Thursday, October 29, 2009

Selamat tinggal Blogspot dan facebook......


Esok, 30 Oktober 2009; aku akan pergi ke Kuala Tembeling, Taman Negara, Pahang kerana mengikuti Ekspedisi Fotografi Seni. Aku bersama sdr. Kamarul akan berada di sana sehingga 2 November 2009.
Kami dari Unit Audio Video diminta untuk membuat rakaman video semua aktiviti kumpulan fotografer yang mempunyai jadual aktiviti termasuk ceramah penggambaran di lokasi tertentu antaranya di Bukit Teresek, Lata Berkoh dan sebagainya.
Selama aku di sana, facebook tidak akan aku kunjungi dan blogspot aku tak akan 'update'
Hmmm....tu jelah...

Sony video camera......

daud montak zakaria...

Wednesday, October 28, 2009

Ku biarkan foto bercerita.....


28 Oktober 2009; Syarahan ' The Idea of Asia in Modern History' oleh Prof. Sugata Bose, Harvard University. Bilik Senat UKM, 2.30 pm.







Tuesday, October 27, 2009

Tugas...tugas...mana satu erk....


Hari ini, 27 Oktober 2009, hari Selasa, kami diminta untuk membuat pemasangan peralatan rakaman video dan cctv di Bilik Senat untuk program:
"Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series"
Dimaklumkan bahawa Siri Seminar tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2009 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Senat, UKM
Penceramah: Prof. Sugata Bose, Harvard University
Tajuk: The Idea of Asia in Modern History
Persiapan peralatan untuk rakaman dan tayangan di Bilik Senat



Dalam mesyuarat induk berkaitan program ini, kami diminta membuat rakaman video serta cctv untuk dirakam dan ditayangkan di lobby dan juga di Bilik Majlis.
Petang tadi kami membawa 2 buah LCD TV dan kabel-kabel yang berkaitan ke Bilik Senat. Tiba di sana Bilik Senat didapati digunakan untuk mesyuarat, oleh tu tak dapatlah kami membuat pemasangan peralatan dan terpaksa ditunda pada waktu malam.
Bilik Senat tempat yang akan digunakan untuk program berkenaan.




Waktu malam tiba di UKM sebelum jam 8.00 malam dan tidak lama kemudian tiba Siti Suraya. Aku pergi 'log in' kedatangan di Dataran Canseleri. Kembali ke kereta dan Suraya beritau Shahrul dah berada dalam Bilik Senat.
Sebentar kemudian Jasril Amry dan Shahrul tiba. Kami bersama naik ke tingkat 5 iaitu paras Bilik Senat.

Persiapan sedang dilakukan yang melibatkan tiga jabatan iaitu Pusat Penerbitan, Jabatan Pembangunan dan Pusat Teknologi Maklumat.




Tiba di tingkat 5 kelihatan kontraktor JPP sedang membuat persiapan kabel-kabel untuk penghantaran visual ke Bilik Majlis dan juga ke LCD TV di lobby.
Oleh itu kabel-kabel video kami tidak digunakan dan kami tidak perlu memasang kabel berkenaan kerana semuanya akan disiapkan oleh kontraktor berkenaan.

Sdr. Shahrul dan Jasril...ermmm...entah ape yang mereka buat...






Selepas memasang kamera untuk 'ujian rakaman' dan juga pemasangan LCD TV, kami pun duduk menunggu kontraktor tersebut menyiapkan pemasangan kabel-kabel.
Setelah siap ujian rakaman dan tayangan di layar dilakukan. Semua visual di layar-layar tayangan dalam Bilik Senat, Bilik Majlis dan lobby diteliti.


Setelah pemasangan kabel kamera, kamera dan LCD TV diselesaikan, duduklah untuk berehat.






Setelah selesai kami pergi menjamu selera, sebab mungkin ada dikalangan kami yang masih belum makan malam lagi.
Masa makan, semasa suapan dilakukan sempat juga bercerita tentang tugasan.....



Selamat makan.......







Selesai makan, kami pun kembali ke Bilik Senat untuk membuat pemeriksaan akhir peralatan di sana.
Setelah berpuas hati kami mengemaskan kembali kabel-kabel dan kamera video untuk di bawa kembali ke Pusat Penerbitan.
Esok kami akan datang kembali waktu pagi untuk menyelesaikan tugas berkaitan audio di lobby kerana ia masih belum selesai. Program berkenaan akan berlangsung jam 2.30 petang, masih sempat untuk mengemaskan apa yang belum sempurna.

Selamat makan malam juga untuk kalian berdua.....
Sebenarnya unit kami akan melakukan dua tugas rakaman iaitu di Bilik Senat dan juga di Kompleks Tun Abdullah Salleh. Kedua-duanya berjalan serentak cuma tugas di Kompleks Tun Abdullah Salleh bermula daripada waktu pagi....Semoga semua dapat disempurnakan tugas berkenaan tanpa masalah...

daud montak zakaria...

Sunday, October 25, 2009

Persembahan Pentas.....


24 Oktober 2009, hari Sabtu kami diminta untuk membuat rakaman video MCP Persembahan Pentas yang di adakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.



Pentas persembahan di DECTAR








Seperti kelazimannya, pemasangan peralatan kami lakukan sejak jam 6.30 petang. Pemasangan kamera video, pemasangan kabel, pemasangan kabel audio, grafik dan seterusnya ujian peralatan telah kami lakukan.

Salah sebuah kamera kami....










Pemasangan alatan telah dilakukan dan ujian peralatan telah dilaksanakan oleh kami yang terdiri daripada aku sendiri, sdr. Kamarul, Shahrul, Zulhimi, Siti Suraya, Jasril, Ruhaizad dan Ramli.

Sdr. Zulhimi dan Kamarul sempat berbual selepas pemasangan alatan, hmmm.....cerita gosip ke.....










Biasanya selepas pemasangan dan ujian peralatan, serta semuanya dalam keadaan o.k maka kami akan berehat sebentar menunggu waktu Maghrib dan seterusnya menunggu acara dilangsungkan....itulah rutin kami bila ada rakaman MCP di DECTAR

Sdr. Shahrul....sempat posing setelah persiapan peralatan selesai...








Persembahan Seni Pentas ini merupakan persembahan para pelajar yang mengambil kursus ko-kurikulum seni. Malam ini merupakan persembahan mereka yang telah mengambil kursus tersebut yang merangkumi seni muzik dan seni tari.


Sdr. Kamarul sedang mengendalikan pengarahan.








Objektif program:
-Menilai prestasi amali pelajar
-Memberi penekanan kepada keseimbangan aktiviti pelajar
-Memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara seni warisan bangsa
-Merakyatkan seni budaya

Suasana dalam bilik kawalan semasa rakaman.








Krew yang turut membantu pada malam ini ialah:
Sdr. Yunus Misdi, Sulimi, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Isma, Jamaludin Saleh atau Chef, Zulhimi, Naziruddin, Hasnah...ermmm....sape lagi ye??? Itu je kut...


Ape yang dirakam oleh sdr. Wafiy tu???









Dikalangan kami dari Unit UAV pula ialah: aku sendiri, sdr. Kamarul, Shahrul, Ramli, Jasril Amry, Ruhaizad, dan Siti Suraya...
Program berkenaan bermula pada jam 9.00 malam dan dihadiri oleh Datuk Ismail Hudson sebagai tetamu kehormat.

Sdr. Sulimi sedang mengendalikan audio









Acara yang dipersembahkan ialah:
Muzik wayang kulit, Gendang silat, Kertuk dan rebana ubi, Kompang, Muzik klasik, Nasyid, Angklung, Gamelan, Muzik asli, Cak lempong, Muzik moden, Dikir barat, Brass band, dan pelbagai jenis tarian.

Salah satu persembahan tarian...









Aku dan sdr. Kamarul baharin Supaat bertindak sebagai Pengarah Studio secara bergilir-gilir. Begitu juga krew yang lain bertugas secara bergilir-gilir untuk program yang berlansung selama lebih kurang tiga jam itu.....Terima kasih kepada semua krew yang membantu...


Persembahan Dikir Barat....







Foto mampu cerita segala....

Inilah di antara foto-foto yang dirakam oleh Cik Siti Suraya semasa Pertandingan Golf NCWO 2009 yang disertai bersama oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pada 24 Oktober 2009 di Danau Golf UKM. Terima kasih Siti Suraya....

















Padang golf Danau













Sdr. Kamarul, Jasril Amry dan bos kami Prof. Kamaruddin telah bersedia untuk membuat rakaman Pertandingan Golf NCWO...












Jasril Amry, ermmm...macam pro nampaknye....
















Baik-baik jatuh....
















































Tan Sri Naib Canselor...













Semasa majlis penyampaian hadiah...letih nampaknya kawan kita tu...




















Saturday, October 24, 2009

Inilah tugas kami.....


Semalam, 23 Oktober 2009, Jumaat:
Kami membuat rakaman audio di Studio UKM DECTAR. Audio tersebut akan digunakan untuk dimasukkan ke dalam multimedia Perasmian Ekspedisi Saintifik yang sedang aku buat penyuntingannya sekarang. Video tersebut akan ditayangkan semasa perasmian XPDC berkenaan di Lata Jarum, Raub, Pahang.. XPDC tersebut akan dijalankan dari 16 November - 21 November 2009.
Sdr. Kamarul sedang menunjuk ajar cara membaca skrip kepada Siti Suraya.





Aku meminta Siti Suraya untuk membaca skrip berkenaan. Rakaman terpaksa dilakukan rakamannya berulang kali kerana ini merupakan kali pertama Siti Suraya membaca skrip untuk video.


Sdr. Shahrul juga turut membantu Suraya...









Membaca skrip video bukan saja sekadar mempunyai suara yang sedap didengar, malahan 'intonasi' suara juga harus diambil kira. Visual yang cantik dan indah, suara yang sedap didengar dan intonasi suara yang sesuai, menjadi sebahagian daripada faktor yang mampu menarik hati penonton untuk terus menonton video berkenaan.

Wah! sdr. Jasril Amry gak turut memberikan bantuan kepada Siti Suraya...






Waktu petang kira-kira jam 3.00 petang, selepas aku membuat penyuntingan video XPDC Lata Jarum, aku, Jasril dan Siti Suraya pergi ke Danau Golf UKM untuk mendapatkan gambaran lokasi untuk tayangan video di sana.

Bangunan Danau Golf UKM...










Sebenarnya unit audio video, diminta untuk membuat rakaman video Pertandingan Golf NCWO yang akan disertai oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong dengan NCWO di Danau Golf UKM esok(24 Oktober 2009)



Ini pandangan hadapan Danau Golf dari tempat letak kereta, macam tak kemas je....ops! sorry for the comment...






Tugas membuat rakaman permainan golf ini aku beri tanggung jawab kepada sdr. Kamarul yang berpengalaman membuat rakaman berkaitan permainan golf serta juga sdr. Jasril dan Siti Suraya untuk membantu sdr. Kamarul Bharin Supaat.


Inilah peralatan yang disediakan untuk tayangan video esok iaitu audio power mixer dan juga alatan LCD.






Hasil rakaman video permainan golf berkenaan telah diminta oleh ahli jawatankuasa untuk ditayangkan semasa majlis santapan baginda dengan mereka yang mengambil bahagian dalam permainan tersebut pada waktu tengah hari.
Apa yang aku harapkan tugas berkenaan akan mampu dilakukan oleh sdr. Kamarul, sdr. Jasril dan Siti Suraya.
Terima kasih kepada mereka semua, bukan mudah untuk bertugas dalam suasana yang penuh protokol ni.....




Friday, October 23, 2009

Teater....oh....teater...


23 Oktober 2009, jam 12.30 malam, baru tiba ke rumah dari UKM. Malam ni kami membuat rakaman video MCP Pementasan Teater di Panggung Seni, DECTAR.
Hmm...macam biasalah, persiapan teknikal berkaitan peralatan video untuk MCP kami siapkan lebih awal iaitu jam 6.30 petang. Tiba saja di Studio UKM aku dapati semua kamera serta tripod dan kebel kamera telah siap dipasang. Cik Siti Suraya kata sdr. Ruhaizad yang membuat pemasangan peralatan tersebut.
Keadaan dalam bilik kawalan semasa rakaman pementasan teater berkenaan.




Pementasan Teater iniadalah anjuran Bahagian Ko-Kurikulum Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Objektif program ini ialah:
-Menilai prestasi amali pelajar
-Memberi penekanan kepada pelajar tentang keperluan mengimbangkan aktiviti kesenian dan akademik.
-Memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesenian warisan bangsa
-Mengeratkan silaturahim




Teater yang dipersembahkan pada malam ini ialah teater moden berjudul 'Transit Warga Tanah' dan teater bangsawan berjudul 'Raja Badang'
Persembahan bermula pada jam lebih kurang 9.00 malam dengan dimulai oleh persembahan 'Gamelan'

Persembahan Gamelan...







Malam ni ramai yang datang turut membantu dalam tugas rakaman MCP kami. Diantara yang turut serta ialah, sdr. Yunus, Naziruddin, Chef, Isma, Bukhari, Jamaludin Sabran, Khaidir, Azrul Khaidir, Cik Hanim, Sulimi dan ermmm...mungkin ada nama yang aku tertinggal kut. Di pihak kami iaitu Unit UAV ialah Ruhaizad, Ramli, Kamarul, Suraya, Jasril, Shahrul dan aku sendiri...
Sdr. Kamarul sedang menjalankan tugas sebagai Pengarah Studio







Hmmmm....ini ialah sdr. Naziruddin iaitu krew yang membantu kami dalam tugas rakaman MCP. Seringkali kami undang untuk membantu. Dia dari Pejabat Alumni UKM. Ermmm....dah berpunya atau belum...? Erm...itu kena tanya dialah.....
Sekarang ni dia sedang berehat selepas mengendalikan kamera, letih nampaknya dia....simpan tenaga kut...heh...heh...








Dalam rakaman MCP bukan sahaja visual saja yang mesti diambil kira tetapi audio juga amat perlu dalam rakaman video. Kalau anda tidak percaya cuba tutp telinga anda semasa menonton televisyen. Ermmm.....tentu tidak memadai kan?. Oleh itu audio juga perlu dijaga semasa tugas penerbitan video MCP ini.
Sdr. Ramli sedang mengendalikan audio semasa rakaman MCP......








Seperti biasa tugas di Bilik Kawalan amat diperlukan. Krew dibilik ini terdiri daripada Pengarah Studio, Pengendali Perakam video, Pengendali Switcher dan Pengendali Peralatan Grafik.
Sebagaimana biasa aku dan sdr. Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio. Kami juga terpaksa bergilir-gilir bertugas sebagai Pengarah Studio.
Sdr. Kamarul sedang bertugas....







Krew yang lain juga perlu bertugas bergilir-gilir terutama jika program tersebut memakan masa yang panjang seperti program pada malam ini. Jurukamera yang mengendalikan kamera juga perlu bergilir kerana bukan mudah untuk berdiri terlalu lama tanpa pengganti, penat kaki woooo....

Sdr. Jasril dan Cik Hanim sedang berehat setelah bertugas....







Setelah program berkenaan tamat, seperti biasa peralatan mesti dikemaskan dan disimpan kembali. Kamera, tripod, kabel-kabel kamera dan kabel-kabel audio turut dikemaskan....Itulah rutin tugas kami bila ada permintaan rakaman video MCP terutama di DECTAR, UKM.
Tu jelah cerite aku malam ni, dan sebagai penutup, terima kasih kepada semua yang membantu.....

Sdr. Jasril dan Ramli sedang mengemaskan kabel-kabel....