Thursday, September 30, 2010

Mesy. Konsert DiRaja 2011

Hari ini jam 9.00 pagi aku menghadiri Mesyuarat Konsert DiRaja UKM di Bilik Mesyuarat Canselori. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr. Muhammad b. Abdul Razak, TNC HEPA. Ini merupakan mesyuarat kali pertama dan aku hadir sebagai wakil Prof. Dr. Kamaruddin M. Said. Melalui mesyuarat tersebut program berkenaan akan diadakan pada 22 Januari 2011 di DECTAR. Mesyuarat berkenaan berlangsung sehingga jam 10.30 pagi. Penerbit UKM memang terlibat dalam program berkenaan dimana tugas-tugas kami ialah dari aspek rakaman video MCP dan juga percetakan bahan-bahan yang diperlukan seperti buku aturcara, poster dan kad jemputan.

daudmontakzakaria.

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan Lagu Irama Asli.

Pertandingan sedang berlangsung.
Jam lebih kurang 11.00 am waktu tempatan, bertarikh 28 September 2010, aku terima SMS bukan SOS daripada sdr. Ruhaizad menyatakan En. Rafie, Ketua Pusat Kebudayaan call malam nanti ada rakaman video MCP pertandingan Irama Lagu Asli di Panggung Seni. Aku menjadi 'blur' sekejap sebab yang aku tau tiada apa2 rakaman video dalam jadual hari ini.

Tanpa membuang masa aku terus hubungi sdr. Hairi iaitu salah seorang staf Pusat Kebudayaan untuk mendapatkan kepastian sama ada sms yang aku terima tu benar atau palsu. Sdr. Hairi mengatakan hal tersebut adalah benar bukan palsu. Aku pun meminta sdr. Hairi bagi tau staf pentadbiran Pusat Kebudayaan untuk ;fax' kan surat dengan segera secara 'official'.

Pertandingan sedang berlangsung di Panggung Seni.

Surat ini amat penting sebagai bukti bahawa kami membuat rakaman berkenaan bukan tugas yang palsu terutama krew bantuan yang perlu surat tugas untuk 'claim' kerja lebih masa.

Hampir tengah hari aku diberitahu dan diberi surat Pusat Kebudayaan oleh Setiausaha Penerbit UKM, Kak Maah. Bila aku perhatikan tarikh tugas tersebut 29 September iaitu malam esok. Tanpa berlengah aku talipon sdr. Jasril di Studio UKM sama ada benar program tersebut malam ini atau malam esok. Jasril mengiakan bahawa program tersebut malam ini bukan esok. Kemudian aku talipon pula sdr. Hairi, beliau kata program tersebut malam ini bukan malam esok. Tarikh dalam surat yang telah di 'fax' itu merupakan tarikh yang tidak benar. Ermmm...macam2.

Kami terpaksa membuat segala persiapan yang perlu untuk rakaman MCP berkenaan. Malam ini aku bertindak sebagai jurukamera kerana krew bantuan tidak mencukupi dan ada yang menarik diri 'last minute'. Krew bantuan yang datang ialah sdr. Bukhari, Hasnah, Sulimi, Khaidir dan Hanim sementara krew unit kami yang tidak hadir ialah sdr. Ramli kerana beliau mempunyai program keluarga. Dia cuma sempat membantu pemasangan peralatan audio sahaja yang kemudiannya dikendalikan oleh sdr. Sulimi. Apa2 pun tugas malam ini berjalan dengan lancar dan licin cuma sekali sekala kamera 2 mengalami gangguan dimana visual nya ada ketikanya tidak boleh 'lock', apa nak buat itulah perkara yang kami terpaksa tanggung untuk jangka masa yang agak lama hingga ke hari ini....

daudmontakzakaria.


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya UKM 2010

Suasana dalam DECTAR
24 SEPTEMBER 2010, Jumaat, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Jamuan Hari Raya UKM 2010 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.


Ramai hadirin yang terdiri daripada kakitangan UKM pelbagai peringkat jawatan telah hadir ke jamuan berkenaan. Majlis ini merupakan satu majlis yang diadakan setiap tahun selepas HARI RAYA AIDUL FITRI.



Diantara krew MCP yang bertugas..




Krew sedang menjamu selera.
Seperti biasa kami dari Unit Audio Video bertugas membuat rakaman video MCP serta membuat tayangan multimedia semasa majlis berkenaan berlangsung.

Krew 'bantuan' MCP yang bertugas ialah Hasnah, Hanim, Farah Haznam, Khaidir, Wafiy, Ismahashimi, Sulimi, Zulhimi, Ku, dan beberapa orang lagi yang lupa namanya....sorry...
Entah dimana silapnya jugak 'slot' tayangan video tiada dalam aturcara namun akhirnya dapat juga ditayangkan...
Mungkin di masa akan datang hanya video ucapan HARI RAYA Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor yang akan diterbitkan...

daud montak zakaria.

Thursday, September 23, 2010

Selamat Hari Raya...........



Penyuntingan video ucapan HARI RAYA untuk staf Universiti kebangsaan Malaysia hampir siap. Penyuntingan ini dilakukan oleh sdr. Jasril Amry. Sekarang ini merupakan masa untuk 'touch up' akhir. Kemungkinan petang ini boleh disiapkan.

Sementara itu penyuntingan 'off-line' ucapan HARI RAYA oleh Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor telah aku siapkan dan telah diserahkan kepada staf Pusat Teknologi Maklumat(PTM) iaitu sdr. Faril dan Meor Sony untuk penyuntingan 'on-line' pula. Dijangka video berkenaan dapat disiapkan hari ini juga.

Oleh yang demikian tayangan video mempunyai 2 bahan yang perlu ditayangkan semasa JAMUAN HARI RAYA peringkat UKM esok iaitu 24 September 2010. Aku tak pasti masa bila akan ditayangkan dan amat berharap kami mempunyai slot untuk tayangan berkenaan. Jika tiada slot untuk tayangan maka malanglah bagi kami yang telah berusaha membuat penerbitan berkenaan bermula dari 'pre production', 'production' dan 'post production'. Letih woooo.....

daud montak zakaria

Tuesday, September 21, 2010




Persiapan sebelum mula membuat rakaman.









Kami dibawa ke sana oleh pemandu Prof. Dr. Saran serta setiausahanya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari UKM di Bangi. Sebaik kami tiba kami terus mencari sudut yang sesuai untuk rakaman berkenaan.



Dalam perjalanan untuk ke rumah Prof. Dr. Saran.



Setelah rakaman percubaan dilakukan seketika, kami kemudian terus membuat rakaman yang sebenar. Tidak ada sebarang masalah semasa rakaman. Oleh itu rakaman selesai dalam masa yang singkat
Prof. Dr. Saran sebenarnya kurang sihat dan dinasihatkan oleh dokter supaya berehat kerana kakinya terseliuh agak teruk juga.
Sedang mencari sudut untuk meletakkan 'reflector'




Persiapan sebelum rakaman.

Sebelum kami meninggalkan rumah Prof. saran, kami dihidangkan minuman untuk
membasahkan tekah yang memang dah kering sangat dah. Sebelum
pulang ke Bangi kami diberi sejenis kueh yang dipanggil manisan atau 'laddu'.
Krew yang terlibat semasa rakaman ini ialah JASRIL AMRY, SURAYA dan aku sendiri.
Kami tiba di Bangi semula lebih kurang jam 12.30 tengah hari.

daud m. zakaria

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf dipinta....

PROF. DR. RAHMAH MOHAMAD

HARI ini kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM telah membuat rakaman video ucapan HARI RAYA warga UKM. Jam 10.30 pagi kami bergerak ke pajabat
Prof. Datuk Dr. MuhammadAbdul Razak,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
Rakaman berjalan denga lancar.


Jam 11.00 pagi kami bergerak ke PUSAT KESIHATAN UKM untuk membuat rakaman video ucapan HARI RAYA staf Pusat Kesihatan di sana. Pelbagai lokasi di pusat berkenaan kami gunakan dan staf yang dirakam ialah sdri Farah dan beberapa kakitangan di sana. Rakaman juga berjalan dengan licin.


FARAH, STAF PUSAT KESIHATAN UKM.



PUSAT KESIHATAN UKM
Jam 2.30 petang kamimembuat rakaman ucapan Prof. Dr. Rahmah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan UKM. Proses rakaman berjalan dengan sempurna tanpa kesukaran.


Jam 3.00 petang kami bergerak pula ke pejabat Prof datuk Dr. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor Pembangunan. Rakaman juga dapat dilakukan dengan licin. Ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor berkenaan memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami.


STAF PUSAT KESIHATAN UKM.




STAF PUSAT KESIHATAN UKM
Kami yang membuat rakaman hari ini ialah sdr. Jasril Amry, Siti Suraya, Kamarul Baharin dan aku sendiri. Pagi esok kami akan ke PJ pula untuk rakaman ucapan Timbalan Naib Canselor Hubungan Antarabangsa di rumah beliau..
Semua rakaman ini akan dijadikan bahan untuk suntingan multimedia untuk ditayangkan
semasa JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT UKM PADA 24 SEPT. 2010 nanti..

daud montak zakaria..

Saturday, September 18, 2010

PELAJAR BARU PUSAT KEMBANGAN UKM

HARI INI, Sabtu, kami daripada Unit Audio Video Penerbit UKM diminta untuk membuat rakaman video MCP Pendaftaran dan Ikrar Pelajar Baru Pusat Kembangan Pendidikan UKM.






Suasana pendaftaran di lobby DECTAR.




Aktiviti pendaftaran dilakukan sejak awal pagi lagi. Mereka merupakan pelajar baru separuh masa yang akan menghadiri kuliah pada masa hujung minggu.
Mereka terditi daripada pelajar separuh masa yang akan mengikuti pengajian untuk Ijazah Pertama, Master dan juga pHd.






Krew yang datang agak kurang mungkin mereka masih dalam mood raya atau berada di luar kawasan kerana sambung cuti hingga hari Ahad. Krew yang dapat hadir ialah
sdr. Jasril. Suraya, Ramli, Kamarul, Shahrul, Rosli Robai,
Ismahashimi dan aku sendiri. Bagaimana pun tugas dapat dilakukan dengan lancar dan
licin. Terima kasih banyak untuk semua krew
yang terlibat.

daud montak zakatia.

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Esok nak mula bergerak...

ESOK, KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2010;
dah nak bergerak balik ke PERAK. Tak pasti petang atau malam, namun rasanya sama jer....siang atau malam tempat di tuju sama jugak....
Selama bercuti RAYA ini FB aku ni rasanya tiada sebarang catatan.....
Berhati-hatilah kita semua dijalanraya, jangan jadikan jalanraya LITAR SEPANG. Ikut peraturan yang ditetapkan....sebab jika kita melanggar peraturan tentu ia akan melibatkan orang lain jugak. O.k....SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI SERTA KEMBALI SEMULA DENGAN SELAMAT..........

daud montak zakaria.

Tuesday, September 7, 2010

Rakaman Ucapan Hari Raya...

Jasril & Suraya
HARI ini 7 September 2010, hari Selasa, kami iaitu Jasril, Suraya , Ramli dan aku
sendiri membuat rakaman video ucapan HARI RAYA bagi mereka yang
bertugas pada hari lebaran tersebut.


Tugas ini merupakan tugas rutin kami saban tahun dan keputusan untuk membuat penerbitan ini diputuskan dalam mesyuarat induk sambutan HARI RAYA PERINGKAT UKM. Hari ini merupakan hari pertama kami membuat rakaman tersebut dan pihak Keselamatan UKM merupakan pihak pertama yang kami rakamkan.


Rakaman sedang dilakukan.



Rakaman sedang dibuat
Rakaman ini akan ditayangkan semasa jamuan HARI RAYA peringkat UKM pada
24 September nanti di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UKM.
Selepas HARI RAYA kami akan menyambung tugas rakaman untuk jabatan lain
dalam UKM termasuk juga pegawai-pegawai kanan universiti.

daud montak zakaria...
7 September 2010; 8.00 pm

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidul Fitri...

HARI ini, Sabtu, 4 September 2010:
Di sini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kepada mereka yang dah mula bergerak untuk balik kampung tu berhati-hati ketika memandu kerana dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam tentu akan meletihkan dan boleh menyebabkan kita mengantuk. Jika mengantuk, berhentilah dulu di lokasi yang selamat dan rehatlah seketika sebelum kembali memandu. Sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua.....




daud montak zakaria...
4 September 2010; 9.00 am

Friday, September 3, 2010

Munajat.......





KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Jika inilah munajat kita di dini hari...tentu ia akan lebih bermakna....