Wednesday, July 25, 2012

maH MEri...oH...MAh meRI...







...hasil penerbitan Mah Meri...

AKHIR dapat jugak aku siapkan penyuntingan video MAH MERI yang dah agak lama juga
tersimpan di sudut HARD DISC komputer penyuntingan yang aku sering gunakan.
Penyuntingannya asyik terganggu jer sebab perubahan skrip yang aku
lakukan berulang kali...Itulah realiti menulis skrip untuk
dokumentari yang tak seberapanya ini..
Harap video ini dapat memberi sedikit informasi kepada khalayak
yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan suku kaum MAH MERI ini.
Bukan tujuan aku nak memaparkan apa-apa kemegahan dengan video yang mungkin 
tak berapa bernilai pun kepada sesetengah pihak yang lebih pakar dalam hal berkaitan penerbitan bahan audio visual ni....
Apa yang paling aku harapkan, moga video ini ada manfaatnya kepada sesiapa saja yang perlukan maklumat berkaitan MAH MERI serta yang berminat dengan bahan media
berbentuk DOKUMENTARI ini....
Aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua 
krew video dan bukan video serta mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan penerbitan
video ini.......
tanpa anda semua siapalah AKU.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

Thursday, July 19, 2012

Shooting SCP Rumah Peranginan Persekutuan Morib

 ...rumah peranginan...

HARI ini, kami gi shooting untuk penerbitan SCP Rumah Peranginan Persekutuan di Morib.
Sebenarnya rancangan untuk menerbitkan rumah peranginan ini telah dirancang
lama dulu dah tapi kami cuba mencari masa yang sesuai jer...

 ....selesa....

Akhirnya...kebetulan terdapat PELAJAR LATIHAN INDUSTRI ada di Penerbit UKM maka kami pun minta mereka siapkan skrip dan memikirkan shot-shot
dan sebagainya. Kami serahkan kepada mereka
untuk menghasilkan video berkenaan.
Kami cuma bertindak membantu mereka mana yang perlu......
sekurang-kurangnya mereka akan mengetahui
bagaimana proses penerbitan ini
sepatutnya dilakukan.

....salah sebuah penginapan...

Sebenarnya kerja 'shooting' video ni memang meletihkan. Ia bukan semudah makan
sebungkus kacang goreng. 

...berhampiran pantai...

Rumah peranginan ini terletak berhampiran pantai Morib.......Jadi rumah ini mempunyai
pemandangan yang menarik ke arah Selat Melaka...

.....selesa...

Tiap-tiap bilik di setiap buah penginapan ini kelihatan selesa dan berbaloi dengan
sewanya yang agak murah...

.........kehijauan...

Apa yang dirakamkan ialah bahagian dalam rumah peranginan termasuk
kemudahannya, bilik-bilik, bilik air dan sebagainya...

....dewan...

Dewan rumah peranginan ini juga agak luas dan sesuai untuk mengadakan bengkel-
bengkel untuk kumpulan seramai lebih kurang 40 orang...


......berlainan bilik...

...kenangan...dan mungkin akan datang lagi...

....rehat dan melayan selera tengah hari sebelum sambung tugas...

Letih nak cerita panjang....aku biarkan foto-foto ini mencipta makna kepada
pembaca semua.....

...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria.

Wednesday, July 18, 2012

UKM - Global stuDENT mobiLITY...


.....video yang ditayangkan selepas ucapan perasmian penutup...

....bilik kawalan....

 PETANG tadi, jam lebih kurang 3.00 petang kami membuat rakaman 'MULTIPLE CAMERA PRODUCTION' penutup 'UKM - Global Student Mobility Partnerships' di PANG
GUNG SENI UKM. Seperti biasa krew lain yang diketuai oleh SDR. 
SHAHRUL FADLI telah membuat pemasangan peralatan
rakaman. Aku tak 'involve' semasa pemasangan
peralatan kerana bercuti yang tidak 
dijangka.

...hanamichi....

Aku datang selepas waktu zohor dan terus ke 
STUDIO UKM. Tiba di sana semua peralatan
telah siap dipasang. Kami dibantu oleh beberapa krew 
bantuan dari jabatan lain seperti YUNUS MISDI (KEJURUTERAAN),
HAJI SULIMI (KOMUNIKASI MEDIA), JUNIOR MASTERMIND (KOM. MEDIA)
SHUKRI (UKM KL), HILMI BABA (UKM KL), WATIE SHARIF 
(EKONOMI), SITI SYARINA(EKONOMI), JAMALUDIN
IBRAHIM(FTSM),  ermmm...lupa pulak, maaf
kalau ada nama yang tertinggal.
Terima kasih bebanyak
kepada mereka
yang sudi
bantu.
....JI...

 Majlis Penutup
dihadiri oleh NC, TNC, 
pensyarah-pensyarah yang 
terlibat dalam program tersebut serta
urus setia-urus setia program. Majlis penutup
di penuhi dengan ucapan TNC, persembahan pelajar
dan penyampaian sijil penyertaan oleh Naib Canselor. Tayangan
multimedia selama 11 minit juga ditayangkan. Multimedia aku dan saudara
SHAHRUL FADLI yang membuat penyuntingannya. Hasil rakaman video untuk
multimedia tersebut dirakam oleh sdr. SITI SURAYA, SHAHRUL FADLI, KAMARUL
BAHARIN, RAMLI ADNAN, HILMI BABA, YUNUS MISDI, WAFIY, HAJI RUHAIZAD,
Multimedia tersebut merupakan cebisan daripada aktiviti pelajar di setiap
lokasi yang mereka kunjungi seperti PULAU CAREY, MUZIUM NEGARA, TAMAN
NEGARA KUALA TAHAN PAHANG, SABAH, SARAWAK dan LANGKAWI.
Rasa agak lega kerana ada ketikanya mulmedia tersebut mendapat 

...shukri...

 tepukan penonton ketika tayangan.
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua krew yang
terlibat dalam rakaman di lokasi-lokasi dan dalam rakaman 
MCP tersebut....tanpa anda siapalah kami..tak lupa
jugak kepada PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
iaitu FARAH NADIA, NUR AFIFAH,
PYAN dan REEF dari
FAKULTI ISLAM UKM, PUSAT PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN.

...panggung seni dectar..

....watie sharif...

...panggung seni dectar...

....watie sharif...

....ahmad yunus misdi..

....farah nadia...student LI...

.....nc, tnc & vvip yang lain..

...shahrul fadli...

....hadirin...

...peserta mobiliti pelajar...

....sesi fotografi...

....terima kasih kepada yang sudi membaca....

*foto ehsan daripada SDR. HILMI BABA (UKM KL),
 terima kasih bebanyak sdr. Hilmi...


DAUDmontakzakaria

VIdeo STANdard


Malam ni aku nak tulis sikit berkaitan 'video standard'. Ia merupakan satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen. Terdapat beberapa jenis 'video standard' digunakan di seluruh dunia. Ia mempengaruhi ketika memainkan video
yang telah dibeli dan dirakam dari negara-negara yang lain.  Biasanya
sekarang ini tidak ada masalah untuk memainkan video di mana
mana pun kerana terdapat peralatan memainkan video
dilengkapi dengan sistem yang boleh memainkan
apa-apa video yang telah dirakam dalam
'video standard' apa sekalipun.

NTSC : NATIONAL TELEVISION STANDARDS COMMITTEE, digunakan di US, Kanada, Jepun dan bahagian2 tertentu di Asia serta Amerika Selatan.
SECAM : SEQUENTIAL COLOUR with MEMORY, biasanya di gunakan Asia Tengah, Eropah Timur, Timur tengah dan beberapa bahagian Afrika.
PAL : PHASE ALTERNATE LINE, biasanya digunakan di Eropah Barat kecuali Perancis, dan bahagian lain dunia termasuk Australia, India, China, Argentina, Brazil dan kebanyakan negara Afrika.

Monday, July 16, 2012

iNjecTION

...wow!....takutnyer...
* credit to google images....


....sakit, adakah ia ujian atau penghapus dosa....?

HARI ini aku ingin menulis lagi berkaitan perkara yang bukan merupakan tugas harian aku.
Semalam aku rasa tak berapa sihat, macam demam lah lebih kurang. Oleh kerana
aku malas nak pi klinik, aku terus pi farmasi untuk membeli ubat untuk
melegakan demam aku tu. Aku pi farmasi bandar baru bangi
jam 12.00 lebih tadi. Kemudian aku terus balik rumah.
Selesai makan, aku pun telanlah ubat 
demam tu.....

Dalam masa setengah jam jer....kelopak mata aku dah bengkak. Tiba ke tahap
satu jam. Seluruh mata aku dah ditutup oleh bengkak. Sukar betul aku
nak melihat. Ermmmm...barulah aku ingat aku sebenarnya 'alahan'
kepada ubat tahan sakit dan ubat demam. Aku ambil kepu
tusan untuk tidak pi keje pada petang ni. Aku
nak pi klinik. Aku bawa sekali ubat
demam yang aku beli kat 
farmasi tu.
Tiba di klinik terus register...rasa malu 
jugak dengan mereka yang bertugas di klinik tu. 
Boleh dikatakan mereka semua kenal aku. Bila masuk bilik doktor, 
terus pekerja klinik doktor tengok ubat yang aku beli tu. Doktor kata kene
beri 'injection'. Wah! aku rasa gusar, sebenarnya aku memang takut ngan jarum
injection. Memang aku takut...doktor kata jarum kecik jer. Aku minta doktor 
tu kurangkan sikit sakit masa 'injection' tu...hahaha...malu gak, aku 
seorang lelaki takut jarum halus macam tu...ekekeke....
malu bukan sebab apa, semua pekerja dan 
doktor kat klinik ummu ammar tu 
sumer pompuan....ekeke..
Tentu mereka fikir...'apaler lelaki
ni....jarum pung takut...' gamaknyer......
Masa doktor 'inject' tu rasa agak perit jugak...
pelik kan...aku takut pulak ngan jarum cucuk yang dibubuh ubat
bius sebelum ditusukkan jarum. Sedangkan pompuan lagilah azab ketika 
bersalin...bukan saja masa bersalin tapi juga masa menjahit luka kerana bersalin.
Mereka tidak dibubh bius pun semasa proses jahitan yang dilakukan oleh 
doktor...ewah...macam aku pulak yang mengalaminya. Sebenar
nya aku dah kawen, jadi aku taulah serba sedikit
berkaitan pompuan bersalin ni............
Selesai pi klinik, terus balik rumah, aku harap masalah
aku ni selesai esok. Aku nak keje esok, aku memang tak suka
cuti lama-lama, lagipun kami memang ada tugas iaitu membuat suntingan
video untuk ditayangkan masa penutup UKM - GLOBAL STUDENTS MOBILITY PARTNER
SHIPS pada 18 JULAI 2012 jam 3.00 petang di PANGGUNG SENI UKM. Aku dah edit video tu untuk 10 minit. Footage dari LANGKAWI sdr. SHAHRUL FADLI ABD RAHIM
yang akan siapkan. LANGKAWI merupakan destinasi akhir untuk dimasuk
kan ke dalam program video tersebut. Dijangka NAIB CANSELOR 
UKM akan merasmikan penutup program berkenaan.
Harap sdr. SHAHRUL FADLI mampu
menyiapkannya termasuk
membuat penataan
muzik untuk
video
tu...
Aku harap aku akan cepat sembuh...
esok aku nak lihat perkembangan video berkenaan.
Kami juga akan membuat rakaman MCP majlis penutup program
berkenaan. Harap ramai krew bantuan akan datang membantu kami, bantuan mereka amat kami perlukan kerana tanpa mereka siapalah kami. Kami juga akan
meminta bantuan PELAJAR LATIHAN AMALI dari 
JABATAN DAKWAH yang membuat latihan 
amali di PENERBIT UKM BAHAGIAN
MULTIMEDIA. Harap mereka
boleh membantu.

Mereka yang mengikuti LI tersebut
ialah FARAH NADIA, AFIFAH, PIAN & ARIF.
Terima kasih kepada mereka semua, harap kami mampu
mengongsikan sedikit ilmu ini dengan mereka.

....terima kasih kerana sudi membaca....

foto hari ini 17 julai 2012.

HARI ini 17 JULAI 2012, bengkak mata aku masih belum surut dengan cepat.
Bengkaknya masih tidak membolehkan aku untuk pi keje. Mana mungkin
pi keje dengan mata macam ni. Itulah...aku merancang(tuk pi keje
hari ni...) tapi MAHA PENCIPTA juga merancang...rupanya
rancangan DIA lebih utama daripada apa yang
aku rancangkan.
Aku memang bercadang untuk pi keje hari ni
untuk melihat perkembangan video yang disambung
suntingannya oleh sdr. SHAHRUL FADLI ABD. RAHIM. Video
tersebut untuk ditayangkan masa penutup MOBILITI PELAJAR yang
akan diadakan di PANGGUNG SENI DECTAR petang esok jam 3.00 petang.
Walau bagaimanapun aku harap sdr. SHAHRUL mampu menyiapkan
video tersebut. Aku harap jugak sdr. SHAHRUL dapat mengen
dalikan urusan rakaman MCP esok dengan bantuan
rakan-rakan yang lain...InsyaALLAH..

....sekian kerana sudi membaca untuk hari ini....


...foto pada 18 Julai 2012...


HARI ini 18 JULAI 2012; aku ambil cuti lagi. Bengkak muka aku sudah surut sedikit, harap menjelang lepas tengah hari ia akan lebih surut lagi. Aku bercadang untuk turut 
serta dalam rakaman MCP 'Majlis Penutup UKM - Global Student Mobility 
Partnerships' di Panggung Seni Dectar pada jam 3.00 petang.
Aku bercadang untuk terus ke Panggung Seni selepas waktu Zohor, harap
perancangan aku ni akan dapat dicapai kerana dah tiga hari aku duk dalam rumah.
Rasa rimas jugak duk kat rumah sepanjang hari melayan penyakit yang tidak dijangka ni.
Rupanya penyakit ni 'datang seperti kilat, pergi seperti semut'...untuk penyakit2 ter
tentu jer....bukan semua....
Apa-apa pun bersyukur gak aku kerana penyakit ni masih mengikut landasan yang
positif iaitu 'ia beransur sembuh'.....bukan sebaliknya......
Lagipun....... memang dah tertulis di kitab azali yang aku memang terkena penyakit
ni...apa nak buat kan...kene redha lah....itu saja pilihan yang aku  ada.....kan gitu?


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....





DAUDmontakzakaria.

Friday, July 13, 2012

Tajuk lain lagiii...


HARI ini aku nak tulis satu tajuk yang bukan dalam bidang tugas harian aku sebagai videographer. 
Hari ini aku nak menulis berkaitan Konflik Syria. Sebenarnya aku tak pandai sangat pun
dalam bab ini. Aku cuma sampaikan apa yang aku dengar dalam khutbah Jumaat
siang tadi di masjid KUIS. 
Khutbah Jumaat di masjid KUIS tadi antara lain menyentuh tentang konflik yang dah berlanjutan
selama setahun. Khatib berkata sekarang ini kematian di Syria sudah mencecah 14000 ribu 
orang termasuk kanak-kanak. Mereka dibunuh dengan kejam termasuk diseksa
tanpa peri kemanusiaan oleh rejim Basyar. Khatib juga berkata dalam
konflik di negara Arab yang lain, tiada berlaku pembunuhan yang 
kejam seperti di Syria. Antara yang disebut oleh
khatib ialah terdapat kanak kanak
yang dipukul kepala hingga
terkeluar otak.
Aku memang amat geram kalau penyiksaan kanak-kanak dilakukan sedemikian rupa,
memang patut rejim zalim ini di ranapkan dengan segera..
Menurut sejarah Syria merdeka daripada Peranchis dalam tahun 1945.
Kemudian ia diperintah oleh rakyat Syria iaitu Al Assad hingga
kepada Basyar Al Assad. Syria diperintah oleh diktator.
Al Assad bermazhab Syiah namun rakyatnya
majoritinya berfahaman Sunni.

OLeh itu dalam apa jua hal kita perlu menyokong saudara seIslam kita yang
tertindas dan diperlakukan dengan kejam oleh pemerintah yang amat 
zalim. Bimbang kan......................................................jika
kita digolongkan ke dalam golongan insan yang
 tidak sempurna imannya.

Rasanya eloklah kita bantu mereka dengan cara yang kita mampu...bantulah mereka
kesian kanak-kanak yang dibunuh dan didera dengan kejam. Begitu juga
apa yang diterima oleh wanita, yang dikatakan disiksa dan dirogol 
serta dibunuh. Teringat aku pada perang BOSNIA, lebih kurang
seperti itulah keadaannya. Dalam perang BOSNIA terdapat ibu yang 
mengandung dibelah perutnya hidup-hidup dan dikeluarkan kandungannya.
Dalam peperangan, seperti itulah keadaannya.
Semua akan menerima penderitaan hasil
daripada peperangan.

Ada yang menganggap Syria sebagai benteng dunia 
Islam daripada kekejaman Israel namun
tidakkah ALLAH SWT
yang menjadi benteng
kita yang
paling kukuh...

Sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Tuesday, July 10, 2012

HArap seGAla iLMu aDa MANfaatNYA...

 ....tumpuan...

HARI ini, 10 JULAI 2012; kami memberi sedikit informasi kepada PELAJAR yang 
menjalani LATIHAN INDUSTRI di PENERBIT UKM..

 ...pengarah studio...

Kami bukanlah pakar sangat pun dalam bidang ini tapi cukuplah setakat
untuk dikongsi sedikit ilmu tu dengan mereka dalam bab penerbitan
MCP ni...harap ada manfaatnya..

 ....ready cam one..

Kami berkongsi dengan mereka berkaitan penerbitan MCP atau Multiple Camera 
Production. Kami beritau mereka cara mengendalikan kamera untuk MCP
di STUDIO UKM di DECTAR.

 ....bual bicara...

Tak ketinggalan jugak kami memberi mereka maklumat berkaitan peralatan dan fungsi
setiap peralatan berkenaan setakat yang kami mampu,  dalam
tugas penerbitan video MCP.

 ....cam three ready...

Jugak kami beritahu sedikit pengetahuan berkaitan tugas Pengarah Studio dan
 tugas krew yang lain-lain dalam penerbitan MCP....

 ....camerawomen....

Apa yang aku harap mereka dapat sedikit maklumat yang berguna...kalau tak banyak,
sedikit pun o.k lah kut...Harap ilmu yang tak seberapa
tu mampu memberi manfaat kepada
mereka semua...

 ...cameraman & camerawoman..

Sebagai ulangan dalam ilmu berkaitan MCP ni anda boleh pergi ke link INI dan INI 
dan INI kut....dan INI gak kut....







....opst! got message to reply...

Jika masih tidak mencukupi dengan informasi yang kami kongsikan tu, sila rujuk buku-buku
berkaitan penerbitan MCP di PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG UKM
dan juga perpustakaan-perpustakaan yang terdapat
di seluruh negara...ekekeke...opst!

....sekian kerana sudi membaca....esok ada lagi latihan mcp ni
di STUDIO UKM....
DAUDmontakzakaria.

Saturday, July 7, 2012

SKrip MAh MEri.

*credit untuk google images.

HARI ini jugak sempat aku merombak kembali SKRIP masyarakat MAH MERI yang telah
aku tulis sebelum ini. Sebelum ini memang skrip tu dah siap namun selepas
berkunjung ke PULAU CAREY pada 1 JULAI 2012 lalu
aku ambil keputusan untuk merombak kembali
skrip berkenaan.
Di bawah ini adalah skrip tersebut. Ini bukan bermakna ia tidak akan
dirombak kembali, mungkin dalam masa terdekat akan
dirombak untuk kali yang terakhir. Itulah
yang dinamakan skrip, ia akan
dirombak beberapa
kali hingga
puashati.


Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 200 ribu orang asli yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Daripada tiga kumpulan ini orang asli terbahagi kepada 18 sub etnik yang berdasarkan kepada bahasa dan adat resam.

Pulau Carey terletak dalam daerah Kuala Langat Selangor. Ia mempunyai keluasan 32 ribu ekar iaitu kira-kira 1/5  pulau Singapura. Pulau carey dipisahkan dari tanah besar oleh Sungai Langat. Sebuah jambatan di Teluk Panglima Garang merupakan jalan penghubung ke Pulau Carey. Pulau Carey mengambil nama sempena nama Valentine Carey seorang pegawai Inggeris di zaman penjajah.
Sekarang, hampir keseluruhan Pulau Carey diliputi ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation.

Pulau Carey didiami oleh orang asli daripada suku Mah Meri. Terdapat lebih kurang 1,400 orang daripada suku ini tinggal di lima buah kampung di sini. Kaum ini diberi pelbagai kemudahan termasuk sekolah. Keadaan kampung mereka lebih kurang sama dengan kampung-kampung yang terdapat di tempat lain.

Sekarang, di Kampung Bumbun iaitu salah sebuah kampung masyarakat Mah Meri, terdapat perkampungan budaya Mah Meri. Ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Ia ditutup pada hari Isnin. Pelancong boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan Mah Meri di perkampungan budaya ini. Di perkampungan budaya ini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan masyarakat Mah Meri.

Suku kaum Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Masyarakat Mah Meri mengadakan upacara-upacara di rumah yang dinamakan Rumah Moyang yang terdapat di sini. Di sinilah mereka mengadakan upacara-upacara pemujaan. Di antara tujuan mereka masuk ke rumah moyang ini ialah untuk memohon sesuatu. Suku kaum Mah Meri percaya rumah moyang merupakan tempat bermulanya nenek moyang mereka bertapak. Mereka juga mempercayaai bahawa roh nenek moyang merekalah yang menjaga kesejahteraan kampung yang mereka diami. Terdapat ukiran-ukiran patung di luar rumah moyang kaum Mah Meri ini.

Dalam adat perkahwinan, suku Mah Meri mempunyai adat yang tidak jauh berbeza denagn orang Melayu. Dalam suku kaum Mah Meri terdapat  adat merisik, menghantar tanda dan majlis perkahwinan. Namun dalam adat perkahwinan mereka, wali merupakan bapa saudara. Bapa tidak boleh menjadi wali dalam adat perkahwinan mereka.

Dalam majlis persandingan masyarakat Mah Meri, pengantin dipakaikan dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kayu terap. Segala upacara persandingan pasangan akan diketuai oleh Tok Batin masyarakat tersebut.

Selepas upacara persandingan pasangan pengantin dikehendaki mengelilingi gunung sebanyak 7 kali sebagai bukti kesetiaan pasangan untuk menempuh dugaan dalam kehidupan mereka.

Dalam upacara perkahwinan Mah Meri juga terdapat upacara mandi bersama yang boleh disertai oleh lima orang ahli keluarga. Upacara ini adalah sebagai simbolik bahawa pasangan sanggup bersusah senang bersama dalam menempuh laluan kehidupan.
Majlis keramaian majlis perkahwinan suku Mah Meri ini berlangsung selama tiga hari dua malam di rumah penganti perempuan.

Seterusnya, masyarakat Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey ini terkenal dengan seni kraftangan mereka yang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kraftangan yang dihasilkan adalah dalam bentuk anyaman dan ukiran kayu. Dalam masyarakat ini anyaman merupakan satu perkara yang mesti ada. Anyaman-anyaman daun nipah akan ditemui di mana-mana saja dalam masyarakat Mah Meri antaranya dalam
majlis perkahwinan, persembahan kebudyaan dan sebagainya.

Di Kampung Bumbun ini terdapat beberapa bengkel membuat ukiran kayu. Bengkel-bengkel
ini dimiliki oleh individu yang mendiami perkampungan ini. Ukiran-ukiran mereka mendapat perhatian pelancong-pelancong luar. Ukiran-ukiran tersebut adalah terdiri daripada topeng-topeng dan patung-patung. Menurut pengukir ini, dia mewarisi seni ukiran ini daripada bapanya. Menurutnya lagi sebuah ukiran mampu disiapkan dalam masa sebulan. Sebuah ukiran boleh dijual dengan harga diantara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit Malaysia sebuah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui pelbagai perkara berkaitan orang asli di Semenanjung Malaysia, boleh berkunjung ke Muzium orang Asli di Gombak. Muzium ini terletak lebih kurang 20 kilometer  dari Kuala Lumpur. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifek orang asli sehingga yang berusia lebih daripada 600 tahun.
Di muzium ini pelawat akan dapat mengetahui segala perkara berkaitan orang asli iaitu asal-usul, kesenian, pakaian, alat muzik, alat untuk pertanian, perangkap serta ubatan tradisional orang asli.

Terdapat juga sebuah hospital orang asli di Gombak. Hospital ini dibuka selama 24 jam. Hospital ini menyediakan kemudahan ambulan untuk membawa pesakit dari kawasan mereka. Ada ketikanya helicopter juga digunakan untk membawa pesakit dari sesebuah kawasan. Kebiasaannya pesakit yang dating ke hospital ini ditemani oleh saudara mara tidak kurang daripada 10 orang. Mereka lebih yakin apabila ditemani oleh keluarga datang  untuk mendapatkan rawatan di hospital ini.

....sekian....dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

FLOria 2012 d' PUTrajaya.

 ...ALLAH AKBAR...

HARI ini aku nak tulis perkara yang bukan berkaitan tugas aku yang
biasa dalam hal video. Hari ini aku cuba untuk lari daripada
memperkatakan berkaitan video. Hari ini tanpa 
rancangan aku pi FLORIA 2012
di PUTRAJAYA.

 ...pintu gerbang...

Buah hati aku pujuk aku pi sana sebab dia nak beli bunga yang dia suka.
Nak taknak aku turut jer kemahuannya maklumlah kalau takde
dia sapelah lagi nak curahkan cinta kat aku , kan gitu?

 ....jualan selain bungan...

Sebenarnya aku tak minat sangat dengan suasana yang sibuk ni, tu sebab
jarang aku dijumpai sape2 kat tempat-tempat yang sibuk macam tu.
Tapi aku turutkan gak, dengan niat yang ikhlas, bukan 
terpaksa.....

 .....sibuk sangat...tak suka...tak suka...

Sampai sana memang ramai sangat orang kat sana, macam-macam rupa macam-
macam penampilan. Kami pi masuk khemah yang mempamerkan 
pelbagai hiasan bunga. Aku cuba rakam foto tapi macam 
tak cantik jer....bukan bunga tu, tapi foto
yang aku rakam tu, maklumlah
kamera handphone.
Tu sebab ada rakan sekerja taknak aku rakam ngan kamera handphone,
dia suka rakam fotonya dengan kamera yang besar-besar jer,
kamera handphone tak main ler...opst! itu
andaian aku jerrr....maaf...

 .....ni lagi...

Setelah puas jalan kat dalam khemah bertutup yang sejuk tu, kami pun
keluar menuju tempat gerai-gerai jual bungaan. Kasih hati aku
tu beli 3 pokok bunga orkid dalam pasu dan juga
bajanya sekali...Selesai jer
kami terus gerak...

 ....cantik ker....?

Aku bersyukur gak kekasih hati aku tu taknak lama-lama jugak
kat tempat tu...

 ...bunga-bunga...

Sebenarnya kami tak merayau jauh pun tapi hanya gerai gerai bungaan kat sekitar tu
jer....gerai-gerai lain tak pi pun...

 ....orkid...

Tu lah pompuan kan....mesti suka sangat ngan bunga-bunga ni...tapi 
aku sikit pun tak tersentuh dengan kecantikan bunga-bunga
ni....
...bunga lagi...

Bila sampai ke kereta, aku rasa lega sangat kerana terlepas daripada
suasana sibuk yang aku tak suka sangat walaupun bukanlah
sesibuk mana sangat pun......

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.