Friday, July 13, 2012

Tajuk lain lagiii...


HARI ini aku nak tulis satu tajuk yang bukan dalam bidang tugas harian aku sebagai videographer. 
Hari ini aku nak menulis berkaitan Konflik Syria. Sebenarnya aku tak pandai sangat pun
dalam bab ini. Aku cuma sampaikan apa yang aku dengar dalam khutbah Jumaat
siang tadi di masjid KUIS. 
Khutbah Jumaat di masjid KUIS tadi antara lain menyentuh tentang konflik yang dah berlanjutan
selama setahun. Khatib berkata sekarang ini kematian di Syria sudah mencecah 14000 ribu 
orang termasuk kanak-kanak. Mereka dibunuh dengan kejam termasuk diseksa
tanpa peri kemanusiaan oleh rejim Basyar. Khatib juga berkata dalam
konflik di negara Arab yang lain, tiada berlaku pembunuhan yang 
kejam seperti di Syria. Antara yang disebut oleh
khatib ialah terdapat kanak kanak
yang dipukul kepala hingga
terkeluar otak.
Aku memang amat geram kalau penyiksaan kanak-kanak dilakukan sedemikian rupa,
memang patut rejim zalim ini di ranapkan dengan segera..
Menurut sejarah Syria merdeka daripada Peranchis dalam tahun 1945.
Kemudian ia diperintah oleh rakyat Syria iaitu Al Assad hingga
kepada Basyar Al Assad. Syria diperintah oleh diktator.
Al Assad bermazhab Syiah namun rakyatnya
majoritinya berfahaman Sunni.

OLeh itu dalam apa jua hal kita perlu menyokong saudara seIslam kita yang
tertindas dan diperlakukan dengan kejam oleh pemerintah yang amat 
zalim. Bimbang kan......................................................jika
kita digolongkan ke dalam golongan insan yang
 tidak sempurna imannya.

Rasanya eloklah kita bantu mereka dengan cara yang kita mampu...bantulah mereka
kesian kanak-kanak yang dibunuh dan didera dengan kejam. Begitu juga
apa yang diterima oleh wanita, yang dikatakan disiksa dan dirogol 
serta dibunuh. Teringat aku pada perang BOSNIA, lebih kurang
seperti itulah keadaannya. Dalam perang BOSNIA terdapat ibu yang 
mengandung dibelah perutnya hidup-hidup dan dikeluarkan kandungannya.
Dalam peperangan, seperti itulah keadaannya.
Semua akan menerima penderitaan hasil
daripada peperangan.

Ada yang menganggap Syria sebagai benteng dunia 
Islam daripada kekejaman Israel namun
tidakkah ALLAH SWT
yang menjadi benteng
kita yang
paling kukuh...

Sekian kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Tuesday, July 10, 2012

HArap seGAla iLMu aDa MANfaatNYA...

 ....tumpuan...

HARI ini, 10 JULAI 2012; kami memberi sedikit informasi kepada PELAJAR yang 
menjalani LATIHAN INDUSTRI di PENERBIT UKM..

 ...pengarah studio...

Kami bukanlah pakar sangat pun dalam bidang ini tapi cukuplah setakat
untuk dikongsi sedikit ilmu tu dengan mereka dalam bab penerbitan
MCP ni...harap ada manfaatnya..

 ....ready cam one..

Kami berkongsi dengan mereka berkaitan penerbitan MCP atau Multiple Camera 
Production. Kami beritau mereka cara mengendalikan kamera untuk MCP
di STUDIO UKM di DECTAR.

 ....bual bicara...

Tak ketinggalan jugak kami memberi mereka maklumat berkaitan peralatan dan fungsi
setiap peralatan berkenaan setakat yang kami mampu,  dalam
tugas penerbitan video MCP.

 ....cam three ready...

Jugak kami beritahu sedikit pengetahuan berkaitan tugas Pengarah Studio dan
 tugas krew yang lain-lain dalam penerbitan MCP....

 ....camerawomen....

Apa yang aku harap mereka dapat sedikit maklumat yang berguna...kalau tak banyak,
sedikit pun o.k lah kut...Harap ilmu yang tak seberapa
tu mampu memberi manfaat kepada
mereka semua...

 ...cameraman & camerawoman..

Sebagai ulangan dalam ilmu berkaitan MCP ni anda boleh pergi ke link INI dan INI 
dan INI kut....dan INI gak kut....







....opst! got message to reply...

Jika masih tidak mencukupi dengan informasi yang kami kongsikan tu, sila rujuk buku-buku
berkaitan penerbitan MCP di PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG UKM
dan juga perpustakaan-perpustakaan yang terdapat
di seluruh negara...ekekeke...opst!

....sekian kerana sudi membaca....esok ada lagi latihan mcp ni
di STUDIO UKM....
DAUDmontakzakaria.

Saturday, July 7, 2012

SKrip MAh MEri.

*credit untuk google images.

HARI ini jugak sempat aku merombak kembali SKRIP masyarakat MAH MERI yang telah
aku tulis sebelum ini. Sebelum ini memang skrip tu dah siap namun selepas
berkunjung ke PULAU CAREY pada 1 JULAI 2012 lalu
aku ambil keputusan untuk merombak kembali
skrip berkenaan.
Di bawah ini adalah skrip tersebut. Ini bukan bermakna ia tidak akan
dirombak kembali, mungkin dalam masa terdekat akan
dirombak untuk kali yang terakhir. Itulah
yang dinamakan skrip, ia akan
dirombak beberapa
kali hingga
puashati.


Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 200 ribu orang asli yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Daripada tiga kumpulan ini orang asli terbahagi kepada 18 sub etnik yang berdasarkan kepada bahasa dan adat resam.

Pulau Carey terletak dalam daerah Kuala Langat Selangor. Ia mempunyai keluasan 32 ribu ekar iaitu kira-kira 1/5  pulau Singapura. Pulau carey dipisahkan dari tanah besar oleh Sungai Langat. Sebuah jambatan di Teluk Panglima Garang merupakan jalan penghubung ke Pulau Carey. Pulau Carey mengambil nama sempena nama Valentine Carey seorang pegawai Inggeris di zaman penjajah.
Sekarang, hampir keseluruhan Pulau Carey diliputi ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation.

Pulau Carey didiami oleh orang asli daripada suku Mah Meri. Terdapat lebih kurang 1,400 orang daripada suku ini tinggal di lima buah kampung di sini. Kaum ini diberi pelbagai kemudahan termasuk sekolah. Keadaan kampung mereka lebih kurang sama dengan kampung-kampung yang terdapat di tempat lain.

Sekarang, di Kampung Bumbun iaitu salah sebuah kampung masyarakat Mah Meri, terdapat perkampungan budaya Mah Meri. Ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Ia ditutup pada hari Isnin. Pelancong boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan Mah Meri di perkampungan budaya ini. Di perkampungan budaya ini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan masyarakat Mah Meri.

Suku kaum Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Masyarakat Mah Meri mengadakan upacara-upacara di rumah yang dinamakan Rumah Moyang yang terdapat di sini. Di sinilah mereka mengadakan upacara-upacara pemujaan. Di antara tujuan mereka masuk ke rumah moyang ini ialah untuk memohon sesuatu. Suku kaum Mah Meri percaya rumah moyang merupakan tempat bermulanya nenek moyang mereka bertapak. Mereka juga mempercayaai bahawa roh nenek moyang merekalah yang menjaga kesejahteraan kampung yang mereka diami. Terdapat ukiran-ukiran patung di luar rumah moyang kaum Mah Meri ini.

Dalam adat perkahwinan, suku Mah Meri mempunyai adat yang tidak jauh berbeza denagn orang Melayu. Dalam suku kaum Mah Meri terdapat  adat merisik, menghantar tanda dan majlis perkahwinan. Namun dalam adat perkahwinan mereka, wali merupakan bapa saudara. Bapa tidak boleh menjadi wali dalam adat perkahwinan mereka.

Dalam majlis persandingan masyarakat Mah Meri, pengantin dipakaikan dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kayu terap. Segala upacara persandingan pasangan akan diketuai oleh Tok Batin masyarakat tersebut.

Selepas upacara persandingan pasangan pengantin dikehendaki mengelilingi gunung sebanyak 7 kali sebagai bukti kesetiaan pasangan untuk menempuh dugaan dalam kehidupan mereka.

Dalam upacara perkahwinan Mah Meri juga terdapat upacara mandi bersama yang boleh disertai oleh lima orang ahli keluarga. Upacara ini adalah sebagai simbolik bahawa pasangan sanggup bersusah senang bersama dalam menempuh laluan kehidupan.
Majlis keramaian majlis perkahwinan suku Mah Meri ini berlangsung selama tiga hari dua malam di rumah penganti perempuan.

Seterusnya, masyarakat Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey ini terkenal dengan seni kraftangan mereka yang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kraftangan yang dihasilkan adalah dalam bentuk anyaman dan ukiran kayu. Dalam masyarakat ini anyaman merupakan satu perkara yang mesti ada. Anyaman-anyaman daun nipah akan ditemui di mana-mana saja dalam masyarakat Mah Meri antaranya dalam
majlis perkahwinan, persembahan kebudyaan dan sebagainya.

Di Kampung Bumbun ini terdapat beberapa bengkel membuat ukiran kayu. Bengkel-bengkel
ini dimiliki oleh individu yang mendiami perkampungan ini. Ukiran-ukiran mereka mendapat perhatian pelancong-pelancong luar. Ukiran-ukiran tersebut adalah terdiri daripada topeng-topeng dan patung-patung. Menurut pengukir ini, dia mewarisi seni ukiran ini daripada bapanya. Menurutnya lagi sebuah ukiran mampu disiapkan dalam masa sebulan. Sebuah ukiran boleh dijual dengan harga diantara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit Malaysia sebuah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui pelbagai perkara berkaitan orang asli di Semenanjung Malaysia, boleh berkunjung ke Muzium orang Asli di Gombak. Muzium ini terletak lebih kurang 20 kilometer  dari Kuala Lumpur. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifek orang asli sehingga yang berusia lebih daripada 600 tahun.
Di muzium ini pelawat akan dapat mengetahui segala perkara berkaitan orang asli iaitu asal-usul, kesenian, pakaian, alat muzik, alat untuk pertanian, perangkap serta ubatan tradisional orang asli.

Terdapat juga sebuah hospital orang asli di Gombak. Hospital ini dibuka selama 24 jam. Hospital ini menyediakan kemudahan ambulan untuk membawa pesakit dari kawasan mereka. Ada ketikanya helicopter juga digunakan untk membawa pesakit dari sesebuah kawasan. Kebiasaannya pesakit yang dating ke hospital ini ditemani oleh saudara mara tidak kurang daripada 10 orang. Mereka lebih yakin apabila ditemani oleh keluarga datang  untuk mendapatkan rawatan di hospital ini.

....sekian....dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

FLOria 2012 d' PUTrajaya.

 ...ALLAH AKBAR...

HARI ini aku nak tulis perkara yang bukan berkaitan tugas aku yang
biasa dalam hal video. Hari ini aku cuba untuk lari daripada
memperkatakan berkaitan video. Hari ini tanpa 
rancangan aku pi FLORIA 2012
di PUTRAJAYA.

 ...pintu gerbang...

Buah hati aku pujuk aku pi sana sebab dia nak beli bunga yang dia suka.
Nak taknak aku turut jer kemahuannya maklumlah kalau takde
dia sapelah lagi nak curahkan cinta kat aku , kan gitu?

 ....jualan selain bungan...

Sebenarnya aku tak minat sangat dengan suasana yang sibuk ni, tu sebab
jarang aku dijumpai sape2 kat tempat-tempat yang sibuk macam tu.
Tapi aku turutkan gak, dengan niat yang ikhlas, bukan 
terpaksa.....

 .....sibuk sangat...tak suka...tak suka...

Sampai sana memang ramai sangat orang kat sana, macam-macam rupa macam-
macam penampilan. Kami pi masuk khemah yang mempamerkan 
pelbagai hiasan bunga. Aku cuba rakam foto tapi macam 
tak cantik jer....bukan bunga tu, tapi foto
yang aku rakam tu, maklumlah
kamera handphone.
Tu sebab ada rakan sekerja taknak aku rakam ngan kamera handphone,
dia suka rakam fotonya dengan kamera yang besar-besar jer,
kamera handphone tak main ler...opst! itu
andaian aku jerrr....maaf...

 .....ni lagi...

Setelah puas jalan kat dalam khemah bertutup yang sejuk tu, kami pun
keluar menuju tempat gerai-gerai jual bungaan. Kasih hati aku
tu beli 3 pokok bunga orkid dalam pasu dan juga
bajanya sekali...Selesai jer
kami terus gerak...

 ....cantik ker....?

Aku bersyukur gak kekasih hati aku tu taknak lama-lama jugak
kat tempat tu...

 ...bunga-bunga...

Sebenarnya kami tak merayau jauh pun tapi hanya gerai gerai bungaan kat sekitar tu
jer....gerai-gerai lain tak pi pun...

 ....orkid...

Tu lah pompuan kan....mesti suka sangat ngan bunga-bunga ni...tapi 
aku sikit pun tak tersentuh dengan kecantikan bunga-bunga
ni....
...bunga lagi...

Bila sampai ke kereta, aku rasa lega sangat kerana terlepas daripada
suasana sibuk yang aku tak suka sangat walaupun bukanlah
sesibuk mana sangat pun......

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Thursday, July 5, 2012

siBUK SAngat sebeLUM TIba deTIK RAMAdhan...



Sebelum tiba bulan RAMADHAN ni kami agak sibuk dengan rakaman video di sana sini.
Tugas yang paling banyak ialah rakaman  video PROGRAM UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS. Kami merakam semua
aktiviti pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.
Lokasi program berkenaan agak banyak

1 JULAI 2012, aku dan sdr. RAMLI serta
SITI SURAYA membuat rakaman mobiliti pelajar di
PULAU CAREY SELANGOR. Kami merakam aktiviti mereka
di PERKAMPUNGAN BUDAYA KAUM MAH MERI. Banyak juga 
yang dirakamkan di sini termasuk persembahan tarian serta adat istiadat 
mereka yang lain.
4 JULAI - 8 JULAI pula sdr. HILMI BABA 'cover' rakaman video MOBILITI PELAJAR
di TAMAN NEGARA KUALA TAHAN PAHANG. Dia akan merakamkan aktiviti
pelajar dalam taman negara tersebut seperti melawat KAMPUNG
ORANG ASLI SUKU BATIK, CANOPY WALK, TRACKING
IKAN KELAH SANCTUARY dan BERKOH. Kami
mengharapkan bantuan dia kerana kami
mempunyai tugas lain di UKM BANGI.
Harap dia dapat bertugas
dengan selesa
di sana.

4 - 15 JULAI 2012 pula, sdr. SHAHRUL
dan WAFIY ditugaskan untuk membuat rakaman video
program MOBILITI PELAJAR di SABAH dan PULAU LANGKAWI.
Mereka akan pergi keserata tempat yang akan dikunjungi oleh pelajar yang
terlibat dalam program berkenaan. Yang paling utama mereka akan
bersama pelajar berkunjung ke hutan-hutan taman
negara yang wujud di lokasi-lakasi tersebut.
Harap mereka semua selesa dengan
tugas yang dipikul dan paling
penting moga mereka
selamat pergi dan
balik.

9 - 15 JULAI 2012 pula
sdr. KAMARUL BAHARIN dan YUNUS 
MISDI akan membuat rakaman video program
MOBILITI PELAJAR jugak di SARAWAK. Mereka akan pi
ke serata tempat di sana. Mereka akan merakamkan segala aktiviti
student di setiap lokasi yang dikunjungi. Harap mereka
juga dapat bertugas dengan selesa serta
mampu mendapatkan visual yang
menarik, berharap jugak
mereka semua
selamat.

Semua footage yang dirakam
oleh semua krew akan di edit dan akan
diyangkan semasa majlis penutup program berkenaan
pada 18 JULAI 2012 nanti. Moga dapat
visual-visual yang menarik daripada
semua krew yang bertanggung
jawab dan bededikasi
terbabit.

Selain dari pada kerja-kerja yang
tersebut, kami juga tidak ketinggalan melakukan
tugas yang menjadi kerja harian kami antaranya pada
5 JULAI 2012 sdr. RAMLI dan SITI SURAYA membuat rakaman
MOU antara UKM - MPOB di BILIK SENAT. 6 JULAI 2012 membuat rakaman
SYARAHAN PERDANA PROFESSOR di BILIK SENAT dengan
kerjasama sdr YUNUS MISDI. Harap mereka juga 
dapat melaksanakan tugas dengan baik dan
sempurna tanpa sebarang masalah.

9 JULAI pulak ada rakaman video
program anjuran FAKULTI PENDIDIKAN
mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 TENGAH HARI.
Sdr. HAJI RUHAIZAD telah diamanahkan untuk menyelesaikan
rakaman tersebut. 
14 - 17 JULAI 2012 pula sdr. RAMLI ADNAN dan HAJI RUHAIZAD
pula akan membuat rakamanan video ISTIADAT PENTAU-
LIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES di
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Harap mereka juga dapat
menjalankan tugas
tanpa sebarang
masalah.

18 JULAI 2012 pula kami akan membuat
rakaman video MCP Majlis Penutup Program Mobiliti
Pelajar yang akan dilangsungkan di PANGGUNG SENI DECTAR.
Aku bimbang dengan tugas ini kerana kami kekurangan krew dimana
sdr. SITI SURAYA dan JASRIL AMRY tiada dalam tugas
kerana menduduki peperiksaan perkhidmatan.
Sementara sdr. RAMLI dan HAJI IZAD
baru balik dari UUM dan tak
pasti sama ada mereka
boleh bertugas 
atau sebalik
nya.

Aku cuma ada satu pilihan
iaitu menggunakan bantuan daripada
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI dan juga
krew bantuan yang ada. Namun melalui sejarah
sebelum ini, kami amat sukar untuk mendapatkan khidmat
bantuan daripada krew jabatan lain semasa waktu pejabat. Mereka
pun mempunyai tugas mereka sendiri di jabatan masing
masing dan tentu sekali tidak boleh diganggu.
Satu pilihan yang tinggal ialah aku
terpaksa berharap kepada
bantuan PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI. Maka
timbul lagi satu persoalan, mampukah kami
melatih PELAJAR tersebut dalam beberapa hari ini
untuk menguasai PENERBITAN VIDEO MCP atau PENERBITAN
VIDEO KAMERA BERBILANG tersebut. Ermmmm..
yang ini aku serahkan pada ketentuan
MAHA PENCIPTA.

Berikutnya, kalau tiada apa-apa halangan
kami akan membuat penerbitan video RUMAH PERANGINAN
PERSEKUTUAN MORIB pada 19 JULAI 2012 nanti. Kami akan serahkan 
penerbitan tersebut kepada PELAJAR LATIHAN INDUSTRI. Kami 
akan beri panduan sahaja dalam tugas penerbitan tersebut.
Kalau rakaman tidak dapat disiapkan pada 19 JULAI tu
mungkin kami akan menginap kat rumah peranginan
tu selama semalam untuk selesaikan
'shooting' di sana. Harap
semuanya berjalan
lancar tanpa
halangan.

Akhir sekalai dalam bulan PUASA
sdr. HAJI ISMAIL kata ada satu lagi program
yang akan berlangsung di KULA SEPETANG yang
mungkin akan melibatkan kerja rakaman
video di sana. Apa-apapun akan
tunggu maklumat terbaru dari
HAJI ISMAIL. STUDENT LI
juga mungkin akan 
dilibatkan bersama.

SEKIAN dan terima kasih banyak kerana sudi membaca...

*credit to google images.
DAUDmontakzakaria

Monday, July 2, 2012

PENutup PERMata PERkasa

HARI ini kami membuat rakaman ENG Pertandingan Bolasepak Akhir RAMD
di STADIUM UKM. Sdr. KAMARUL, HAJI IZAD & SITI SURAYA
membuat rakaman program berkenaan. Program tersebut
dihadiri oleh SPBY DiPertuan Agung.
Ia berlangsung jam 9.00
pagi.

...majlis penutup...

WAKTU petang iaitu kira2 jam 3.30 petang kami membuat rakaman
majlis penutup KEM PERMATA PERKASA di Panggung
Seni DECTAR. Majlis penutup tersebut dilakukan
oleh DATIN PADUKA SERI ROSMAH
isteri PM. 

...krew, sebelum bertugas...

Bimbang krew tak cukup, aku cuma memasang 2 buah kamera video sahaja. 
Kebiasaannya waktu pejabat amat sukar untuk mendapatkan krew
 jurukamera. Walau bagaimanapun lebih kurang jam 3.00 ptg
 ada juga krew luar PENERBIT yang datang membantu.

....krew sebelum bertugas...

Mereka yang datang membantu ialah HIDAYAH, HJ. SULIMI, SHUKRI dari UKMKL
 dan Jamaluddin Salleh atau CHEF. Kami juga bernasib baik kerana akan
 dibantu oleh PELAJAR yang mendaftar untuk LATIHAN INDUSTRI
yang baru daftar di PENERBIT pagi hari ini, jika
kami tak cukup krew. Aku minta
SITI SURAYA memberi
sedikit maklumat
untuk mereka di STUDIO UKM.
Aku juga adak bernasib baik kerana SDR. SHAHRUL 
yang masih bercuti masih sanggup membantu kami. Cuti akhirnya ialah
hari ini. Program tersebut tamat lebih kurang jam 5.00 petang kut. Selepas
 berkemas kami pun bergerak pulang...
TERIMA KASIH BANYAK2 aku ucapkan kepada semua krew termasuk
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

DAUDmontakzakaria

Sunday, July 1, 2012

Mah Meri Pulau Carey

 .....perkampungan budaya Mah Meri di Pulau Carey...

HARI ini pergi ke PULAU CAREY untuk membuat rakaman video UKM- GLOBAL
STUDENTS MOBILITY PARTNERSHIPS di sana. Kami gerak lebih kurang
jam 8.00 pagi dari UKM. Aku pi ke sana dengan sdr. RAMLI ADNAN
dan SITI SURAYA.


 .....bangunan dalam perkampungan budaya...

Aku sebenarnya tak pernah sampaipun di PULAU CAREY tu, inilah pertama kali dan mungkin
taknak pegi lagi kut....gamaknya.....Aku bawa kete sendiri dan sdr. RAMLI jadi
penunjuk jalan kerana dia yang pernah tiba di sini sebelum ini. 
Aku memang seringkali pi BANTING tapi
tak tau pulak ada jalan ke pulau tu.
La ni kalau pi sorang pun
rasanya tak sesat
kut........

 ....foto dalam muzium mah meri kut...

Kami melalui jalan pi DENGKIL - dan sebelum sampai pekan Banting ada simpang 
masuk ke kanan, arah ke KELANG. Sebelum sampai KELANG ada simpang 
ke kiri ke PULAU CAREY.Kami singgah sebentar di jambatan yang
 menghubungkan PULAU CAREY dengan tanah
 besar SELANGOR. 

 ....foto...

Aku sebenarnya bertujuan untuk membuat dokumentari berkaitan MAH MERI di PULAU CAREY.DOKUMENTARI secara umum jer, yang boleh memberi sedikit informasi
 berkaitan Mah Meri. Tiba di perkampungan BUMBUN iaitu perkampungan 
budaya MAH MERI tu, kami rakamkan perkampungan 
tersebut termasuk sekolah.

 ....dalam bangunan pameran...

Bila pelajar tiba dengan bas UKM kami masuk ke perkampungan budaya berkenaan.
Aku terus merakamkan apa yang aku perlukan untuk dokumentari aku
sementara SITI SURAYA membuat rakaman aktiviti
pelajar yang 'involve' dalam program 
berkenaan.

 .....bilik pameran...

Aku cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang aku perlukan, daripada seorang
yang memang mahir kerana dia pun daripada kaum berkenaan. Maklumat yang lain
aku dapatkan daripada bahan-bahan yang dipamerkan dalam bilik pameran.

 ....tamat...

Diperkampungan Budaya tu kami dipertontonkan dengan tarian Mah Meri dan juga upacara 
perkahwinan suku kaum berkenaan. Proses perkahwinan mereka lebih kurang
sama dengan orang Melayu Biasa. Ada proses 'merisik', menghantar 'tanda'
dan akhirnya majlis perkahwinan. Bapa tak boleh jadi wali
tapi pakcik-pakcik jer yang boleh menjadi wali.
Biasanya majlis kenduri dijalankan selama 3 hari dan dua malam. Hanya 
rumah pengantin pompuan jer biasanya mengadakan kenduri. Rumah pengantin lelaki
pun boleh jugak mengadakan majlis kenduri tersebut. Kalau tak silap aku apa yang dipertontonkan kali ini tidak berapa 'detail' sebagaimana yang aku tonton 
dalam video program yg dirakam di tahun-tahun  sebelum ini.
Dalam bahasa yang tidak berlapik, kali ini
langsung tak menarik!

....masjid sungai rambai...

Nampaknya aku terpaksa bergantung kepada video-video yang lalu untuk 'complete' kan 
dokumentari video berkenaan. Namun aku yakin penuh, InsyaALLAH...
aku boleh siapkan video tersebut dengan sempurna walaupun
mungkin TIDAK MENARIK mana punnnnnn...
Di sana juga aku dapat rakamkan RUMAH NENEK MOYANG MAH MERI. Rumah nenek
moyang merupakan rumah dimana bermulanya nenek moyang  Mah Meri
mula bertapak di sesuatu tempat. Ia dianggap amat penting dalam
 komuniti berkenaan. Rumah nenek moyang ini amat penting 
bagi kaum ini yg tujuannya untuk melakukan 
pelbagai upacara pemujaan...hinggakan menang nombor
ekor pun di sambut. 
Kami juga berpeluang membuat rakaman pengukir patung yang telah diiktiraf
oleh dunia. Harga ukiran tersebut ialah antara RM 1500 hingga RM 3000 setiap ukiran patung
Kami juga cuba merakamkan MAHLIGAI itu rumah upacara yang terdapat di tepi pantai,
namun ia tidak dijumpai, mungkin dah pindah. Walau bagaimanapun aku sempat
merakam pantai yang tak menarik sangat. Aku akan muatkan juga dalam 
dokumentari nanti. Selain daripada itu kami juga sempat 
rakam ladang kelapa sawit dan sebagainya yang
juga akan dimuatkan dalam 
dokumentari nanti.
Bila selesai semua, kami bergerak pulang. Singgah di sebuah masjid untuk langsaikan 
solat ZOHOR. Walau apa sekali pun, solat mesti ditunaikan. Siapalah kita
jika tidak mendirikan solat. Apa yang kita punyai
kalau tidak bersolat. ROH, JASAD dan SEGALANYA cuma pinjaman.....bukan begitu.
Tiba di UKM jam dah menunjukkan angka 5.00 petang lebih kurang....
....tamat satu lagi lipatan sejarah yang akan disimpan dalam
arkib ingatan....
.....sekian kerana sudi membaca.......
DAUDmontakzakaria.

Saturday, June 30, 2012

Persiapan teknikal untuk bolasepak akhir

TUGAS kami hari ni 30 JUN 2012
ialah membuat pemasangan LCD TV dibilik rehat SPBYD Agung yang akan turut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak RAMD di Stadium UKM pada 2 JUN 2012 nanti. Kami cuma menyediakan LCD TV untuk tuanku menonton permainan Brass Band tentera semasa waktu rehat separuh masa dalam pertandingan bolasepak tu nanti. Acara ini sebanarnya mungkin setiap tahun dijalankan di Stadium UKM. Tugas pemasangan tersebut telah selesai...


 .....tentera punyer...

 ....bilik rehat tuanku...

 Ramli Adnan & Haji Ruhaizad....

.....Siti Suraya....

ESOK pagi Ahad pulak aku, Ramli dan Siti Suraya pula akan ke Pulau Carey Kelang untuk membuat rakaman UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITI di KAMPUNG BUDAYA SUKU KAUM MAHMERI di sana. Aku akan membuat penerbitan dokumentari berkaitan Suku Kaum Mahmeri tersebut secara umum. Siap nanti aku akan 'upload' ke YOUTUBE'....Kami akan bergerak ke PULAU CAREY jam 8.00 pagi. Nampaknya minggu ni aku dan krew tiada cuti hujung minggu...
Hari Isnin kami akan membuat rakaman pertandingan bolasepak akhir RAMD di Stadium UKM. Waktu petang pula iaitu jam 3.00 petang kami akan membuat rakaman MCP Penutup Perkasa Permata yang akan dihadiri oleh ISTERI PERDANA MENTERI. Memang sibuk betul kami bulan ni. Apa nak buat, dah tugas kan...kan...kan...
...tu jer ler...letih nak tulis...maklumlah letih......apa2 pun terima kasih sebab membaca...
DAUDmontakzakaria.