Saturday, April 25, 2009

Elemen-elemen dalam penerbitan video

Camcoder

Kamera studio televisyen

CCD

Studio pedestal

Pengarah: Ready Cam One, give me two shot of the singers...
Take Two...ops! sorry...

Elemen-elemen penerbitan yang asas adalah terdiri daripada kamera, lampu, audio, video tape recording, switcher. Apabila mempelajari berkaitan penerbitan televisyen, cuba perhatian operasi setiap elemen tersebut dan hubungannya dengan elemen yang lain termasuk krew yang mengendalikannya iaitu 'production team'. Sekarang kita perhatikan kepentingan setiap elemen dalam penerbitan tv.


1. Camera

Elemen penerbitan yang jelas dan nyata ialah kamera video. Kamera video terdiri daripada beberapa saiz dan rupa. Ada kamera video yang mudah dibawa dan boleh dikendalikan dengan seorang diri. Ada juga kamera yang berat dan memerlukan dua orang untuk mengangkatnya ke atas tempatnya yang khas. Tempat kamera yang khas tersebut membolehkan pengendalinya menggerakkan kamera yang berat dalam studio ketika 'on air'.

Kamera video yang 'portable' biasa digunakan untuk ENG atau electronic news gathering iaitu rakaman untuk berita. Kamera sebegini juga biasa digunakan dalam EFP atau electronic field production iaitu rakaman luar studio. Kebanyakan kamera video untuk ENG dan EFP adalah terdiri daripada 'camcorder' iaitu paduan diantara 'video camera' dan 'video recorder' dalam satu unit. Kamera video sebegini mempunyai kualiti visual yang tinggi, begitu juga dengan harganya hingga mencapai RM100 ribu lebih sebuah. Kamera video di studio kami berharga lebih kurang harga sebuah kereta Malaysia sebuah. Dalam studio rakaman di stesen televisyen tempatan pula harga sebuah kamera video bersama 'pneumatic pedestal' ialah lebih kurang RM1 juta ringgit.

Kamera video untuk studio televisyen pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, dan lens, kamera, dan viewfinder.


LENS

Lens, pada kemera mengarahkan imej kepada 'imaging device' yang menukarkan cahaya daripada imej kepada isyarat elektrik yang dikenali sebagai CCD. Semua kamera televisyen mempunyai 'zoom lens' yang membolehkan pertukaran yang licin dari wide shot kepada close up tanpa menggerakkan kamera ataupun subjek yang dirakam.


CAMERA

Kamera video direka untuk menukarkan imej optikal yang diarahkan oleh lens kepada isyarat elektrik yang dikenali sebagai 'video signal'. 'Imaging device' yang wujud dalam kamera video dan menukarkan optikal imej dikenali sebagai CCD atau 'Charge Couple Device'. Bila CCD menerima jumlah cahaya yang banyak ia akan menghasilkan isyarat video yang jelas. Tetapi apabila ia menerima cahaya yang sedikit, ia akan menghasilkan isyarat video yang lemah. Itulah sebabnya kita memerlukan cahaya yang cukup apabila membuat rakaman video.


VIEWFINDER

Viewfinder ialah sebuah televisyen kecil pada kamera video yang menunjukkan apa yang dilihat oleh kamera tersebut. Kebanyakan viewfinder kamera video, imej yang ditunjukkan adalah hitam putih. Ada juga yang berwarna yang membolehkan kita melihat keadaan sebenar visual yang di rakam.


MOUTING EQUIPMENT

Kamera 'portable' dibina untuk membolehkannya diletak di atas bahu ketika membuat rakaman. Akan tetapi untuk rakaman yang mempunyai jangka masa yang panjang akan menyebabkan beratnya dirasakan oleh jururakam video. Dalam keadaan ini sebuat 'tripod' amat diperlukan. Ia bukan saja untuk mengurangkan beban tetapi juga untuk mendapatkan rakaman visual yang 'steady' atau tidak bergegar melainkan jika kita memang membuat rakaman ketika gempa bumi berlaku. Kamera studio yang berat pula perlukan kepada penyokong yang khas yang dikenali sebagai 'studio pedestal'. Studio pedestal ini boleh dinaikkan dan diturunkan dan digerakkan dengan licin di atas lantai studio ketika 'on air'.

Thursday, April 23, 2009

Rosel oh... Rosel..







Benih Rosel.

Ladang Rosel UKM




Pameran Rosel.









Anda semua tahu apakah Rosel...? Kalau nak tahu bacalah apa yang aku nak tulis ni sampai habis. Kalau rajin lah, aku tak paksa pun...

Jam 8.00 pagi aku bergerak ke Rumah Tumbuh-Tumbuhan, Fakulti Sains dan Teknologi dengan Sdr. Ramli. Kami bergerak dengan menaiki kereta, bukan bertolak, kalau bertolak entah berape jam baru boleh sampai. Kami tentu sekali bawa kamera video, kalau tidak takde gunanya kami pergi ke sana. Tiba di sana aku mencari tempat untuk parking kereta yang aku rasakan sesuai. Hmmm....yang sesuai bagi kebanyakan orang tentulah yang berhampiran, bukan begitu?. Itulah resam manusia sekarang. Itulah diantara faktor manusia sekarang ni tubuh badan penuh dengan lemak, berjalan jauh sedikit saja malas, usahkan nak bersukan. Pilihan aku biarlah tempat parking tu selesa dan selamat, itu yang lebih penting.


Pilihan pertama di tepi jalan raya, tidak menjadi. Kami bergerak masuk berhampiran belakang bangunan, hmmm....sisi bangunan Rumah Tumbuh-Tumbuhan. Alhamdulillah, berjaya mendapat satu ruang untuk parking, yang lain semuanya penuh. Itu satu saja yang masih kosong. Selepas parking kereta kami bergerak menuju lokasi majlis perasmian di hadapan bangunan. Tanpa berlengah Sdr. Ramli merakam keadaan sekeliling lokasi perasmian. Dia ambil beberapa shot sahaja. Bagi aku ia dianggap sebagai 'warm up' sahaja.


Sebenarnya majlis hari ini ialah Majlis Pelancaran Tiga Jenis Rosel Baru. Ia akan dilancarkan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Lebih kurang jam 9.30 pagi Dato' Naib Canselor UKM tiba serta disambut oleh Dekan FST, para pensyarah dan pegawai universiti.


O.k, sekarang aku nak bercerita tentang tumbuhan Rosel ini. Maklumat ini aku peroleh daripada pamplet dan ucapan penyelidik berkenaan. Rosel diperkenalkan di malaysia dalam tahun 1990an. Rosel dikatakan berasal dari India atau Afrika Barat. Penanaman Rosel secara komersial telah dilakukan pada tahun 1993 di Terengganu. Dua jenis Rosel yang terdapat di Malaysia iaitu varieti Terengganu dan varieti Arab.


Rosel mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga antosianin. Rosel tertentu pula mengandungi asid hidroksisitrik yang tinggi. Asid ini merupakan asid organik seperti asid sitrik yang dijadikan ramuan utama untuk pelangsingan badan. Aku tak taulah berapa banyak bahan ini diambil untuk kesan yang dihajatkan itu. Ini mesti ditanya sendiri kepada penyelidik.


Penyelidikan Rosel di UKM telah bermula pada tahun 1999 dengan tujuan pembiakbakaan. Program pembiakbakaan telah dijalankan ke atas varieti Arab dan dimulakan dalam tahun 2006. Hasilnya 3 jenis Rosel yang baru telah diperkenalkan pada hari ini.

Ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga Rosel ini ialah:

-saiz pokok sederhana besar

-kurang tinggi

-berbentuk tegak

-tempoh matang yang cepat

-berdaun lebar

Ketiga-tiga Rosel tersebut dikenali sebagai UKMR-1 bewarna merah, UKMR-2 bewarna merah hati dan UKMR-3 bewarna hijau muda. Ketua Pengkaji tumbuhan Rosel ini ialah Prof. Dr. Mohamad bin Osman. Dia boleh dihubungi di no. tel; 03-89215239 fax no. 03-89253357 serta Emel; mbopar@ukm.my

Tugas rakaman video kami tamat lebih kurang jam 11.45 pagi setelah Naib Canselor melaksanakan ucapan perasmian, lawatan ke pameran, dan juga lawatan ke ladang rumah tumbuhan yang berhampiran.

Sunday, April 19, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan...


KEPADA SEMUA PELAJAR UKM, AKU MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, SEMOGA BEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG....

Malam Anugerah MAPIM oh! MAM

suasana dalam bilik untuk majlis anugerah



Zulhimi: Letih oooo....nak tunggu dari jam 1.00 ptg hingga 5.30 ptg.


Sdr. Kamarul sedang beri sumbangan tenaga untuk krew rakaman UUM



Tanggal 17 April 2009;
Kami, yakni Unit Audio Video, PPP menerima arahan tugas untuk membuat rakaman MCP di PWTC untuk Majlis Malam Anugerah MAPIM. Oleh itu kami menyediakan semua peralatan untuk dI bawa ke PWTC. Urusan kenderaan dan waktu bertolak sudah dilaksanakan urusannya oleh sdr. Kamarul iaitu Juruteknik Kanan, Unit Audio Video. Begitu juga dengan urusan yang lain kerana pada masa tugas diterima aku berada di Fraser Hill untuk seminar Biokejuruteraan di sana bersama sdr Ramli. Urusan penyediaan MCP di PWTC ini diarahkan oleh Ketua pusat kami iaitu PROF. K



Tiba di PWTC kami terus ke Pan Pasific Ballroom, PWTC, tempat majlis akan diadakan malam berkenaan. Tiba di sana kami dapati krew rakaman video dari UUM telah bersedia untuk memasang peralatan MCP untuk majlis berkenaan. Oleh yang demikian tentu menjadi suatu perkara yang AMAT KURANG MENASABAH dua grup krew video membuat rakaman secara berasingan untuk satu majlis yang sama dalam satu bilik yang sama juga. Sama seperti satu tugas yang karut. Oleh itu setelah perbincangan diadakan dengan grup krew UUM berkenaan, kami mengambil kata sepakat, kami akan membantu menyediakan satu kamera tambahan. Itu saja, dan semua urusan rakaman, mereka semua yang laksanakan.



Kemudian timbul lagi satu masalah, pihak urus setia meminta pemasangan peralatan dipasang selepas jam 5.30 petang iaitu selepas sesi kertas kerja disampaikan kerana dewan berkenaan akan dibahagi kepada dua bahagian selepas kertas kerja utama. Nampaknya ini satu lagi keputusan yang entah datang dari RIMBA mana. Pengurusan macam kelam kabut saja. Kalau orang yang celik teknikal mereka mungkin lebih mengetahui masa yang diperlukan untuk memasang peralatan, menguji dan sebagainya. Oleh yang demikian pemasangan peralatan diberhentikan jam 12.00 tengah hari dan akan disambung jam 5.30 petang oleh grup krew daripada UUM tersebut. Kesian juga tengok dia orang kerana saya tau betapa letih dari segi mental dan fizikal jika masa pemasangan peralatan tidak sempurna. Kesian jugak kat kami sebab kami datang dari Bangi jam 9.00 pagi dan kene tunggu hingga jam 5.30petang. Mano kami nak pergi, kami bukan ada bilik hotel untuk di tompang...



Kami dari UKM tiada pilihan lain terus merayau-rayau mencari makan tengah hari di gerai sementara grup UUM pulang ke bilik hotel mereka. Fikirlah betapa malang nasib kami terpaksa tunggu sehingga jam 5.30 petang dengan keadaan tak tau nak ke mana. Kami bukan ada bilik hotel. Kelakar, karut marut, lucu tapi bukan lucah, cara melaksanakan tugas seperti ini. Sape nak disalahkan??. Entah, aku pun susah menjawabnya, ibarat kata DILUAH MATI EMAK, DITELAN MATI BAPAK...KALAU TAK DILUAH DAN DITELAN, DIRI SENDIRI YANG MATI.


Tiba jam 6.00 petang, sesi kertas kerja tamat, grup krew UUM memasang peralatan MCP mereka, sementara kami tak tau nak buat apa, tengok je lah. Semua tugas, mereka yang lakukan hingga selesai, termasuklah kamera yang kami sediakan, SATU je. Dengar cerita unit audio kat Pan Pasific ballroom tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk memberikan 'source' audio yang sempurna. Dalam sesi perbualan dengan grup krew dari UUM tu, aku dapat meneka kakitangan teknikal Pan Pasific Ballroom tu macam BODOH SOMBONG, tak tau tapi buat2 tau. Walaupun dia orang sudah mengendalikan PA system untuk banyak program di hotel tu, tidaklah boleh dikatakan pakar. Contohnya unta duduk kat Arab tu sejak zaman Rasulullah tapi mereka tak pandai pun baca Quran sampai la ni...keh....keh...keh...ketawa nyakat ni...



Tiba hampir majlis berlangsung, timbul pulak masalah layar tayangan. Pada pandangan kami yang tak berapa tau ni, layar yang digunakan adalah mungkin layar untuk tayangan di hadapan bukan tayangan dari belakang. Oleh itu imej yang kelihatan agak malap. Oleh itu disaat hampir berlangsung majlis, LCD projector diletakan di hadapan layar. Hmmmmmmmmm.....barulah imej kelihatan amat jelas dan hati berasa puas menatapnye. Dengar pulak cerita dari Krew UUM, 'audio source' yang disediakan oleh pihak hotel mempunyai 'distortion' dan tidak dapat digunakan. Audio yang diberikan 'macam-macam ada....' hmmmm....lebih kurang macam rojaklah kandungannya...tapi rojak sedap, yang ini pulak tak taulah, sedap ke??? Oleh itu mereka telah memasang mikrofon untuk mendapatkan 'audio source' yang tiada sebarang gangguan dan untuk 'back up' kepada audio yang sedia ada. Sdr. Ramli Adnan telah membuat rakaman ENG, sekurang-kurangnya adalah bahan untuk kami dari UKM ni...


Majlis tamat lebih kurang jam sebelas malam. Selepas itu semua peralatan dikemaskan. Peralatan kami tidaklah banyak kerana kami cuma memberi bantuan sedikit sahaja. Apa-apa pun kami yang dah tau asam garam dalam tugas video ni mengucapkan tahniahlah kepada semua krew dari UUM sebab telah mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik. Sebelum beredar kami sama2 bersalaman dengan krew dari UUM tersebut(tapi dengan krew pompuan kami tak salam, jangan gossip tau....) dan semoga berjumpa dilain episod.....


Krew kami dari UKM terdiri daripada aku sendiri, hmmm...takyah sebut namalah...sdr. Kamarul, Ramli, Ruhaizad, Yunus, Zulhimi, Wafiy, TERIMA KASIH SEMUA...

*TAHNIAH UNTUK PUAN AIMIE JOHARI DARI PUSAT PENERBITAN KERANA MEMENANGI ANUGERAH PADA MALAM TU....

Tuesday, April 14, 2009

Fraser Hill lagi....

Kabus ni waktu pagi..



Kabus pagi...

Kabus pagi...


Kabus pagi...

Kabus pagi...








Hari ini 14 april 09;

Hari ini tanggal berapa yah???? Oh, ya, 14 april. hmmm....hari ini merupakan hari kedua kami berada di Fraser Hill. Pagi-pagi lagi sudah bangun, biasalah kan kalau tak bangun tentu tidur kan...Jam 8.00 pagi kami dah sedia dengan pakaian kemas....eh, ye ke kemas....Kami kemudian membawa bersama peralatan rakaman video menuju pintu dan terus keluar menuju ke lokasi untuk sarapan pagi. ops! kami bukan terus keluartapi buka pintu dan tutup pintu serta kunci pintu, lepas tu baru keluar....


Tiba di lokasi sarapan, kelihatan ramai peserta telah menjamu selera mereka di sana. Selepas meletakkan peralatan di suatu sudut, kami segera mengambil makanan masing-masing. Hmmmmmm....banyaknye makanan kek sini, enak-enak pulah tu. Ermmm....kalau setahun duduk dan makan kek sini, bolehkah agaknye masuk dan keluar pintu bilik hotel??. Faham ke maksud aku ni....kah...kah...kah...ketawakek diri sendiri...

Majlis perasmian seminar dijangkakan akan diadakan hari ini iaitu jam...mmmmm....berapa yek tapi majlis berkenaan agak lewat gak lebih kurang jam 12.00 tengah hari baru dilaksanakan. Aku pun tak tau apa sebab lewat, malas nak ambil tau. itulah sebab aku tak layak jadi wartawan...hmmm...jadi penerbit rancangan pun sudahlah...

Timbalan Menteri Sumber manusia iaitu Senator dato' Maznah mazlan telah melaksanakan perasmian. Dari ucapan yang aku dengar, seolah-oleh timbalan menteri tu macam tahu semua je berkaitan alam sekitar yang menjadi isi utama ucapannya.

Seminar berkenaan bersambung kembali dengan beberapa lagi kertas kerja termasuk ucap utama. Prof. Dr. Roslan dari UiTM. Antara isi kertas kerjanya ialah berkaitan jadual bulan yang selamat untuk ke Bukit Fraser. Ia adalah berkaitan dengan masalah tanah runtuh. dalam beberapa kertas kerja yang lain dibentangkan isu kemerosotan pelancong ke Fraser Hill, jenis tanah tanih di Fraser Hill yang poros, mendapan di Sungai jeriau dan sebagainya. Sesi petang tamat pada jam kira-kira 5.00 petang.



15 APRIL 2009

Hari ketiga dan terakhir di Bukit Fraser. Awal pagi persekitaran berkabus tebal serta hujan. Memang diramalkan setiap bulan April di fraser Hill mengalami musim hujan. Pembentangan kertas kerja hari inibermula jam 9.00 pagi.

Diantara isi kertas kerja penceramah ialah:

-kurang kemudahan ATM

-pengangkutan awam tiada

-stesen minyak tiada yang hampir ialah di Kubu Bharu.

-bukit Fraser sebagai destinasi berehat yang kurang gangguan

-wujud spesis pokok yang hanya terdapat di sini

-kawalankepada spesis flora dan fauna supaya tidak dibawa keluar

-spesis burung2 yang mudah dilihat

-spesis lumut dan paku pakis yang bernilai

-terdapat liken yang boleh dikaji dari sudut kandungan kimianya

-terdapat 2 spesisi periukkera

-terdapat kepelbagaian seragga

-terdapat 2 spesis ikan

-berkaitan sisa buangan

-berkaitan tanah rntuh

-kedalaman sungai tidak sampai satu meter

-sungai mempunyai isi padu air yang tinggi

-sungai cetek disebabkan oleh mendapan

-hujan banyak sepanjang tahun

Catatan Perjalanan Ke Fraser Hill




























Dalam hati berkata bagaimanakah perjalanan ku ke Fraser Hill buat kali kedua ini. Aku meneka dan terus meneka. Hingga ke saat aku menerjah masuk ke kampus UKM melalui pintu utama, aku masih gagal meneka. Aku juga masih gagal membuat sebarang keputusan sama ada berkenderaan sendiri atau menaiki kenderaan UKM untuk bergerak ke Fraser Hill.


Tiba di bangunan Pusat Penerbitan, sdr. Ramli sudah sedia menunggu. Kami mengambil peralatan audio video iaitu kamera video, tripod, pita dan sebagainya lalu terus memuatkan ke dalam tempat letak barang tanpa banyak bicara diantara kami. Maklumlah apabila selalu bertemu kami kegersangan modal untuk bercerita. Kemudian kami terus memasuki kereta. Seperti biasa enjin kereta dihidupkan. Hmmm...untung sungguh enjin kereta kerana ia boleh hidup dan mati berbilang kali dan ini entah kali keberapa ia hidup. 'Clutch' ditekan, tangan aku memasukkan 'gear', minyak ditekan dan 'clutch' dilepaskan perlahan-lahan. Seterusnya kereta meluncur menuju destinasi iaitu perkarangan Masjid UKM.

Tiba diperkarangan masjid, aku masih gagal membuat keputusan, berkenderaan ke? naik bas ke? Begitulah proses pemikiran kognitif yang berlaku di dalam minda. Persoalan silih berganti. Akhirnya setelah berbincang dengn sdr. Ramli, aku mengambil keputusan untuk berkenderaan sendiri untuk ke Fraser Hill. Kami mula bergerak kira-kira jam 8.30 pagi menuju ke Lebuhraya Utara Selatan selepas mengisi minyak kereta sehingga penuh.

Di lebuh raya, biasalah 110Km menjadi mainan kerana melebihi had tidak dibenarkan. Dari lebuh raya kami susur keluar ke Pekan Rawang dan seterusnya menuju utara untuk ke Kuala Kubu Bharu. Tiba di simpang untuk ke Kuala Kubu, aku membelokkan kereta masuk ke kanan. Dari Kuala Kubu Baru, kami terus bergerak menuju ke Bukit Fraser. Jalan agak bengkang bengkuk, tapi tak mengapa asalkan kami masih melekap ke bumi oleh tekana graviti.Tiba di Empangan Kuala Kubu, kami singgah sebentar. Aku merakamkan beberapa imej di empangan berkenaan dengan menggunakan handphone walaupun hp ku ini ber pixel rendah.

Hampir jam 11.00 pagi kami tiba di kaki Bukit Fraser iaitu di suatu lakasi yang dikenali sebagai GAP. Perjalanan mendaki dan menuruni Bukit Fraser ialah secara bergilir-gilir. Jalan raya menuju ke puncak cuma boleh dilalui untuk satu hala sahaja pada sesuatu masa. Tepat jam 11.00 pagi kami mula bergerak menuju ke puncak bukit Fraser.

Tiba dipuncak, kami terus singgah di gerai makan berhampiran untuk mengisi perut kami yang kosong sejak pagi lagi. Inilah makanan pertama kami makan untuk hari ini. Setelah perut kekenyangan kami kembali memasuki kereta dan bergerak menuju ke Shahzan Inn di mana Seminar Bio-kejruteraan akan diadakan. Kami membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik penginapan kami untuk dua malam di sini. Sedikit rakaman video keadaan sekitar hotel telah dilakukan oleh sdr. Ramli sebelum kami masuk ke bilik dua untuk merehatkan diri yang sememangnya amat letih dan lesu.

Sesi pertama seminar telah bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Diantara isi kertas kerja yang masih aku ingat ialah kedatangan pelancong ke Fraser Hill merosot, kurang terdapat mesin ATM, tandas awam kurang bersih, kurang tempat rekreasi, kedai makan yang terhad. Selain daripada itu 92% pengunjung ke Bukit Fraser adalah berkenderaan sendiri. Seterusnya jalan raya adalah sempit serta kurang lampu-lampu jalan. Selain daripada itu terdapat cadangan untuk menjadikan Bukit Fraser sebagai taman rama-rama terbuka dan banyak lagi perkara-perkara lain yang dibentangkan mengenai kajian Bukit Fraser ini.


Waktu malam tiada sebarang aktiviti yang kmi lakukan. Lagipun hujan turun dengan amat lebat sekali. Kami menghabiskan masa denga bermain ping pong.