Sunday, January 17, 2010

Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT

Suasana ketika rakaman MCP

Hari ini 17 Januari 2010, hari Ahad, kami daripada Unit Video telah diminta untuk membuat rakaman Multiple Camera Production Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT, Piala Taming
Sari II UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.


Jam 8.00 pagi lagi kami telah membuat persiapan teknikal sebelum kejuaraan bermula jam 9.00 pagi. Sebenarnya hari ini merupakan pertandingan peringkat akhir dan juga majlis penutup. Kejuaraan ini telah bermula daripada 14 Januari lalu.



Sdr. Kamarul dan Shahrul







Saperti yang kita ketahui Silat merupakan seni mempertahankan diri penduduk Nusantara. Ia merupakan warisan bangsa Melayu yang sewajarnya tidak dilupakan oleh keturunan Melayu.




Krew video dan jurufoto sebelum kejuaraan bermula.





Krew sedang bertugas dalam konti

Objektif diadakan kejuaraan silat ini ialah untuk melahirkan mahasiswa yang cergas serta bersemangat kental dan juga untuk mengekalkan warisan
turun temurun bangsa Melayu




Seni Silat telah diamalkan oleh bangsa Melayu Nusantara sejak berkurun dahulu. Ia diturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya sejak beratus tahun yang lalu.


Dalam konti...








Silat tersebar di Nusantara dikatakan sejak abad ke 7 Masehi. Silat dikatakan berasal dari perkataan Minangkabau iaitu Silek.




Krew dalam konti.......







Peserta sedang bertarung...

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan
menumpukan perhatian kepada
pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).




Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata.








Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata.



Sedang bertarung...








Suasana dalam konti...

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat
seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.




Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari


Penyampaian cenderahati kpd pasukan...




Penyampaian cenderahati...

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.



Krew video yang terlibat dalam rakaman MCP ini ialah sdr. Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Shahrul, Jasril, CT Suraya, Hanim, Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Ruhaizad dan aku sendiri. Rakaman tamat lebih kurang jam 6.30 petang...




Penyampaian cenderahati..



* Kebanyakan maklumat diperoleh daripada Wikipedia

daud montak zakaria...

Saturday, January 16, 2010

Pelupusan Alatan UAV

Sdr. Shahrul sedang mencatatkan sesuatu.....

Hari ini 15 Januari 2010 bersamaan hari Jumaat; kami telah membuat pelupusan alatan-alatan lama yang masih wujud dalam Unit Audio Video. Alatan tersebut perlu dilupuskan
kerana sudah tiada ruang untuk menyimpan alatan tersebut.



Alat berkenaan merupakan alatan audio video yang telah berusia lebih daripada 10 atau 15 tahun dan mungkin juga lebih lama lagi dan aku sendiri pun tak pasti. Alatan berkenaan tidak digunakan lagi kerana telah rosak ataupun ia telah 'out dated'.



Memerhatikan alat yang telah wujud dalam tahun 1970 an....






Alat yang kami senaraikan dalam pelupusan ini agak banyak gak walaupun kemungkinan besar kami tidak akan peroleh peralatan baru sebagai pengganti.




Ermmm....alat ni telah ada di unit kami sebelum 'orang yang memegangnya' lahir ke dunia...





Sdr. Shahrul sedang mencuba peralatan yang telah wujud
di unit kami sejak tahun 1970 an lagi..

Diantara peralatan yang kami masukkan dalam senarai pelupusan ialah kamera kamera SVHS, kamera VHS, LCD Projector dan sebagainya....



Sdr. Shahrul, Jasril, Ramli dan Aku, telah membuat tugasan pelupusan alat-alat berkenaan dari pagi hingga ke petang...dan....akan bersambung lagi minggu depan....



Sdr. Jasril Amry sedang mencuba kamera video SVHS JVC yang telah berusia lebih daripada 15 tahun.






Inilah diantara peralatan yang disenaraikan untuk pelupusan antaranya CCU U Matic, Overhead Projector, VCR, editing controler dan sebagainya...











Ini lagi peralatan yang ingin dilupuskan iaitu LCD Projector, Direct Projector,
Kamera Video, Editing Machine, Slaid Projector dan sebagainya....




Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada peralatan yang akan dilupuskan. Seperti dikatakan kami akan sambung tugas ini minggu hadapan kerana terdapat masih banyak peralatan yang perlu dilupuskan yang sekarang ditempatkan di Studio UKM. Semua peralatan tersebut tidak digunakan lagi kerana telah tidak dapat berfungsi dengan baik, rosak dan juga telah 'out dated'.

Seperti yang telah dikatakan, pelupusan peralatan ini bukan bermakna kami akan mendapat peralatan gantian yang baru, mungkin jauh panggang daripada api gamaknyer....tambahan pulak masa ekonomi gawat ni.....


daud montak zakaria...

Thursday, January 14, 2010

Perasmian Teres Eko Niaga.....

Hari ini 14 Januari 2010; jam 8.00 pagi, kami dah berada di lokasi satu acara perasmian di sebelah bangunan Fakulti Ekonomi. Kami berada di sana kerana membuat persiapan teknikal untuk tayangan multimedia majlis perasmian acara berkenaan.

Sebenarnya semalam iaitu pada 13 Januari 2010 kami telahpun berada di sini dari jam 2.30 petang kerana membuat persiapan teknikal untuk program ini. Petang semalam kami iaitu aku, sdr. Jasril, Shah dan CT Suraya berada di sini hingga kira2 jam 6.00 petang. Apabila persiapan teknikal tidak dapat disempurnakan dengan kemas petang semalam maka pagi ini kami menyambung kembali tugas tersebut.






Persiapan sebelum majlis perasmian..

Pagi ini kami menyambung tugas semalam bermula jam 8.00 pagi. Kami terpaksa merombak semula lokasi tempat meletakkan LCD TV yang kami pasang semalam kerana menurut pegawai berkenaan tempat yang kami gunakan merupakan tempat bagi Pak Menteri untuk menanda tangani sesuatu.



Oleh itu terpaksalah kami rombak dan pindahkan Monitor LCD tersebut mengikut seperti yang dikehendaki, maklumlah kami ni kakitangan yang bertanggung jawab. Apa boleh buat sudah itu kehendak mereka. Oleh yang demikian tugas kami menjadi agak lambat. Dalam hati aku, risau gak, maklumlah kalau berlaku apa2 perkara yang tidak membolehkan multimedia ditayangkan nanti, tentulah naya kami semua. Bahan multimedia masih belum di cuba lagi sebab kakitangan Pusat Teknologi Maklumat terpaksa menunggu kami menyempurnakan semua persiapan teknikal tersebut.










Agak kelam kabut jugak aku, sdr. Shahrul. Jasril dan CT Suraya yangh cuba menyempurnakan pemasangan berkenaan sebelum jam 9.00 pagi. Setelah agak bersusah payah, eh! yer ker bersusah payah....ermmm..entahlah...akhirnya siap jugak dan seterusnya bahan multimedia berjaya ditayangkan sebagai percubaan. Debaran dalam hati aku agak berkuranglah tetapi setakat berkurang jer....... belum lagi hilang sebab majlis tersebut masih belum bermula pun....

Berehat selepas persiapan teknikal selesai...Amry dan CT Suraya, sedang berehat tu...ermm...sdr. Kamarul sedang merakam sesuatu....


Ramai dah hadirin....

Setelah selesai persiapan teknikal, kami duduk dan berehat sebab keletihan jugak. Dalam masa ini semua hadirin menunggu ketibaan Tan Seri Naib Canselor dan juga
Menteri Pengajian Tinggi.



Ketibaan Pak Menteri disambut oleh Tan Sri Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan juga pegawai2 kanan universiti. Sebentar kemudian majlis pun bermula....



Setelah selesai berkemas apabila majlis berkenaan tamat....senang hati nampaknyer CT Suraya tu...Amry serius memikirkan sesuatu...ader kabel yang tercicir ker....?





Sebenarnya hari ini Menteri Pengajian Tinggi melaksanakan perasmian tiga(3) perkara iaitu Perasmian Teres Eko-Niaga, Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi dan juga Sudut Pidato.


Objektif utama penubuhan Teres Eko-Niaga ialah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar UKM dalam bidang keusahawanan. Pusat Perkembangan Pelajar akan bertanggung jawab dalam pemantauan operasi perniagaan di Teres Eko-Niaga ini.

Hadirin ada yang tak dapat duduk sebab
kerusi penuh, terpaksalah berdiri.......


Selesai majlis kami mengemaskan semua
peralatan, itulah tugas kam
i...

Terdapat 9 buah kiosk dibina di Teres Eko Niaga ini. Teres ini merupakan pusat latihan bagi pelajar. Mereka yang ingin menjalankan perniagaan di sini diminta menyediakan sebuah rancangan perniagaan dan rancangan ini mesti dibentangkan kepada Jawatan
Kuasa Penilai yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar. Mereka yang telah dipilih akan diberi kontrak sewaan selama 2 tahun.
Menurut maklumat terdapat beberapa kiost akan dibuka sehingga
jam 11.30 malam....ermmm...mungkin kami cakan cuba
berkunjung ke sini selepas rakaman MCP yang biasanya kami lakukan
waktu malam untuk acara-acara tertentu nanti........



Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperkenalkan konsep kompetensi generik kepada semua pelajar pada awal tahun 2007. Keupayaan para pelajar untuk menguasai setiap komponen dalam kompetensi generik ini sangat penting kerana ia dapat membantu meningkatkan keboleh pasaran pelajar.

Ermmmmm....dah siap Shah...?

Hari ini juga Menteri Pendidkan Tinggi juga merasmikan Sudut Pidato. Sudut Pidato ini diwujudkan sebagai menyambut saranan menteri berkenaan untuk membenarkan para pelajar berpidato dan meluahkan pandangan mereka. Sudut Pidato ini akan menjadi medan menyuarakan pandangan mereka nanti.

Setelah selesai majlis kami iaitu sdr. Shahrul, Jasril Amry, CT Suraya, Ramli dan aku pun mengemaskan semua peralatan...ermmm...itulah tugas kami. Rakaman video untuk majlis ini dilakukan oleh sdr. Kamarul dengan dibantu oleh CT Suraya.....


daud montak zakaria...

Monday, January 11, 2010

Mangga Harumanis

11 Januari 2010:
Dua krew video daripada Unit Audio Video telah pergi ke Arau, Perlis untuk membuat rakaman video footage yang ringkas berkaitan ladang mangga Harum Manis untuk dijadikan bahan multimedia yang akan ditayangkan dalam satu majlis perasmian yang akan berlangsung pada 16 Januari ini di UKM.

Kedua-dua krew video yang telah bergerak dan berada di Arau daripada 9 hingga 11 Januari itu ialah sdr. Shahrul dan Jasril Amry.




Pokok mangga banyak ditanam di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Dusun yang kecil juga terdapat di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Kebanyakan buah mangga Malaysia dieksport ke Singapura, Brunei, Indonesia dan China

Mangga dipercayai berasal dari Asia Tenggara walaupun tumbuhan semula jadinya dipercayai ditanam di India beribu tahun dahulu. Dari India tumbuhan ini tersebar ke Asia Tenggara dan Afrika.




Pokok mangga tumbuh tegak dan cepat membesar serta rendang. Jangka hayat tumbuhan ini agak lama dan berbuah secara berterusan. Untuk tujuan perdagangan pokok mangga ini dibiakkan secara cantuman dan ia mula berbuah pada usia 3 hingga 5 tahun. Kebiasaannya ia berbuah setahun sekali melainkan apabila dibubuh bahan peransang untuk membolehkannya berbuah lebih daripada sekali dalam setahun.





Benih atau pokok yang ditanam daripada biji boleh berbuah ketika usia 6 hingga 10 tahun. Pokok mangga boleh berbuah sehingga usia 40 tahun dan lebih. Buah mangga menjadi matang setelah 3 hingga 5 bulan selepas berbunga.
Mangga boleh dimakan secara segar atau boleh dibuat jus, jeli, jeruk dan sebagainya.

Nyenyak tidur dalam perjalanan...Jasril & Shah







Mangga Harum manis merupakan 'trade mark' negeri Perlis. Buahnya harum dan berisi tebal serta kekuningan warna isinya.

Mangga dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini.

Ermmm...terjaga sebab mimpi ko...

Sebenarnya terdapat beberapa jenis mangga yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala, Cakonan, Intan Safinas, dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.



* maklumat & foto berkaitan mangga drpd:
http://bisnispum.blogspot.com/2009/04/harum-manis-merupakan-buah-trade-mark.html

&
http://harizamrry.wordpress.com/2007/11/06/panduan-penanaman-mangga/


daud montak zakaria...

Saturday, January 9, 2010

Malam Anugerah Seni UKM 2009


Sekarang jam 2.00 pagi, 9 Januari 2010;
Sebentar tadi iaitu jam8.30 malam, 8 Januari 2010, kami telah membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) MALAM ANUGERAH SENI UKM 2009 di DECTAR, UKM.



Semasa persiapan jam 3.00 petang, kelihatan raptai sedang dilakukan di atas pentas.




Persiapan teknikal telah kami lakukan sejak jam 3.00 petang lagi. Persiapan berkenaan termasuk pemasangan kabel kamera, pemasangan LCD TV di pentas, grafik dan sebagainya.

Malam Anugerah Seni ini sebenarnya bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kampus khususnya para pelajar dan kakitangan dalam bidang kesenian.

Diantara krew rakaman MCP.....





Melalui program ini diharapkan kegiatan seni dalam kampus akan terus berkembang. Dengan perkembangan bidang ini diharap akan mengharumkan nama universiti serta dapat membantu dalam usaha merakyatkan seni budaya.

Banyak katogori anugerah telah disampaikan pada malam ini iaitu;

Diantara Krew Rakaman MCP...ceria seperti kanak-kanak Ribena....




Anugerah Seni Pelajar untuk mahasiswa dan mahasiswi
Anugerah Penggerak Seni kampus
Anugerah Kelab Kesenian Teraktif
Anugerah Kreativiti Seni
Anugerah Seni Tari
Seterusnya,
Anugerah Seni Teater
Anugerah Seni Vocal
Anugerah Seni Muzik
Anugerah Seni Tampak
Anugerah Seni Bela Diri

Suasana dalam Studio Kawalan di mana sdr Kamarul sedang memberi arahan kepada jurukamera...


Selanjutnya terdapat juga,
Anugerah Penerbitan Seni(Video)
Anugerah Penerbitan Seni Grafik
Anugerah Penerbitan Seni Foto
Anugerah Pengurusan Seni
Anugerah Pengurusan Teknikal



Suasana di Bilik Kawalan semasa rakaman MCP






Dalam Anugerah Penerbitan Seni Video, sepatutnya kami menghantar karya-karya video kami namun sudah dua tahun berturut-turut kami tidak menghantar karya. Kami bercadang akan kembali menyertai anugerah ini pada tahun hadapan. Krew baru unit video kami akan diminta untuk membuat penerbitan video dan seterusnya dihantar untuk menyertai anugerah ini pada tahun hadapan....

Sdr. Sulimi Ismail sedang mengawal sistem audio di Bilik Kawalan Audio di Studio UKM, DECTAR.




Krew rakaman MCP yang terlibat dalam rakaman malam ini ialah sdr. Kamarul Baharin Supaat, Ramli Adnan, Shahrul, Jasril Amry, Siti Suraya, Hasnah, Wafiy, Firdaus, Azrul Khaidir, Khaidir, Naziruddin, Hata, Isma, Hanim, dan aku sendiri...











Malam ini juga studio kami dikunjungi oleh dua orang krew baru yang berminat untuk menyertai kami dalam rakaman-rakaman MCP di masa yang akan datang. Kedua-dua mereka adalah perempuan dan aku lupa nama mereka yang berkenaan.


Persembahan tarian....







Majlis Penganugerahan malam ini telah dilaksanakan oleh Tan Seri Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.












Persembahan kesenian seperti tarian dan nyanyian juga telah diadakan sebagai selingan di antara sesi-sesi anugerah tersebut.





















Di antara peserta yang sedang berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan...






Penyampaian anugerah sedang dilakukan di atas pentas.

daud montak zakaria...