Semalam 6 Mac 2011 hari Ahad, tamatlah sudah rakaman MCP kami berturut-turut selama 3 malam mulai jam 8.00 malam hingga jam 12.00 malam
Rakaman MCP kami bermula pada 4 Mac 2011 iaitu rakaman MCP Makan malam Amal Fakulti Pengajian Islam. Kemudia diikuti oleh Dinner Kolej Kris Mas selama 2 malam iaitu
Sabtu malam dan Ahad malam.
Rakaman MCP kami diwarnai oleh pelbagai masalah yang tak dapat hendak dikatakan sama ada masalah tersebut besar atau kecil.
Pertama masalah gangguan visual yang berlaku kerana masalah kabel kamera yang belum selesai. ini menyebabkan kami menutul kamera satu kerana ia mendatangkan gangguan kepada seluruh sistem. dengan 2 buah kamera yang berfungsi tugas kami menjadi agak sukar.
Semasa membuat rakaman Dinner Kolej Kris Mas, kami mendapat komplin dari pihak urusetia tentang gangguan visual yang berlaku pada malam tersebut. Apa yang kami mampu lakukan? Bukan kehendak kami pun. Masalah tersebut terus juga berlaku ketika Menteri Pengajian Tinggi hadir dalam jamuan makan malam berkenaan.
Selain dari itu terdapat juga masalah grafik yang tidak sempurna di mana komputer untuk grafik tidak berfungsi seperti sepatutnya. Ada ketikanya pula grafik yang sepatutnya keluar tidak dikeluarkan. Agaknya masing-masing sudah keletihan kerana bertugas tiga malam berturut-turut hingga waktu tengah malam. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang membantu....jumpa lagi...
daudmontakzakaria.
No comments:
Post a Comment