Sunday, June 13, 2010

Archustic....

LUAR DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UKM


HARI ini, Ahad, 13 Jun 2010;
Unit Audio Visual diminta untuk membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk Perasmian '22nd. ARCHITECTURE ARCHUSTIC' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM.


PERSIAPAN TEKNIKAL UNTUK RAKAMAN MCP.




BERTUGAS DI KONTI, SHAHRUL, FARAH, ROSLI, JASRIL & WATI.

Perasmian program tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH. Program berkenaan bermula jam 9.00 pagi.


Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal pada hari petang Sabtu, ketika mereka membuat raptai majlis berkenaan. Semasa persiapan teknikal aku, Jasril, Ramli dan Shahrul telah bertugas menyiapkan peralatan yang perlu.


DALAM KONTI, SEMASA SHAHRUL BERTINDAK SEBAGAI PENGARAH STUDIO.




SDR. RAMLI ADNAN, BILIK KAWALAN AUDIO

Hari ini tiba di Studio UKM, selepas 'log in' kami 'on' kan semua peralatan dan memasang tripod san kamera video. Disebabkan kemungkinan krew rakaman tidak ramai akan hadir,
kami pasang hanya dua buah kamera sahaja.


Apabila pemasangan peralatan sudah siap, kami membuat persiapan untuk rakaman. Pemasangan peralatan aku serta Shahrul, Jasril dan Ramli yang lakukan sehingga selesai.





PAMERAN DI LOBBY DEWAN.



SUASANA DALAM DEWAN SEMASA
PROGRAM BERLANGSUNG.
Berlaku sedikit 'technical error' kepada peralatan yang dipasang dimana salah
sebuat kamera imejnya tidak boleh 'lock'. Lama juga mencari cara
untuk mengatasi masalah tersebut.


Dalam masa berkenaan, krew bantuan pun sampai iaitu Farah, Wati, Wani, Rosli dan Yunus. Setelah agak lama mencari kesilapan teknikal tersebut akhir aku, Shahrul dan sdr. Kamarul berjaya mengatasi masalah berkenaan, 'thanks God!'.



EMCEE



UCAPAN PERASMIAN TIM. MEN. PENDIDIKAN TINGGI.

Telahan aku bahawa tidak ramai krew bantuan akan datang memang benar kerana sdr. Yunus, Wati, Wani, Rosli dan Farah sahaja yang datang.


Sdr. Rosli dan Farah merupakan krew yang baru pertama kali datang membantu kami. Sdr. Rosli merupakan staf Pusat Pengajian Media sementara Farah merupakan staf Pusat Kesihatan UKM.



PERSEMBAHAN PELAJAR




PERSEMBAHAN PELAJAR.

Ramai krew tidak dapat membantu kerana maklumlah musim cuti sekolah, ramai yang membawa keluarga pergi bercuti selain musim cuti sekolah tentu ramai yang hadir kenduri
kawin...Walau bagaimanapun kami telah dapat juga menyelesaikan
tugas yang dipertanggung jawabkan kepada
kami dengan sempurna.


Terima kasih banyak2 kepada krew yang dapat datang untuk membantu kami hari ini. Staf yang bertugas hari ini ialah AKU, RAMLI, JASRIL, SHAHRUL, KAMARUL, YUNUS, WATI, MIMI, FARAH, ROSLI sementara sdr. SITI SURAYA dan KHAIDIR melakukan rakaman 'single camera' satu program di Taman Herba.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TIMBALAN MENTERI OLEH TNC UKM.



daud montak zakaria...
13 Jun 2010; 2.00 pm

Thursday, June 10, 2010

Sekadar sebuah catatan....

HARI ini, Khamis; 10 Jun. 2010;
Hari ini aku ingin mencatat sesuatu untuk tatapan sesiapa saja yang nak membaca catatan yang agak tak berapa santai ini. Sepanjang cuti semester ini, kami dalam unit Audio Video masih seperti biasa, tugas-tugas video masih jugak berjalan seperti biasa cuma tidaklah sekerap ketika pelajar tidak bercuti.

Bulan Jun ini diantara tugas video yang telah dan akan dilaksanakan ialah Perasmian Pameran Wajah Cham, Malam UKM - Media di Hotel Meridian, Bengkel UKM - SIT, Perasmian Jamboree Archustic, Projek Khidmat Masyarakat Taman Herba, Perasmian SeminarATMA di Nilai Spring, Majlis Penutup Jamboree Archustic, Syarahan Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Dinner Alumni UKM yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Malam Bakat dan Bengkel Seni UKM 2010, Debat Piala Naib Canselor dan Robocon. Selain daripada itu tugas penyuntingan video masih terus berjalan selagi terdapat rakaman video yang masih belum disunting.

Itulah sebahagian daripada tugas kami buat ketika ini yang telah tercatat dalam jadual namun seperti yang diketahui pada awal bulan Julai kami akan bertugas membuat pelbagai tugas rakaman berkaitan aktiviti semasa Minggu Mesra Mahasiswa. Dalam seminggu tersebut kami akan membuat rakaman Multiple Camera Production (dengan menggunakan beberapa buah kamera) di DECTAR. Ketika inilah kami memerlukan krew yang agak ramai daripada jabatan-jabatan lain dalam UKM. Dalam masa seminggu inilah kami akan bertugas siang dan malam sehingga jam 12.00 tengah malam. Apa-apapun apa nak buat dah tugas, buat jer lah.....

Inilah rutin tugas kami saban tahun.....

daud montak zakaria...
10 Jun 2010; 10.00 pm

Sunday, June 6, 2010

Main Bowling dengan Prof. J & The Gang...

PROF. J & JASRIL AMRY(Hanamichi)

HARI ini Ahad, 6 JUN 2010; aku nak tulis perkara yang tidak berkaitan dengan tugas harian aku. Apa yang aku nak catatkan di sini ialah berkaitan permainan bowling.


Hari Rabu lalu, kami dari Unit Audio Video telah dipelawa oleh PROF. J untuk turut serta bersamanya bermain BOWLING di METRO POINT di KAJANG. Pelawaan ini disuarakan melalui krew video kami sdri. SITI SURAYA SULAIMAN.



MASING2 MEMBERI TUMPUAN KEPADA RAKAN YG SEDANG MEMBALING BOLA.



SDR. RAMLI ADNAN & SDR. HAIRI

Bila tiba saat dan ketikanya, selepas Maghrib, aku pun bergerak ke Kajang dengan memandu seorang diri. Tiba di METRO POINT aku terjumpa sdr. RAMLI ADNAN dan JASRIL.
Aku dan sdr. RAMLI pun sama-sama menuju gelanggang bowling
yang terletak di tingkat atas.

TAK PASTI SIAPA YANG SEDANG BALING BOLA

Tiba di gelanggang bowling kami duduk sambil melihat orang lain bermain bowling.
Masa iniPROF. J & THE GANG belum sampai lagi.


Sebenarnya kumpulan kami dari PENERBIT UKM ialah seramai 4 orang iaitu AKU, RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY, SITI SURAYA dan HANIM. Gang PROF. J yang sampai dulu ialah HAIRI dan FARIDAH kalau aku tak silap. Mereka sebenarnya terdiri drpd. PROF. J., HAIRI, AFIQ, MUNA, FARIDAH dan AKMA

PROF. J dan JASRIL AMRY.




FARIDAH, HAIRI, AFIQ, MUNA, AKMA, SURAYA & HANIM

Apabila semuanya telah sampai, kami pun mula bermain. Masing-masing menunjukkan skill yang dimiliki. Tidak ketinggalan aku gak menunjukkan skill yang tersembunyi iaitu
skill bola masuk longkang. Boring gak aku sebab bola aku seringkali
masuk longkang. 4 kali balingan pertama, semuanya
masuk longkang, isyhhhhh...


Keseluruhan skor aku langsung tak memuaskan berbanding mereka yang lain. Tak sangka gak PROF. J mempunyai balingan bola yang 'spin'. Bila tamat permainan PROF. J pelawa kami semua pergi minum, terima kasih PROF. J kerana belanja kami semua. Masing-masing pulang kerumah kira-kira jam 12.00 malam.
Sebenarnya kami dari Unit Audio Video mengenali PROF. J & The Gang kerana kami seringkali mengikuti mereka untuk merakamkan penyelidikan yang mereka jalankan di merata tempat terutama penyelidikan Bunga PAKMA di LATA JARUM, RAUB, PAHANG.

HANIM, SURAYA & JASRIL KETIKA MENUNGGU PROF. J & THE GANG TIBA.


daud montak zakaria...
6 Jun 2010; 10.00 am

Wednesday, May 26, 2010

Belum...oh...Belum....akhirnya.


HARI ini hari Rabu; 26 Mei 2010;
Semalam iaitu 25 Mei 2010 kami iaitu krew audio video kembali semula ke BANGI setelah tiga hari berada di LEMBAH BELUM di Perak.



Waktu pagi setelah selesai sarapan di Hentian Perah 'on the way to' Belum.





Panorama dari tepi tasik Temengur
semasa menunggu bot.

Kami mula bertolak ke Belum di Perak kira2 jam 12.00 malam dari UKM
Bangi sebaik saja selesai rakaman Multiple Camera Production(MCP)
Konsert DiRaja di Dewan Canselor UKM.


Dalam perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 6 jam kami hanya tidur kerana terlalu keletihan setelah membuat rakaman konsert berkenaan.



Memunggah peralatan dan beg masing-masing apabila tiba di tepi Tasik Temengur.





Jeti Polis di Tasik Temengor.

Perjalanan dirasakan amat jauh sekali dan agak lama, terasa letih walaupun hanya
duduk di kerusi lembut dalam bas yang membawa kami ke Belum.


Tiba disebuah masjid on the way to Belum selepas pekan GRIK kami singgah untuk menunaikan waktu Subuh di masjid tersebut.




Pandangan sekitar dari pulau yang menempatkan tentera Rejemen Sempadan...cantik kan...?





Jeti di pulau tempat kami menginap.

Kami tiba di pinggir Tasik Temengor setelah matahari pagi agak cerah dan suhu
sekeliling semakin meningkat.


Tiba di pinggir tasik bas berhenti dan kami memunggah segala beg pakaian dan peralatan yang di bawa.




Satu lagi pandangan yang menarik.






Di atas bot yang kami naik, bot tentera.

Kemudian kami membawa segala barang-barang keperluan ke pinggir tasik dan seterusnya dimuatkan ke dalam bot tentera yang akan membawa ke Pulau Sri Undangan, di mana kami
akan menginap. Aku serta krew video terpaksa menaiki botyang berikutnya
kerana bot yang akan bergerak sudah cukup muatan.


Tiba di Pulau Sri Undangan, kami mendaftar diri untuk memasuki bilik-bilik yang disediakan oleh pihak tentera. Sebagai urusetia kami juga disediakan tempat penginapan.




Satu lagi pemandangan yang menarik.





Cahaya pagi kelihatan dari atas menara
di Pulau Mata Kail.

Sebenarnya kami mengikuti Unit Foto ke Belum sebagai urus setia Bengkel Foto Penerbit UKM. Tujuan kami ke sana alah untuk membuat liputan video bengkel tersebut. Dalam masa yang sama aku ingin membuat sebuah penerbitan berkaitan Lembah Belum.


Selain kertas-kertas kerja yang disampaikan dalam bengkel tersebut, kami juga dibawa dengan bot-bot tentera untuk melawat sekitar tasik yang terdapat beberapa buah pulau yang setiap sebuah ditadbir oleh pihak-pihak tertentu.



Cantik....pandangan dari menara Pulau Mata Kail.





Menara tempat memerhati di sekitar.

Kami dibawa ke Pulau Mata Kail untuk melihat keadaan sekitar dari sebuah menara di sana.
Untuk sampai ke menara kami terpaksa mendaki bukit yang agak memenatkan jugak.


Aku rasa amat penat ketika mendaki untuk sampai kekemuncak yang menempatkan menara pemerhati. Aku banyak kali berhenti untuk berehat bagi membolehkan pernafasan aku stabil kembalisebelum mula mendaki.


Pandangan dari menari. Gadis yang kelihatan itu bukanlah puteri Pulau Mata Kail tetapi dia ialah Sdri Hanim salah seorang urus setia bengkel...




Padangan yang menarik.

Dalam masa mendaki untuk tiba dipuncak aku jugak berhenti untuk merakam flora
atau fauna yang ditemui sepanjang pendakian berkenaan.


Tiba di puncak, aku berehat sebentar kerana kepenatan sebelum mula membuat 'shot-shot' yang menarik dari menara di puncak Bukit Mata Kail.




Sebuah kampung orang asli dari puak Temiar yang kami lawat.




Sebuah pandangan menarik.

Setelah agak lama berada di menara tersebut kami pun mula bergerak turun ke bot yangsedia menanti. Kami sebenarnya diiringi oleh beberapa orang tentera semasa membuat
lawatan sekitar tasik.


Tiba di bawah kami menjamu selera iaitu sarapan pagi kami yang di bawa oleh anggota tentera. Aku berpendapat jikalau kami sarapan sebelum mendaki bukit di Pulau Mata Kail tersebut mungkin ada yang gagal mendaki kerana kekenyangan. Mungkin aku jugak termasuk dalam kumpulan tersebut.

Sekitar tasik.





Ermmm....Tongkat Ali...

Kemudian kami juga dibawa melawat sebuah perkampungan orang asli dari suku Temiar. Sampai saja di sana masing-masing membuat rakaman foto masing-masing segala
subjek yang difikirkan menarik oleh mereka. Kami gak tidak membuang
masa turut sama merakamkan segala yang dianggap boleh
dijadikan bahan untuk penerbitan video.



Setelah agak lama berada di perkampungan orang asli maka kami pun kembali semula ke Pulau tempat kami menginap. Sebenarnya perjalanan dengan bot dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dirasakan agak lama dan panjang ditambah pula oleh cahaya matahari yang panas terik.

Penerangan yang diberikan oleh pihak tentera di Pulau Survival.




Pemandangan cantik di waktu senja.

Kami juga di bawa melawat ke Pulau Survival iaitu sebuah pulau yang dikendalikan oleh pihak tentera. Di sini kami diberi penjelasan berkaitan cara untuk terus hidup dengan
alat senjata yang paling minima. Cara menangkap haiwan untuk makanan
dengan menggunakan pelbagai jenis perangkap. Kami juga
diberi penerangan berkaitan tumbuhan2 hutan yang
boleh dimakan dan sebagainya.


Di akhir bengkel, semua peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan diberi peluang untuk membuat persembahan berkaitan bahan-bahan yang mereka rakamkan delalui kamera masing-masing.
Setelah dilakukan penutupan bengkel serta makan tengah hari kamipun bergerak dengan menaiki bot-bot tentera ke lokasi bas-bas yang akan membawa kami ke BANGI. Kami bergerak pada jam 3.00 petang dan tiba di BANGI kira2 jam 11.00 malam.
Krew Unit Audio Video Penerbit UKM yang menyertai Bengkel Foto tersebut sebagai urus setia ialah aku sendiri, sdr. RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY dan juga HAZNI HANIM dari Bahagian Pentadbiran, Penerbit UKM.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tentera dari Regimen Sempadan di atas segala bantuan mereka sepanjang kami berada di Hutan Simpan Belum tersebut.



daud montak zakaria...
26 Mei 2010; 10.00 am

Saturday, May 22, 2010

BELUM....oh!...BELUM...


View Larger Map

HARI ini 22 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu;
InsyaAllah selepas rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk Konsert DiRaja UKM 2010 yang akan tamat kira-kira jam 11.00 malam nanti, kami iaitu krew video Unit Video Penerbit UKM akan bergerak pula ke HUTAN BELUM, di PERAK untuk membuat rakaman video BENGKEL FOTO PENERBIT UKM di sana. Selain membuat rakaman perjalanan bengkel berkenaan, kami juga akan membuat rakaman untuk menerbitkan sebuah penerbitan video BELUM untuk simpanan Arkib Video Unit Video Penerbit UKM.

Kami akan bergerak ke sana bersama kira 40 peserta yang menyertai bengkel foto berkenaan. Kami akan berada di BELUM dari 23 - 25 Mei 2010 dan akan kembali semula ke BANGI sebaik saja bengkel tersebut tamat. Aku akan ke BELUM bersama sdr. RAMLI ADNAN dan sdr. JASRIL AMRY.
daud montak zakaria...
22 Mei 2010; 10.00 am

Friday, May 21, 2010

Konsert Di Raja UKM 2010..



SEMALAM, jam 8.00 malam, hari Khamis, 20 Mei 2010;
Kami berada di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana melihat raptai persembahan untuk Konsert DiRaja yang akan berlangsung pada 22 Mei 2010 nanti.


Suasana dalam Dewan Canselor





Orkestra sedang berlatih di pentas.

Malam ini pula akan dijalankan raptai penuh atau full dress rehearsal konsert berkenaan.
Oleh itu semua krew UAV akan turut bersama hadir di dewan tersebut
untuk turut mengikuti raptai tersebut supaya persembahan
pada malam esok akan berjalan dengan lancar.

daud montak zakaria...
21 Mei 2010; 10.00 am