Tuesday, October 12, 2010

Bengkel Pengurusan Konflik...

Hari ini merupakan hari terakhir aku menghadiri BENGKEL PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN BERKESAN, di Puri Pujangga,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bengkel ini merupakan anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar UKM untuk kakitangan GRED 41 ke atas. Ia dikendalikan oleh G. K. Lim. Bengkel ini memakan masa selama 2 hari iaitu 11 - 12 Oktober 2010, dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm.

Ramai jugak kakitangan lain yang aku kenal, turut bersama dalam bengkel berkenaan
iaitu sdr. Bukhari dari Pusat Teknologi Maklumat, Anwar dari ATMA, Zaidah
dari Pejabat Bendahari, Najatulmuna dari Perhubungan
Antarabangsa, Hanafi, Pegawai
Sains bersama gang dia dari Fakulti Sains dan Teknologi.
Geng kelakar ni...Cahaya TerpeliharaFB)
mesti kenal dia orang ni....

Agak menarik jugak bengkel ini dan perkara yang paling aku ingat ialah kakitangan yang malas bekerja, bukan sebenar-benarnya mereka malas, tetapi, salah satu daripada faktornya ialah mereka berada dalam bidang tugas yang salah atau 'the wrong job'. Salah satu daripada cara mengatasi hal tersebut ialah gantikan mereka dengan kakitangan yang lain.....aku setuju dgn perkara ini, tapi leh ker di 'apply' kan kat UKM ni...?
Bengkel Pengurusan Konflik ini tamat lebih kurang jam 5.10 pm. Namun tugas
aku belum lagi selesai......

Lebih kurang jam 6.00 pm aku bergerak pula ke PWTC dengan menumpang kereta sdr. Kamarul untuk membuat persiapan teknikal rakaman video MCP di sana.

4 orang daripada kami kakitangan Unit Audio Video Penerbit UKM telah pergi
terlebih dahulu dengan membawa peralatan-peralatan
audio visual yang perlu dipasang.

Setibanya kami di sana(aku & kamarul) aku lihat semua barang telah dimasukkan kembali ke dalam kenderaan untuk dibawa kembali ke UKM. Aku bertanya sdr. Shah kenapa berlaku begitu. Shah kata pihak JPP yang menganjurkan Seminar berkenaan tidak perlukan rakaman MCP tetapi lebih berminat kepada rakaman SCP saja, salah satu sebabnya mungkin ketiadaan layar tambahan.
Semasa sarapan sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP minta kami buat jugak rakaman MCP dan mereka akan cuba dapatkan satu lagi layar tayangan tambahan, dan aku terus bersetuju. Namun ada pandangan yang mengatakan aku silap membuat keputusan untuk membuat tugas berkenaan. Pada aku keputusan aku betul sebab kami diberi gaji setiap bulan untuk membuat kerja yang diminta.
Kemudian kami terus memasang semua peralatan MCP berkenaan hingga selesai lebih kurang jam 10 malam. Namun kami masih tidak memperoleh layar yang lain untuk tayangan, dan hanya menggunakan salah sebuah layar yang sedia ada dalam dewan berkenaan. Bila siap pemasangan, kami terus kembali ke UKM, esok pagi kami akan bertolak dari UKM jam 7.00 am atau 7.15 am ke PWTC. Moga semua tugas berjalan lancar....INSYAALLAH....

*Dalam tugas video ni...ada ketikanya kami diumpamakan seperti 'bola'.........

daudmontakzakaria....

Sunday, October 10, 2010

Manifestasi Seni Antarabangsa UKM



























































Semalam, 9 Oktober 2010, Sabtu;
Kami diminta membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk program Manifestasi Senitari Antarabangsa UKM. Program berkenaan berlangsung di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Tan Sri Naib Canselor hadir sama menyaksikan program tersebut. Tarian yang ditarikan ialah tarian Melayu, Amerika Latin, Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Agak ramai jugak krew dari jabatan lain dalam UKM yang hadir membantu kami dalam rakaman tersebut. Bermula daripada persiapan teknikal hinggalah kepada masa rakaman, semuanya berjalan lancar, cuma terdapat satu masalah dipermulaan persembahan kerana berlaku 'black out' dalam STUDIO UKM. Namun masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera. Krew yang membantu kami dalam rakaman itu ialah KHAIDIR, ROSLI ROBAI, YUNUS MISDI, WATIE, ZULHIMI, HATA dan HANIM. Jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu.

daudmontakzakaria

Friday, October 8, 2010

Tamat....Annual Planetary Congress


Jam lebih kurang 12.30 tengah hari semalam, Khamis, 7 Oktober 2010, berakhirlah 'Annual Planetary Congress 2010' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Program berkenaan tamat selepas lawatan Angkasawan ke Muzium UKM dan juga Taman Paku Pakis UKM.

Selama dua hari berturut-turut kami berkampung dalam Dewan Canselor, membuat rakaman MCP program berkenaan. Tidak ramai krew bantuan MCP yang hadir. Ini mungkin disebabkan waktu pejabat, mereka sibuk dengan tugas harian mereka di fakulti, jabatan dan sebagainya. Krew bantuan yang sempat datang memberikan bantuan ialah sdr. YUNUS MISDI, WATIE, MIMIE dan INA?. Staf UAV yang bertugas ialah Jasril, Suraya, Shahrul, Ramli, Kamarul dan aku sendiri sementara sdr. Izad membuat rakaman ENG semasa lawatan angkasawan ke Muzium UKM dan Taman Paku Pakis UKM.

Walau bagaimanapun tugas berkenaan dapat kami jalankan dengan licin dan sempurna tanpa sebarang masalah yang besar berlaku..... Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kami, tanpa anda siapalah kami......

*Penghargaan melalui SMS daripada ANGKASA, UKM
'Pihak Institut Sains Angkasa UKM mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program XXIII Annual Planetary Congress ASE 6 - 7 Oktober 2010. Mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan. Semoga diberkati Tuhan dan kita dapat bekerjasama lagi dimasa depan - Farid Sekretariat ASE 2010.

daudmontakzakaria

Tuesday, October 5, 2010

Persiapan teknikal rakaman MCP angkasawan.


Malam ini Selasa, 5 Oktober 2010; kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP dan tayangan di DECTAR atau Dewan Canselor untuk 'Annual Planetary Congress 2010'.



Staf Unit Audio Video yang awal sampai studio.



persiapan sedang berjalan.
Kami sampai Studio UKM lebih kurang jam 8.00 malam waktu tempatan. Selepas 'log in' kami terus membuat pemasangan peralatan dalam dewan.

Peralatan yang kami pasang ialah 4 buah tvf plasma, kabel kamera dan juga ujian kepada sistem yang telah dipasang. Semua tugas berjalan dengan licin dan lancar.
Lebih kurang jam 10.30 malam semua tugas telah selesai dan kami mula bergerak untuk pulang. Kami gagal untuk 'log out' sebab server di Studio UKM tidak berfungsi dengan baik.
Kami yang bertugas ialah Suraya, Shahrul, Kamarul, Ramli dan aku sendiri sementara Jasril Amry tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

daudmzakaria

Sunday, October 3, 2010

Penutup 'Programming Contest'


Tarikh 2 Oktober 2010: MCP penutup program 'Programming Contest" peringkat kebangsaan.











Krew yang hadir: cukup untuk melakukan tugas dengan sempurna dan licin.










Persiapan teknikal: jam 2.00 petang terdapat krew yang telah awal-awal
hadir di STUDIO UKM

Krew yang hadir: Aku, Sharul, Kamarul, Ramli, Jasril, Anim, Wati, Ina, Yunus, Rosli Robai, Izad sementara SURAYA ada kat Melaka...







daudmontakzakaria

Saturday, October 2, 2010

Perasmian Programming Contest Peringkat Kebangsaan.

1 OKTOBER 2010; kami dari Unit UAV Penerbit UKM telah diminta untuk membuat
tayangan MCP Perasmian Programming Contest di Dewan Canselor.

Sebenarnya tidak ramai krew bantuan yang dapat datang memberikan bantuan mereka kerana ia waktu pejabat dan mereka mempunyai tugas di jabatan masing-masing.










Oleh sebab ramai yang tidak dapat hadir kami dapat juga menjalankan tugas dengan lancar dan licin. Perasmian memakan masa yang singkat dan tugas tersebut tidaklah berat terutama kepada jurukamera. Mungkin kaki jurukamera sengal-sengal sedikit kut sebab terpaksa berdiri hampir satu jam.

Mereka yang datang memberikan bantuan ialah Watie, Ina, Hata dan Zulhimi. Petang ini iaitu 2 Oktober 2010 kami akan membuat rakaman MCP untuk Majlis Penutup pula yang akan diadakan lebih kurang jam 2.30 petang.
daudmontakzakaria.

Thursday, September 30, 2010

Mesy. Konsert DiRaja 2011

Hari ini jam 9.00 pagi aku menghadiri Mesyuarat Konsert DiRaja UKM di Bilik Mesyuarat Canselori. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr. Muhammad b. Abdul Razak, TNC HEPA. Ini merupakan mesyuarat kali pertama dan aku hadir sebagai wakil Prof. Dr. Kamaruddin M. Said. Melalui mesyuarat tersebut program berkenaan akan diadakan pada 22 Januari 2011 di DECTAR. Mesyuarat berkenaan berlangsung sehingga jam 10.30 pagi. Penerbit UKM memang terlibat dalam program berkenaan dimana tugas-tugas kami ialah dari aspek rakaman video MCP dan juga percetakan bahan-bahan yang diperlukan seperti buku aturcara, poster dan kad jemputan.

daudmontakzakaria.

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan Lagu Irama Asli.

Pertandingan sedang berlangsung.
Jam lebih kurang 11.00 am waktu tempatan, bertarikh 28 September 2010, aku terima SMS bukan SOS daripada sdr. Ruhaizad menyatakan En. Rafie, Ketua Pusat Kebudayaan call malam nanti ada rakaman video MCP pertandingan Irama Lagu Asli di Panggung Seni. Aku menjadi 'blur' sekejap sebab yang aku tau tiada apa2 rakaman video dalam jadual hari ini.

Tanpa membuang masa aku terus hubungi sdr. Hairi iaitu salah seorang staf Pusat Kebudayaan untuk mendapatkan kepastian sama ada sms yang aku terima tu benar atau palsu. Sdr. Hairi mengatakan hal tersebut adalah benar bukan palsu. Aku pun meminta sdr. Hairi bagi tau staf pentadbiran Pusat Kebudayaan untuk ;fax' kan surat dengan segera secara 'official'.

Pertandingan sedang berlangsung di Panggung Seni.

Surat ini amat penting sebagai bukti bahawa kami membuat rakaman berkenaan bukan tugas yang palsu terutama krew bantuan yang perlu surat tugas untuk 'claim' kerja lebih masa.

Hampir tengah hari aku diberitahu dan diberi surat Pusat Kebudayaan oleh Setiausaha Penerbit UKM, Kak Maah. Bila aku perhatikan tarikh tugas tersebut 29 September iaitu malam esok. Tanpa berlengah aku talipon sdr. Jasril di Studio UKM sama ada benar program tersebut malam ini atau malam esok. Jasril mengiakan bahawa program tersebut malam ini bukan esok. Kemudian aku talipon pula sdr. Hairi, beliau kata program tersebut malam ini bukan malam esok. Tarikh dalam surat yang telah di 'fax' itu merupakan tarikh yang tidak benar. Ermmm...macam2.

Kami terpaksa membuat segala persiapan yang perlu untuk rakaman MCP berkenaan. Malam ini aku bertindak sebagai jurukamera kerana krew bantuan tidak mencukupi dan ada yang menarik diri 'last minute'. Krew bantuan yang datang ialah sdr. Bukhari, Hasnah, Sulimi, Khaidir dan Hanim sementara krew unit kami yang tidak hadir ialah sdr. Ramli kerana beliau mempunyai program keluarga. Dia cuma sempat membantu pemasangan peralatan audio sahaja yang kemudiannya dikendalikan oleh sdr. Sulimi. Apa2 pun tugas malam ini berjalan dengan lancar dan licin cuma sekali sekala kamera 2 mengalami gangguan dimana visual nya ada ketikanya tidak boleh 'lock', apa nak buat itulah perkara yang kami terpaksa tanggung untuk jangka masa yang agak lama hingga ke hari ini....

daudmontakzakaria.


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya UKM 2010

Suasana dalam DECTAR
24 SEPTEMBER 2010, Jumaat, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Jamuan Hari Raya UKM 2010 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.


Ramai hadirin yang terdiri daripada kakitangan UKM pelbagai peringkat jawatan telah hadir ke jamuan berkenaan. Majlis ini merupakan satu majlis yang diadakan setiap tahun selepas HARI RAYA AIDUL FITRI.



Diantara krew MCP yang bertugas..




Krew sedang menjamu selera.
Seperti biasa kami dari Unit Audio Video bertugas membuat rakaman video MCP serta membuat tayangan multimedia semasa majlis berkenaan berlangsung.

Krew 'bantuan' MCP yang bertugas ialah Hasnah, Hanim, Farah Haznam, Khaidir, Wafiy, Ismahashimi, Sulimi, Zulhimi, Ku, dan beberapa orang lagi yang lupa namanya....sorry...
Entah dimana silapnya jugak 'slot' tayangan video tiada dalam aturcara namun akhirnya dapat juga ditayangkan...
Mungkin di masa akan datang hanya video ucapan HARI RAYA Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor yang akan diterbitkan...

daud montak zakaria.

Thursday, September 23, 2010

Selamat Hari Raya...........



Penyuntingan video ucapan HARI RAYA untuk staf Universiti kebangsaan Malaysia hampir siap. Penyuntingan ini dilakukan oleh sdr. Jasril Amry. Sekarang ini merupakan masa untuk 'touch up' akhir. Kemungkinan petang ini boleh disiapkan.

Sementara itu penyuntingan 'off-line' ucapan HARI RAYA oleh Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor telah aku siapkan dan telah diserahkan kepada staf Pusat Teknologi Maklumat(PTM) iaitu sdr. Faril dan Meor Sony untuk penyuntingan 'on-line' pula. Dijangka video berkenaan dapat disiapkan hari ini juga.

Oleh yang demikian tayangan video mempunyai 2 bahan yang perlu ditayangkan semasa JAMUAN HARI RAYA peringkat UKM esok iaitu 24 September 2010. Aku tak pasti masa bila akan ditayangkan dan amat berharap kami mempunyai slot untuk tayangan berkenaan. Jika tiada slot untuk tayangan maka malanglah bagi kami yang telah berusaha membuat penerbitan berkenaan bermula dari 'pre production', 'production' dan 'post production'. Letih woooo.....

daud montak zakaria

Tuesday, September 21, 2010




Persiapan sebelum mula membuat rakaman.









Kami dibawa ke sana oleh pemandu Prof. Dr. Saran serta setiausahanya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari UKM di Bangi. Sebaik kami tiba kami terus mencari sudut yang sesuai untuk rakaman berkenaan.



Dalam perjalanan untuk ke rumah Prof. Dr. Saran.



Setelah rakaman percubaan dilakukan seketika, kami kemudian terus membuat rakaman yang sebenar. Tidak ada sebarang masalah semasa rakaman. Oleh itu rakaman selesai dalam masa yang singkat
Prof. Dr. Saran sebenarnya kurang sihat dan dinasihatkan oleh dokter supaya berehat kerana kakinya terseliuh agak teruk juga.
Sedang mencari sudut untuk meletakkan 'reflector'




Persiapan sebelum rakaman.

Sebelum kami meninggalkan rumah Prof. saran, kami dihidangkan minuman untuk
membasahkan tekah yang memang dah kering sangat dah. Sebelum
pulang ke Bangi kami diberi sejenis kueh yang dipanggil manisan atau 'laddu'.
Krew yang terlibat semasa rakaman ini ialah JASRIL AMRY, SURAYA dan aku sendiri.
Kami tiba di Bangi semula lebih kurang jam 12.30 tengah hari.

daud m. zakaria

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf dipinta....

PROF. DR. RAHMAH MOHAMAD

HARI ini kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM telah membuat rakaman video ucapan HARI RAYA warga UKM. Jam 10.30 pagi kami bergerak ke pajabat
Prof. Datuk Dr. MuhammadAbdul Razak,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
Rakaman berjalan denga lancar.


Jam 11.00 pagi kami bergerak ke PUSAT KESIHATAN UKM untuk membuat rakaman video ucapan HARI RAYA staf Pusat Kesihatan di sana. Pelbagai lokasi di pusat berkenaan kami gunakan dan staf yang dirakam ialah sdri Farah dan beberapa kakitangan di sana. Rakaman juga berjalan dengan licin.


FARAH, STAF PUSAT KESIHATAN UKM.



PUSAT KESIHATAN UKM
Jam 2.30 petang kamimembuat rakaman ucapan Prof. Dr. Rahmah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan UKM. Proses rakaman berjalan dengan sempurna tanpa kesukaran.


Jam 3.00 petang kami bergerak pula ke pejabat Prof datuk Dr. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor Pembangunan. Rakaman juga dapat dilakukan dengan licin. Ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor berkenaan memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami.


STAF PUSAT KESIHATAN UKM.




STAF PUSAT KESIHATAN UKM
Kami yang membuat rakaman hari ini ialah sdr. Jasril Amry, Siti Suraya, Kamarul Baharin dan aku sendiri. Pagi esok kami akan ke PJ pula untuk rakaman ucapan Timbalan Naib Canselor Hubungan Antarabangsa di rumah beliau..
Semua rakaman ini akan dijadikan bahan untuk suntingan multimedia untuk ditayangkan
semasa JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT UKM PADA 24 SEPT. 2010 nanti..

daud montak zakaria..

Saturday, September 18, 2010

PELAJAR BARU PUSAT KEMBANGAN UKM

HARI INI, Sabtu, kami daripada Unit Audio Video Penerbit UKM diminta untuk membuat rakaman video MCP Pendaftaran dan Ikrar Pelajar Baru Pusat Kembangan Pendidikan UKM.






Suasana pendaftaran di lobby DECTAR.




Aktiviti pendaftaran dilakukan sejak awal pagi lagi. Mereka merupakan pelajar baru separuh masa yang akan menghadiri kuliah pada masa hujung minggu.
Mereka terditi daripada pelajar separuh masa yang akan mengikuti pengajian untuk Ijazah Pertama, Master dan juga pHd.






Krew yang datang agak kurang mungkin mereka masih dalam mood raya atau berada di luar kawasan kerana sambung cuti hingga hari Ahad. Krew yang dapat hadir ialah
sdr. Jasril. Suraya, Ramli, Kamarul, Shahrul, Rosli Robai,
Ismahashimi dan aku sendiri. Bagaimana pun tugas dapat dilakukan dengan lancar dan
licin. Terima kasih banyak untuk semua krew
yang terlibat.

daud montak zakatia.

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Esok nak mula bergerak...

ESOK, KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2010;
dah nak bergerak balik ke PERAK. Tak pasti petang atau malam, namun rasanya sama jer....siang atau malam tempat di tuju sama jugak....
Selama bercuti RAYA ini FB aku ni rasanya tiada sebarang catatan.....
Berhati-hatilah kita semua dijalanraya, jangan jadikan jalanraya LITAR SEPANG. Ikut peraturan yang ditetapkan....sebab jika kita melanggar peraturan tentu ia akan melibatkan orang lain jugak. O.k....SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI SERTA KEMBALI SEMULA DENGAN SELAMAT..........

daud montak zakaria.