan cara pengarah kumpulan 6 yang mengendalikan rancangannya dalam keadaan 'relax' dan bijak mengendalikan pengarahannya. SA kumpulan 5 pula pada pandangan den bagus dari segi 'count down' yang jelas....
Di sebelah petang iaitu selepas sembahyang Jumaat pula, kumpulan 7 dan 8, mendalikan rancangan mereka. Diketika kumpulan 8 mengendalikan penerbitan MCP mereka, sedikit masalah grafik telah berlaku yang menyebabkan kumpulan 8 terpaksa memulakan rakaman mereka sekali lagi setelah seketika berlangsung.
Penerbitan akhir hari ini merupakan yang terakhir untuk semester 2 pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Tiada lagi selepas ini dan ia tamat lebih kurang jam 6.00 petang.....yahoooooo....den telah bebas dan tidak perlu lagi datang ke studio ukm untuk mengendalikan latihan mereka siang dan setiap malam lagi. Nyenyaklah tidor malam den. Tak perlulah den menatap lagi raut wajah-wajah murung, wajah berkerut, wajah sedih pelajar Pusat Pengajian Media, FSSK ini lagi...sekali lagi sanubari den menjerit tanpa suara....yahoooooooooooo...
8 comments:
mak ai..dasyatnya setiap bait-bait kata dalam posting ni..tersentap hati den membacanya..apo boleh buek..
pedih..pedih...bagai menghiris bawang besar...apapun,tkasih sbb sudi menghulurkan bantuan buat kami semua yang sememangnya banyak kekurangan bab2 mcp ni..heeeeee.jasa budi baik ekau,Tuhan saja dapek membalasnya.Amin
terima kasih en.daud...
terima kasih ct ucapkan
maafkan slh ct..terkasar kata
terlebih bicara....
dan segala yang membuat en.daud dan yang terlibat berkecil hati dgn ct...
maaf di pinta....
dan lepas ni..
mmg xde nk tgk muka yang sedih di dalam studio ukm itu..
terima kasih krn menerima ct dan gruop ct...
Alaaa...maksud den, den tak sampai hati nak tengok lagi wajah wajah yang sedih-sedih tu di depan muka den lagi....tiada bermaksud negatif pun, jangan kecik hati......
aduhhhhhh,ini pn same gak?ape ngn korg sume nih?ape dh jd ni?cni gdo sane gdo,ble dunia nk amn ni?ke korg berebut abg ni?kah kah kah.ptt ler korg gdo.aku ni,xde org nk ke?kui3
hahahahaha..hahahahahaaa....
ya ka kami berebutkan si studio ni?hahahaha..agaknya la kot.berebut bunga pakma yg diambilnya tanpa membawa kami pergi ke sana kerana bimbang sekiranya tumbang,tiada sesiapa yg akan mengangkatnya pulang.heeeeeeeeee.
kah kah kah..smpt lg ko nk guraw kt sini ek?abg stdio..pe kabo?saje menyinggah jap.saje nk komen wlu xtaw pe cite.huhu
en daud..........tima kasih byk2 sbb byk tlg kami semua...n tima kasih la jugak sbb byk bersabar ngan ragam kteorg yg xbpe nk btl ni...huhu..
jasa en daud n the geng xkn kami lp smpai ble...MCP best wlupun menyeksakan hidup kami...tima kasih sekali lg...doakan kejayaan ms dpn kami semua ye...
Post a Comment