Tuesday, July 12, 2011

Satu Catatan Perjalanan di Tasik Chini selepas 2004(mobiliti pelajar 2011)

.....Kuala Gandah Pahang....

AHAD, 10 Julai 2011;
Aku serta sdr. Kamarul membuat rakaman video 'UKM-Global Students Mobility Partnership'
di Kuala Gandah dan Tasik Chini. Kami dijangka akan bergerak ke Kuala Gandah
Pahang untuk membuat rakaman video 'program mobiliti pelajar'
kumpulan sains. Disebabkan masalah teknikal yang tidak
disengajakan atau tidak dapat dielakkan, kami bergerak ke Kuala Gandah dengan
kereta sdr. Kamarul Baharin(terima kasih Kam....)

Kami tiba di Kuala Gandah hampir tengah hari. Sukar juga untuk mencari jalan ke sini dan kami 'terkena', kerana mengikuti laluan yang agak jauh jugak.

...Dr. Habibah....sorry jika silap nama...

Tiba di Kuala Gandah, sdr. Kamarul dan aku mula membuat rakaman (sebenarnya Kamarul yang lebih membuat rakaman) di Kuala Gandah ini. Kuala Gandah ini merupakan pusat pemuliharaan gajah dari seluruh Semenanjung Malaysia, yang telah dibuka untuk lawatan kepada umum.
Di sini orang ramai boleh melihat gajah2 tersebut ketika dimandikan dan juga berpeluang untuk menunggang haiwan daratan yang terbesar di bumi.
.........tempat penetasan anak-anak ikan.....sorry gak kalau silap...

Setelah rakaman dibuat selama lebih kurang 15 minit, kamera video kami
mengalami masalah yang tidak mampu diatasi walaupun telah dicuba dengan
pelbagai cara. Malang nasib tidak menyebelahi kami nampaknya. Setelah berbincang
kami mengambil keputusan secara bersama untuk kembali
semula ke Bangi untuk mengambil kamera video yang
lain. Jauh giler beb! perlu berada di jalanraya
sejauh lebih kurang 200 kilometer.
(* dapat tahu kamera tersebut telah diambil oleh pembekal dan dibetulkan kembali masalahnya...)

Kami kembali semula ke Bangi dengan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Tiba di Bangi kami mengambil keputusan untuk membawa 2 buah kamera, andaikata sebuah kamera bermasalah maka ada lagi sebuah untuk digunakan, dan tugas kami tidaklah akan tergendala lagi...

....oh! Tasik Chini...

Walaupun kamera yang kedua, kualiti visual tidak berapa baik namun, lebih baik ada visual daripada tiada langsung...
Aku rasa macam tidak puas hati sebab kamera yang bermasalah tersebut merupakan kamera baru yang lebih kurang dua bulan kami gunakan... Setelah kamera video kami muatkan ke dalam kereta, kami mengambil keputusan untuk melalui Negeri Sembilan pula untuk menuju ke Tasik Chini, bukan melalui Karak, dengan andaian atau pandangan bahawa melalui sana akan mengambil masa yang singkat.
......Tasik Chini...semangkin tenatkah ia....?

Melalui Negeri Sembilan kami menuju ke Kuala Pilah, Bahau, Serting, Bandar Tun Razak, Bandar Muazzam, dan Tasik Chini. Ah! rupa-rupanya jalan yang kami lalui itu terasa jauh giler sangat, namun begitu akhirnya kami tiba juga di Tasik Chini lebih kurang jam 12.00 tengah malam serta terus bermalam di Resort Tasik Chini. Terima kasih kepada sdr. Fairul Surian yang lebih dikenali sebagai 'Fire' kerana telah menguruskan tempat penginapan kami....terima kasih.

Keesokan harinya iaitu Isnin 11 Julai 2011, kami turun ke Tasik Chini dengan menaiki bot untuk membuat rakaman video ketika pelajar mobiliti memasang jaring untuk menangkap ikan di tasik tersebut. Kami turun se awal jam 7.00 pagi.

....sdr. Kamarul sedang merakam 'sunrise'...

Selepas sarapan pagi pelajar program berkenaan diberi kuliah atau taklimat oleh pensyarah iaitu Dr. Habibah(tak pasti namanya...sorry kalau silap...) dan juga Prof. Datuk Dr. Mushrifah, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Selesai kuliah para pelajar telah dibawa untuk melihat tempat penetasan ikan sebelum ia di kembalikan semula ke tasik.
.......pandangan tasik ketika awal pagi.....

Berikutnya pula para pelajar secara amali telah diminta membuat pemeriksaan berkaitan kualiti air di beberapa lokasi sekitar tasik tersebut. Prof. Madya Dr. Ikhwan menjadi pensyarah dalam aktiviti ini. Selepas makan tengah hari pelajar kembali ke tasik untuk memungut ikan-ikan yang terperangkap di dalam jaring yang telah dipasang awal pagi tadi. Semua spesis ikan yang diperoleh diambil data-data seperti ukuran dan sebagainya. Tugas ini dilakukan secara berkumpulan. Berikutnya pula, para pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti berkayak di tasik tersebut. Dalam aktiviti berkumpulan ini mereka diminta mendayung kayak mengelilingi jarak tertentu dan kembali semula ke pantai. Ia lebih merupakan satu pertandingan
di antara kumpulan-kumpulan. Aktiviti ini selesai lebih kurang jam 6.30 petang.

.....seronok melihat Tasik Chini....alangkah canteknya jika ia terus terpelihara....

Aktiviti program mobiliti ini disambung pula pada waktu malam iaitu peserta dijamu makan malam serta dihiburkan dengan persembahan tarian sewang oleh kanak-kanak suku Jakun. Para peserta juga turut diminta bersama-sama kanak-kanak tersebut serta mereka yang berminat untuk menari bersama-sama di penghujung majlis berkenaan...Bila melihat wajah-wajah ceria dan comel kanak-kanak tersebut, tertanya-tanya jugak dibenak hati, ke mana akhirnya mereka nanti....?

.......aktiviti penyemaian biji-biji benih tumbuhan Teratai....

12 Julai 2011; jam 8.00 pagi selepas sarapan para pelajar dijelaskan cara menyemai biji benih teratai ditepi tasik. Prof. Dr. Mushrifah telah menjelaskan cara tersebut sebelum semua pelajar, terlibat dalam aktiviti berkenaan. Memang jelas kelihatan pokok teratai sudah macam pupus di tasik tersebut tidak sepertimana ketika aku membuat rakaman Ekspedisi Saintifik Tasik Chini dalam tahun 2004 yang lalu (lihat di sini). Sukar untuk melihat bunga Teratai yang berkembang di mana-mana tempat dilokasi tasik setakat yang mampu dijangkau oleh penglihatan aku.

.....aktiviti menanam anak-anak pokok....

Selepas aktiviti menyemai benih biji Teratai di Tasik Chini selesai, pelajar dibawa pula untuk menanam anak-anak pokok di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

Selepas selesai aktiviti berkenaan para pelajar dibawa ke satu lokasi di dalam hutan untuk mendengar penjelasan tentang spesis haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut. Kelihatan dalam perangkap, spesis tikus dan burung.

...wah! sempat berfoto...

Mereka semua diajar cara-cara untuk memerangkap fauna tersebut serta mengambil data-data yang diperlukan berkaitan spesis fauna berkenaan.


Selepas waktu tengah hari para pelajar mengambil bahagian dalam menggunakan alat sumpitan. Aktiviti ini juga kelihatan seperti pertandingan di antara para pelajar tersebut.

....bangunan sementara Pusat Penyelidikan Tasik Chini...

Selepas sesi berkenaan selesai para pelajar dibawa masuk ke dalam kompleks Pusat Penyelidikan Tasik Chini yang merupakan sebuah binaan sementara, untuk mendengar berkaitan penyediaan kertas kerja yang perlu mereka siapkan serta juga untuk satu majlis penutup program ini di Tasik Chini. Selain daripada itu jika difikirkan kembali, ada jugak hikmahnya segala kejadian yang terjadi kepada kami ketika mengikuti program ke Tasik Chini tersebut...contohnya jika kami tidak berkenderaan sendiri ke Tasik Chini tentu menjadi sukar untuk kembali ke Bangi bila kamera kami mengalami kerosakan, cuba fikirkan kembali...bukan begitu....???
Sebenarnya aku telah datang ke Tasik Chini ini sebanyak 3 kali termasuk hari ini. Kali pertama semasa Ekspedisi Saintifik Tasik Chini dalam tahun 2004, kedua semasa Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini.
Semasa Ekspedisi Saintifik T. Chini, kelihatan banyak sungguh tumbuhan Teratai di mana-mana sahaja di sekitar dalam tasik berkenaan. Namun pada kali ini kelihatan jarang sekali ataupun tiada langsung kelihatan kembangan Teratai berkenaan, sukar giler nak jumpa walau sekuntum.... Dalam fikiran aku bersarang seribu satu tanda soal yang besar giler...kemana perginya si Teratai menghilang....???? Adakah si Teratai sudah 'merajuk' untuk berkembang di tasik ini atau adakah si Teratai sudah terancam atau sengaja diancam....? Entahlah....kita lihat apa yang akan berlaku dalam episod-episod yang akan datang..... sekian...

* terima kasih banyak2 kepada sdr. Fairul Surian @ Fire yang banyak membantu kami semua daripada UAV Penerbit UKM, sepanjang program mobiliti ini....

*aku akan cuba siapkan sebuah penerbitan video berkaitan program ini di Tasik Chini...tapi tak pasti bila, harap mampu dilaksanakan...InsyaALLAH....

daudmontakzakaria

Thursday, July 7, 2011

Pipe Insulation...TnEc

HARI ini, 7 julai 2011, Khamis;
Aku dan sdr. Shahrul Fadli telah pergi ke Lingkungan Kedua UKM untuk membuat rakaman video tangki air yang hampir siap. Tangki air ini merupakan salah satu elemen penting dalam sistem penghawa dingin yang sedang disiapkan oleh TNEC.

...sdr. Shahrul Fadli....
Tiba di lokasi sdr. Shahrul sempat membuat rakaman Wide Shot
TNEC Contruction Site dan juga kren yang digunakan
untuk mengangkat konkrit penutup
tangki air tersebut.

Namun begitu tugas tersebut dibatalkan kerana kekurangan bahan tertentu yang akan diambil dari kilang. En. Anuar mengatakan, terpaksa 'delay' selama satu jam. Kami gunakan masa yang terluang tersebut untuk membuat rakaman kerja-kerja 'pipe insulation' yang sedang dilakukan dalam bangunan yang dibina tersebut.

...sekali-sekala enter frame apa salahnya kan......?
Banyak juga shot-shot yang kami ambil semasa dalam bangunan tersebut.
Shot yang banyak diperlukan andaikata tidak digunakan tidaklah
menjadi masalah pun... Yang akan menjadi masalah ialah
shot-shot yang tidak mencukupi, itu akan menjadi
masalah AMAT BESAR. Bukan mudah
hendak merakam kembali visual
benda yang telah disiapkan
jika diperlukan...
kan gitu...?
Setelah lebih satu jam menunggu kami ambil keputusan untuk memanjat tangki konkrit yang besar tersebut untuk mengambil shot-shot di bahagian atas. Namun staf yang 'incharge' mengatakan kerja-kerja untuk menutup tangki tersebut terpaksa ditunda hari esok iaitu hari Jumaat kerana kekurangan bahan yang diperlukan. Akhirnya kami balik semula ke pejabat hampir jam 12.00 tengah hari...Nampaknya esok akan bersambung lagi tugas rakaman ini....

daudmontakzakaria.

Sunday, July 3, 2011

Nostalgia Program Mobiliti lalu...

...pemandangan di Taman Negara Pahang....

TAHUN 2010 bulan Julai merupakan tahun yang paling sibuk bagi kami
daripada Unit Audio Video Penerbit UKM. Dalam bulan tersebut
banyak tugas rakaman perlu dibuat atas pemintaan
banyak pihak.
Dalam bulan tersebut kami terpaksa membahagikan masa untuk membuat tugas rakaman Program Global Students Mobility dan juga Minggu Suaikenal Pelajar Baru UKM. Semua tugas tersebut perlu dijalankan termasuk tugas-tugas rakaman yang lain yang sentiasa mengintai kami untk mendapatkan perkhidmatan.
Tahun lalu aku cuma bertugas membuat rakaman di Taman Negara bersama sdr. Ramli sementara tahun sebelumnya kami berdua membuat rakaman Mobiliti Pelajar di Sarawak.
Taman Negara Kuala Tahan
Tahun lalu semua kakitangan terpaksa bertugas dengan gigih menangani
kerja-kerja rakaman yang boleh dikatakan agak banyak terutama
program Mobiliti Pelajar. Tahun lalu sdr. Jasril dan Kamarul ditugaskan untuk membuat
rakaman di Sabah dan mereka berjaya mendaki Gunung Kinabalu dimana sdr. Jasril berjaya sampai di kemuncak serta membuat rakaman visual di atas sana.
Sementara itu sdr. Shahrul Fadli dan Wafiy bertugas membuat rakaman di Langkawi dan mereka telah dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menghasilkan sebuah penerbitan video. Tahun ini mereka berdua akan ke Sabah dan membuat rakaman aktiviti di sana termasuk di Lembah Danum.

sdr. Shahrul dan Wafiy semasa di Langkawi tahun lalu...

Tahun ini sdr. Khaidir dan Siti Suraya 'cover' rakaman video di Langkawi. Sdr. Ruhaizad dan Jasril di Taman Negara Kuala Tahan, sdr. Ramli dan Jasril di Gombal dan Pulau Carey. Sebenarnya pemilihan mereka ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah bergantung kepada rasa sukarela hendak ke sana setelah aku pelawa mereka. Jika aku dapati jawapan yang aku terima tidak menentu atau antara 'nak' atau 'taknak' maka aku terpaksalah berusaha mencari pengganti dikalangan staf Penerbit UKM yang pernah 'involve' dalam kerja2 video kami. Aku amat memerlukan jawapan yang benar-benar tepat dan tetap tanpa sebarang rasa seperti 'mana2 lah' atau 'tengoklah' atau 'kalau ada yang nak pergi berilah'. Tahun ini aku dan sdr. Kamarul memilih untuk membuat rakaman di Tasik Chini. Harap aku peroleh visual yang boleh aku edit untuk dijadikan sebuah penerbitan. Harap semua yang telah dipilih untuk membuat rakaman di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan dapat memperoleh visual yang boleh dijadikan sebuah penerbitan video. Pandangan peribadi aku tugas ini sebenarnya merupakan tugas yang agak berat dimana ia memerlukan stamina dan ketahanan mental. Mereka yang terlibat dengan rakaman perlu berbincang berkaitan shot-shot yang ingin dirakam, mereka juga perlu bekerjasama untuk berkongsi beban yang dibawa iaitu kamera video dan tripod serta hal-hal lain, itulah sebabnya krew video perlu dua orang untuk turut serta dalam kerja rakaman program tersebut. Diharapkan semuanya dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan bebas daripada sebarang masalah....InsyaALLAH...
daudmontakzakaria

Thursday, June 30, 2011

Bermulalah program masuk Hutan Global Students Mobility Partnership UKM.

HARI ini, 30 Jun 2011, Khamis,
bermulalah program kerjalapangan 'Global Students Mobility Partnership UKM'
Hari ini pelajar program mobiliti membuat kerjalapangan di Hutan Pendidikan Alam UKM.
Kumpulan ini merupakan kumpulan sains yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa.
Kumpulan ini diberi penjelasan berkaitan hutan hujan tropika yang wujud di sini oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi yang aku sendiri pun tidak mengetahui namanya...maaf......


Mereka mula masuk ke hutan berkenaan pada jam 10.00 pagi. Kami diminta untuk membuat rakaman foto dan video aktiviti ini. Jika ikut jadual, kerjalapangan ini dijalankan hari esok namun disebabkan perkara yang tidak kami ketahui, aktiviti ini dijalankan hari ini.
Oleh kerana jadual tersebut jadual tiba2 aku tidak dapat mengikuti kumpulan ini untuk masuk hutan. Mana mungkin masuk hutan dengan memakai baju batik. Hari ini Khamis, jadi baju batik menjadi pakaian kami. Walau bagaimanapun sdr. Ramli telah menyertai mereka untuk merakam video sementara sdr. Ikhwan pula untuk merakam foto. Aktiviti tersebut tamat lebih kurang jam 1.00 petang......
daudmontakzakaria

Tuesday, June 28, 2011

"Global Student Mobility' lagi.....

HARI ini, Selasa 28 Jun 2011; aku dah tak perlu fikir apa-apa lagi tentang tugas untuk 'Global Student Mobility' sebab semua jadual tugas untuk UNIT AUDIO VIDEO PENERBIT UKM telah aku selesaikan. Crew untuk sertai tugas rakaman video untuk program berkenaan telah aku agih-agihkan kepada mereka yang secara 'SANGAT SUKARELA' untuk menjalankan tugas rakaman berkenaan.

Crew video untuk tugas rakaman berkenaan telah aku agihkan iaitu 2 orang untuk pergi ke lokasi-lokasi yang telah ditentukan. Pada pandangan kami crew video perlu pergi 2 orang kerana beban seperti kamera video yang berat, tripod yang berat, bateri-bateri kamera, beg pakaian sendiri, dan juga perlu berkongsi idea untuk shot-shot yang perlu dibuat. Semuanya perlu kerjasama sempurna oleh dua fikiran yang saling perlu memerlukan. Tugas video adalah tugas grup bukan tugas individu...

Jadual yang aku telah tentukan ialah; GOMBAK & PULAU CAREY - sdr. RAMLI & HANAMICHI (2 - 3 Julai); LANGKAWI - SITI SURAYA & MUHAMMAD KHAIDIR (2 - 6 Julai); TAMAN NEGARA - RUHAIZAD & HANAMICHI( ................. )TASIK CHINI - AKU & KAMARUL (8 - 10 Julai); SARAWAK - HANAMICHI & AZRUL KHAIDIR (11 - 19 Julai); SABAH - SHAHRUL FADLI & WAFIY ADLAN (14 - 19 Julai)....

Mereka yang aku beri tugas tersebut merupakan mereka yang BENAR-BENAR SUKARELA untuk pergi ke lokasi-lokasi yang telah ditentukan....mereka telah ditawarkan untuk pergi ke sana, dan mereka yang telah menerima tawaran ini, aku andaikan mereka AMAT SUKARELA hendak menjalankan tugas tersebut kerana pandangan aku tugas-tugas berkenaan berat dan sudah pasti ia sangat memenatkan. Mereka yang bertugas perlu dan mesti bergerak ke sana ke mari dalam suasana tanpa AIRCOND serta perlu kepada tubuh badan yang 'FIT' sepanjang masa...Kalau tidak 'FIT' alamatnya akan 'pancit'......

Aku berharap sangat mereka boleh menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan mampu menghasilkan sekurang2nya sebuah program video(khusus untuk krew UAV). Harap masing-masing mampu melakukan kerja dengan sempurna serta terhindar dari sebarang perkara yang tidak baik...InsyaALLAH....

daudmontakzakaria

Sunday, June 26, 2011

Main power for TNEC...

....sdr. Shahrul tekun membuat rakaman....

HARI ini, 26 JUN 2011, AHAD;
Berada di UKM bersama sdr. Shahrul Fadli kerana membuat rakaman video
penyambungan kabel kuasa utama ke bangunan di tapak pembinaan
TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua UKM.

Kami berada di UKM tepat jam 9.00 pagi dan terus pergi ke tapak pembinaan
di Lingkungan Kedua UKM. Di sana sdr. Shahrul telah merakamkan
kerja mengorek tanah untuk mencari kabel kuasa utama letrik
di hadapan bangunan TNEC Cooling System.

Kerja-kerja mengorek untuk mencari kabel utama tersebut itu pun memakan
masa berjam-jam. Pandangan aku mungkin kabel tersebut tidak
ditanam secara sistematik. Aku tak nampak pun kakitangan
yang terlibat membawa pelan sebagai panduan
di mana kabel tersebut terletak.

Sudah tentulah kerja tersebut memakan masa yang lama jika tiada sebarang
pelan sebagai panduan, rasa macam pelik jer, satu kerja yang penting
seperti ini tanpa sebarang pelan. Rasa macam
mencari duit dalam tepung jer.....
Akhirnya kerja membuat penyambungan dibuat lebih kurang tengah hari. Sempat juga sdr. Shahrul merakamkan kerja-kerja penyambungan tersebut hingga selesai.

Kami terpaksa balik lebih kurang jam 4.00 petang kerana hujan telah mulai turun. Bagaimanapun kami sempat merakamkan kerja tersebut hingga tamat untuk satu penyambungan. Kerja penyambungan untuk kabel yang satu lagi tidak dirakamkan kerana proses menjalankan tugas tersebut adalah sama sahaja. Setelah tamat rakaman kami balik ke pejabat dan terus balik ke rumah...

daudmontakzakaria

Friday, June 24, 2011

Tugas yang bersepah sebelum puasa.....

BULAN Julai ini terdapat banyak tugasan yang terpaksa kami lakukan. Selama sebulan ini hampir setiap hari ada saja tugas, itu belum lagi termasuk tugas-tugas yang akan masuk yang masih lagi 'berjalan dalam talian'.
Tugas-tugas kami dalam sebulan penuh sebelum puasa ini ialah;
-GLOBAL STUDENT MOBIKLITY, dimana kami akan mengikut pelajar-pelajar termasuk pelajar antarabangsa ke lokasi-lokasi 'fieldwork' mereka seperti Langkawi, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Krew-krew telah ditentukan. Program ini berlangsung dari 27 Jun hinggalah 22 Julai 2011.
-Kerja-kerja lain juga harus dilakukan juga seperti rakaman pembinaan TNEC Cooling System, Syarahan, Pentauliahan Sukarelawan Polis atau SUKSIS, Forum, penyuntingan-penyuntingan video seperti Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands dan video-video yang lain-lain dan sebagainya.
Apa-apapun, diharapkan semua tugas ini dapat kami lakukan dengan sewajarnya tanpa sebarang kesulitan....InsyaALLAH....

daudmontakzakaria.

Wednesday, June 22, 2011

TNEC...oh....TNEC....

HARI ini, 22 Jun 2011, Rabu;
Aku, sdr. Shahrul & Suraya bergerak ke Lingkungan Kedua UKM untuk merakamkan kerja-kerja di tapak pembinaan TNEC Cooling System. Jam 9.00 am kami dahpun bergerak ke sana dengan membawa kamera dan tripod.



...tangki air konkrit yang mempunyai ketinggian sama seperti bangunan 4 tingkat, keseluruhannya akan di isi dengan air....
....sdr. Shahrul sedang membuat rakaman....
Tiba di sana terus call En. Anwar iaitu Jurutera Bangunan TNEC dan tak lama kemudian dia sampai serta memberi kami topi keselamatan sebelum mula memanjat
bangunan tangki air tersebut. Kalau difikirkan memang bimbang nak panjat... tapi,
tak kisahlah tugas perlu dilakukan, hendaknya hasil menjalankan tugas harian sebegini, rezeki yang didapati diharap penuh dengan keberkatan..InsyaALLAH..

Aku rasa agak 'gayat' mendaki tangga yang terasa macam 'lembut' jer hingga ke bahagian atas sementara sdr. Shahrul kelihatan takde ape2 bak kata 'saden' jer mukanya ketika memanjat ke atas dan juga ketika membuat rakaman setelah sampai di atas....




...sebelah kiri ialah En. Anwar, Jurutera Bangunan TNEC...
.......bahagian atas bangunan tangki air....'beam' kat tengah tu lah yg
dilalui oleh sdr. Shahrul ketika wat rakaman...(tak sempat snap fotonya....)
Aku pulak bila sampai kat atas sepanjang masa duduk kat satu tempat sahaja bukan sebab apa, aku rasa 'gayat' atau 'seriau' sangat kat atas tu, sampai nak gerak sikit pun aku rasa
bimbang. Walau bagaimanapun aku bersembang dengan penyelia
pembinaan tersebut sambil memerhati sdr. Shahrul membuat rakaman....
Penyelia pembinaan tersebut seorang rakyat Indonesia dan dia bercerita dia habis masa merantau cari rezeki dan pernah bekerja di Asia Barat bertahun katanya.
Ada ketika risau aku tengok sdr. Shahrul membuat rakaman sambil berdiri
atas 'beam' yang lebar tak sampai satu meter. Risau beb....setinggi
bangunan 4 tingkat di mana ruang di tengah2 tangki konkrit tu kosong
hingga ke dasar atau lantai paling bawah...
Pelik aku macam mana mereka boleh bekerja di bangunan yang berpuluh atau beratus tingkat setiap hari, sedangkan aku baru panjat bangunan 4 tingkat pun dah rasa macam nak menggigil...
Apa2 pun aku rasa bertuah jugak...kalau difikirkan kalau tidak naik ke atas
macam mana nak tahu bagaimana rasanya berada di atas sana...betul tak?
Kalau tak sekarang, bila lagi nak rasa macam tu...kan gitu?


Daripada perbualan dengan En. Anwar ketika berada di atas, dia kata tangki tersebut akan di isi dengan air yang akan disejukkan dan air inilah yang akan disalurkan kebangunan untuk menyejukkan bangunan berkenaan. Sistem hawa dingin dengan teknologi ini amat menjimatkan kuasa letrik. Kuasa letrik akan digunakan untuk menyejukkan air pada waktu malam dan waktu siang kuasa letrik tidak digunakan lagi.

...merakam pekerja sedang membuat ujian tekanan paip yang telah dipasang....

Air sejuk inilah yang akan berfungsi menyejukkan dalam bangunan. Fikirlah satu bangunan 4 tingkat hanya di isi dengan air yang akan disejukkan. Kami akan datang lagi untuk membuat rakaman setelah semua kerja 'piping' yang kami rakamkan hari ini siap. Nampaknya kami akan panjat lagi bangunan ini tidak berapa lama lagi dan kaki ini tentu akan menggigil lagi.... Sementara kami membuat rakaman kat atas, Mek Siti Suraya menunggu di bawah...biasalah pompuan kat bawah.... Apabila siap membuat rakaman kami turun ke bawah dan membuat rakaman kakitangan sedang membuat pemeriksaan tekanan pada paip yang telah dipasang di lokasi berhampiran sebelum kembali semula ke pejabat....

daudmontakzakaria

Sunday, June 19, 2011

Malam Bintang UKM

MALAM ini, 18 Jun 2011, Sabtu;
Bulan ini tiba-tiba jer terselit sebuah rakaman video Malam Bintang UKM, tah mana sesatnya tah...
Sebenarnya kami sudah lama tidak membuat rakaman Multiple Camera Production dah hampir 2 bulan kut....

..sedang menjalankan tugas dalam konti...
....apa tuuuuu......
Disebabkan kami sudah lama tidak membuat rakaman MCP berkenaan maka kami terpaksa datang awal ke Studio UKM untuk membuat persiapan teknikal. Kami berada
di studio tu lebih kurang jam 6.00 petang....waktu itu adalah janji aku...

Persiapan teknikal kami selesaikan lebih kurang satu jam lebih....dan yang terlibat ialah aku, Shahrul, Ramli, Izad, Jasril & Suraya....
Sdr. Kamarul tidak dapat hadir sebab terpaksa bergegas ke Melaka kerana dia dan keluarga perlu ada di sana atas hal yang tertentu, tak boleh dielakkan...

...tiba2 jer suka nak bergambar...nak tunjuk baju baru beli kut....
....ni krew 'switcher' Arenim yg baru lepas kendalikan kamera...
jangan berani2 nak usik...
Malam ini tetamu kehormat ialah Tan Seri Naib Canselor sendiri. Program bermula
hampir jam 9.00 malam. Krew kami yang hadir ialah sdr. Yunus, Arenim,
Khaidir, Azrul Khaidir, Yusri, Zulhim, Saiful,
Junior Mastermind....dan lain2.

Wah! nampaknya malam ni krew switcher dan grafik bertugas menjadi krew kamera....rasanya tak kisahlah sebab di dalam studio ada krew lain yang ambil alih tugas berkenaan.
Krew yang baru nampaknya sudah dapat membiasakan diri dengan cara kerja rakaman MCP tersebut.
....tetamu vip Tan Seri NC dan TNC...
Tamat saja program tersebut kami pun mengemas semua peralatan sementara yang lain pergi minum setelah keletihan berdiri di kamera selama lebih kurang 2 jam.
Semasa mengemas terjumpa Jingjing. Dia kata rambut aku dah lain...memang lain pun...
Sebelum itu pun Junior Mastermind, pun tegur rambut aku lain...

Selain dari itu Zubir(sekarang dah ada PhD, kena panggil doktor ler...) masuk Studio UKM bertanyakan aku mana. Dua tiga kali aku jawab 'saya', mula2 dia tak perasan, akhirnya dia amati aku dan barulah dia perasan 'aku adalah aku'. Dr. Zubir datang ke Studio UKM untuk menempah DVD Malam Bintang UKM kerana beliau dijemput menyanyi semasa 'selingan'...............................Dia pun kata rupa aku dah lain disebabkan oleh rambut...ermmmm....nampaknya tak lama lagi rambut ni akan jadi korban kut...tapi....tak tau bila lagi...


....tak panjang mana pun rambut niiii.......


Apa2 pun terima kasih kat Dr. Zubir dan Jingjing kerana masih mengenal aku dan terima kasih gak kepada semua krew yang membantu kami dalam menjalankan tugas rakaman berkenaan...'tanpa anda siapalah kami......'



daudmontakzakaria