Sunday, August 28, 2011

Sambut hari raya...

HARI ini merupakan hari yang ke 28 kita berpuasa. Malam ini pula merupakan malam ke 29 bulan ramadhan. Mungkinkah malam ini merupakan malam Lailatul Qadar yang diimpikan oleh setiap orang Islam yang benar2 faham dengan kelebihan bulan Ramadhan...?

Petang ini selepas asar aku akan bergerak ke utara untuk menyambut hari raya di negeri sendiri. Bagi aku sambutan hari raya merupakan hari yang amat dinantikan oleh golongan kanak-kanak. Mereka lebih ternanti-nanti ketibaan hari yang berkenaan. Bagi kita yang telah jauh dewasanya hari raya mungkin bukan hari yang kita nantikan sebab kita sepatutnya lebih kecewa meninggalkan ramadhan yang lebih barokah. Dalam bulan ramadhan merupakan bulan yang sepatutnya kita menjana pahala yang banyak di mana setiap satu ganjaran akan digandakan oleh ALLAH sebanyak 70 kali. Dalam bulan berkenaan juga terdapat satu malam yang mana bila kita beribadat pada malam tersebut, seolah-olah kita telah beramal selama 80 tahun. Bagi mereka yang faham dengan kelebihan ramadhan tentu mereka sedih meninggalkan ramadhan kerana bimbang tahun hadapan tidak akan bersua lagi sebab dah meninggal dunia atau sebagainya. Bila dah meninggal tentu tidak berpeluang melakukan amalan dengan pahala yang berganda. Oleh itu kita sambutlah hari raya ini dengan seadanya, jangan berlebih-lebihan dan jangan membazir. Yang lebih teruk lagi jika kita menjana dosa dengan pelbagai perkara yang dilarang ALLAH ketika gembira menyambut hari raya.
Opst! tulisan ini mungkin dikatakan bukan ada kaitan dgn blog yang menceritakan tentang tugas audio video kita bukan...? Bagaimana pun apa yang ditulis ini ada kaitan dengan informasi yang mana tentu ada kaitan dengan ilmu komunikasi. Apa2 pun....akhir tulisan aku ucapkan "selamat hari raya, maaf segalanya...." kepada sesiapa saja yang membaca blog ini....
daudmontakzakaria.

Friday, August 26, 2011

Tamat sudah rakaman ucapan raya NC & TNC-TNC UKM...

HARI ini 26 Ogos 2011;
ALHAMDULILLAH, rakaman video ucapan Hari Raya Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor UKM telah pun selesai....

...sdr. shahrul fadli, menanti dengan setia...





Bergerak dari Penerbit UKM dengan sdr. shahrul fadli dan siti suraya jam 10.45 pagi ke Pejabat Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Saran Kaur.

...sedang membuat rakaman...
....sedang tumpu pada tugas....

Kami masuk melalui pejabat steno beliau. Kami diminta tunggu sebentar kerana Prof. Dr. Saran sedang bercakap di talipon. Setelah beliau selesai bercakap, kami diminta masuk. Kami mula membuat persiapan teknikal sebelum memulakan rakaman.

Setelah siap 'set up' peralatan, maka mulalah buat rakaman. Lokasi tersebut merupakan pilihan Prof. Dr. Saran. Rakaman tersebut mengambil masa yang singkat, cuma sekali rakaman sahaja.

...hampir selesai....

Kami 'play back' pita berkenaan supaya beliau dapat melihat rakaman tersebut. Setelah berpuas hati, tugas berkenaan selesai. Kami agak selesa dengan sikap peramah beliau.
Setelah berkemas kami pun kembali ke pejabat dan sdr. Shahrul terus membuat penyuntingan video berkenaan sebelum diserahkan kepada Pusat Teknologi Maklumat jam 3.00 petang nanti........Sekian, terima kasih kerana membaca.....
daudmontakzakaria.

Wednesday, August 24, 2011

Siapkan suntingan dan rakam ucapan raya..

....penantian itu satu siksaan...

HARI ini telah selesaikan dua atau tiga tugas yang perlu diselesaikan dengan sempurna sebelum balik raya.....Penyuntingan video "Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands' telah selesai semalam. Hari ini pula penyuntingan video "Bengkel Pulau Tioman' pun sudah selesai. Power point yang di tukar ke format video pun telah selesaikan dan diberi kpd pihak Muzium UKM untuk ditayangkan di pameran Kemerdekaan di Dataran Canselori UKM.

Pagi ni terima call daripada steno TNC Hal Ehwal pelajar untuk buat rakaman ucapan hari lebaran TNC HEPA kepada kakitangan dan pelajar. Jam 12.00 tengah hari bergerak ke pejabat TNC HEPA.

...sedang buat rakaman...
...sedang buat rakaman...dua krew yg lain nampak kepala separuh,
seorang lagi nampak sebelah mata...elok ler tuuu..

Sukar gak untuk dapatkan 'parking lot' di bangunan pentadbiran tu...akhirnya pusing sekali lagi dan 'parking' kat bangunan ATMA. Lepas tu...menapak ler...


Tiba di bilik TNC HEPA, buat persiapan peralatan dalam bilik TNC setelah kami dibenarkan masuk. TNC HEPA Prof. IR. Dr. Osman A. Karim dikatakan sedang bermesyuarat.

.....orang tangkap dia...dia tangkap orang....ekekeke...

Kami duduk di dalam bilik menunggu ketibaan TNC. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, TNC muncul dan setelah beliau bersedia, maka kami pun memulakan rakaman. Rakaman untuk TNC dibuat dua kali untuk mendapatkan rakaman yang sempurna dan tidak bermasalah ketika membuat suntingan nanti. Video ini mungkin akan di 'upload' sebelum hari raya. Aku dah hubungi Meor Sony dari Pusat Teknologi maklumat, menyatakan berkaitan video berkenaan kerana Pusat Teknologi maklumat yang akan meng 'upload' kannya nanti. Hari Jumaat nanti kami akan buat rakaman ucapan raya TNC yang terakhir iaitu Prof. Dr. Saran Kaur di pejabatnya. Selepas tu baru boleh siapkan penyuntingan video berkenaan sebelum diberikan kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat.
Sebenarnya tugas rakaman ucapan hari raya ini merupakan tugas rutin kami setiap tahun. Walaupun dibuat setiap tahun ada ketikanya kami rasakan rakaman yang kami buat masih dirasakan tidak sempurna, ada jer yang tak puas hati berkaitan video yang kami rakam. apa2 pun diharapkan tugas ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Sekian...selamat hari raya, maaf zahir dan batin...

*krew terlibat Shahrul Fadli, Kamarul baharin Supaat, Siti Suraya dan ~ aku...

daudmontakzakaria






Monday, August 22, 2011

Penyuntingan dan rakaman ucapan raya...


HARI ini, 22 Ogos 2011;
Awal pagi membuat penyuntingan video 'Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands'. Belum pun siap sepenuhnya kami bergerak pula ke Pejabat Naib Canselor untuk membuat rakaman ucapan Hari Raya Naib Canselor UKM. Jam 10.00 pagi buat persiapan kamera dan lampu dalam pejabat Tan Sri.
















...sedang membuat rakaman...

Setelah persiapan selesai, kami terus membuat rakaman apabila Tan Sri telah bersedia. Rakaman berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah selesai kami pun berkemas untuk pulang ke pejabat. Oh! ya, krew yang terlibat ialah sdr. Sharul Fadli, Kamarul Baharin Supaat, Siti Suraya dan ~aku.


'video Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands'

Tiba di pejabat sambung kembali penyuntingan video rumah peranginan. Hampir siap tugas penyuntingan tu. Menjelang jam 11.00 pagi terpaksa bergerak ke pejabat TNC Prof. Dr. Rahmah kerana untuk rakaman ucapan Timbalan Naib Canselor. Tiba di pejabat TNC terus buat persiapan alatan rakaman (lupa nak shot foto...). Bila Prof. Dr. Rahmah bersedia maka rakaman pun terus dilakukan. Sekejap sahaja telah selesai. Krew video masih yang sama. Selepas berkemas kembali semula ke pejabat dan sambung kerja penyuntingan hingga siap. Setelah siap terus 'upload' ke YouTube. Dan hasilnya ialah.....seperti di atas.
Waktu petang membuat penyuntingan video power point untuk tayangan "Sambutan Kemerdekaan" di Dataran Canselori. Power point tersebut di tukar kepada 'video' dan di edit. Segala visual tersebut adalah hasil kerja boss kami PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID. Penyuntinganya masih belum siap lagi, mungkin dalam satu atau dua hari lagi.
Esok juga kami akan sambung rakaman ucapan Hari Raya TNC yang lain pula...
o.k...terima kasih...
daudmontakzakaria.

Tuesday, August 16, 2011

Imbiosis oh Imbiosis...

Hari ini puasa telah sampai ke hari ke 16. Insan yang beragama Islam semangkin ke hujung semakin letih dan mungkin sukar berfikir lebih jauh. Tapi kita tidak boleh dengan begitu mudah menyalahkan bulan puasa dalam apa jua kesilapan yang kita lakukan, kan gitu...? sabar jer... Bulan puasa merupakan ujian kepada insan Islam dalam pelbagai cara bukan setakat menahan dahaga dan lapar malah meliputi lebih daripada itu...
Hari ini disebabkan sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, krew video melakukan satu perkara yang diluar jangkaan. Perkara tersebut mungkin tidaklah serius tapi mungkin menjadi serius bagi yang memohon perkhidmatan kami. Hari ini krew video terlewat membuat rakaman video yang diminta oleh pihak IMBIOSIS.

Sepatutnya rakaman tersebut dibuat pada jam 9.00 pagi, namun rakaman tersebut dilakukan jam 9.45 pagi lebih kurang.
Menyedari hal berkenaan, terus hubungi Imbiosis untuk bertanyakan berkenaan rakaman seminar tersebut. Mengaku kami telah terlewat untuk membuat rakaman berkenaan. Oleh itu minta pandangan staf di sana. Kami diminta datang juga walau terlewat.
Tiba di sana memang syarahan tersebut sedang berlangsung, penceramah dari Korea sedang menyampaikan syarahannya. Tebal jugak rasanya
muka bila ketibaan kami, krew rakaman menjadi tumpuan, ermmm...apa nak
buat, terima jer ler.....
Rakaman hanya sempat dilakukan selama 20 minit lebih kurang. Setelah selesai, kalimat maaf saja yang mampu di keluarkan kepada pihak Imbiosis. Harap sangat mereka maafkan. Kesal juga tak dapat merakam keseluruhan syarahan berkenaan. Puas memikirkannya, namun bila teringatkan segala sesuatu mesti ada hikmahnya, tetapi hikmahnya hanya ALLAH swt sahaja Yang Maha Mengetahui. Kita cuma manusia yang bijak merancang tapi tidak dapat memastikan ia akan berlaku. Mungkin Dia mahu menguji kita dalam bulan Ramadhan ini....pun hanya Dia juga yang Maha Tahu..... Walau bagaimanapun terima kasih banyak2 kepada pihak Imbiosis yang mungkin faham dengan situasi kami, dan terima kasih banyak jugak kepada sdr. Shahrul Fadli yang telah menyelesaikan rakaman berkenaan dengan memegang kamera video hingga selesai....sekian...
daudmontakzakaria

Update blog...

Waktu dinihari ni, terasa sangat nak update blog tapi tak tau apa yang nak ditulis dan tak tau gak nak mulakan macam mana. Walau bagaimana pun inilah mulanya....
Minggu ni mungkin agak sibuk bagi aku dan krew video. Sementara krew lain sibuk dengan tugas-tugas rakaman video yang tak putus-putus, aku pulak sibuk nak menyiapkan 'voice over' untuk dua buah penerbitan video iaitu "Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands' dan jugak 'Estetika Foto di Pulau Tioman'. Aku berharap sangat penerbitan tersebut disiapkan sebelum Hari Raya.
Unit kami juga sekarang ni sibuk dengan rakaman video. Siang tadi dua tugas rakaman dilakukan iaitu Rakaman video Majlis Memorandum of Understanding UKM dengan sebuah universiti Indonesia, lupa pulak aku nama universiti tu. Majlis tersebut diadakan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Sdr Siti Suraya dan Jasril Amry membuat rakaman berkenaan. Sementara sdr. Ruhaizad membuat rakaman Seminar UKM-SIT di Puri Pujangga. Seminar ini akan tamat pada 19 Ogos 2011. Esok juga ada dua tugas rakaman iaitu Seminar UKM-SIT dan satu lagi Seminar IMBIOSIS. Memang dalam bulan Ramadhan ni kami masih sibuk jika dibandingkan dengan Ramadhan yang lalu. Minggu depan pulak kami akan membuat rakaman Ucapan Hari Raya Naib Canselor serta Timbalan-Timbalan Naib Canselor. Mungkin masih ada lagi tugas rakaman yang sedang berlari-lari dalam talian.... Apa-apa pun semuanya diharap dapat diselesaikan dengan baik, itulah tugas kami untuk universiti. Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca coretan yang o.k gak...macam merapu pun ada gak... tapi takpe lah kan, atau anggaplah ia seperti nota pemberitahuan....
Selamat berpuasa semua semoga segala amalan kita diterima ALLAH SWT. sepenuhnya......sekian.

*pict. by google images.
daudmontakzakaria

Saturday, August 13, 2011

Tioman...oh...Tioman


Minggu lepas dan mungkin minggu ini aku akan terus membuat penyuntingan video 'Estetika Fotografi di Tioman'. Setakat hari ini video tersebut telah hampir siap cuma masih belum dibuat 'voice over' kerana skrip masih dalam proses penyuntingan, masih dalam peti sejuk. Mungkin minggu depan video ini akan dapat disiapkan sepenuhnya jika tiada tugas-tugas lain yang mendatang dengan banyaknya. Ada ketikanya sukar jugak nak siapkan video yang yang disunting kerana jika di 'preview' kembali tentu saja ada yang nak diubah bila dirasakan 'tak kene' pada pandangan sendiri. Penyuntingan bagi aku mesti 'perfect' kalau boleh, kalau tak boleh pun cuba dapatkan yang hampir 'perfect', itu merupakan prinsip keje aku...mungkin ada yang tak percaya...itu terpulanglah.... Aku dah biasa ngan keje macam tu dan mungkin ada yang akan berkata aku cerewet, terpulang lah jugak...mana-mana boleh pakai kalau nak.... Ermmmm....tu jer untuk hari ni, sebab idea menulis dah takde....mungkin sebab kita pose kut, opst! takleh nak salahkan pose kan.....
Cerita tambahan....semalam pi solat Jumaat di sebuah masjid, pelik aku ada gak orang bersembang masa Khatib baca khutbah. Tidakkah perbuatan tersebut makruh kalau tak silap aku. Ia akan menyebabkan kekurangan pada pahal Jumaat kita walaupun solat tersebut tetap sah. Yang bersembang pulak tu manusia Islam yang dah akil baligh....pelik aku, bukankan perkara tu merupakan perkara asas dalam agama yang sepatutnya diketahui oleh semua orang ISLAM......pelik dengan manusia ISLAM sekarang ni....opst! terlebih komen sudeyyyy.....
O.k terima kasih sebab sudi membaca coretan yang tak berapa nak seronok ni, apa-apa pun, semoga anda semua diberkati ALLAH swt. dan moga amalan Ramadhan kita tahun ini diberkati dan diterima ALLAH swt. sepenuhnya...InsyaALLAH....

daudmontakzakaria.

Tuesday, August 9, 2011

Ermmm...ingatkan bulan pose kurang keje..

Catatan 9 Ogos 2011;
Malam ni gatal tangan rasanya nak catat sesuatu kat blog ni...Telahan aku yang mengatakan bulan puasa tugas rakaman video akan berkurang adalah meleset sangat. Bukan seperti puasa yang lepas-lepas puasa tahun ini tugas video kami masih lagi banyak yang tiba. Banyak pihak yang memerlukan perkhidmatan kami dalam bulan puasa ni. Diantara tugas video kami ialah rakaman Program UKM -SIT dari 8 - 19 Ogos 2011; Rakaman Penyerahan Jalur Gemilang 8 Ogos 2011; 15 Ogos 2011; rakaman video MOU, 22 Ogos 2011; rakaman ucapan hari raya, dan rasanya masih terdapat lagi permintaan untuk perkhidmatan kami yang masih berlari-lari dalam talian. Apa-apa pun tugas tetap juga menjadi tugas untuk diselesaikan. Ia telah menjadi tanggung jawab kami kerana kami memang bertugas dalam bidang ini. Kalau tidak kami yang lakukan sapa lagi... Cuma ada ketikanya kami rasa terkilan juga dengan pihak yang memohon perkhidmatan kami. Dalam jadual lain yang dipinta, bila krew datang untuk buat rakaman, lain pulak jadinya. Ada yang kata rakam ada pulak yang kata tidak perlu, tak tau mana satu nak diikut. Walau apapun tugas tersebut dilakukan jua walau apa pun keputusannya. Bukan apa, jika satu masa nanti video tu diperlukan tentu susah nak dicari, jadi buatlah apa yang patut...

*pict. by google images

daudmontakzakaria

Wednesday, August 3, 2011

Mata dan Komunikasi...

HARI ini 3 Julai 2011,
...sekali lagi aku ingin menulis perkara yang tiada kaitan dengan bidang tugas aku(...tah berapa kali 'sekali lagi'...). Namun apa yang akan aku tulis ini ada kaitan sikit dengan 'komunikasi', sikit jer.....mengikut pengetahuan yang aku ada ler... Perkara tersebut ialah berkaitan dengan 'MATA'.

Dalam komunikasi tanpa lisan, mata juga penting dimana ketika berbicara hendaklah mata orang yang mendengar, memandang orang yang sedang berkata2. Dengan cara ini mungkin orang yang mendengar, dapat lebih memahami apa yang diperkatakan dan orang yang berkata pula, mungkin dapat mengagak sama ada kata-kata dia difahami atau tidak dengan cara memandang mata orang yang mendengar, bukan gitu..wah! macam tonggang terbalik jer ayat aku ni, takpe ler asalkan anda faham....Jadi 'eye contact' amat penting dalam berbicara. Namun ada ketikanya kita pandang ke arah lain sekali-sekali ketika berbicara, bukan sebab apa...mungkin sebab MALU.....atau yang lebih teruk lagi ialah bimbang kalau2 tergoda, gamaknyer....Mungkin ada yang kata, takkan tergoda kalau lelaki dengan lelaki, hemmm...jangan cakap, kalau 'dia' tu 'gay', sapa tau kan...? Dalam komunikasi bukan lisan juga, mata sering digunakan untuk menyampaikan mesej bukan lisan, sebagai contoh ialah bila dalam keadaan 'mood' marah, tentu mata akan merenung tajam yang ada ketikanya sampai menusuk kalbu, atau mungkin mata di 'bulatkan' dan sebagainya. Bila mata dah di'bulat'kan, faham2 ler....kalau perlu beredar, lebih baik beredar supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk lagi. Itulah diantara kepentingan mata dalam 'komunikasi bukan lisan'. Namun apa yang pasti MATA amat PENTING untuk melihat dan jika kita tiada mata atau ada mata tapi 'cacat' atau tidak boleh melihat dengan jelas maka kita amat terasa kurang nikmat dalam kehidupan ini.....ewahhh...

Apa yang aku nak cite ni ialah aku sekarang ni mengidap penyakit mata. Ni jer tujuan asal aku nak tulis berkaitan MATA niii... Dah dua minggu aku dalam keadaan begini. Dah 3 atau 4 kali aku pi klinik untuk 'cek' mata aku ni. Rasanya dah 3 atau 4 orang(kurang pasti...) doktor yang dah 'cek' mata aku. Komen yang aku paling TAKUT ialah bila doktor kata dia pernah merawat pesakit yang mengidap sakit mata selama SATU bulan. Tulah yang aku risau, aku pernah sakit mata, abis tinggi pun 3 atau 4 hari jer bila dirawat terus jer sembuh... Kali ni pelik giler pulak aku, sakit ni mencecah kira2 DUA minggu. Baru KALI INI jer aku kena penyakit mata yang lama, boleh masuk rekod niii....

Masa awal-awal rawatan, aku memang taknak 'cuti MC' yang telah dicadangkan oleh doktor sebab aku memang tak selesa dengan 'cuti MC', sedangkan cuti tahunan aku yg terkumpul sekarang ni pun dah banyak hari dah, opst! bukan 'riyak' o.k... Sekarang, hampir mencecah dua minggu sakit ni, nak taknak, aku terpaksa mintak cuti MC daripada doktor dengan 'muka yang tak malu'nyaaa....bila doktor suruh cuti MC awal-awal dulu, aku jual mahal lak... Doktor bagi aku MC 2 hari, tapi kalau tak sembuh gak, mungkin aku sambung ngan cuti rehat aku...gamaknya...tapi, harap2 sembuhlah. Dah tak selesa sangat bila pandangan mata aku terganggu. Ada rakan kat FB kata aku mengendap...memanglah 'videographer' mesti 'mengendap' kalau tak, macam mana nak dapat 'visual' yang 'real'. Videographer harus gak mengendap sebab orang akan berpura-pura bila berada depan kamera....kan gitu...? Contohnya masa jamuan, di depan kamera tentu suapannya kecik2 jer...tapi bila kamera takde...huh! suapannya menjadi besar-besar...kan gitu?

Bila aku MC, hari ini iaitu hari pertama, keadaan 'merah' mata aku dah kurang sikit...harap2 esok sembuh terus, sebab aku nak pi kerja lusa...ewahhhh sombong lagiii... Jadi aku buat kesimpulan sendiri, mungkin aku mesti rehat kat rumah sambil 'apply' ubat kat mata aku mengikut jadual(ubat makan waktu malam jer, sebab aku pose...). Mungkin bila rehat kat rumah, kurang melihat cahaya panas...kurang kena habuk dan mungkin hal2 lain yang PAKAR sahaja yang tau, aku cuma agak2 jer....

Siksa sungguh rasanya bila salah satu NIKMAT yang Tuhan beri, terganggu sedikit, apatah bagi mereka yang tidak boleh melihat langsung. Jadi kita kena selalu ucapkan ALHAMDULILLAH kepada ALLAH swt yang memberi kita nikmat melihat ni. Oleh itu jagalah nikmat ini dengan sebaik-baiknya.

Opst! nak sambung lagi....aku sebenarnya faham mungkin penyakit tersebut sebagai satu ujian atau balasan dosa atau mungkin juga ALLAH nak hapuskan dosa aku kut. Aku jugak faham, bukan DOKTOR atau UBAT yang menyembuhkan penyakit aku(bila sembuh sepenuhnnya...), tetapi ALLAH yang menyembuhkannya. Namun sebagai manusia biasa atau manusia 'bukan golongan sufi' atau sebagainya, aku perlukan 'penyebab' atau perlukan 'ikhtiar' sebelum aku bertawakal kepadaNYA. Aku percaya sangat dengan pandangan aku yang mungkin tak berapa nak bagus sangat ni.... Akhir sekali aku amat berharap menjelang ESOK, InsyaALLAH penyakit mata aku ni akan sembuh sepenuhnya......Terima Kasih BANYAK-BANYAK kepada doktor-doktor yang telah merawat aku...

* pict. by google images.
daudmontakzakaria.

Tuesday, August 2, 2011

Penerbitan video

1 JULAI 2011;
Semalam, kami bermesyuarat dengan Prof. K berkaitan penerbitan video oleh Penerbit UKM. Krew yang hadir ialah En. Hazrul, aku, sdr. Shahrul Fadli, Kamarul Baharin dan Ramli Adnan. Krew yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai tanggungjawab yang lain serta ada yang bercuti.
Dalam mesyuarat berkenaan Prof. K mencadangkan untuk menerbitkan beberapa buah penerbitan video dengan kerjasama karyawan tamu Penerbit iaitu Mr. Morris Bun. Mr. Morris Bun merupakan seorang yang pakar berkaitan filem. Beliau akan membantu krew video dalam segala aspek penerbitan video. Kehadirannya di Penerbit ialah selama 9 bulan. Dalam jangka masa tersebut beliau akan membantu dalam penerbitan video serta memberi tunjuk ajar dalam penerbitan dan juga akan memberi ceramah berkaitan bidang berkenaan.
Tajuk penerbitan yang sempat dibincangkan dengan Prof. K ialah Taman Negara, Pulau Carey, Santuary Kelah, Belum, Kenyir, Orang Asli dan beberapa tajuk yang lain. Aku berpandangan positif dalam perkara ini iaitu ia sememangnya akan dapat dihasilkan jika bekerjasama diantara krew serta dengan tunjuk ajar dan kepakaran Mr Morris Bun. Harap semuanya akan menjadi kenyataan, INSYAALLAH.
daudmontakzakaria.

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut ramadhan & Aidul Fitri

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepada semua kaum muslimin dan muslimat aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan semoga segala amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t.

Aku juga memohon ampun di atas semua dosa-dosa ku kepada kalian semua termasuk segala perbuatan, kata dan tulisan yang menyinggung sesiapa sahaja. Ada ketikanya kita sedar kata2, perbuatan dan tulisan kita menyinggung orang lain, namun disebabkan runtunan hawa nafsu kita lakukan jua. Ada ketikanya jua kita tidak sedarpun kata, tulisan dan perbuatan kita menyinggung orang lain....maaf...maaf dan maafkan aku...

Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan ini tugas rakaman kami akan menjadi agak berkurangan daripada biasa. Oleh yang demikian mungkin kami akan menumpukan kepada tugas-tugas penyuntingan video yang telah lama tertangguh. Harap dapat disiapkan semuanya sebelum menjelang Aidil Fitri, INSYAALLAH........
daudmontakzakaria