Pada 19 hingga 20 Ogos 2007, Unit Audio Visual telah bertugas di Istana Seri Menanti. Tugas kami ialah menyediakan perkhidmatan TV Litar Tertutup semasa penyampaian Bintang-Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan. Perkhidmatan ini diperlukan oleh pihak istana kerana terdapat bilangan tiang-tiang yang banyak dalam Balairong Seri tempat upacara berkenaan dijalankan. Tiang-tiang berkenaan menghalang sebahagian besar mereka yang menyaksikan upacara tersebut berlangsung. Tugas ini kami lakukan setiap tahun iaitu tiga kali setahun. Ini merupakan tugas yang besar seperti juga majlis konvokesyen kerana Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah Canselor Universiti Kebangsan Malaysia.
Majlis bermula dengan ketibaan Undang2 Luak dan diikuti oleh ketibaan Menteri Besar N.Sembilan. Akhir sekali ketibaan Yang DiPertuan Besar N. Sembilan serta kerabat2 DiRaja. Selepas upacara tertentu dan ucapan2 maka penganugerahan pun bermula hingga selesai. Setelah selesai para hadirin dijamu dalam satu majlis santapan bersama Yang Di Pertuan Besar di dewan santapan sambil dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan. Majlis tersebut berakhir lebih kurang pukul 2.00 petang.

No comments:
Post a Comment