Sunday, October 25, 2009

Persembahan Pentas.....


24 Oktober 2009, hari Sabtu kami diminta untuk membuat rakaman video MCP Persembahan Pentas yang di adakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.



Pentas persembahan di DECTAR








Seperti kelazimannya, pemasangan peralatan kami lakukan sejak jam 6.30 petang. Pemasangan kamera video, pemasangan kabel, pemasangan kabel audio, grafik dan seterusnya ujian peralatan telah kami lakukan.

Salah sebuah kamera kami....










Pemasangan alatan telah dilakukan dan ujian peralatan telah dilaksanakan oleh kami yang terdiri daripada aku sendiri, sdr. Kamarul, Shahrul, Zulhimi, Siti Suraya, Jasril, Ruhaizad dan Ramli.

Sdr. Zulhimi dan Kamarul sempat berbual selepas pemasangan alatan, hmmm.....cerita gosip ke.....










Biasanya selepas pemasangan dan ujian peralatan, serta semuanya dalam keadaan o.k maka kami akan berehat sebentar menunggu waktu Maghrib dan seterusnya menunggu acara dilangsungkan....itulah rutin kami bila ada rakaman MCP di DECTAR

Sdr. Shahrul....sempat posing setelah persiapan peralatan selesai...








Persembahan Seni Pentas ini merupakan persembahan para pelajar yang mengambil kursus ko-kurikulum seni. Malam ini merupakan persembahan mereka yang telah mengambil kursus tersebut yang merangkumi seni muzik dan seni tari.


Sdr. Kamarul sedang mengendalikan pengarahan.








Objektif program:
-Menilai prestasi amali pelajar
-Memberi penekanan kepada keseimbangan aktiviti pelajar
-Memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara seni warisan bangsa
-Merakyatkan seni budaya

Suasana dalam bilik kawalan semasa rakaman.








Krew yang turut membantu pada malam ini ialah:
Sdr. Yunus Misdi, Sulimi, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Isma, Jamaludin Saleh atau Chef, Zulhimi, Naziruddin, Hasnah...ermmm....sape lagi ye??? Itu je kut...


Ape yang dirakam oleh sdr. Wafiy tu???









Dikalangan kami dari Unit UAV pula ialah: aku sendiri, sdr. Kamarul, Shahrul, Ramli, Jasril Amry, Ruhaizad, dan Siti Suraya...
Program berkenaan bermula pada jam 9.00 malam dan dihadiri oleh Datuk Ismail Hudson sebagai tetamu kehormat.

Sdr. Sulimi sedang mengendalikan audio









Acara yang dipersembahkan ialah:
Muzik wayang kulit, Gendang silat, Kertuk dan rebana ubi, Kompang, Muzik klasik, Nasyid, Angklung, Gamelan, Muzik asli, Cak lempong, Muzik moden, Dikir barat, Brass band, dan pelbagai jenis tarian.

Salah satu persembahan tarian...









Aku dan sdr. Kamarul baharin Supaat bertindak sebagai Pengarah Studio secara bergilir-gilir. Begitu juga krew yang lain bertugas secara bergilir-gilir untuk program yang berlansung selama lebih kurang tiga jam itu.....Terima kasih kepada semua krew yang membantu...


Persembahan Dikir Barat....







Foto mampu cerita segala....

Inilah di antara foto-foto yang dirakam oleh Cik Siti Suraya semasa Pertandingan Golf NCWO 2009 yang disertai bersama oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pada 24 Oktober 2009 di Danau Golf UKM. Terima kasih Siti Suraya....

















Padang golf Danau













Sdr. Kamarul, Jasril Amry dan bos kami Prof. Kamaruddin telah bersedia untuk membuat rakaman Pertandingan Golf NCWO...












Jasril Amry, ermmm...macam pro nampaknye....
















Baik-baik jatuh....
















































Tan Sri Naib Canselor...













Semasa majlis penyampaian hadiah...letih nampaknya kawan kita tu...




















Saturday, October 24, 2009

Inilah tugas kami.....


Semalam, 23 Oktober 2009, Jumaat:
Kami membuat rakaman audio di Studio UKM DECTAR. Audio tersebut akan digunakan untuk dimasukkan ke dalam multimedia Perasmian Ekspedisi Saintifik yang sedang aku buat penyuntingannya sekarang. Video tersebut akan ditayangkan semasa perasmian XPDC berkenaan di Lata Jarum, Raub, Pahang.. XPDC tersebut akan dijalankan dari 16 November - 21 November 2009.
Sdr. Kamarul sedang menunjuk ajar cara membaca skrip kepada Siti Suraya.





Aku meminta Siti Suraya untuk membaca skrip berkenaan. Rakaman terpaksa dilakukan rakamannya berulang kali kerana ini merupakan kali pertama Siti Suraya membaca skrip untuk video.


Sdr. Shahrul juga turut membantu Suraya...









Membaca skrip video bukan saja sekadar mempunyai suara yang sedap didengar, malahan 'intonasi' suara juga harus diambil kira. Visual yang cantik dan indah, suara yang sedap didengar dan intonasi suara yang sesuai, menjadi sebahagian daripada faktor yang mampu menarik hati penonton untuk terus menonton video berkenaan.

Wah! sdr. Jasril Amry gak turut memberikan bantuan kepada Siti Suraya...






Waktu petang kira-kira jam 3.00 petang, selepas aku membuat penyuntingan video XPDC Lata Jarum, aku, Jasril dan Siti Suraya pergi ke Danau Golf UKM untuk mendapatkan gambaran lokasi untuk tayangan video di sana.

Bangunan Danau Golf UKM...










Sebenarnya unit audio video, diminta untuk membuat rakaman video Pertandingan Golf NCWO yang akan disertai oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong dengan NCWO di Danau Golf UKM esok(24 Oktober 2009)



Ini pandangan hadapan Danau Golf dari tempat letak kereta, macam tak kemas je....ops! sorry for the comment...






Tugas membuat rakaman permainan golf ini aku beri tanggung jawab kepada sdr. Kamarul yang berpengalaman membuat rakaman berkaitan permainan golf serta juga sdr. Jasril dan Siti Suraya untuk membantu sdr. Kamarul Bharin Supaat.


Inilah peralatan yang disediakan untuk tayangan video esok iaitu audio power mixer dan juga alatan LCD.






Hasil rakaman video permainan golf berkenaan telah diminta oleh ahli jawatankuasa untuk ditayangkan semasa majlis santapan baginda dengan mereka yang mengambil bahagian dalam permainan tersebut pada waktu tengah hari.
Apa yang aku harapkan tugas berkenaan akan mampu dilakukan oleh sdr. Kamarul, sdr. Jasril dan Siti Suraya.
Terima kasih kepada mereka semua, bukan mudah untuk bertugas dalam suasana yang penuh protokol ni.....




Friday, October 23, 2009

Teater....oh....teater...


23 Oktober 2009, jam 12.30 malam, baru tiba ke rumah dari UKM. Malam ni kami membuat rakaman video MCP Pementasan Teater di Panggung Seni, DECTAR.
Hmm...macam biasalah, persiapan teknikal berkaitan peralatan video untuk MCP kami siapkan lebih awal iaitu jam 6.30 petang. Tiba saja di Studio UKM aku dapati semua kamera serta tripod dan kebel kamera telah siap dipasang. Cik Siti Suraya kata sdr. Ruhaizad yang membuat pemasangan peralatan tersebut.
Keadaan dalam bilik kawalan semasa rakaman pementasan teater berkenaan.




Pementasan Teater iniadalah anjuran Bahagian Ko-Kurikulum Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Objektif program ini ialah:
-Menilai prestasi amali pelajar
-Memberi penekanan kepada pelajar tentang keperluan mengimbangkan aktiviti kesenian dan akademik.
-Memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesenian warisan bangsa
-Mengeratkan silaturahim




Teater yang dipersembahkan pada malam ini ialah teater moden berjudul 'Transit Warga Tanah' dan teater bangsawan berjudul 'Raja Badang'
Persembahan bermula pada jam lebih kurang 9.00 malam dengan dimulai oleh persembahan 'Gamelan'

Persembahan Gamelan...







Malam ni ramai yang datang turut membantu dalam tugas rakaman MCP kami. Diantara yang turut serta ialah, sdr. Yunus, Naziruddin, Chef, Isma, Bukhari, Jamaludin Sabran, Khaidir, Azrul Khaidir, Cik Hanim, Sulimi dan ermmm...mungkin ada nama yang aku tertinggal kut. Di pihak kami iaitu Unit UAV ialah Ruhaizad, Ramli, Kamarul, Suraya, Jasril, Shahrul dan aku sendiri...
Sdr. Kamarul sedang menjalankan tugas sebagai Pengarah Studio







Hmmmm....ini ialah sdr. Naziruddin iaitu krew yang membantu kami dalam tugas rakaman MCP. Seringkali kami undang untuk membantu. Dia dari Pejabat Alumni UKM. Ermmm....dah berpunya atau belum...? Erm...itu kena tanya dialah.....
Sekarang ni dia sedang berehat selepas mengendalikan kamera, letih nampaknya dia....simpan tenaga kut...heh...heh...








Dalam rakaman MCP bukan sahaja visual saja yang mesti diambil kira tetapi audio juga amat perlu dalam rakaman video. Kalau anda tidak percaya cuba tutp telinga anda semasa menonton televisyen. Ermmm.....tentu tidak memadai kan?. Oleh itu audio juga perlu dijaga semasa tugas penerbitan video MCP ini.
Sdr. Ramli sedang mengendalikan audio semasa rakaman MCP......








Seperti biasa tugas di Bilik Kawalan amat diperlukan. Krew dibilik ini terdiri daripada Pengarah Studio, Pengendali Perakam video, Pengendali Switcher dan Pengendali Peralatan Grafik.
Sebagaimana biasa aku dan sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio. Kami juga terpaksa bergilir-gilir bertugas sebagai Pengarah Studio.
Sdr. Kamarul sedang bertugas....







Krew yang lain juga perlu bertugas bergilir-gilir terutama jika program tersebut memakan masa yang panjang seperti program pada malam ini. Jurukamera yang mengendalikan kamera juga perlu bergilir kerana bukan mudah untuk berdiri terlalu lama tanpa pengganti, penat kaki woooo....

Sdr. Jasril dan Cik Hanim sedang berehat setelah bertugas....







Setelah program berkenaan tamat, seperti biasa peralatan mesti dikemaskan dan disimpan kembali. Kamera, tripod, kabel-kabel kamera dan kabel-kabel audio turut dikemaskan....Itulah rutin tugas kami bila ada permintaan rakaman video MCP terutama di DECTAR, UKM.
Tu jelah cerite aku malam ni, dan sebagai penutup, terima kasih kepada semua yang membantu.....

Sdr. Jasril dan Ramli sedang mengemaskan kabel-kabel....




Tuesday, October 20, 2009

Seminar Antarabangsa ATMA, Nilai...


Semalam, 19 Oktober 2003 aku bercuti. Hari ini 20 Oktober 2009, aku bekerja. Awal pagi tiba di pejabat. Di 'whiteboard' tertera tulisan untuk tugas hari ini iaitu Perasmian Seminar Antarabangsa ATMA di Nilai, Negeri Sembilan jam 4.00 petang.
Inilah Hotel Allson Klana di Nilai Negeri Sembilan iaitu tempat Seminar Antarabangsa ATMA dijalankan.






Aku kira mungkin tugas tersebut telah dicatat semalam ketika aku bercuti. Oleh itu aku ambil keputusan untuk meminta Jasril Amry untuk membuat rakaman tersebut. Aku akan membawa kenderaan sendiri untuk membawanya ke sana.
Inilah hotel Allson Klana yang disekelilingnya terdapat beberapa buah tempat dot...dot...dot....








Sebelum itu aku telah beritahu sdr Jasril supaya meminta seorang lagi kakitangan UAV untuk membantunya dalam tugas rakaman berkenaan. Seketika kemudian sdr Jasril mengatakan tiada sesiapa pun yang rela untuk turut serta kerana masing-masing mungkin ada hal tertentu.
Sebenarnya jarak perjalanan ke lokasi di Nilai tu taklah jauh sangat dari UKM, cuma 66 Kilometer pergi dan balik...
Ini merupakan suasana selepas majlis perasmian oleh Timbalan Naib Canselor UKM.





Aku tak pernah masuk ke hotel berkenaan walaupun aku seringkali juga lalu di situ. Tiba saja di hotel tersebut aku terus memandu untuk mencari tempat letak kereta. Sukar juga untuk mencari tempat letak kereta kerana macam penuh je. Akhirnya kelihatan sebuah kereta mula keluar dari 'parking lot'. Sebaik saja dia keluar aku pun mengantikan tempatnya. Secara berbisik aku berkata 'terima kasihlah.....'
Sdr. Jasril Amry sejurus sebelum membuat rakaman perasmian tersebut. Mungkin dia sedang 'ambil angin' kut....





Masuk saja ke hotel, kami ditunjukkan oleh Sdr. Anwar, Pegawai Penyelidik Sosial ATMA tempat di mana seminar diadakan.
Tiba di tempat berkenaan sdr. Jasril terus memasang tripod dan membuat persediaan kamera. Sempat juga dia merakam beberapa orang peserta seminar sebelum dia berehat untuk 'ambil angin' sambil melihat ke arah bangunan sebelah yang mempunyai beberapa tempat....dot...dot...dot.....yang agak ketara.
Sdr. Raai, Jurufoto Pusat Penerbitan yang telah sampai ke sini lebih awal.





Selepas penyampaian kertas kerja tamat, seketika kemudian tiba TNC untuk melaksanakan Perasmian Seminar tersebut.



Keadaan dalam bilik seminar....dan sdr. Jasril sedang melakukan sesuatu...








Perasmian seminar berkenaan tidaklah panjang masa yang diambil, mungkin tidak sampai satu jam. Ia dirasmikan oleh TNC, Prof. Dr. Ir Hasan Basri.

Setelah majlis perasmian tamat, kami terus keluar menuju tempat letak kereta dan seterusnya bergerak ke UKM Bangi semula. Alhamdulillah pergi dan balik kami selamat.....
Sdr. Jasril Amry sedang membuat rakaman, hmmmm...agaknya o.k ke....

Monday, October 19, 2009

Sahabat 1 Malaysia.....


18 Oktober 2009 hari ini, Ahad, seperti yang aku cerita, hari ini kami dari Unit Video Pusat Penerbitan UKM diminta untuk membuat rakaman MCP Majlis Pelancaran Sahabat Satu Malaysia di Panggung Seni DECTAR.



Ucapan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar PM Dr. Kadderi, semasa majlis berkenaan....





Seperti biasa persiapan teknikal telah kami lakukan sejak jam 6.30 petang lagi. Jasril dan Siti Suraya menyediakan grafik untuk rakaman tersebut selain dari membantu dalam pemasangan kabel kamera dan tripod. Begitu juga sdr. Ruhaizad awal lagi telah tiba di DECTAR dan membuat persiapan teknikal berkenaan. Sementara sdr. Ramli menyediakan peralatan audio.
Di antara para tetamu yang hadir termasuk TNC HEP..(baju putih)




Sahabat Satu Malaysia ini dilancarkan sempena dengan gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia. Majlis Perasmian dilakukan oleh Pegawai Seranta Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, perasmi sempat mengenakan krew kami sdr. Yunus Misdi yang mengendalikan Kamera 3. Foto saudara Yunus ada di bawah...






Rakaman MCP pada malam ini nampaknya mempunyai krew yang boleh dikatakan cukup juga. Tidak semua krew yang dipanggil melalui surat hadir pada malam ini. Tetapi tidak mengapalah.....


Inilah sdr. Yunus yang sedang mengendalikan Kamera 3.







Krew yang datang membantu malam ini ialah; Yunus Misdi, Firdaus , Hanim, Zulhimi, Khaidir, Isma dan kami pula ialah Siti Suraya, Ramli, Ruhaizad, Kamarul, Shahrul, Jasril dan aku sendiri. Sdr. Kamarul dan aku secara bergilir bertindak sebagai Pengarah Studio. Terima kasih kepda rakan-rakan yang datang membantu.

Yang Berhormat semasa sebaik saja selepas pelancaran logo ASPIRASI.



Sunday, October 18, 2009

Festival Tari MAKUM...sambungan..


Ermmm....dah jam 1.00 pagi 17 Oktober 2009. Baru tiba dari UKM kerana membuat rakaman video MCP Majlis Penutup Festival Tari MAKUM.

Hmmm...sebelah ni salah seorang krew kami. Dia dah lama dengan unit kami dan amat banyak membantu kami. Dia merupakan staf Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Sudah berpunya tapi baru satu gak...

Kami sebenarnya telah membuat rakaman Festival Tari ini sejak jam 2.00 petang tadi. Malam ni merupakan Majlis penutup yang telah dihadiri oleh Timbalan Menteri.

Pagi tadi tidak ramai krew yang hadir, cuma aku, Kamarul, Shahrul, Amry, suraya, Hanim dan Ramli saje. Ramai dikalangan rakan kami masih menyambut Syawal kut...apa-apa pun tak kisahlah, tugas dapat kami jalankan dengan baik.

Apa agaknya yang dikisahkan oleh Azrul Khaidir kepada Cik Suraya tu...jual minyak ke....heh...heh...he... Hanim cume senyum je...ermmmm....foto yang aku rakam 'blur' pulak...




Majlis Penutup malam ni juga tidak ramai krew bantuan yang hadir, cuma yang aku ingat ialah Yunus, Zulhim, Hanim, Isma, Khaidir, Azrul Khaidir, Shahrul...ermmm...itu je yang aku ingat...
Petang tadi tidak ramai krew yang datang, jadi jurukamera tidak ada pengganti, sakit pinggang oooo.....berdiri lama-lama...

Noraniza Idris sedang menyampaikan lagunya...

Esok iaitu 18 Oktober, kami akan membuat rakaman MCP Program Satu Malaysia di Panggung Seni, juga di DECTAR. Program tersebut anjuran Pusat Perkembangan Pelajar UKM. Dengar ceritanya program ini pada asalnya akan dihadiri oleh PM tapi akhirnya tak jadi. Namun program tersebut dijalankan jugak...jadi jumpa lagi esok kepada krew semua. Tak lupa aku ucapkan terima kasih banyak kepada bantuan anda semua....