Wednesday, October 17, 2012

SYArahan ilmIAH...



....syarahan tun seri lanang...


...syarahan perdana dr yasmin anum...

Bulan ini aku uploadkan ke YUOTUBE dua buah syarahan ilmiah untuk
ditonton dan didengar isinya. Mungkin ia berguna untuk mereka 
yang ingin mendapatkan ilmu yang hanya boleh didapati
dalam syarahan-syarahan yang wujud
di Universiti Kebangsaan Malaysia..
Silalah tonton....
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 16, 2012

Video 'NUrSE' da siap...



Penyuntingan video Khidmat Masyarakat di Langkawi oleh
JABATAN KEJURURAWATAN PUSAT PERUBATAN UKM
telahpun siap. Rakaman dan penyuntingan telah dilakukan oleh
JASRIL AMRY ABD. WAHID dan SITI SURAYA
SULAIMAN. Video berkenaan dah pun berada 
di YOUTUBE, silalah tonton dan berilah
komen-komen supaya kami
dapat memperbaiki lagi kerja-kerja
penerbitan video dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya
komen-komen penonton yang ikhlas mampu membantu kami
menjadi lebih baik dan terbaik....

Minggu ni juga kami sibuk dengan tugas biasa rakaman penuh syarahan-syarahan
seperti syarahan perdana, perasmian dan sebagainya. Kami juga minggu 
sibuk dengan perkara berkaitan KONVO KE-40 UKM.
Selain rakaman konvo dari 20 - 23 OKT. 2012
kami jugak sibuk dari segi persediaan untuk majlis berkenaan.
Maksud aku persediaan dari segi teknikal peralatan rakaman MCP
yang akan kami selesaikan sebelum majlis. Namun sebelum itu terdapat juga
rakaman MCP sebelum majlis konvo iaitu majlis pemakaian jubah pelajar
siswazah oleh penyelia masing-masing yang akan berlangsung
pada 19 OKT. 2012 jam 3.00 petang. Terdapat juga 
raptai penuh majlis konvo pada 19 OKT. 2012
sebelah pagi. Tu jer yang dapat ditulis
dan terima kasih kerana sudi 
membaca.....
DAUD.montak.zakaria.

Thursday, October 11, 2012

PEntER....................................2012!

....PEntER 2012...


HARI ini, 10 OKTOBER 2012, kami membuat rakaman video MCP
PENTER atau PENTAS TERBUKA........


Unutk sekian kalinya aku masih bercerita, kami membuat persiapan 
awal iaitu jam 6.00 petang sediakan semua perlatan
MCP yang diperlukan....


Semua krew sememangnya datang awal sebelum program tersebut berlangsung....


Kami biasanya memerlukan khidmad krew bantuan yang agak ramai jugak
maklumlah bukan mudah untuk berdiri selama 3 jam lebih kurang...


Krew tersebut mempunyai tugas masing-masing yg biasanya mereka telah
lakukan sebelum ini iaitu sebagai jurukamera, switcher
grafik dan sebagainya.....



Krew yang mampu hadir malam ini agak ramai walaupun hujan agak
lebat sesangat yang boleh menyebabkan selimut ditarik lebih
awal dari masa yang sepatutnya....


*foto firdaus othman...maaf, ambik tanpa bagitau...


PENTER atau PENTAS TERBUKA merupakan projek di bawah PUSAT 
KEBUDAYAAN UKM........



Aku pun tak pasti sudah bilangan keberapa program ini dijalankan...mungkin dua, tiga, 
empat dan entah keberapa....korang hubungilah PUSAT KEBUDAYAAN
jika hendak jawapan yang paling tepat....



Program ini dibuka untuk semua warga UKM menonjolkan bakat masing-masing.
Tak kiralah mereka daripada kalangan, pelajar, staf dan sebagainya

*foto firdaus othman...maaf, ambik tanpa bagitau...

tanpa kecuali asalkan mereka punyai bakat yang
terpendam atau terendam...masuk jerr...


PENTER terbuka kepada semua jenis kesenian yang ingin diketengahkan,
bawakan apa jua jenis seni sama ada teater, alat muzik, tarian, lagu
dan sebagainya.................masuk jer...jangan kisah...
jangan teragak-agak......


Rakaman kami mengambil masa lebih kurang dua jam tanpa henti...dan rakaman
tamat lebih kurang jam 11 malam lebih....tamat rakaman kami dipelawa
untuk menjamu apa yang ada serta membasahkan tekak
dengan apa yang tersedia...sila jer...jangan
malu.......
Aku ingin mengucapkan ribuan
terima kasih dan thank you kepada semua
yang terlibat dalam rakaman tersebut iaitu sdr. YUNUS MISDI,
HAJI SULIMI, HAFIZ TAIB, JAMALUDDIN IBRAHIM, ROSLI ROBAI,
ARENIM, WAFIY, FIRDAUS, HILMI, WATIE, SHAHRUL, KAMARUL,
HJ IZAD, RAMLI, SURAYA, JASRIL, ermmmm...dah lupa dah
...mana yang terlupa tu aku mintak maaf bebanyak
maklumlah kita manusia biasa....tq ~ aku.

...terima kasih kerana sudi membaca....video akan aku sertakan
selesai selesai disunting....perhatikan jer youtube aku tuuuuuuuuuuu....
DAUD.montak.zakaria.

Saturday, October 6, 2012

BinTang berCAHaya laGI...





MALAM ni kami akan membuat rakaman MCP Malam Bintang
 UKM 2012 lagi...


Rupanya sudah hampir setahun Bintang UKM 2011 berlalu, lebih kurang
jam 8.00 malam maka genaplah setahun rakaman MCP
Bintang UKM 2011 berlalu.....


Acara tersebut  bermula selepas waktu Isyak di Panggung Seni Dectar
UKM. 14 orang peserta akan mengambil bahagian
seperti yang tertera di atas....
Krew bantuan MCP telah diminta untuk turut
membantu kami dalam tugas rakaman MCP berkenaan. Surat-surat
telahpun dihantar oleh CIK SITI SURAYA SULAIMAN...aku agak ler...
Tak sempat nak tanya pulak...
Seperti biasa kami akan membuat persiapan awal
lebih kurang jam 6.00 petang nanti....
Tu jer yang boleh aku tuliskan buat masa ni....kalau nak baca entry
Bintang UKM 2011, bolehlah pergi ke SINI..



.....semua aturcara, penyanyi....dah ada di tangan kami... 



Ini merupakan pandangan biasa dalam konti apabila rakaman
MCP di jalankan..



Ini jugak pandangan biasa dalam konti tapi....yang SDR. FAESAL lakukan tu
agak jarang berlaku....ekekekeke...



*foto SDR. FIRDAUS OTHMAN....TQ....



* foto ni CIK ARENIM PUNYER....TQ jugak.....



*foto ni jugak SDR. FIRDAUS OTHMAN punyer   TQ...



....ni dia pengacara malam tu...SDR. AMAR BAHARUDDIN...


....PENYAMPAIAN HADIAH..

Rakaman mcp kami malam tu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Ramai jugak krew bantuan yang membantu..........


Diantara peserta yang ambil bahagian....

Krew baru juga turut hadir iaitu SDR. FIRDAUS OTHMAN. Krew yang datang ramai
jugak tapi bila dah bertugas macam tak ramai....


.....ini peserta jugak.....

Jurukamera yang bertugas malam tu ialah sdr. KAMARUL BAHARIN, JUNIOR, SAIFULLAH,
WATIE, ARENIM, dan HAJI SULIMI membantu di bahagian AUDIO.


TNC HEPA...PROF. Ir. DR. OTHMAN KARIM sedang menyampaikan hadiah..

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew iaitu JURUKAMERA
ialah sdr. KAMARUL BAHARIN, WATIE, JUNIOR, SAIFULLAH, JASRIL dan ARENIM
....sementara SDR. YUNUS tidak dapat hadir.....
Selain daripada itu TQ jugak kepada krew AUDIO 
iaitu sdr RAMLI ADNAN dan HAJI SULIMI.
Jugak krew konti SITI SURAYA, datang jugak walau tak sihat,
HIDAYAH sebagai switcher, SHAHRUL FADLI dan
terima kasih jugak kepada krew baru yang datang untuk meninjau iaitu
sdr. FIRDAUD OTHMAN dan rakan yang menemaninya
SDR. HILMI BABA...
Opst! rupanya krew bantuan yang datang taklah ramai sangat sebab
terdapat jurukamera yang berdiri lama di kamera.
Program tersebut berlangsung selama
3 jam.....wah! tentu sukar
berdiri lama di
kamera...
TQ semua.....



Selepas berkemas kami dijemput untuk menjamu selera tengah malam
yang dah agak lapar rasanya....
terima kasih semua.....
Kami tinggalkan DECTAR jam 12.30 malam...opst! pagi kut....

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, October 4, 2012

HAri berTEmu peLANGgan.

...ermmmm....ni sedang fikir nak buat aper....


HARI ini, 4 OKTOBER 2012, kami mengadakan HARI BERTEMU
PELANGGAN di PUSANIKA. 


Persiapan untuk mengadakan program ini telah bermula 
sejak petang 3 OKTOBER 2012.

...video-video yg kami tayangkan memainkan
peranan jugak.....

Kami dari UNIT VIDEO menyiapkan
perkara yang berkaitan dengan tugas kami.
Kami sediakan LCD TV untuk menayangkan video
video yang telah kami siapkan.

....semua video-video yang telah ditayang ada di sini.



Kedai buku pula mempamerkan
buku-buku yang telah di cetak oleh Bahagian Editorial,
Unit Grafik pula telah mempamerkan beberapa 'design' yang telah
mereka hasilkan.



Ubnit Foto pula telah mempamerkan foto-foto
yang telah mereka rakam seperti di TAMAN NEGARA dan sebagainya.


...pagi - pagi bute dah makan choki choki....

Keseluruhannya hari bertemu Pelanggan tersebut telah
berjaya mencapai sasaran. Hari bertemu pelanggan tersebut
telah disertai oleh 8 buah jabatan dan pusat.



Ramai jugak yang singgah di booth kami. Di antaranya termasuklah
TNC HEPA dan bekas pensyarah aku kat Masscom
iaitu Kak Gee.....
Terima kasih gak kepada semua pelawat yang singgah di booth kami.
Terima kasih bebanyak juga kepada krew Unit Audio Video
yang telah turut membantu pada petang 3 OKTOBER
dan pagi 4 OKTOBER dan tengah hari 4 
OKTOBER iaitu ketika berkemas...
Mereka yang disebut ialah
SHAHRUL FADLI, SITI
SURAYA, JASRIL AMRY, RAMLI ADNAN
dan KAMARUL BAHARIN serta 
Pelajar LI Bah. Multimedia
SDR. FEISAL...
Terima kasih gak kepada Pelajar LI yang dah tamat
iaitu PYAN dan AREEF yang melawat kami
setelah booth kami siap dikemas...ekeke..

.....terima kasih kerana sudi membaca...

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 2, 2012

Rumah Peranginan Persekutuan Morib..

RUMah peraNGInan moRIB..


HARI ini video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB yang
telah diusahakan oleh PELAJAR LATIHAN INDUSTRI di
PENERBIT UKM telah dapat disiapkan.
PELAJAR yang terlibat ialah MOHD ARIFF MOHD SAID,
SITI FARAH NADIA SUPA'AT, NURUL AFIFAH
SAHARUDDIN dan MOHD SUFIAN WAN
ABDUL RAZAK sementara FEISAL
KASSIM menyambung kerja
penyuntingan yang telah
dimulai oleh SITI
FARAH.
Selain FEISAL KASSIM
pelajar yang lain telah meneruskan kembali
pengajian mereka di JABATAN DAKWAH FAKULTI
PENGAJIAN ISLAM UKM. Mereka memulakan kerja2 rakaman
atau produksi dan penyuntingan atau pos produksi sejak bulan puasa yang
lalu. Meraka kembali masuk kuliah untuk tahun ketiga selepas
HARI RAYA yang lalu. Kerja-kerja penyuntingan
telah disambung dan diselesaikan oleh
saudara FEISAL iaitu PELAJAR
LI TAHUN 3 dari UNIKL.
Dia akan menamatkan Latihan Industrinya
dalam bulan NOVEMBER nanti. Dalam penerbitan
ini kami bertindak sebagai pembantu untuk mereka menjayakan
projek demikian. 
Pandangan aku projek mereka telah berjaya
kerana mereka telah mampu menyiapkan sebuah penerbitan
SCP atau SINGLE CAMERA PRODUCTION
yang sempurna bagi mereka yang baru
mula dalam bidang ini.
Sebenarnya sesebuah projek 
yang  besar bermula dari tahap yang
lebih kecil terlebih dahulu. Mungkin ada sedikit
kekurangan dalam projek ini tetapi ia masih boleh diterima
dan boleh diabaikan bagi 'beginner'. Mana mungkin
sebuah projek yang besar terus terjadi tanpa
bermula dari bawah...kan gitu???
Apa-apa pun tahniah untuk mereka semua, moga pengalaman
yang telah mereka kutip semasa LI mampu menjadi
pemangkin untuk mereka terus maju....

....sekian kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.

Saturday, September 29, 2012

IKrar palaJAR laGI...PJJ puLA...



Hari ini, Sabtu 29 Sept. 2012, kami membuat rakaman video Multiple Camera Production
atau MCP untuk program MAJLIS IKRAR PELAJAR BARU PJJ
Pusat Kembangan Pendidikan.


Majlis tersebut dijalankan di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL
RAZAK UKM atau DECTAR...


Macam biasa persiapan peralatan dimulakan dari jam 7.30 pagi walaupun
program tersebut bermula pada jam 10.00 pagi.


Kerja-kerja pemasangan peralatan dan ujian perlu dilakukan lebih awal.....


Kelebihan membuat persiapan teknikal lebih awal daripada perjalanan
program bermula antaranya ialah jika berlaku
sebarang masalah teknikal maka
masih sempat untuk
diambil sebarang
tindakan.


Setelah siap semua peralatan dipasang dan di uji, kami dijemput oleh pihak
urus setia untuk bersarapan pagi.....


Sarapan pagi untuk semua krew yang bertugas amat penting, sebab kalau
perut belum diisi bagaimana nak menjalankan tugas, kan...kan..


Selesai sarapan, masing-masing masuk ke studio ukm untuk berehat sementara
menunggu bermula majlis tersebut.


Lebih kurang jam 10.00 pagi majlis pun bermula dan masing-masing mengambil
posisi masing-masing dalam tugas rakaman tersebut....


VVIP yang hadir dan memberi ucapan ialah Prof. Datuk Dr. Azlan Ghazali, Timbalan 
Naib Canselor Hal - Ehwal Akademik dan Antarabangsa.


Majlis tersebut di isi dengan ucapan TNC, Ikrar Pelajar, Penyerahan
Akujanji dan juga penghargaan kepada pelajar PJJ yang telah
memperoleh Anugerah Pelajar PJJ Terbaik.
Ermmm....aku hormatlah pelajar tersebut yang meperoleh
PNGK 3.99 .......kan...kan....
Majlis ikrar tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Di sini aku
ingin mengucapkan ribuan terima kasih banyak2 kepada semua
krew yang terlibat iaitu SDR. YUNUS MISDI, HAFIZ
TAIB, HIDAYAH, FAZLIANA, ARENIM,
RAMLI ADNAN, SHAHRUL FADLI,
HANAMICHI, SITI SURAYA,
KAMARUL, HAJI RUHAIZAD dan SDR. FAISAL iaitu 
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI di PENERBIT UKM, jugak kepada
urus setia majlis yang menjemput kami bersarapan pagi sebelum memulakan
tugas....Bagi aku tugas tersebut telah dijalankan dengan licin dan lancar
dan sekali lagi TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA
SEMUA KREW YANG TERLIBAT...

.....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria