Saturday, March 5, 2011

Makan Malam Amal Fakulti Peng. Islam.

Hari ini 4 Mac 2011;
Kami ditugaskan untuk membuat rakaman MCP Makan Malam Amal Fakulti Pengajian Islam di DECTAR, UKM.

Persiapan teknikal untuk membuat rakaman berkenaan telah dibuat seawal jam 6.00 petang dimana persiapan peralatan telah dilakukan oleh kami dan persiapan peralatan yang dilakukan ialah penyediaan kamera video serta 2 buah plasma.

Krew bantuan juga telah dihubungi namun hanya sebahagian sahaja yang dapat menghadirkan diri untuk membantu kerana hal-hal lain yang lebih utama. Aku juga telah menghantar sms kepada krew kami yang sedang berbengkel untuk memberi bantuan jika ada kesempatan, namun sms berkenaan tidak dijawab, rasanya tidak sukar untuk membalas sms walaupun jawapanya mungkin berupa jawapan yang negatif.


Dari tarikh 4, 5, dan 6 Mac ini kami akan membuat rakaman MCP secara berturut-turut bermula jam 8.00 malam. Malam esok dan lusa ialah Dinner Kolej KrisMas.
Dalam rakaman malam ini sebuah kamera tidak dapat digunakan dengan lebih lama kerana terdapat gangguan visual yang disebabkan oleh masalah kabel kamera. Tak tahulah bila masalah ini akan dapat diatasi, ia banyak bergantung kepada budget.
Oleh yang demikian masalah ini tidak akan dapat diselesaikan sehingga kabel kamera tersebut diganti dengan kadar yang segera. Kalau diikutkan rasa memang kami sudah agak bosan dengan masalah ini yang telah berlarutan lebih setahun....Apa yang mampu kami lakukan??????????????????. Aku amat berharap satu keajaiban akan berlaku dimana masalah yang kami sering hadapi ini akan dapat diselesaikan dengan amat segera...
daudmontakzakaria

1 comment:

daud.montak.zakaria said...

MALAM INI 5 MAC 2011; Kami membuat rakaman video MCP Dinner Kolej Kris Mas. Malam ini untuk pelajar junior dan malam esok untuk pelajar senior. Malam esok dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi.
Malam ini terdapat juga masalah teknikal disebabkan oleh kabel kamera. Macam semalam juga kami terus matikan suis kamera 1. Oleh itu kami hanya gunakan 2 kamera sahaja.
Malam ini ramai juga krew yang hadir, terimakasih semua...jangan lupa esok datang lagi...