Monday, March 5, 2012

meLAka




HARI ini, 5 MAC 2012;
selesailah penerbitan video MELAKA Bandaraya Bersejarah (Bengkel Asas Foto Digital). Rasanya dah takde lagi benda yang perlu dikemaskinikan lagi. Sekarang sedang berfikir untuk mengintai peluang untuk ke luar membuat 'shooting' penerbitan yang baru pula. Aku harap dalam bulan ini ada peluang untuk sertai program bengkel yang mungkin akan ke Pantai Timur. Itupun jika aku tidak sibuk dengan rutin tugas rakaman MCP. Itupun jugak kalau aku diberi peluang untuk piii...

Sekarang ini juga sedang berfikir untuk belajar membuat penyuntingan dengan menggunakan 'software after effect'. Aku dah hubungi sebuah syarikat di Gombak untuk menghantar 'sebutharga' khidmat mereka mengajar 'software' berkenaan kepada 6 orang krew UAV. Aku dah minta, kalau tak silap minggu lepas, namun hingga sekarang aku belum terima apa2 berita, menarik dirikah mereka. Aku bercadang ingin minta mereka datang mengajar kami di BANGI. Buat masa ini kami membuat penyuntingan video dengan menggunakan 'software' Premear Pro CS4. Dikatakan 'After Effect' cantik untuk membuat 'teaser', 'montage' atau 'video clip'.

Aku juga sudah talipon FTSM untuk mengajar kami berkaitan 'software' berkenaan, aku nak tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk 6 orang peserta. Jugak sampai sekarang tak dengar pun berita dari mereka, kenapa...?. Siti Suraya juga telah menghubungi sebuah lagi syarikat luar untuk tujuan yang sama, namun beritanya adalah sama, sampai sekarang mereka tidak memberikan sebarang respon, ermmm...apa masalah mereka...?

Masalah penerbitan video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN juga masih belum selesai. Orang yang tertentu yang kata akan membuat temujanji untuk 'shooting' boss dia, masih tidak menghantar sebarang maklumat. Tak tau mengapa 'dia' senyap....ini menyebabkan tugas kami tidak dapat diselesaikan dengan cepat...aku sebenarnya tak suka dengan sikapnya yang 'karut' tu....opst!.

Apa-apapun diharapkan semuanya akan dapat diselesaikan dengan cepat....o.k terima kasih kerana sudi membaca....

daudmontakzakaria.

Sunday, March 4, 2012

Harta Yang Paling Berharga...


HARI ni, 4 MAC 2012; aku pegi ke Putrajaya untuk melihat Ekspo Buku Islam. Kalau tak silap hari ini merupakan hari terakhir...





...masjid putrajaya...






...bermula dari sini...

Sebenarnya aku takde punyai rancangan pun untuk ke sana. Rancangan secara
mendadak jer... Bila dalam kepala takde ape2 terus jer
terfikir untuk ke sana.


Banyak jugak buku-buku yang dijual. Sebenarnya maklumat dan ilmu boleh didapati dari mana2 sumber termasuk buku.Pada aku harta yang tak ternilai ialah ilmu.


....pintu masuk....







...ada ceramah pulak dalam ekspo ni....

Rayau punyer rayau dalam ekspo tu...akhirnya aku beli tiga buah buku, mungkin tak banyak namun cukuplah buat masa ini. Sekurang-kurangnya melalui buku tu dapat gak sedikit manfaat
untuk aku. Ada ketikanya minda kita perlu di 'update' kan supaya ia sentiasa relevan
dengan keadaan semasa.


Kita perlu ingat ilmu amat perlu kita 'update' kan. Salah satu caranya ialah dengan membeli buku dan menggali maklumat di dalamnya. Perlu diingat jugak ilmu ialah sesuatu yang amat bernilai. Jika kita tidak berilmu kita akan di kira seperti orang yang buta huruf.

...keadaan dalam ekspo...






....keadaan dalam ekspo...

Perlu gak diingat, Islam mementingkan ilmu. Melalui ilmu kita mampu meningkatkan keimanan kita.
Jika kita tiada ilmu yang digali dari pelbagai sumber, bagaimana kita nak mengenal agama,
jika ilmu tiada iman kita juga turut menjadi gersang dan tandus.


Aku sebenarnya merayau-rayau dalam ekspo tersebut untuk mencari apa2 buku yang mengaitkan bidang media dengan pandangan agama, atau media dengan Islam atau apa2 saja buku yang berkaitan penyiaran dan Islam seperti filem dan Islam dan sebagainya tapi tak jumpa buku yang bentuk demikian...

...suasana dalam ekspo...





...urmmmm...inilah buku2 yang aku dah beli...


Selesai membeli aku pun keluar dari ekspo dan balik ler...Aku sebenarnya malas berada dalam keadaan yang ramai dan sesak begitu lama, tak selesa...

...inilah putrajaya...

Akhirnya bagi pandangan aku...ilmu amat penting dan ia boleh dikutip daripada pelbagai medium. Melalui ilmu kita dapat mengenal agama dengan lebih jauh. ISLAM merupakan harta yang amat berharga...tanpa ISLAM kita takkan ke mana punnnn....


Sekian, terima kasih kerana membaca...
daudmontakzakaria.

Saturday, March 3, 2012

Malam Anugerah Seni UKM 2011


MALAM tadi, 2 Mac 2012; kami membuat rakaman video Multiple Camera Production 'Malam Anugerah Seni UKM 2011' di DECTAR.



...Sdr. Kamarul Baharin & Arenim...





Ia merupakan Anugerah Seni untuk tahun 2011 yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada penggiat seni UKM yang terdiri daripada kalangan pelajar dan staf ukm.


....pengacara...

Seperti biasa persiapan teknikal bermula pada waktu petang. Kami gunakan tiga buah kamera video. Malam tu ramai jugak krew bantuan hadir.


Antara objektif malam anugerah seni tersebut ialah untuk menghargai semua pihak terhadap bidang seni ukm serta memberi dorongan agar mereka menjadi lebih giat lagi dalam setiap program kesenian di ukm.



...pengumuman pemenang anugerah...




.....salah seorang penyanyi yang menghiburkan hadirin...

Malam anugerah tersebut diisi dengan nyanyian, nasyid, tarian, persembahan multimedia
dan sebagainya. Acara memotong kek sempena 40 tahun ARTISUKMA juga
turut diadakan...


VIP yang hadir malam tersebut ialah TNC HEPA yang diiringi oleh pegawai beliau.

...tarian...










....dalam konti...inilah kerja kami di belakang tabir...

Seperti biasa kami merakamkan perjalanan program berkenaan untuk dipaparkan di layar tayangan, ia seolah-olah seperti 'live' di mana sebarang kesilapan
yang besar mesti dielakkan...


Malam itu aku dan sdr. Kamarul Baharin bertindak sebagai PENGARAH STUDIO. Aku memegang tanggung jawab tersebut dalam masa lebih kurang 1 jam yang pertama sebelum diambilalih oleh sdr. Kamarul.

....krew bilik audio....








.....bilik audio...

Sebenarnya studio kami mempunyai dua buah bilik kawalan yang berasingan. Bilik Kawalan Utama yang menempatkan Pengarah Studio dan krew grafik dan switcher
terletak di bilik yang lain.


Sementara Bilik Kawalan Audio terletak di bilik yang lain. Masing-masing tidak mengetahui apa yang berlaku di bilik yang lain.

...penyanyi luar negara...








...di bilik kawalan utama selepas tamat giliran
kendalikan pengarahan...

Malam ini KREW BANTUAN yang hadir ialah CHEF, YUNUS MISDI, SAIFUL, JUNIOR MASTERMIND,KHAIDIR, WATIE, ARENIM, HAFIZ UKM KL,
HAJI SULIMI...ermmm....rasanya itu jer kut...

SELEPAS program tamat lebih kurang jam 11.00 lebih, kami masuk dewan untuk menikmati jamuan makan sebelum kami mengemaskan kabel-kabel kamera video dan sebagainya.













....nikmati makanan...

Kami selesai mengemaskan perlatan hampir jam 12.00 tengah malam waktu MALAYSIA.
Sebenarnya seperti ada sesuatu kekurangan dalam majlis anugerah tersebut...


Rasanya malam tu agak hambar, tak tau kenapa, tidak seperti yang berlangsung tahun lalu. Ada terdapat tetamu yang diundang untuk mengumumkan nama dan pemenang anugerah pun ada yang macam tak bersungguh-sungguh jer... Ada ketikanya macam suram jer suasana majlis tersebut.

Walau bagaimanapun mengkritik memang mudah daripada melaksanakan program tersebut, bukan begitu...?

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang bertugas serta terima kasih gak kepada urus setia yang memberi kami jamuan selepas tamat acara berkenaan...TERIMA KASIH semua....


Terima kasih kerana membaca....
daudmontakzakaria.

Tuesday, February 28, 2012

Era Digital

FireWire IEEE 1394


HARI ini kita tinggal dalam zaman digital. Komputer sebahagian daripada kehidupan kita. Teknoogi berada di sekeliling kita. Kita layar laman sesawang melaluiinternet. Kita gunakan handphone. Kita mainkan filem dan sebagainya dengan menggunakan DVD yang merupakan alat penyimpan maklumat dalam bentuk digital.

Teknologi video digital sememangnya hangat diperkatakan sekarang ini. Banyak terdapat alat penyimpan maklumat digital seperti DVD dan hard disc digunakan. Begitu juga dengan bidang video. Teknologi video telah berubah ke era digital (digital video). Kamera video menggunakan CCD atau 'charge couple device' untuk menukarkan imej-imej optic ke denyutan eletrik. Video tradisional menggunakan 'ANALOG SIGNAL' yang merupakan 'signal eletrik'. Digital video menukarkan signal analog ke bentuk binary yang merupakan satu siri 'kosong' dan 'satu'. Untuk menukarkan 'analog signal' ke 'digital signal' sebuah 'video card' diperlukan. Namun begitu sekarang ini kebanyakan video dirakam dengan kamera video digital.

Teknologi digital video melanda dengan cepat dalam tahun 1990-an. Namun begitu sejarah digital video bermula pada tahun 1970-an. 1080-an 'digital disc recorder' boleh meakam dan memainkan imej. Perkembangan awal ini telah mencetus kepada kejayaan kepada era digital hari ini.

Penyuntingan video tradisional juga dikenali sebagai 'Linear Editing'. Video disunting dari awal hingga ke akhir mengikut urutan. Satu atau dua atau lebih 'video player' diperlukan untuk memainkan video asal. Sementara sebuah 'video recorder' digunakan untuk merakam video-video yang telah dipilih. Operasi ini dikawal dengan menggunakan 'editing controller'. Cara penyuntingan 'analog' amat tidak menjimatkan masa.

Penyuntingan 'non-linear' pula telah dipelopori olah 'Avid'. Sekarang ini penyuntingan secara 'non-linear' amat mudah dan menjimatkan masa. Sekarang ini sesiapa saja boleh membuat penyuntingan video kerana terdapat pelbagai 'software' untuk penyuntingan boleh ditemui di pasaran. Antara kelebihan 'non-linear' berbanding penyuntingan 'linear' ialah cepat, mudah menukar visual, dan penyunting berasa cukup bebas membuat kerja-kerja penyuntingan. Penurunan kualiti video disebabkan oleh penyalinan(generation loss) dan sebagainya, juga terjaga kerana signal video dalam bentuk digital.

Ingin dijelaskan lagi kelebihan non-linear editing(guna komputer) daripada linear editing atau analog editing(gunakan video player dan video recorder) ialah....lebih cepat, lebih mudah, pertukaran visual mudah dilakukan dan kualiti visual tidak berkurang terutama dalam aktiviti penyalinan.

Beberapa perkara harus diketahui dalam DIGITAL VIDEO
FireWire atau IEEE 1394 membolehkan rakaman digital dari kamera di 'digitise' ke komputer untuk membuat suntingan. Ia juga boleh menerima digital video dari komputer ke kamera video digital semasa 'recording'. Kebanyakan kamera video digital sekarang mempunyai 'port' firewire.

Video Signal:
Untuk membuat penyuntingan video dengan jayanya, adalah penting untuk memahami semua aspek teknikal video. Video signal terbahagi kepada dua bahagian iaitu chrominance dan luminance.

Chrominance ialah bahagian warna dalam 'video signal'. RGB atau red, green, bkue adalah tiga warna dalam 'primary colors' yang digunakan untuk membina imej video. Semua warna2 yang lain adalah berasal daripada campuran ketiga-tiga warna ini.

Luminance ialah bahagian 'black-and-white' signal video(video signal) atau nilai kecerahan(lightness) dan kegelapan (darkness) nya.

Isyarat video 'component' adalah merupakan isyarat 'broadcast quality' iaitu isyarat yang digunakan untuk penyiaran dimana kualiti isyarat ini lebih tinggi. Dalam 'video signal' ini bahagian red, green, blue dan 'luminance' adalah berasingan. Dalam S-video signal bahagian chrominance dan luminance diasingkan. Sementara dalam signal video 'composite' bahagian chrominance dan luminance adalah dicampurkan bersama.

Video signal 'component' merupakan signal video yang paling baik kualitinya kerana ia kurang gangguan(interference). Ia merupakan signal video yang profesional yang biasa digunakan untuk penyiaran.

S-Video biasanya digunakan ditahap 'prosumer'. 'Composite' pula merupakan signal video yang paling rendah kualitinya.

VIDEO SIGNAL

1. Consumer :
-composite video signal quality, 1 cable, chrominance and luminance are blended.

2. Pro sumer:
-s-video, video signal quality, 1 cable, chrominance and luminance are separated

3. Professional:
-component video signal quality, 4 cables, chrominance(3) red green blue, luminance(1).


Prosumer mempunyai kualiti video yang terletak diantara 'consumer' dan 'professional'.


HIGH-DEFINITION TELEVISION, HDTV;

Ratio untuk HDTV ialah 16:9. Ratio yang 'standard' ialah 4:3. Dengan pertambahan 'ratio' ini hdtv mempunyai kualiti gambar yang baik.


DIGITAL FILMMAKING.

Sekarang digital video sudah menjadi perkara biasa. Banyak kamera video boleh merakam visual dalam format digital. Terdapat juga pembikin filem merakamkan visual dalam bentuk digital dan kemudian dipindahkan ke filem 16mm atau 35mm. Ini amat menjimatkan budget dan masa berbanding dengan menggunakan filem.

* Maklumat berkaitan Digital Video boleh dibaca DI SINI juga.


FORMAT PITA VIDEO

Diantara Format pita analog;

-Betacam (sony)
-Betacam SP (sony)
-Betamax (sony)
-S-VHS (JVC) 1987
-U-Matic 3/4 (sony)
-VHS (JVC)
-VHS-C (JVC)


Diantara format pita digital.


-Betacam IMX (sony)
-Digital Betacam (sony)
-Digital8 (sony)
-DV
-HDV
-ProHD (JVC)
-HDV
-ProHD (JVC)
-MiniDV


PITA MAGNETIK (MAGNETIC TAPE)

DV atau digital video pada asalnya direka untuk dirakam ke atas pita magnetik. Terdapat 4 ukuran berbeza pita iaitu small, medium, large dan extra large. Semua pita DV menggunakan ukuran pita selebar 1/4 inci atau 6.35 mm. Pita yang kecil(small) juga dikenali sebagai S-size atau MiniDV untuk kegunaan amatur dan telah diterima juga dalam penerbitan yang profesional. Kaset MiniDV digunakan untuk rakaman DV, DVCam dan juga HDV. Medium size cassette digunakan dalam peralatan profesional Panasonic yang biasa dikenali sebagai DVCPRO. Large atau L-size cassette boleh diterima oleh kebanyakan perakam pita DV dan digunakan oleh kebanyakan CAMCORDER yang diletakkan di atas bahu. Ia boleh digunakan oleh peralatan rakaman Sony dan Panasonic. Ia biasanya dikenali sebagai pita DVCAM.


...bersambung.....
*pict. by google images. daudmontakzakaria

Filem & drama


FILEM dan drama merupakan sebuah seni yang diminati ramai. Bidang ini disukai oleh segenap lapisan masyarakat. Filem telah menjana berjuta-juta keuntungan untuk mereka yang menghasilkannya. Cuba renung kembali kutipan filem yang pernah kita ketahui iaitu ada yang mencapai hingga berjuta-juta. Hal ini tidak terkecuali dengan kutipan filem Melayu. Suatu ketika dulu untuk mendapat kutipan satu juta pun susah malah ada jugak yang hanya cukup modal. Sekarang ni lihatlah, ada kutipan yang telah mencapai hingga belasan juta.

Sejarah Filem Melayu bermula di Malaysia dikatakan sejak tahun 1938 dan judul filem pertama ialah filem 'Laila Majnun'. Suatu ketika dulu filem Melayu mencapai kegemilangannya iaitu semasa Tan Sri P. Ramlee. Berikutnya ia kembali merudum hinggalah dalam tahun 80-an. Tahun 2000 hingga kini filem Melayu kembali bernafas. Banyak filem Melayu mencatat keuntungan dan melegakan pembikin filem berkenaan.

Menghasilkan filem bukanlah satu tugas yang mudah. Ia melibatkan tugas secara berkumpulan. Ia juga memerlukan modal yang besar serta tenaga kerja yang bukan sedikit jumlahnya. Sebenarnya sebelum sesebuah filem ditayangkan kepada umum ia akan dipertontonkan kepada para wartawan dan jemputan khas. Sesi ini dikenali sebagai 'preview'. Semasa sesi ini juga pekerja filem serta pelakon juga turut serta. Preview amat penting kerana melalui wartawan yang dijemput mereka akan menghebahkannya kepada masyarakat. Ini akan mendorong minat penonton untuk menonton dan seterusnya keuntungan akan dikecapi oleh setiap yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

Walau bagaimana pun terdapat juga pengkritik filem menulis berkaitan sesuatu filem. Mereka akan mengkritik dari pelbagai sudut seperti cerita, skrip, pengarahan dan sebagainya. Bagi aku mengkritik filem dengan berbekalkan pena dan kertas atau sebuah komputer adalah lebih mudah daripada pembikin filem yang berbekalkan kamera, lampu-lampu, props, solekan dan sebagainya....
Sekian, terima kasih kerana membaca....

daudmontakzakaria

Sunday, February 26, 2012

Skrip Loji Pendinginan Lingkungan- Lingkaran 2 UKM


Sebagai jabatan di sebuah Universiti Penyelidikan, Jabatan Pengurusan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan bahan dan ruang tambahan untuk penyelidikan.




Menyedari hakikat ini JPP telah mempelbagaikan perolehan teknologi yang terdapat di pasaran dalam memberi perkhidmatan kejuruteraanyang diperlukan oleh universiti. Salah satu bidang perkhidmatan yang utama adalah system penghawa dingin udara untuk pejabat dan ruang-ruang bangunan.

Dalam memberi khidmat pendinginan udara ini, JPP telah memilih untuk menggunakan Sistem Penghawa Dingin Lingkaran Berpusat atau Centralised District Cooling System.

Sistem ini dibahagikan kepada dua lingkaran, iaitu Lingkaran Satu dan Lingkaran Dua. Lingkaran satu memberi aliran air kokol kumpulan bangunan di sekeliling bangunan Canselori seperti Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Pusanika dan sebagainya. Manakala Lingkaran Dua pula meliputi bangunan seperti Fakulti Pendidikan, Fakulti Teknologi Sains Maklumat, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Undang-Undang dan beberapa bangunan baru yang lain yang dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Sistem Pendinginan di Linkaran Satu menggunakan teknologi penyimpanan tenaga menggunakan AIS.

Sementara system pendinginan di Lingkaran Dua pula menggunakan teknologi penyimpanan tenaga menggunakan air kokol sejuk. Sistem ini adalah lebih berkesan dan menjimatkan kerana tenaga yang disimpan kekal dalam media yang sama berbanding dengan AIS. Bagaimanapun system ini memerlukan ruang simpanan tenaga yang lebih besar berbanding dengan system di Lingkaran Satu.

Sistem Penghawa Dingin Lingkaran Berpusat ini merupakan teknologi hijau. Loji pengkokol yang biasa dioperasikan pada waktu siang untuk membekal tenaga pendinginan yang diperlukan diubah masa operasinya kepada waktu malam. Kadar tarif letrik waktu malam (off-peak) adalah lebih rendah berbanding pada waktu siang(peak) dan ia memberikan penjimatan kos operasi. Tenaga yang dijana pada waktu malam, disimpan dalam tangki simpanan tebat haba yang khusus. Keesokan harinya tenaga yang disimpan akan dikitarkan ke seluruh bangunan untuk memberi tenaga pendinginan yang diperlukan. Proses ini akan diulang secara berterusan untuk memberi tenaga pendinginan yang diperlukan.

Projek Sistem Penghawa Dinginan Lingkungan atau District Cooling System-DCS beserta dengan Sistem penyimpanan tenaga Pendam Lakuran atau Thermal Energy Storage untuk Lingkaran Dua Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah bermula pada bulan Ogos 2010. Projek bernilai RM39 juta ini telah dianugerahkan kepada Tetuan TNB Engineering Corperation Sdn. Berhad mengikut konsep ‘Reka dan Bina’ dan pembinaannya dijadual mengambil masa selama 13 bulan bermula dari 26 Julai 2010.

Keluasan ruang tempat untuk menempatkan system loji DCAS yang diperlukan ialah 24 meter x 24 meter. Sistem loji ini direkabentuk untuk menghasilkan sebanyak 4765 RT beban penyejukan. Ia merangkumi 2790 RT dijana langsung dari mesin kokol dan sebanyak 1975 RT lagi dari tangki simpanan tenaga atau TES. Ruang yang disediakan juga telah mengambilkira ruang untuk menempatkan satu unit mesin kokol dan satu unit menara penyejuk tambahan untuk keperluan masa depan. Keseluruhan peralatan loji ini memerlukan kuasa hamper 30MVA.

Peralatan utama system loji adalah seperti berikut,

- Tiga unit mesin Pengokol 850RT berjenama TRANE yang menggunakan media penyejukan atau refrigerant gas R-134a yang mesra alam dan memenuhi Deklarasi Alam Sekitar ‘Kyoto Protocol’.

- Tiga unit Menara Penyejukan atau Cooling Tower berkapasiti 1400 HRT berjenama TRUWATER dari jenis ‘counter flow’ yang lebih efisyen berbanding system yang lain.

- Sejumlah Sembilan buah pam kitaran pelbagai saiz digunakan. Semua pam kitaran air kokol adalah dari jenis ubahlaras kelajuan(variable speed) kecuali pam kitaran untuk menara penyejukan. Kelajuan pam akan berubah mengikut keperluan beban pendingin yang diperlukan dan ini akan menghasilkan penjimatan tenaga. Sistem direkabentuk berkeupayaan mengepam sehingga 2,179 meter padu sejam pada perbezaan suhu dan tekanan tertentu.


- Hampir keseluruhan peralatan utama loji menggunakan bekalan kuasa elektrik 415Volt dengan jumlah beban sekitar 3.0 MVA. Untuk tujuan penjimatan tenaga, semua motor dilengkapi dengan ‘frequncy inverter’ dan alat kawalan yang ditempatkan di bilik berhawa dingin untuk mendapatkan suhu ambient operasi yang terkawal bagi menghasilkan penjimatan tenaga dan jangka hayat yang terbaik. Untuk tujuan keselamatan kebakaran bilik ini juga dilengkapi dengan system pencegah kebakaran semburan gas mesra alam dan mesra pengguna jenis FM200.

- Sistem loji DCS-TES ini dikawal sepenuhnya melalui computer. Sistem kawalan yang dinamakan ‘thermal energy storage control system’ atau TESCS boleh berfungsi secara manual atau automatic .

Apabila system disetkan dalam keadaan ‘auto mode’ sistem akan beroperasi secara automatic mengikut data yang telah dimasukkan dalam sistem ini. Ia beroperasi mengikut jadual beban atau cooling load profile yang telah diprogramkan dalam system kawalan ini.

Dalam keadaan manual operasi loji dikawal sepenuhnya oleh operator melalui peralatan SCADA. Segala peraturan keselamatan dan susunan operasi tidak lagi berperanan dalam situasi ini.

Tangki Simpanan Tenaga berfungsi sebagai penyimpan tenaga pendingin atau air kokol yang dijana pada waktu malam. Tangki ini dinamakan tangki TES yang dibuat daripada konkrit berukuran 12 meter panjang, 20 meter lebar dan 14 meter tinggi. Sebanyak dua unit tangki diperlukan untuk menyimpan air kokol sejuk pada suhu 4 darjah celcius untuk menghasilkan tenaga pendinginan yang diperlukan. Tangki TES ini direkabentuk untuk menampung jumlah tenaga pendinginan sebanyak 15796RTh. Bagi tujuan penyimpanan tenaga yang baik, bahagian luar tangki ini disaluti dengan bahan penebat Polyurthene Panel atau PU Panel untuk mengurangkan kehilangan tenaga melalui pemindahan haba.

Kerja pembinaan tangki ini mengambil masa selama 7 bulan untuk disiapkan dan melibatkan jumlah konkrit bergred tinggi sebanyak 1520 meter padu. Terdapat dua bahagian paip di dalam tangki ini iaitu dinamakan ‘bottom diffuser’ dan ‘top diffuser’ yang berfungsi menyalurkan air dingin keluar dan masuk ke tangki.

Air kokol yang dihasilkan di loji ‘District Cooling System’ atau DCS ini dikitar ke setiap bangunan yang memerlukan menggunakan system perpaipan retikulasi dua hala. Paip retikulasi sepanjang 3.2 kilometer telah dipasang untuk projek ini yang menghubungkan loji DCS-TES dengan kesemua bangunan yang terlibat.

Kerja-kerja pemasangan paip ini merupakan tugas yang kritikal kerana ia melibatkan pengorekan dan kerja bawah tanah. Tugas ini juga melibatkan kerja pengorekan yang merentasi jalan utama dan kawasan tempat letak kenderaan.

Paip-paip yang ditanam terdiri daripada pelbagai saiz bermula dari 200 milimeter hingga 600 milimeter mengikut keperluan. Paip-paip berkenaan dilengkapi dengan bahan penebat Polyurethene setebal 50 milimeter pada ketumpatan 45kilogram meter padu dan dibahagian luarnya disaluti dengan jaket HDPE. Paip-paip tersebut ditanam sedalam 1.5 meter di bawah paras tanah untuk mengelak dari pandangan dan sebarang kerosakan.

Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya termasuk kerja-kerja ujian tekanan dan pencucian atau flushing.

Bilik Energy Transfer Station atau ETS disediakan di setiap bangunan yang menerima system bekalan air kokol. Bilik ini untuk menempatkan alat penukar haba atau ‘plate heat exchanger’ berkapasiti mengikut beban pendingin setiap bangunan tersebut.

Alat penukar haba adalah had sempadan antara loji DCS dengan system pendingin dalam bangunan tersebut. Bagi projek DCS-TES UKM Lingkaran 2 ini, suhu air yang masuk ke bilik ETS adalah 5.5 +/- 0.5 darjah Celcius dan keluar pada suhu 12.2 +/- 0.5 darjah Celcius.

Bacaan parameter di bilik ini akan dihubung terus ke bilik kawalan utama di loji melalui kabel optic untuk tujuan pengawalam keberkesanan system.

Kaedah operasi loji sistem pendinginan ini mempunyai beberapa cara.

Apabila keperluan beban pendingin bangunan-bangunan telah tiada atau dihentikan pada waktu malam, mesin kokol akan disetkan kepada arahan operasi untuk menghasilkan air dingin untuk tujuan simpanan dalam tangki TES pada suhu 4 darjah Celcius. Waktu operasi loji ini dipanggil ‘off-peak charging’. Pada waktu malam kadar tarif elektrik yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad adalah rendah dan dapat mengurangkan penggunaan elektrik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sistem ini juga direkabentuk untuk membenarkan sedikit dari air dingin yang dibekalkan ke tangki TES untuk penyimpanan diambil untuk disalurkan ke paip retikulasi bagi kegunaan system pendinginan bangunan yang memerlukannya. Bagaimanapun kapasiti yang boleh terus digunakan adalah terhad.

Sistem ini juga membenarkan mesin kokol menghantar air dingin terus ke paip retikulasi untuk system pendingin tanpa melalui tangki TES. Ini boleh dilakukan apabila tangki TES dalam keadaan tidak sedia menerima air kokol untuk simpanan atau ketika sedang dalam penyelenggaraan. Dalam keadaan ini, suhu yang dibekalkan adalah 5.6 darjah celcius.

Kombinasi penghantaran dari mesin kokol dan tangki TES adalah biasa berlaku terutama pada waktu puncak. Mesin kokol akan beroperasi pada beban yang sekata dan beban tambahan yang diperlukan akan ditampung oleh tangki TES. Keadaan ini memberi kebaikan kepada mesin kokol kerana ia dapat berfungsi pada kecekapan maksima.

Dalam keadaan permintaan untuk tenaga pendingin yang sedikit, tangki TES akan membenarkan penghantaran tenaga yang disimpan dengan menggunakan pam tanpa menjalankan mesin kokol.

Dalam apa juga keadaan, kecekapan operasi logi dan keberkesanan kos adalah factor utama dalam menentukan sesuatu kaedah operasi seperti yang dijelaskan. Ini adalah untuk menjamin loji yang dipasang memenuhi kehendak rekabentuk bagi tujuan penjimatan tenaga dan pembangunan lestari.

daudmontakzakaria.

Friday, February 24, 2012

Sukarnya bekerja dengan insan yang bersikap 'CEREWET'


....loji pendinginan lingkungan - lingkaran 2 ukm.....

AKU sebenarnya bukanlah manusia yang mudah melenting dalam hal menjalankan tugas. Sukar aku untuk hilang pertimbangan ketika melakukan tugas seharian. Pada aku 'cool' itu lebih
baik daripada kelam kabut tak tentu pasal. Tapi ada ketikanya sukar aku nak 'cool'
bila berurusan dengan orang yang, pertama yang mungkir janji dan
kedua yang tak jujur dan tak amanah sesangat.
Sukarnya bila berurusan dengan orang yang macam 'CEREWET'. Janji nak buatkan 'satu temujanji' untuk kami membuat 'shooting' tapi dah beberapa hari tak ada pun
dia hubungi aku. Kalau dia buat urusan dia tu tentu kami dah boleh buat
rakaman dan aku boleh terus selesaikan video tu. Tapi apa yang
dirancang tak jadi, itulah kalau dah terlalu cerewet.
Malas aku nak buat andaian banyak-banyak, ini pun dah banyak kut...ekekekeke...
Sebenarnya no. hp aku dah diambil dengan harapan dia 'call' segera. Aku bukan suh dia ambil no. hp aku tu untuk buat koleksi 'antik' dalam handphone dia...ekekeke...eh! dah banyak
aku ngumpat gamaknyer.....ekekeke...selesai dah....
daudmontakzakaria

Sunday, February 19, 2012

Pesta PANTUN IPTA...


MALAM TADI; 18 FEB. 2012; jam 8.00 malam kami membuat rakaman video MCP Pesta Pantun IPTA di Panggung Seni Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.


...ni sebahagian drpd krew MCP yang bertugas dalam konti...nak kenal...?


Sebenarnya program ini pada asalnya tidak memerlukan rakaman video MCP, namun hari JUMAAT pihak urus setia program minta rakaman video MCP dibuat....


OLeh yang demikian kami tidak mempuntai masa yang cukup untuk mencari krew bantuan. Sepatutnya kami diberi masa sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari sebelum program berlangsung, untuk kami mencari krew bantuan.

...ketika Pesta Pantun sedang berlangsung...






....salah seorang pemantun dari Institut
Pendidikan Guru...

Oleh yang demikian kami kekurangan JURUKAMERA semasa program tersebut berlangsung. Kami mempunyai 5 orang JURUKAMERA semasa rakaman. Sepatutnya kami
mempunyai sekurang-kurangnya 6 JURUKAMERA.
Oleh yang demikian terpaksalah JURUKAMERA
berdiri selama 1 jam lebih berdiri di kamera...


Jurukamera kami yang biasa datang tidak dapat menghadirkan diri. Aku telah catatkan dalam FB namun tiada yang memberi respon. Mungkin mereka telah mempunyai program lain yang telah dirancang terlebih dahulu. Itulah masalahnya jika program untuk rakaman MCP tidak memberi masa kepada kami untuk mempunyai kesempatan mencari krew bantuan.

....salah seorang pemantun dari UKM...

Memanglah rakaman boleh dibuat jika kekurangan krew namun bila sudah lama berdiri keletihan kaki akan menguasai pemikiran dan seterusnya memberi kesan kepada visual yang dirakam.
Dalam program tersebut Institut Pendidikan Guru menentang UKM dalam pertandingan akhir. Keputusan akhir Institut Pendidikan Guru telah menjadi juara dan pemantun terbaik juga telah mereka kuasai. UKM cuma menggondol tempat kedua.
Jurukamera yang bertugas pada malam tersebut ialah sdr. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, ZULHIMI, WAFIY dan HAFIZ yang merupakan peserta bengkel mcp kami yang lalu. HAFIZ kebetulan datang ke studio ukm untuk mengambil basikal yang telah dijadikan sebagai props dalam penerbitan mcp semasa bengkel. Maknanya dia merupakan krew bidan terjun yang telah diminta untuk mengendalikan KAMERA 2.
Akhirnya aku ingin ucapakan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu SHAHRUL, KAMARUL, ZULHIMI, WAFIY, HAFIZ, ANIM, SITI SURAYA dan RAMLI....
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca......
daudmontakzakaria