Monday, March 2, 2009

Perasmian Permata Pintar


Inilah pelajar Peng. Media yang den jumpo
di dataran Canselori tadi siang...


Hari ini kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membantu Fakulti Pendidikan membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk Pelancaran Permata Pintar oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri TPM Malaysia di Bilik Senat UKM. Peralatan telah disediakan oleh Fakulti Pendidikan, kami cuma membantu dari segi menyediakan sebuah kamera dan 2 orang jurukamera yang membantu rakaman video berkenaan ialah Sdr. Muhammad Wafiy dan Sdr. Muhammad Firdaus.

Kami juga menyediakan LCD untuk tayangan secara 'live' dari Bilik Senat ke Dataran Canselori. Pemasangan peralatan telah bermula dari hari Ahad iaitu semalam. Dua orang jurukamera kami telah dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka berdua bukanlah asing dalam Unit Audio Video kerana mereka seringkali membantu dalam rakaman MCP semua program yang memerlukan rakaman MCP atau Multiple Camera Production di DECTAR. Oleh itu dari segi shot-shot tidaklah merupakan perkara atau masalah bagi mereka. Kami boleh bergantung kepada kebolehan mereka. Kedua-dua mereka sebenarnya dari Unit Cetak, Pusat Penerbitan dan Percetakan. Terima Kasih banyak2 kepada mereka berdua....

Dalam satu "scene", di satu lokasi disebelah pintu Bilik Senat, waktu pagi, ketika berada disisi jurukamera iaitu Muhammad Wafiy, tiba-tiba terlihat urusetia Kembara Seri Perpatih II anjuran Permanis, Jezzzzzz...masuk ke dalam Bilik Senat bersama pelajar lain dari Fakulti Pendidikan(kalau tak silap den lah,... den kalau dah kona dalam poti pun den leh cam...) whaaa...dia togak jo tak pandang kiri kanan pun..hmmm...yooo lah sapolah kami ni...isy..isy...
(*hmmm...orang yg punya diri menafikan dia pergi Bilik Senat, mmm..rupanya kat UKM ni ramai gak manusia 'clone'......)

Hmm..dalam "scene" yang berikutnya, waktu yang lain dan lokasi yang berbeza tetapi dalam cerita yang sama(perasmian permata pintar...), semasa program sedang berlangsung ketika den berada di Dataran Canselori, den ternampak pulak seorang pelajar Pusat Pengajian Media yang pernah masuk untuk Latihan MCP di Studio UKM, kami terpandang antara satu samo lain dan samo2 angkek tangan tanda kenallah tu...hmmmm..(den lupo namo student ni....) tapi terima kasihlah kerana masih kenal ngan kami ni.....(dalam hati den berbisik sendirian..hmmm...kecik sungguh UKM ni....)

*kedua-dua pelajar yang ku tulis ni pompuan belaka....pstttt...jangan buat gossip tau, berdosa...

5 comments:

ct_saggie said...

hehhehe..
sapo tu yang jumpa permanis

?
kak jaz ker??
hhehee

ukmstudio said...

Mano Ct tau ni....hmmmm...

ct_saggie said...

hehehe....ct kenal kak jaz tu..kwn ct...
hehhee

ukmstudio said...

baguslah, kirim salam kek dio yek...nanti kalau tak kirim berdosa....hmmmm...jangan buat gossip tau.....

ct_saggie said...

hoho...
yo la
InsyaAllah
ct ni xde mkneyer nak wat gosip
aduhai