Thursday, June 7, 2012

HaRi Yg AGak SIbuk...eH! yE kE?

HARI  ini iaitu 6 JUN 2012; Kami agak sibuk gak...ada beberapa tugas yang kami perlu selesaikan. Walau bagaimanapun sibuknya taklah sampai 
tak boleh menyuap makanan ke mulut....

....cekap gak dia ni....

Waktu petang kami membuat rakaman audio suara latar untuk penerbitan video LOJI PENGHAWA DINGIN yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ini. 
Seperti biasa sdr. KAMARUL 
BAHARIN membaca skrip yang aku telah rombak kembali
untuk disesuaikan dengan yang dikehendaki oleh 
pelanggan. Skrip tersebut telah aku siapkan
waktu pagi. Footage di 'timeline'
dah rindu sangat dengan
skrip ni...
SITI SURAYA telah membuat rakaman audio tersebut kerana dia sahaja yang mahir
 dengan 'software' ni bersama dengan SHAHRUL FADLI dan 
HANAMICHI. Aku tak berapa mahir dengan 
hal tersebut tapi kalau aku mahir dgn
 software ni, nanti takde lak dia 
orang keje....ekekeke...

....skrip kriket....

Waktu pagi pulak aku sempat siapkan skrip untuk KEJOHANAN KRIKET ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA UKM 2012. Aku bercadang untuk hasilkan video berkaitan
kejohanan berkenaan. Program tersebut sedang berlangsung iaitu daripada 
29 Mei - 10 Jun 2012. Perlawanan dijalankan di UKM OVAL, 
KINRARA OVAL & BAYUEMAS OVAL di KLANG.
Pertandingan akhir ialah pada 10 JUN di BAYUEMAS OVAL KLANG. Aku rasa masih 
sempat lagi untuk mendapatkan 'footage yang cukup 
untuk video tersebut. Harap begitu...

.....persiapan rakaman mcp....

Sebelah petang dan malam kami membuat persiapan untuk rakaman MCP Majlis Makan 
Malam Anak Kelantan. Perancangan program ini dah dibuat oleh anak 
Kelantan sejak awal lagi. DYMM Sultan Kelantan dijangka hadir. 
Namun di saat akhir DYMM tidak dapat hadir kerana 
ada urusan lain di Kelantan. Maklumat ni 
aku dapat daripada SDR. HAIRI dan pelajar 
Kelantan yang aku jumpa dalam DECTAR semasa persiapan teknikal 
di dewan tersebut. 

...sebelum bertugas...terima kasih urus setia....

Walau bagaimana pun rakaman MCP diteruskan juga dan VVIP yang hadir ialah anggota LPU, Prof. Dr. Zawawi....sorry nama penuh terlupa, NC UKM, TNC HEPA 
dan exco kerajaan Kelantan...Dalam majlis ini beberapa
 pelajar Kelantan telah menerima anugerah
 termasuk tokoh dari Kelantan
 Prof. Dr. Zawawi sendiri...

.....bacaan al quran...

Kami agak kekurangan krew kerana dua orang daripada kami sedang bertugas di Langkawi...iaitu sdr. shahrul fadli & hanamichi... Kami berharap sangat 
ramai krew bantuan akan datang membantu...
ALHAMDULILLAH walaupun tak ramai 
yang datang membantu tetapi 
cukuplah untuk bertugas
 di kamera pada
 malam tu..

....persiapan...

Krew yang sempat datang ialah ARENIM, YUNUS MISDI, HJ SULIMI, SAIFULLAH, JUNIOR MASTERMIND, SUKRI MAHAD, JAMALUDIN IBRAHIM dan HIDAYAH 
krew switcher baru kami....selamat datang.....

....switcher baru kami....

Program tersebut berlangsung lebih kurang dua jam sahaja dan tamat lebih kurang jam 11.30 malam waktu tempatan. ALHAMDULILLAH tugas tersebut dapat kami laksanakan
 dengan baik dan lancar...opst! lupa nak citer...persembahan malam
 tersebut ialah nasyid?, dikir barat, berzanji?.....dan
 dimulai dengan doa serta bacaan
 ayat2 suci al quran.....

...menunggu untuk kendalikan kamera...
sdr. YUNUS dan JI...

AKU ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua krew....harap bantuan anda tidak bernoktah di sini......jumpa lagi......................................
......sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria.

Tuesday, June 5, 2012

Sistem Pendinginan Lingkungan-Lingkaran II UKM.

...video di 'timeline'...

HARI ini hampir siap mengatur 'footage' video di 'timeline' iaitu video SISTEM PENDINGINAN LINGKUNGAN di LINGKARAN 2 UKM. Footage siap di atur tapi masih belum di 'trim' 
kerana menunggu 'narrator' buat 'voice over'. Skrip jugak hampir disiapkan dan 
diubah di sana sini. Aku mesti siapkan kalau tidak semua mungkin 70% 
daripada keseluruhan video dalam minggu ini. Muzik masih belum di putuskan lagi. 
Aku terpaksa tunggu krew lain untuk hasilkan muzik. 
Apa-apa pun harap berjalan lancar 
semuanya...InsyaALLAH...
Ku titipkan skrip video 
berkenaan di bawah...

Sebagai jabatan yang memberi perkhidmatan di sebuah universiti penyelidikan, Jabatan Pengurusan Pembangunan tidak mahu ketinggalan dalam mendokong citra 
penyelidikan universiti.
Menyedari hakikat ini JPP sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan perolehan teknologi yang terdapat di pasaran dalam memberi  perkhidmatan yang diperlukan.
Salah satu bidang perkhidmatan utama yang diberi oleh JPP adalah system pendinginan udara untuk pejabat dan ruang-ruang bangunan.
Dalam memberi khidnmat ini JPP telah memilih Sistem Penghawa Dingin Lingkaran Dengan Penstoran Tenaga Haba atau District Cooling System with 
Thermal Energy Storage.

KATA-KATA PENGARAH JPP

Sistem Penghawa Dingin ini dibahagikan kepada dua lingkaran iaitu Lingkaran
 satu dan Lingkaran Dua.
Sistem Pendinginan Lingkaran Satu UKM menggunakan teknologi penyimpanan 
tenaga dengan menggunakan ais.
Sementara system pendinginan di Lingkaran Dua pula menggunakan teknologi 
penyimpanan tenaga menggunakan air kokol. Ia memerlukan tangki simpanan 
yang lebih besar.
Projek DCS-TES di Lingkaran Dua ini telah dianugerahkan kepada TNB 
Engineering Sdn. Bhd (TNEC) secara reka dan bina.
Projek yang bernilai RM39 juta ini secara fizikalnya telah dimulakan pada 
26 Julai 2010 dan pembinaanya dijadual mengambil masa selama 
13 bulan untuk disiapkan. Keluasan ruang untuk menempatkan 
system loji DCS ialah 24 meter x 24 meter.
Kerja-kerja pembinaan tersebut 
berjalan lancar mengikut 
apa yang telah
 dirancang.

Kerja pembinaan tangki simpanan tenaga atau tangki TES juga giat dilakukan. 
Tangki ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan tenaga pendingin 
atau air kokol. Tangki ini mempunyai ukuran 12 meter panjang, 
20 meter lebar dan 14 meter tinggi.
Bahagian luar tangki disaluti oleh penebat untuk menghalang kehilangan 
tenaga. Kerja pembinaan tangki mengambil masa selama 7 bulan 
dan melibatkan penggunaan konkrit bergred tinggi.

Kerja-kerja pemasangan paip retikulasi air kokol dua hala untuk mengitar air kokol 
dari loji ke bangunan-bangunan juga telah dijalankan. Kerja pemasangan paip
 sepanjang 3.2 kilometer juga telah dilakukan pada waktu siang dan 
malam. Paip yang digunakan berukuran antara 200 milimeter 
hingga 600 milimeter. Kerja ini mengambil masa enam 
bulan untuk disiapkan termasuk kerja-kerja 
ujian tekanan dan pencucian.
Selain daripada itu kerja-kerja pemasangan dalam loji juga turut  dilakukan
 seperti pemasangan pam kitaran, mesin kokol dan sebagainya.

Secara umumnya peralatan utama system DCS-TES ini terdiri daripada...
Tiga unit mesin kokol 850RT berjenama TRANE yang menggunakan media penyejukkan 
atau refrigerant yang mesra alam.
Sembilan unit pam kitaran pelbagai saiz yang kebanyakannya terdiri daripada jenis
 ubahlaras kelajuan.
Tiga unit menara penyejukan atau cooling tower berkapasiti 1400HRT berjenama 
TRUWATER dari jenis ‘counter flow yang lebih efisyen.
Hampir keseluruhan peralatan utama loji DCS-TES dikawal menggunakan peralatan 
elektrik yang berkecekapan tinggi. Semua ‘frequency inverter’ yang mengawal
 kelajuan pam dan alat kawalan yang lain ditempatkan di Bilik Perkakas
 Suis yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan untuk 
mengawal kebakaran.
Sistem loji DCS-TES ini dikawal sepenuhnya melalui computer dan boleh berfungsi
 secara manual atau automatic.

Kaedah operasi loji system pendinginan DCS-TES ini adalah dengan beberapa cara.

Mesin kokol akan disetkan kepada operasi untuk menghasilkan air dingin yang 
disimpan dalam tangki TES pada waktu malam, apabila keperluan beban
 pendinginan bangunan-bangunan telah tiada atau diberhentikan.
Pada waktu malam kadar tariff eletrik yang dikenakan oleh Tenaga Nasional 
Berhad adalah rendah. Oleh itu ia dapat mengurangkan penggunaan 
eletrik university.

Pada waktu siang air dingin yang disimpan, digunakan untuk member
 pendinginan ke bangunan-bangunan.

Sistem loji ini juga direkabentuk untuk membenarkan sedikit daripada air dingin 
dari tangki TES disalurkan ke paip retikulasi bagi kegunaan pendinginan 
bangunan yang memerlukannya pada waktu malam.

Sistem ini juga membenarkan mesin kokol menghantar air dingin terus ke paip 
retikulasi untuk pendinginan bangunan-bangunan tanpa melalui 
tangki TES. Perkara ini dilakukan ketika tangki TES
 dalam proses penyelenggaraan.

Dalam keadaan pemintaan untuk tenaga pendinginan yang sedikit, tangki 
TES akan membenarkan penghantaran tenaga yang disimpan 
dengan menggunakan pam tanpa 
menjalankan mesin kokol.

Pada waktu puncak tenaga penyejukan dari mesin kokol dan tangki TES digunakan 
bersama untuk disalurkan ke bangunan-bangunan.

Dalam apa jua keadaan, kecekapan operasi loji dan keberkesanan kos adalah 
factor utama dalam menentukan sesuatu kaedah operasi. Ini adalah 
untuk menjamin loji yang dipasang memenuhi kehendak 
rekabentuk bagi tujuan penjimatan tenaga dan
 pembangunan lestari.

....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUDmontakzakaria


Saturday, June 2, 2012

Rakaman Video untuk Projek Penghawa Dingin.

31 MEI 2012, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video LOJI PENGHAWA DINGIN LINGKARAN 2 UKM. Masih terdapat bahan yang perlu dirakam dan ini 
merupakan 'footage' yang terakhir, harap begitulah. 'Footage' ini merupakan 
rakaman kata-kata PENGARAH JABATAN PENGURUSAN 
PEMBANGUNAN UKM dan juga sesi mesyuarat antara 
pihak JPP dengan pihak Tenaga Nasional yang 
menyiapkan loji berkenaan. "Footage' ini 
akan di masukkan ke dalam video 
tersebut. Kadangkala aku
 rasa agak lucu bila 
masing-masing 
cuba bercakap
 berkaitan penerbitan video. Geli hati bukan sebab apa...jurutera2 bercakap
berkaitan penerbitan video dan drama...tapi rasanya aku pun
tak patut heran sangat pun...maklumlah la ni bukan 
jurutera jer bercakap hal kerja penerbitan
video tapi banyak lagi bidang lain
seperti ahli geologi...ekeke...
bidang agama, bidang undang2 dan banyak lagi. Nampaknya aku dah takleh lagi 
cari makan dalam bidang ini tapi....bidang apa lak
aku leh buat....mustahil aku leh buat 
kerja geologi...ekekek....atau jurutera....aih....ntahlah....


Kami juga diminta merombak semula skrip supaya mudah difahami penonton yang terdiri daripada penonton awam. Rasa macam satu beban pulak namun perlu diingat
 'customer is always right'....yer ker...yer ker...aku tak percaya sebenarnya
dengan ungkapan karut ni................................................. tapi 
aku terpaksa akur kerana mereka yang keluarkan 
wang untuk membayar...


Oleh itu aku terpaksa edit semula skrip yang aku dah siapkan dan edit semula video yang aku telah atur di 'timeline' ermmmmmmmmm....dari awal hingga akhir...haih....ini makan 
masa lagi nampaknya. Mungkin minggu depan aku akan mulakan buat
 suntingan. Minggu ni aku rombak kembali skrip yang aku dah tulis..
Bila dah siap mereka ingin tonton kembali sebelum buat
 keputusan yang baru...takpe...takpe...takpe...


Rakaman di JPP ini aku lakukan bersama sdr. SHAHRUL FADLI dan KAMARUL BAHARIN SUPAAT.Walaupun 'footage' yang nak digunakan tu lebih kurang seminit 
atau bawah seminit tapi nampaknya rakaman
 memakan masa jugak...

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUDmontakzakaria.

Tuesday, May 29, 2012

...MAlam FEStivaL SEni UKM 2012....








....festival seni ukm 2012...

HARI AHAD 27 MEI 2012: Kami membuat rakaman video MALAM FESTIVAL SENI UKM 2012 di DECTAR. Video tu dah aku edit dan upload ke YOUTUBE. Agak lewat sikit di 'YOUTUBE' kan sebab, melalui proses editing, convert fail dan 'compress'. Apa-apa pun dah pun di 'upload' dan silalah tonton kalau nak.
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat iaitu SDR. YUNUS MISDI, YUSRI, SAIFULLAH, SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL, SITI SURAYA, RAMLI dan HAJI RUHAIZAD dan tak lupa gak pada diri aku sendiri...ekekekek...Sibuk sangat tak sempat aku nak jadi 'paparazzi' dan takde ler foto2 yang sempat aku rakam...

...terima kasih kerana membaca.........
DAUDmontakzakaria.

Sunday, May 27, 2012

ICAF UKM 2012 - dah tutup dah pun...






...PENUTUP ICAF UKM 2012...


MALAM tadi, kami membuat rakaman ICAF UKM 2012 dan juga penutupnya. Siang tadi juga selepas pertandingan TARIAN aku cuba untuk membuat penyuntingan Pertandingan
 Muzik Moden, suntingan tersebut siap cuma tak sempat untuk 'upload' 
ke YOUTUBE, jawabnya hari ISNIN lah aku 'upload' kan...

 ....persiapan kamera untuk rakaman mcp...

 .....seketika sebelum mula rakaman...

 ....sedang beri tumpuan semasa rakaman....

 ....tumpuan penuh...

 .....emcee.....

 ....dalam konti...

 ....majlis penyampaian hadiah...

 .....penyampaian hadiah...

...hadiah untuk juara...

Tak larat nak cite lagi berkaitan ICAF ni...tengok jer ler foto2 di atas...Malam esok kami akan membuat rakaman MALAM FESTIVAL SENI  di DECTAR untuk pelajar yang mengambil kursus kesenian ko kurikulum..

....terima kasih kerana membaca..
DAUDmontakzakaria

Saturday, May 26, 2012

ICAF UKM 2012 - NASYID & BAND




....tontonlah pertandingan nasyid ICAF UKM 2012...


PETANG dan MALAM TADI, 25 MEI 2012; kami membuat rakaman MCP dua acara dalam
 ICAF 2012 secara berasingan.

...dalam konti
 Sebelah petang kami merakamkan pertandingan nasyid...nasib, waktu pejabat tak 
ramai yang dapat membantu.
....sedang bertugas...
 Rakaman nasyid selesai jam 4.00 petang, terus buat suntingan agak memakan masa
buat digitise, editing, convert video dan upload ke YOUTUBE...
...masih sempat....
 Hampir jam 7.00 petang baru siap 'upload'. Jam 8.00 malam sambung rakaman MCP
 iaitu pertandingan band moden pulak.
.....persembahan band...
 Beberapa buah kolej telah menghantar wakil dalam pertandingan ini.  Terdapat  beberapa orang juri diberi tugas untuk memberi markah dalam pertandingan tersebut.
....masih dalam persembahan...
 Band moden biasalah, lagu2 agak bingit...jenis yang aku tak gemar sangat. Muzik seperti ini aku ibaratkan sebagai wahana untuk melepaskan sesuatu dari dalam jiwa...

.....focus....
 Waktu malam agak ramai krew bantuan yang datang membantu.....agak tidak memenatkan bagi krew yang bertugas di kamera.
....manja....

...terbaek...

...merintih...?
Terima kasih kepada yang membantu kami iaitu ARENIM, SAIFULLAH, YUNUS MISDI, WAFIY ADLAN, HAJI SULIMI. Acara pertandingan jam 3.00 petang esok ialah pertandingan
 tarian. Begitu juga disebelah malam ialah tarian dan majlis penutup.
Pada 27 Mei 2012 jam 8.00 malam pula FESTIVAL SENI
di DEWAN BESAR pula.
Nampaknya minggu ini kami tiada masa untuk bercuti...ermmm...seronoknya keje...
sekian dan terima kasih kerana
sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Thursday, May 24, 2012

ICAF- Inter Colledge Arts Festival




......DIKIR BARAT....


MALAM ini kami membuat rakaman MCP Inter Colledge Arts Festival. Sebenarnya kami akan membuat rakaman ini hingga 27 MEI 2012. Malam ini adalah merupakan persembahan 
DIKIR BARAT. Petang esok, NASYID, malam esok...ermmm...lupa dah...
nanti esok aku tulis lagi berkaitan
 rakaman kami ni....

....dalam konti....
...ini masa dah agak 'tension' kut...
....masa tumpuan 100%...
....dikir barat yang kami rakam....
....malam ini cuma ada tiga kumpulan jer...

Nanti esok aku cuba 'edit' dan 'upload' persembahan dikir barat ni ke YOUTUBE...
terima kasih kepada krew yang membantu ARENIM, YUNUS MISDI,
SAIFULLAH, SHUKRI,
 dan yang lain2...


DAUDmontakzakaria.

Wednesday, May 23, 2012

PTPTN...oh...PTPTN...



.....video majlis berkenaan..........


...sebelum bermula....
 HARI ini 23 MEI 2012, kami membuat rakaman video PENYAMPAIAN PENDAHULUAN WANG PTPTN kepada bakal pelajat IPT di DECTAR.

...aturcara...

Sebelum penyampaian pendahuluan tersebut telah diadakan taklimat oleh pihak PTPTN dan juga ceramah daripada pihak BTN.

....bekalan minum pagi tuk kami....

Dalam rakaman ini kami agak kekurangan krew sebagai jurukamera, yang datang cuma seorang  krew bantuan dari FPI, Chef.....dan Haji Sulimi dari Komunikasi Media.
....doa...

Walaupun kami kekurangan krew namun tugas mesti dijalankan. Rakaman kami jalankan juga walaupun mungkin kamera lebih banyak dalam keadaan 'statik'.

....vvip di atas pentas....
 Perkara kekurangan crew dalam waktu bekerja adalah perkara biasa yang kami hadapi melainkan majlis konvokesyen. Dalam majlis konvokesyen ramai yang dapat 
menghadirkan diri kerana ia merupakan majlis utama di ukm.

....perasmi majlis....

...2 bkrew yang bertugas di kamera....

...ini krew bantuan kami dari FPI, terima kasih
kerana membantu...
...tekun bekerja, sdr. hanamichi....

Majlis penyampaian pendahuluan kepada pelajar...

AKU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew yang bertugas iaitu HAJI SULIMI, CHEF@ JAMALUDDIN FPI, RAMLI, SITI SURAYA, KAMARUL, JASRIL@HANAMICHI dan SHAHRUL. Aku tak dapat merakan semua foto2 krew kerana sibuk, terlupa nak rakam krew konti kami yang 'comey' dan aku tak dapat rakam foto krew jejaka-jejaka ganteng di bilik audio, maklumlah sibuk mengendalikan konti sebab tak cukup krew...apa2 pun ALHAMDULILLAH tugas dapat dijalankan dengan licin. Ucapan perasmian ini akan aku upload kan ke YOUTUBE tanpa sebarang suntingan sebab kami pengamal media kecilan yang telus...
...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Tuesday, May 22, 2012

...Kalau dah namanya keje, tentu tak habis-habis kan....

pict by google image....

MEI, JUN & JULAI ni aktiviti video kami agak banyak gak. Agak sukar gak untuk melayani permintaan pelanggan kami. Itulah betapa lakunya kami. Walaupun agak banyak tetapi itu tidak bermakna kami mengeluh cuma untuk melayan setiap pemintaan agak perlu sedikit masa untuk berfikir.
Tugas-tugas kami yang mendatang ini meliputi tugas rakaman penuh program dan juga rakaman MCP yang melibatkan banyak permintaan. Antara tugas kami ialah....
- 23 MEI 2012: rakaman MCP  Penyerahan Pendahuluan Wang PTPTN di DECTAR
- 25 MEI 2012: rakaman ENG Pameran Seni Tampak di DECTAR
- 25 MEI 2012: rakaman penuhSyarahan Umum Prof Adjung di Bilik Senat
- 26 MEI 2012: rakaman MCP Malam Pertandingan Tarian di Panggung Seni.
- 27 MEI 2012: rakaman MCP Persembahan Pentas Muzik dan Tarian
- 30 MEI 2012: rakaman MCP Karnival Keusahawanan dan Inovasi
- 31 MEI 2012: rakaman penuh Syarahan Perdana
- 31 MEI 2012: rakaman SCP TNEC di JPP
- 1 JUN 2012: rakaman penuh Syarahan Perdana Professor.
- 11 - 15 JUN 2012: Kendalikan Bengkel Penerbitan Dokumentari di Perak
- 12 - 15 JULY 2012: Pentauliahan Pegawai PALAPES di UUM.

-28 JUN '12 - 21 JULY '12: PROGRAM GLOBAL STUDENTS MOBILITY di

 GOMBAK, PULAU CAREY, TASIK CHINI, LANGKAWI, SABAH & SARAWAK.

...itulah antara tugas-tugas kami yang akan kami laksanakan...namun masih ada lagi

yang masih berlari-lari lagi di talian...

...moga kami mampu melaksanakan tugas2 berkenaan tanpa
sebarang masalah, INSYAALLAH....

sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria