Tuesday, April 14, 2009

Catatan Perjalanan Ke Fraser Hill




























Dalam hati berkata bagaimanakah perjalanan ku ke Fraser Hill buat kali kedua ini. Aku meneka dan terus meneka. Hingga ke saat aku menerjah masuk ke kampus UKM melalui pintu utama, aku masih gagal meneka. Aku juga masih gagal membuat sebarang keputusan sama ada berkenderaan sendiri atau menaiki kenderaan UKM untuk bergerak ke Fraser Hill.


Tiba di bangunan Pusat Penerbitan, sdr. Ramli sudah sedia menunggu. Kami mengambil peralatan audio video iaitu kamera video, tripod, pita dan sebagainya lalu terus memuatkan ke dalam tempat letak barang tanpa banyak bicara diantara kami. Maklumlah apabila selalu bertemu kami kegersangan modal untuk bercerita. Kemudian kami terus memasuki kereta. Seperti biasa enjin kereta dihidupkan. Hmmm...untung sungguh enjin kereta kerana ia boleh hidup dan mati berbilang kali dan ini entah kali keberapa ia hidup. 'Clutch' ditekan, tangan aku memasukkan 'gear', minyak ditekan dan 'clutch' dilepaskan perlahan-lahan. Seterusnya kereta meluncur menuju destinasi iaitu perkarangan Masjid UKM.

Tiba diperkarangan masjid, aku masih gagal membuat keputusan, berkenderaan ke? naik bas ke? Begitulah proses pemikiran kognitif yang berlaku di dalam minda. Persoalan silih berganti. Akhirnya setelah berbincang dengn sdr. Ramli, aku mengambil keputusan untuk berkenderaan sendiri untuk ke Fraser Hill. Kami mula bergerak kira-kira jam 8.30 pagi menuju ke Lebuhraya Utara Selatan selepas mengisi minyak kereta sehingga penuh.

Di lebuh raya, biasalah 110Km menjadi mainan kerana melebihi had tidak dibenarkan. Dari lebuh raya kami susur keluar ke Pekan Rawang dan seterusnya menuju utara untuk ke Kuala Kubu Bharu. Tiba di simpang untuk ke Kuala Kubu, aku membelokkan kereta masuk ke kanan. Dari Kuala Kubu Baru, kami terus bergerak menuju ke Bukit Fraser. Jalan agak bengkang bengkuk, tapi tak mengapa asalkan kami masih melekap ke bumi oleh tekana graviti.Tiba di Empangan Kuala Kubu, kami singgah sebentar. Aku merakamkan beberapa imej di empangan berkenaan dengan menggunakan handphone walaupun hp ku ini ber pixel rendah.

Hampir jam 11.00 pagi kami tiba di kaki Bukit Fraser iaitu di suatu lakasi yang dikenali sebagai GAP. Perjalanan mendaki dan menuruni Bukit Fraser ialah secara bergilir-gilir. Jalan raya menuju ke puncak cuma boleh dilalui untuk satu hala sahaja pada sesuatu masa. Tepat jam 11.00 pagi kami mula bergerak menuju ke puncak bukit Fraser.

Tiba dipuncak, kami terus singgah di gerai makan berhampiran untuk mengisi perut kami yang kosong sejak pagi lagi. Inilah makanan pertama kami makan untuk hari ini. Setelah perut kekenyangan kami kembali memasuki kereta dan bergerak menuju ke Shahzan Inn di mana Seminar Bio-kejruteraan akan diadakan. Kami membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik penginapan kami untuk dua malam di sini. Sedikit rakaman video keadaan sekitar hotel telah dilakukan oleh sdr. Ramli sebelum kami masuk ke bilik dua untuk merehatkan diri yang sememangnya amat letih dan lesu.

Sesi pertama seminar telah bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Diantara isi kertas kerja yang masih aku ingat ialah kedatangan pelancong ke Fraser Hill merosot, kurang terdapat mesin ATM, tandas awam kurang bersih, kurang tempat rekreasi, kedai makan yang terhad. Selain daripada itu 92% pengunjung ke Bukit Fraser adalah berkenderaan sendiri. Seterusnya jalan raya adalah sempit serta kurang lampu-lampu jalan. Selain daripada itu terdapat cadangan untuk menjadikan Bukit Fraser sebagai taman rama-rama terbuka dan banyak lagi perkara-perkara lain yang dibentangkan mengenai kajian Bukit Fraser ini.


Waktu malam tiada sebarang aktiviti yang kmi lakukan. Lagipun hujan turun dengan amat lebat sekali. Kami menghabiskan masa denga bermain ping pong.

3 comments:

CikLieYzaOnline said...

Cantiknyaaaaaaaaaaaa.. sejuk mata memandang...... napa bunga 12 dan 13 tu x sama? wkt berbeza ka? xpun,bunga 13 tu tgh tdo kesejukkan ke?hehe. den mtk izin "curi" beberapa keping gambar kek blog ni yo...heeeee. pencurian sdg dilakukan.curi...curi...jgn mareeee..

daud.montak.zakaria said...

Mano2 lah, silakan...

CikLieYzaOnline said...

copeknya ekau balas.heeee.mcm tau2 je blog ekau sedang diceroboh.hehe.pencurian akan bersambung laie sebntar nnt.brhenti seketika utk mengisi kekosongn perut yg sudah pun berbunyi....