Sunday, March 1, 2009

Rakaman MCP Festival Senitari



Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK yang berkunjung
ke Studio UKM untuk melihat kami melakukan tugas rakaman
video Multiple Camera Production(MCP). Den tak tau namo2
mereka ni, kalau sapo2 nak bubuh namo
mereko ni...silokanlah.....

Hmmmm....mereka yang kat atas ni bukanlah peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Festival Senitari Malaysia UKM 2009 tu, tapi dia orang ni ialah pelajar Pusat Pengajian Media yang ingin melihat kami membuat rakaman MCP festival berkenaan.... Den tak tau namo2 dia orang ni tapi merekalah pelajar yang kami bantu dalam latihan penerbitan MCP setiap hari Selasa jam 2.00 petang waktu tempatan. Mungkin dengan memerhati kami melakukan tugas rakaman MCP ini, akan memberikan keyakinan kepada mereka dalam penerbitan akhir mereka pada hujung bulan Mac nanti. Mereka ini merupakan pelajar PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Den cumo kona muko jo, nama langsung den tak tau. Namo yang den tau cumo Liza ngan CT jo...(CT, den dah sobut namo CT...jangan kocik ati laie....).


Malam ni iaitu bertarikh 28 Februari 2009; rakaman MCP seperti semalam juga kami telah lakukan. Malam ini dalam festival Senitari ini baberapa buah IPT telah mempersembahakan tarian mereka sama ada tarian asli dan kontemporari. Diantara IPT yang telah mengambil bahagian ialah UiTM, UKM, USIM, ASWARA dan kalau tak silap den ado sebuah lagi kolej yang den dah lupo namonyo...cubolah cari sendiri kut-kut jumpo. "Man power" untuk melaksanakan tugas rakaman ini adalah lebih kurang sama dengan semalam, cuma terdapat tambahan seorang lagi jurukamera iaitu Sdr. Zulhimi dari Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. "Call shot" yang saya gunakan juga adalah ringkas, cuma "basic' saja. Harap pelajar yang datang melihat kami melakukan tugas akan mempunyai semangat baru untuk menjalani latihan MCP dengan lebih yakin tanpa sebarang gundah gulana.


Bertindak sebagai seorang Pengarah Studio untuk satu2 penerbitan 'on air' atau untuk rakaman ke pita video, seseorang individu itu mestilah bersifat tenang, kurang kelam kabut(walaupun dalam hati memang kelam kabut...), serta mesti relaks seperti apa yang ditulis oleh Liza di blognya "http://ciklieyzaonline.blogspot.com/2009/02/senyum-seindah-suria-yang-membawa.html/". Hmmm...melambung sungguh pujian Liza dalam blognya... Pelajar yang datang melihat kami melaksanakan tugas rakaman ini diharap sedikit sebanyak mendapat pengalaman daripada tugas yang kami lakukan ini. Walaupun dalam penerbitan sebenar ketika menjalankan tugas mestilah dalam keadaan yang serius dan tidak berbual sebarangan yang boleh melalaikan serta boleh mengundang kesilapan. Namun kami lebih selesa menjalankan tugas kami dalam gurau senda dan gelak ketawa supaya tidak berasa bosan... itulah kebiasaan kami bila melaksanakan tugas rakaman MCP sebegini...Namun itu tidak bermakna kami leka dan tidak mengambil berat terhadap tugas yang kami lakukan......

Teman-teman yang membantu dalam rakaman MCP malam ni ialah Sdr. Ramli Adnan(audio), Sdr. Ruhaizad(Grafik), Sdr. Khaidir (j/kamera), Sdr. Wafiy (j/kamera), Sdr. Firdaus (j/ kamera), Sdri. Hanim (switcher), Sdr. Zulhimi (j/kamera), Hj. Sulimi (audio). Terima Kasih banyak2 untuk mereka, tanpa mereka sapolah den....

5 comments:

CikLieYzaOnline said...

heeeeeeee..
nak jadi org 1st yg komen...

"haaa..cik ct..
tu nama hang dah ada..
tp..apa sekalipun..
namaku tetap kekal terpahat di sana..
setiap detik dan masa....
kan studio kan...
hahahahahaha.."

gelak lagi....
jgn mare...heeeee

utk studio plak,
pujian tersebut layak diberikan..
walaupun melambung tinggi
tp ia kenyataan..
heeeeeeee

CikLieYzaOnline said...

ni senarai nama pelajar..
dari pintu..
wan asma,hindun,nuar,zila,dayah

ct_saggie said...

utk en.daud:
thanks....erm..rasa rugi lak xdtg..
xper...lain masa ada lagi...
utk kak liza..
hamboi222
sejak bila pandai bangga2 diri ni..
hhehehe....
ye la tu..

CikLieYzaOnline said...

hemoih..hemoih..hemoih....

ukmstudio said...

Untuk Ct; sama-sama

Untuk liza; timo kacih banyak2 sebab mencatat namo pelajar berkenaan...