Wednesday, July 29, 2009

Tugas hujung minggu

Hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan UKM akan membuat rakaman video MCP di DECTAR dan juga rakaman 'single camera production' di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Pada hari Sabtu kami akan membuat rakaman sebuah forum di DECTAR iaitu bertajuk Mengangkat Martabat Bangsa jam 8.00 pagi. Salah seorang ahli panelnya ialah Tun Mahathir Mohamed.

Aku telah menghantar surat ke jabatan-jabatan dalan UKM untuk meminta kerjasama krew dari jabatan lain untuk membantu dalam tugas rakaman tersebut dan diantaranya dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Islam, HEP, Fakulti Kejuruteraan dan lain-lain.





Pada hari Ahad pula iaitu 2 Ogos 2009, aku, sdr. Ramli dan mungkin juga Siti Suraya akan bergerak ke Lata Jarum, Raub, Pahang untuk membuat rakaman Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma yang telah beberapa kali kami kunjungi dan rakamkan. Ini merupakan permintaaan drp Prof. J sebelum ia menghantar surat rasmi ke Pusat Penerbitan. Jika kami benar2 pergi kesana, ini bermakna, ia merupakan kali yang keempat kami menjejak kaki di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Itupun jika tiada aral yang melintang.

Sementara satu grup krew video unit kami akan bertolak ke Langkawi pada 2 Ogos 2009 untuk membuat rakaman dan menyertai Bengkel Foto anjuran Pusat Penerbitan dan Percetakan yang akan berlangsung dari 2 hingga 5 Ogos 2009. Grup berkenaan terdiri daripada sdr. Kamarul, Ruhaizad dan Amry.


Selepas itu iaitu dari 15 hingga 19 Ogos, kami akan berkampung di DECTAR selama lima hari untuk membuat rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM ke 37. Hmmmm....nampaknye bulan Julai dan Ogos tahun ni amat padat dengan tugas-tugas rakaman video untuk kami. O.k jumpa lagi.....

Sunday, July 26, 2009

Konsert Di Raja UKM 2009


25 Julai 2009;
Malam ini kami dari Unit Video akan membuat rakaman MCP Konsert DiRaja UKM 2009. Persiapan teknikal telah bermula sejak jam 6.00 petang lagi. Pemasangan kabel-kabel kamera video, kamera video dan peralatan di Bilik Kawalan atau Konti telah dibuat oleh sdr. Kamarul dan Ruhaizad. Sementara pemasangan peralatan audio telah dibuat oleh sdr. Ramli Adnan. Kemudian kami telah menyediakan sebuah LCD TV di hadapan Tuanku Canselor selain 2 buah layar besar dikiri dan kanan dewan Canselor Tun Abdul Razak yang sememangnya telah sedia ada. Sementara kerja-kerja grafik telah dilakukan oleh sdr. Amry dengan dibantu oleh Siti Suraya. Persiapan teknikal ini telah disiapkan lebih kurang jam 7.30 malam sebelum masing-masing pergi untuk menjamu selera serta bersolat.

Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew rakaman tiba di Studio UKM iaitu sdr. Firdaus, Zulhimi, Khaidir, Wafiy, Naziruddin, Ismahashimi, Yunus, Jamaluddin Saleh atau 'Chef'' dan Hanim. Cik Hasnah tidak dapat hadir. Dia mesej kepada aku mengatakan dia balik Pahang kerana makan buahan tempatan, buahan luar tak suke ke???

Persembahan bermula jam 8.45 malam. Aturcara bermula dengan Tuanku Canselor masuk ke dewan, kemudian di ikuti dengan ucapan Tan Seri Naib Canselor seterusnya tarian dari Artisukma. Berikutnya bermulalah persembahan oleh Orkestra UKM. Konduktor orkestra ialah Dato' Johari Salleh dan sdr. Azam. Penyanyi pada malam ini yang aku ingat ialah Datuk Aznah Hamid, penyanyi lelaki aku lupa namanya, tapi dia memang ada nama la...maaf ye...

Persembahan tamat kira jam 11 malam. Kepada semua krew yang membantu dalam tugas rakaman MCP ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga datang lagi untuk menghulurkan bantuan dalam tugas-tugas yang akan datang...sekian dan jumpa lagi......

Saturday, July 25, 2009

KENANGAN UKM-GLOBAL STUDENT DI SARAWAK



Inilah diantara foto-foto yang sempat dirakamkan semasa berada di Sarawak selama 4 hari.




Pandangan dari tingkat 13 hotel penginapan kami ketika matahari hampir terbenam.












Ini pula dari sudut yang saedikit berbeza...


















Ditepi tasik semasa berada di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak.














Ini juga ketika berada di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak












Ini foto Rumah Melayu di Perkampungan Budaya di Santubung, Sarawak.















Yang ini pula dalam Palm Garden semasa aku merayau-rayau di kawasan berkenaan iaitu di Semengoh, Sarawak.

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK 4


19 Julai 2009;
Hmmm...ini hari terakhir kami di Kucing Sarawak. Lepas 'breakfast' kami pergi ke Pasar Satok untuk merakamkan tinjauan dan pemerhatian para pelajar di pasar berkenaan. Kami sempat merakamkan aktiviti pelajar di pasar berkenaan.

Pasar ini agak besar jugak seperti pasar terbuka di semenanjung. macam2 yang dijual di sini seperti kueh mueh, buahan, sayuran, pakaian dan sebagainya.

Ini ialah bandaraya Kucing dari pandangan hotel kami.


Kami tidak lama berada di pasar Satok ini. Keletihan menyebabkan kami cepat beredar dari pasar berkenaan dengan menaiki teksi. Teksi telah menghantar kami hingga ke Merdeka Palace dengan tambang yang diminta sejumlah RM12. Kami sendiri pun tak tau sama ada tambang tersebut betul atau tidak kerana sebelum ini ada yang mengatakan tambang teksi RM5 sahaja. Hmmmm....mungkin aku silap pemahaman kut.....
Pandangan dari tingkat 13 hotel penginapan kami. Bandaraya yang akan tutup kedai-kedai dan pasaraya jam 8.00 malam.



Di hotel penginapan, kami berehat sebentar kemudian mandi dan bersiap untuk 'check out' jam 12.00 tengah hari. Selepas lunch kami hanya 'lepak' dilobby hotel menunggu bas untuk membawa kami ke Lapangan Terbang Kucing jam 4.00 petang. Ermmmm....lamanya lagi nampaknya kami 'lepak' kat lobby ni.


Lagi pandangan bandaraya Kucing




Lebih kurang jam 4.00 petang kami menaiki bas bersama para pelajar untuk pergi ke Lapangan Terbang Kucing. Tiba dilapangan terbang kami turun dan muatkan beg2 kami ke atas trolly. Seterusnya kami pergi ke kaunter untuk tiket penerbangan kami. Hmmmm...di sini juga kami terpaksa menunggu agak lama lagi kerana penerbangan kami akan bermula jam 8.000 malam.

Bangunan kedai berhampiran Pasar Satok



Tiba waktu penerbangan kami 'check in' kat kaunter. Kemudian kami terpaksa melalui pemeriksaan imegrasen. Pelik juga aku, kalau nak masuk Sarawak, kami mesti melalui pemeriksaan ini dan kami hanya boleh berada di Sarawak selama 90 hari(mengikut tulisan dalam slip imegresen yang kami terima). Adakah melebihi tarikh dan jangka masa tersebut kami akan dianggap pendatang haram????


Sdr. Ramli sebelum mula membuat rakaman
di Pasar satok.



Dalam perut kapal terbang MAS, seperti biasa aku duduk bukan sebelah tingkap pesawat. tetapi kalau disebelah tingkap pesawat sekalipun apa yang boleh nampak, hanya gelap gelita waktu malam di luar pesawat.
Bosan jugak lebih satu jam setengah dalam pesawat. Yang agak tidak bosan kerana pramugari MAS yang melayan kami comel-comel belaka(ewahhh...macam kucing pulak...comel-comel...). Aku rasalah, mereka semua ni, yakni pramugari ni, tentu duduk di bilik bersolek berjam-jam agaknye......

Inilah keadaan dalam Pasar Satok sama
seperti pasar-pasar yang seumpamanya
di semenanjung.



Tiba di KLIA lebih kurang jam 10 malam. Selepas mengambil beg-beg dan barang2 yang lain kami yakni aku dan Ramli menunggu puteri kepada sdr. Ramli untuk mengambil kami. Bila saja mereka sampai kami memuatkan barang dalam kereta dan terus meninggalkan KLIA jauh di belakang untuk pulang ke rumah......bye..



Sdr. Ismail dan Ramli ketika di Lapangan
Terbang Kucing, Sarawak.


Ini pula ialah aku ketika di Lapangan Terbang Kucing, Sarawak......assalammualaikum...Ermm, Mail ni, snap foto aku tak focus. Ni mesti tangan dah gigil ni. Maklumlah 12 hari tak balik rumah lagi....

Wednesday, July 22, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK 3


18 Julai 2009;
Selepas sarapan pagi, kami dari Unit Video sempat lagi merayau di Perkampungan Budaya di Santubung untuk merakam lokasi-lokasi yang masih belum dirakamkan. Sdr. Ramli telah merakan disekitar perkampungan termasuk Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah Melanau dan sebagainya. Dalam Rumah Melayu sdr. Ramli sempat merakamkan ruang-ruang dalam rumah berkenaan serta juga merakamkan seorang wanita bermain rebana dan menyanyikan sebuah lagu rakyat, eh! betul ke lagu rakyat....



Sdr. Ramli sedang merakamkan seorang wanita sedang bermain rebana dan menyanyi lagu rakyat di Rumah Melayu.



Sempat juga aku mengabadikan foto rumah Melanau dari kejauhan iaitu dari seberang sebuah tasik buatan.












Aku juga berkesempatan merakamkan foto di beranda Rumah Orang Ulu dimana kami bermalam selama satu malam.












Sdr. Ismail sempat ber'posing' ditangga Rumah Melayu sebelum kami bergerak untuk ke lokasi seterusnya.

















Selain pakar dalam membuat rakaman video, sdr. Ramli cuba untuk bermain alat muzik etnik iaitu "Sape" sebelum meninggalkan Rumah Orang Ulu.
Di Rumah Orang Ulu ini juga kami sempat melihat bagaimana alat muzik 'sape' ini dibuat. Satu pengalaman yang berharga aku kira...









Para pelajar yang menyertai program UKM-Global student mobility partnerships sedang menunggu bas-bas yang akan membawa mereka ke lokasi yang seterusnya selepas Perkampungan Budaya di Santubung ini..










Apabila bas-bas sampai, semua pelajar menaiki bas-bas berkenaan untuk berkunjung ke sebuah rumah panjang...












Inilah rumah panjang yang dikunjungi oleh para pelajar tersebut. Sebenarnya rumah panjang ini hanya sedikit sahaja kerana yang lain-lainnya telah ditukar dengan rumah biasa yang lebih moden. Malah terdapat juga rumah yang dilengkapi siaran TV Astro.










Seorang pensyarah UKM dan seorang pelajar antarabangsa sedang mengatur langkah di atas sebuah rumah panjang.












Ini merupakan dewan utama kawasan rumah panjang berkenaan.













Setelah selesai membuat lawatan ke Rumah Panjang, kami bersama para pelajar bergerak pula ke Pusat Kajian Alam Semulajadi Semengoh untuk melihat 'Orang Utan'. Sdr. Ramli telah mengikuti rombongan berkenaan dan telah berjaya merakamkan "Orang Utan' tersebut.

Aku tidak menyertai rombongan berkenaan kerana keletihan dan terasa amat panas sekali. Sebaliknya aku pergi menjelajah Palm Garden of Sarawak. Dalam kawasan tersebut terdapat banyak pokok-pokok palm yang mungkin sedang dalam kajian.









Bangunan Pusat Kajian Alam Semulajadi Semengoh, Sarawak






















Inilah diantara pokok-pokok yang terdapat dalam "Palm Garden of sarawak"












Keadaan persekitaran dalam "Palm Garden of Sarawak"

Tuesday, July 21, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK 2


17 Julai 2009;
Selepas sarapan kami bertolak ke Santubung untuk bermalam di Kampung Budaya. Semua pelajar di bawa ke sana dengan menaiki dua buah bas. Agak lama juga perjalanan ke sini, hmmm...mungkin hampir sejam kut. Tiba di Kampung Budaya, semua pelajar turun dan sdr. Ramli tidak melepaskan peluang untuk membuat rakaman video ketika mereka berkumpul di hadapan pintu masuk kampung budaya berkenaan.


Para pelajar berkumpul untuk memasuki Kampung
Budaya di Santubung ini.


Semua pelajar memasuki kampung budaya tersebut dan terus ke rumah Melanau untuk mendengar penerangan daripada jurupandu di sana. Selepas sesi penerangan semua pelajar 'check in' di rumah Melanau yang tinggi untuk bermalam di situ selama satu malam. Kami pula akan bermalam di Rumah Orang Ulu yang juga tinggi tetapi ketinggiannya tidaklah setinggi Rumah Melanau.



Sdr. Ismail ni...memang mudah mendapat kenalan, mungkin sikap ramahnya...



Sdr. Ramli terus merakamkan suasana yang terdapat dalam Kampung Budaya berkenaan. Setelah puas mengambil video dan foto, kami pun pergi ke Rumah Orang Ulu untuk 'check in'. Tiba di rumah berkenaan kami pun berehat dan mandi serta makan tengah hari. Selepas menikmati makan tengah hari iaitu kira-kira jam 2.00 petang para pelajar yang menyertai program ini telah melawat rumah-rumah suku kaum yang terdapat dalam Kampung Budaya tersebut. Diantara rumah2 tersebut ialah Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu dan sebagainya.
Inilah salah sebuah daripada rumah-rumah suku
kaum yang terdapat dalam kampung Budaya



Lebih kurang jam 4.00 petang, para pelajar dan juga pengunjung yang lain telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan suku kaum di bangsal yang disediakan. Antara persembahan kebudayaan tersebut ialah tarian zapin, tarian pahlawan iban dan sebagainya. Agak menghiburkan juga persembahan mereka dengan disulami oleh telatah lucu penari iban. Persembahan tersebut tamat lebih kurang jam 4.30 petang.

Rumah kaum Penan yang sedang dikunjungi oleh pelajar antarabangsa.



Selepas tamat persembahan kebudayaan, para pelajar membuat aktiviti masing-masing. Ada yang melawat sekitar perkampungan, ada yang bermain rakit di kolam dan sebagainya lagi.






Persembahan kesenian suku kaum di pentas khas diperkampungan budaya.




Selepas makan iaitu kira-kira jam 8.00 malam, para pelajar telah diajar menarikan tarian suku kaum oleh seorang jurutunjuk tarian di sebuah rumah suku kaum di perkampungan ini. Mereka juga telah diajar menyanyikan nyanyian suku kaum yang terdapat di Sarawak. Agak kelakar juga melihat para pelajar dan juga urusetia yang turut serta dalam tarian berkenaan. Namun setelah beberapa kali berlatih menarikan tarian berkenaan, nampaknya langkah kaki dan ayunan tangan mereka agak baik jugak.


Para pelajar sedang berlumba rakit di kolam.
Dibelakang ialah Gunung Santubung.


Lebih kurang jam 11.00 malam, Timbalan Naib Canselor, prof. Dr. Saran Kaur telah memberikan ucapan berkaitan program ini. Banyak pihak telah mendapat pujian beliau seperti jurufoto dan juruvideo selain daripada urus setia program. Sdr. Ramli masih terus merakamkan semua aktiviti mereka yang diadakan di sini.

Para pelajar sedang melawat Rumah Penan dan bertanyakan bermacam-macam soalah kepada penjaga rumah berkenaan. Dengan keadaan rumah yang amat ringkas ini bagaimanakah satu keluarga Penan boleh mendapat masa persendirian mereka, hmmmm....persoalan lagi...



Hmmmm.....inilah Rumah Orang Ulu yang menjadi tempat bermalam kami untuk malam ini sahaja. Di belakangnya ialah gunung Santubung. Ketika aku tinggal seorang diri pada waktu tengah malam, macam2 bunyi serangga hutan yang aku dengar. Ada ketikanya bulu roma aku berdiri tegak juga, hmmmm.....seram jugak rasanya...







Prof. Dr. Saran Kaur dan Dr. Kadderi Mad Desa berlumba rakit bersama pelajar tersebut di kolam yang berhampiran. Tak perasan aku grup mana yang menang, grup Prof. Saran atau grup Dr. Kadderi...










Inilah diantara para pelajar yang mengikuti latihan tarian suku kaum ketika mereka berada di Perkampungan Budaya ini.

Monday, July 20, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK

15 Julai 2009;
Kami, iaitu aku dan sdr Ramli bertolak ke KLIA jam 11.00 pagi dengan dihantar oleh isteri sdr. Ramli. Tiba di KLIA lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Aku hubungi sdr. Raai Osman yang terlebih dahulu sampai di KLIA. Sebentar kemudian sdr. Raai sampai dengan membawa bersama sebuah trolly. Kami muatkan beg-beg kami di atas trolly yang dibawanya serta seterusnya menyemak tempahan tiket kami. Sebaik saja selesai kami pergi pula menguruskan beg-beg yang kami bawa untuk dibawa menaiki kapal terbang.

Pandangan waktu malam berhampiran hotel
penginapan kami.

Sementara menunggu waktu untuk berlepas ke sarawak pada jam 2.00 petang, kami singgah disebuah cafe untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Hmmm...nampaknya harga makanan dan minuman di sini lebih kepada... di mana ia di jual, bukan dari segi rasa....
Tiba masa untuk berlepas, kami bergerak ke arah pintu masuk. Biasalah lapangan terbang, segalanya di periksa dengan teliti, segala yang diperbuat dari logam semua ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul untuk melalui ruang x-ray. Kalaulah kita memakai cawat besi, adakah ia juga terpaksa ditanggal? Hmmm...aku tinggalkan persolan ini untuk anda jawab...
Inilah bilik tidur di Merdeka Palace, Kucing yang
menjadi tempat penginapan kami....selesa tak?

Hmmm...malang sungguh aku hari ini, beg kamera yang aku bawa tidak melepasi pemeriksaan. Pegawai petugas membuka beg kamera yang aku bawa. Kemudian berkata, ada bateri kamera ye....Aku cuma mengangguk, risau juga aku maklumlah, mungkin dia ingat bateri kamera tersebut seperti bahan letupan, agak nya lah...atau kalau tidak pun, mungkin muka aku macam pengganas kut...tapi kalau lapangan terbang luar negara mungkin juga muka aku macam muka pengganas, mungkin, bukan begitu? Tapi takpelah, semuanya sudah selesai. Aku puji gak pegawai berkenaan kerana amat berhati-hati dalam menjalankan tugasnya, walaupun negara kita mungkin bukan merupakan sasaran pengganas.
Sdr Ramli dan Raai sedang meninjau
keluar tingkap hotel.

Dalam kapal terbang menuju Kucing, tiada suatu pun yang menarik perhatian aku. Dalam jangka masa lebih sejam setengah ini aku banar2 berasa bosan sangat, kalau aku duduk di tepi tingkap tentu tidak sebosan ini. Selain dari itu, aku bosan gak kerana semua yang memberi perkhidmatan dalam kapal terbang tersebut adalah lelaki, PRAMUGARA belaka.... Terasa sangat bosannya seperti satu hari suntuk rasa berada ditempat duduk kapal terbang tersebut....hmmm...dah nasib agaknye...


Ruang tamu bilik hotel penginapan kami......


Kapal terbang kami mendarat di lapangan Terbang Kucing kira2 jam 3.55 petang. Seterusnya kami menyewa sebuah teksi untuk menuju ke hotel penginapan. Selesa juga hotel tempat kami menginap untuk 2 atau 3 malam ini iaitu malam ini dan malam esok(15 dan 16 Julai 2009). Pada malam lusa, kami akan bermalam di rumah panjang di Santubung dalam kawasan Desa Budaya. Malam terakhir iaitu 19 Julai 2009, kami akan kembali bermalam di hotel ini sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.

Ini boss aku, Profesor Dr. Kamaruddin M. Said dan seorang pensyarah, Dr Jun(nama penuh aku tak tau...). Semasa di Muzium Sarawak.

17 Julai 2009;
Selepas sarapan pagi pada jam 8.00 pagi, kami bergerak ke Muzium Sarawak dan seterusnya mendengar kata2 daripada pihak pengurusan muzium pada jam 9.00 pagi. antara isi kata-katanya ialah,
-Negeri terbesar dikalangan 13 buah negeri di Malaysia.
-Terdapat sebilangan suku kaum iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan selain orang Cina dan Melayu.
-Terdapat tinggalan bukti manusia wujud di Gua Niah dengan terjumpanya tengkorang berusia 42 ribu tahun di sana.
Tugas kami tak lain dan tak bukan tentulah membuat rakaman video semua aktiviti mereka,
bukan makan angin tauuuuu....
Hmmm....ini sudah tentulah aku....assalammualaikum......

Selepas taklimat, semua pelajar dibenarkan melawat sekitar pameran dalam Muzium sarawak, Muzium Etnologi, Muzium Islam. Pada sebelah petang iaitu jam 1.30 petang pelajar di bawa melawat Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Muzium Perhutanan yang mempamerkan berkaitan perkayuan.
Berikutnya juga telah diadakan lawatan ke Muzium Kucing dimana bahan-bahan yang dipamerkan adalah bahan2 berkaitan kucing-kucing. Semua bahan berkaitan kucing semua ada dipamerkan melainkan robot kucing saje yang takde...

Dewan DUN Sarawak yang baru.

Seterusnya para pelajar dibawa melawat menelusuri sungai Sarawak dengan menaiki sebuah bot besar di sungai berkenaan. Dari atas bot yang besar tersebut kami dapat melihat pelbagai lokasi tertentu yang berada di tebing sungai berkenaan.
kami juga berkesempatan melihat matahari ketika ia hampir terbenam dari atas bot berkenaan. Hmmmm....cantik sungguh cahaya merah matahari yang hampir terbenam bila dilihat dari jauh...hmmm...apa kata jika matahari yang merah menyala tersebut berada sejengkal di atas kepala kita?? Satu lagi persoalan yang aku tinggalkan untuk anda jawab...
Inilah Muzium Etnologi yang terletak berhampiran
hotel penginapan kami...

18 julai 2009;
Hari ini 'check out' dari Merdeka Palace untuk ke Kampung Budaya di Santubung. Tiba di kampung budaya para pelajar 'check in' untuk bermalam di Rumah Panjang Melanau sementara kami 'check in' di rumah panjang Orang Ulu untuk bermalam satu malam sahaja.
Selepas 'lunch' lawatan ke rumah2 suku kaum dalam Kampung budaya telah dibuat.
Unit Audio Video juga telah sempat merakamkan ke dalam pita video ketibaan Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Saran Kaur. Rakaman juga dibuat ketika TNC berkenaan menaiki rakit bersama pelajar di kolam dalam kampung Budaya tersebut.

Sdr. Ismail bersama pelajar yang mengikuti program ini, dalam hutan buatan di Muzium Perhutanan


Sdr. Ramli dan Ismail sedang berehat di atas bot yang sedang menelusuri sungai sarawak.













Pengkebumian mayat dalam tempayan. Foto ini dirakamkan ketika aku berada dalam Muzium Sarawak.












Ketika di atas bot yang membawa kami menelusuri Sungai Sarawak sebelum fenomena 'sunset'.












Pameran foto dalam Muzium Sarawak.














Pelajar antarabangsa sedang meneliti bahan-bahan pameran dalam Muzium Perhutanan.

















Sebuah pusara kucing dalam Muzium Kucing, Sarawak.













Sdr. Raai sedang merakamkan foto 'dua orang saudara mara James Brook'. Soly maaa...













Sdr. Ramli sedang merakamkan lawatan ke bahan-bahan pameran dalam Muzium Sarawak










Tengkorak-tengkorak yang digantung dalam rumah suku kaum Iban agaknya. Foto ini aku rakamkan ketika berada dalam Muzium Etnologi