Thursday, June 7, 2012

HaRi Yg AGak SIbuk...eH! yE kE?

HARI  ini iaitu 6 JUN 2012; Kami agak sibuk gak...ada beberapa tugas yang kami perlu selesaikan. Walau bagaimanapun sibuknya taklah sampai 
tak boleh menyuap makanan ke mulut....

....cekap gak dia ni....

Waktu petang kami membuat rakaman audio suara latar untuk penerbitan video LOJI PENGHAWA DINGIN yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ini. 
Seperti biasa sdr. KAMARUL 
BAHARIN membaca skrip yang aku telah rombak kembali
untuk disesuaikan dengan yang dikehendaki oleh 
pelanggan. Skrip tersebut telah aku siapkan
waktu pagi. Footage di 'timeline'
dah rindu sangat dengan
skrip ni...
SITI SURAYA telah membuat rakaman audio tersebut kerana dia sahaja yang mahir
 dengan 'software' ni bersama dengan SHAHRUL FADLI dan 
HANAMICHI. Aku tak berapa mahir dengan 
hal tersebut tapi kalau aku mahir dgn
 software ni, nanti takde lak dia 
orang keje....ekekeke...

....skrip kriket....

Waktu pagi pulak aku sempat siapkan skrip untuk KEJOHANAN KRIKET ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA UKM 2012. Aku bercadang untuk hasilkan video berkaitan
kejohanan berkenaan. Program tersebut sedang berlangsung iaitu daripada 
29 Mei - 10 Jun 2012. Perlawanan dijalankan di UKM OVAL, 
KINRARA OVAL & BAYUEMAS OVAL di KLANG.
Pertandingan akhir ialah pada 10 JUN di BAYUEMAS OVAL KLANG. Aku rasa masih 
sempat lagi untuk mendapatkan 'footage yang cukup 
untuk video tersebut. Harap begitu...

.....persiapan rakaman mcp....

Sebelah petang dan malam kami membuat persiapan untuk rakaman MCP Majlis Makan 
Malam Anak Kelantan. Perancangan program ini dah dibuat oleh anak 
Kelantan sejak awal lagi. DYMM Sultan Kelantan dijangka hadir. 
Namun di saat akhir DYMM tidak dapat hadir kerana 
ada urusan lain di Kelantan. Maklumat ni 
aku dapat daripada SDR. HAIRI dan pelajar 
Kelantan yang aku jumpa dalam DECTAR semasa persiapan teknikal 
di dewan tersebut. 

...sebelum bertugas...terima kasih urus setia....

Walau bagaimana pun rakaman MCP diteruskan juga dan VVIP yang hadir ialah anggota LPU, Prof. Dr. Zawawi....sorry nama penuh terlupa, NC UKM, TNC HEPA 
dan exco kerajaan Kelantan...Dalam majlis ini beberapa
 pelajar Kelantan telah menerima anugerah
 termasuk tokoh dari Kelantan
 Prof. Dr. Zawawi sendiri...

.....bacaan al quran...

Kami agak kekurangan krew kerana dua orang daripada kami sedang bertugas di Langkawi...iaitu sdr. shahrul fadli & hanamichi... Kami berharap sangat 
ramai krew bantuan akan datang membantu...
ALHAMDULILLAH walaupun tak ramai 
yang datang membantu tetapi 
cukuplah untuk bertugas
 di kamera pada
 malam tu..

....persiapan...

Krew yang sempat datang ialah ARENIM, YUNUS MISDI, HJ SULIMI, SAIFULLAH, JUNIOR MASTERMIND, SUKRI MAHAD, JAMALUDIN IBRAHIM dan HIDAYAH 
krew switcher baru kami....selamat datang.....

....switcher baru kami....

Program tersebut berlangsung lebih kurang dua jam sahaja dan tamat lebih kurang jam 11.30 malam waktu tempatan. ALHAMDULILLAH tugas tersebut dapat kami laksanakan
 dengan baik dan lancar...opst! lupa nak citer...persembahan malam
 tersebut ialah nasyid?, dikir barat, berzanji?.....dan
 dimulai dengan doa serta bacaan
 ayat2 suci al quran.....

...menunggu untuk kendalikan kamera...
sdr. YUNUS dan JI...

AKU ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua krew....harap bantuan anda tidak bernoktah di sini......jumpa lagi......................................
......sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria.

No comments: