Thursday, April 23, 2009

Rosel oh... Rosel..







Benih Rosel.

Ladang Rosel UKM




Pameran Rosel.









Anda semua tahu apakah Rosel...? Kalau nak tahu bacalah apa yang aku nak tulis ni sampai habis. Kalau rajin lah, aku tak paksa pun...

Jam 8.00 pagi aku bergerak ke Rumah Tumbuh-Tumbuhan, Fakulti Sains dan Teknologi dengan Sdr. Ramli. Kami bergerak dengan menaiki kereta, bukan bertolak, kalau bertolak entah berape jam baru boleh sampai. Kami tentu sekali bawa kamera video, kalau tidak takde gunanya kami pergi ke sana. Tiba di sana aku mencari tempat untuk parking kereta yang aku rasakan sesuai. Hmmm....yang sesuai bagi kebanyakan orang tentulah yang berhampiran, bukan begitu?. Itulah resam manusia sekarang. Itulah diantara faktor manusia sekarang ni tubuh badan penuh dengan lemak, berjalan jauh sedikit saja malas, usahkan nak bersukan. Pilihan aku biarlah tempat parking tu selesa dan selamat, itu yang lebih penting.


Pilihan pertama di tepi jalan raya, tidak menjadi. Kami bergerak masuk berhampiran belakang bangunan, hmmm....sisi bangunan Rumah Tumbuh-Tumbuhan. Alhamdulillah, berjaya mendapat satu ruang untuk parking, yang lain semuanya penuh. Itu satu saja yang masih kosong. Selepas parking kereta kami bergerak menuju lokasi majlis perasmian di hadapan bangunan. Tanpa berlengah Sdr. Ramli merakam keadaan sekeliling lokasi perasmian. Dia ambil beberapa shot sahaja. Bagi aku ia dianggap sebagai 'warm up' sahaja.


Sebenarnya majlis hari ini ialah Majlis Pelancaran Tiga Jenis Rosel Baru. Ia akan dilancarkan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Lebih kurang jam 9.30 pagi Dato' Naib Canselor UKM tiba serta disambut oleh Dekan FST, para pensyarah dan pegawai universiti.


O.k, sekarang aku nak bercerita tentang tumbuhan Rosel ini. Maklumat ini aku peroleh daripada pamplet dan ucapan penyelidik berkenaan. Rosel diperkenalkan di malaysia dalam tahun 1990an. Rosel dikatakan berasal dari India atau Afrika Barat. Penanaman Rosel secara komersial telah dilakukan pada tahun 1993 di Terengganu. Dua jenis Rosel yang terdapat di Malaysia iaitu varieti Terengganu dan varieti Arab.


Rosel mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga antosianin. Rosel tertentu pula mengandungi asid hidroksisitrik yang tinggi. Asid ini merupakan asid organik seperti asid sitrik yang dijadikan ramuan utama untuk pelangsingan badan. Aku tak taulah berapa banyak bahan ini diambil untuk kesan yang dihajatkan itu. Ini mesti ditanya sendiri kepada penyelidik.


Penyelidikan Rosel di UKM telah bermula pada tahun 1999 dengan tujuan pembiakbakaan. Program pembiakbakaan telah dijalankan ke atas varieti Arab dan dimulakan dalam tahun 2006. Hasilnya 3 jenis Rosel yang baru telah diperkenalkan pada hari ini.

Ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga Rosel ini ialah:

-saiz pokok sederhana besar

-kurang tinggi

-berbentuk tegak

-tempoh matang yang cepat

-berdaun lebar

Ketiga-tiga Rosel tersebut dikenali sebagai UKMR-1 bewarna merah, UKMR-2 bewarna merah hati dan UKMR-3 bewarna hijau muda. Ketua Pengkaji tumbuhan Rosel ini ialah Prof. Dr. Mohamad bin Osman. Dia boleh dihubungi di no. tel; 03-89215239 fax no. 03-89253357 serta Emel; mbopar@ukm.my

Tugas rakaman video kami tamat lebih kurang jam 11.45 pagi setelah Naib Canselor melaksanakan ucapan perasmian, lawatan ke pameran, dan juga lawatan ke ladang rumah tumbuhan yang berhampiran.

5 comments:

CikLieYzaOnline said...

mcm buah naga je....

CikLieYzaOnline said...

wahhh..den nk pi curi sebijik..nk langsingkan badan...hahahahahaha.mkn buahnya lagi berkesan...dekat je ngn kolej den tu.den pi curi mlm2.hehehe

fazilahrahman said...

rosel??huhu..kek umah den ado pokok ni maghin..sebatang yola..tp skang xtau lg wjud ke x..sbb eh blkg umah den tuh dh kne tmbak..
mak den sll wat air je rozel nih..mcm air sirap tuh..lg stu, kalo wat jem pon sdap gak..nyam3..

daud.montak.zakaria said...

Laaaa...nape tak pegi pameran tu hari, masa pelancaran tu dia orang bagi free je pokok rosel tu, ambik je berape pokok nak....kalau boleh ambik banyak2 tanam lagi di belakang rumah tu...nanti leh buek kueh rosel pulak...

Atau kalau nak juge, pegi ajak Liza malam ni ambik kek ladang UKM tu malam2...heh...heh...
Tapi ingat kawasan tu malam2 banyak antu woooooooo....

CikLieYzaOnline said...

heheh..boleh je..haha.den ni ala2 geng penyamun gak.huhu.antu pun takut kek den kalo den dh tunjuk taring..hehehe.tp,syaratnya 1 je.ekau bawakan la den ngn eyla pi tmpat tu sbb ekau kan perWIRA kami.hahaha.baru den teringat bahawasanya ekau juga memiliki WIRA yg den sayangi.heeeeeee