Sunday, July 3, 2011

Nostalgia Program Mobiliti lalu...

...pemandangan di Taman Negara Pahang....

TAHUN 2010 bulan Julai merupakan tahun yang paling sibuk bagi kami
daripada Unit Audio Video Penerbit UKM. Dalam bulan tersebut
banyak tugas rakaman perlu dibuat atas pemintaan
banyak pihak.
Dalam bulan tersebut kami terpaksa membahagikan masa untuk membuat tugas rakaman Program Global Students Mobility dan juga Minggu Suaikenal Pelajar Baru UKM. Semua tugas tersebut perlu dijalankan termasuk tugas-tugas rakaman yang lain yang sentiasa mengintai kami untk mendapatkan perkhidmatan.
Tahun lalu aku cuma bertugas membuat rakaman di Taman Negara bersama sdr. Ramli sementara tahun sebelumnya kami berdua membuat rakaman Mobiliti Pelajar di Sarawak.
Taman Negara Kuala Tahan
Tahun lalu semua kakitangan terpaksa bertugas dengan gigih menangani
kerja-kerja rakaman yang boleh dikatakan agak banyak terutama
program Mobiliti Pelajar. Tahun lalu sdr. Jasril dan Kamarul ditugaskan untuk membuat
rakaman di Sabah dan mereka berjaya mendaki Gunung Kinabalu dimana sdr. Jasril berjaya sampai di kemuncak serta membuat rakaman visual di atas sana.
Sementara itu sdr. Shahrul Fadli dan Wafiy bertugas membuat rakaman di Langkawi dan mereka telah dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menghasilkan sebuah penerbitan video. Tahun ini mereka berdua akan ke Sabah dan membuat rakaman aktiviti di sana termasuk di Lembah Danum.

sdr. Shahrul dan Wafiy semasa di Langkawi tahun lalu...

Tahun ini sdr. Khaidir dan Siti Suraya 'cover' rakaman video di Langkawi. Sdr. Ruhaizad dan Jasril di Taman Negara Kuala Tahan, sdr. Ramli dan Jasril di Gombal dan Pulau Carey. Sebenarnya pemilihan mereka ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah bergantung kepada rasa sukarela hendak ke sana setelah aku pelawa mereka. Jika aku dapati jawapan yang aku terima tidak menentu atau antara 'nak' atau 'taknak' maka aku terpaksalah berusaha mencari pengganti dikalangan staf Penerbit UKM yang pernah 'involve' dalam kerja2 video kami. Aku amat memerlukan jawapan yang benar-benar tepat dan tetap tanpa sebarang rasa seperti 'mana2 lah' atau 'tengoklah' atau 'kalau ada yang nak pergi berilah'. Tahun ini aku dan sdr. Kamarul memilih untuk membuat rakaman di Tasik Chini. Harap aku peroleh visual yang boleh aku edit untuk dijadikan sebuah penerbitan. Harap semua yang telah dipilih untuk membuat rakaman di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan dapat memperoleh visual yang boleh dijadikan sebuah penerbitan video. Pandangan peribadi aku tugas ini sebenarnya merupakan tugas yang agak berat dimana ia memerlukan stamina dan ketahanan mental. Mereka yang terlibat dengan rakaman perlu berbincang berkaitan shot-shot yang ingin dirakam, mereka juga perlu bekerjasama untuk berkongsi beban yang dibawa iaitu kamera video dan tripod serta hal-hal lain, itulah sebabnya krew video perlu dua orang untuk turut serta dalam kerja rakaman program tersebut. Diharapkan semuanya dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan bebas daripada sebarang masalah....InsyaALLAH...
daudmontakzakaria

3 comments:

studioukm said...

Tugas rakaman video program mobiliti di Sarawak akan dilakukan oleh sdr. Jasril Amry dan Azrul Khaidir....

CikLieYzaOnline said...

abg hatta ada di situ...mcmmana gambar abg hatta bleh masuk sini???aik aik???

studioukm said...

biasalah...dia pernah kendalikan pelajar mobiliti tahun lepas...