Saturday, July 7, 2012

SKrip MAh MEri.

*credit untuk google images.

HARI ini jugak sempat aku merombak kembali SKRIP masyarakat MAH MERI yang telah
aku tulis sebelum ini. Sebelum ini memang skrip tu dah siap namun selepas
berkunjung ke PULAU CAREY pada 1 JULAI 2012 lalu
aku ambil keputusan untuk merombak kembali
skrip berkenaan.
Di bawah ini adalah skrip tersebut. Ini bukan bermakna ia tidak akan
dirombak kembali, mungkin dalam masa terdekat akan
dirombak untuk kali yang terakhir. Itulah
yang dinamakan skrip, ia akan
dirombak beberapa
kali hingga
puashati.


Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 200 ribu orang asli yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Daripada tiga kumpulan ini orang asli terbahagi kepada 18 sub etnik yang berdasarkan kepada bahasa dan adat resam.

Pulau Carey terletak dalam daerah Kuala Langat Selangor. Ia mempunyai keluasan 32 ribu ekar iaitu kira-kira 1/5  pulau Singapura. Pulau carey dipisahkan dari tanah besar oleh Sungai Langat. Sebuah jambatan di Teluk Panglima Garang merupakan jalan penghubung ke Pulau Carey. Pulau Carey mengambil nama sempena nama Valentine Carey seorang pegawai Inggeris di zaman penjajah.
Sekarang, hampir keseluruhan Pulau Carey diliputi ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation.

Pulau Carey didiami oleh orang asli daripada suku Mah Meri. Terdapat lebih kurang 1,400 orang daripada suku ini tinggal di lima buah kampung di sini. Kaum ini diberi pelbagai kemudahan termasuk sekolah. Keadaan kampung mereka lebih kurang sama dengan kampung-kampung yang terdapat di tempat lain.

Sekarang, di Kampung Bumbun iaitu salah sebuah kampung masyarakat Mah Meri, terdapat perkampungan budaya Mah Meri. Ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Ia ditutup pada hari Isnin. Pelancong boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan Mah Meri di perkampungan budaya ini. Di perkampungan budaya ini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan masyarakat Mah Meri.

Suku kaum Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Masyarakat Mah Meri mengadakan upacara-upacara di rumah yang dinamakan Rumah Moyang yang terdapat di sini. Di sinilah mereka mengadakan upacara-upacara pemujaan. Di antara tujuan mereka masuk ke rumah moyang ini ialah untuk memohon sesuatu. Suku kaum Mah Meri percaya rumah moyang merupakan tempat bermulanya nenek moyang mereka bertapak. Mereka juga mempercayaai bahawa roh nenek moyang merekalah yang menjaga kesejahteraan kampung yang mereka diami. Terdapat ukiran-ukiran patung di luar rumah moyang kaum Mah Meri ini.

Dalam adat perkahwinan, suku Mah Meri mempunyai adat yang tidak jauh berbeza denagn orang Melayu. Dalam suku kaum Mah Meri terdapat  adat merisik, menghantar tanda dan majlis perkahwinan. Namun dalam adat perkahwinan mereka, wali merupakan bapa saudara. Bapa tidak boleh menjadi wali dalam adat perkahwinan mereka.

Dalam majlis persandingan masyarakat Mah Meri, pengantin dipakaikan dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kayu terap. Segala upacara persandingan pasangan akan diketuai oleh Tok Batin masyarakat tersebut.

Selepas upacara persandingan pasangan pengantin dikehendaki mengelilingi gunung sebanyak 7 kali sebagai bukti kesetiaan pasangan untuk menempuh dugaan dalam kehidupan mereka.

Dalam upacara perkahwinan Mah Meri juga terdapat upacara mandi bersama yang boleh disertai oleh lima orang ahli keluarga. Upacara ini adalah sebagai simbolik bahawa pasangan sanggup bersusah senang bersama dalam menempuh laluan kehidupan.
Majlis keramaian majlis perkahwinan suku Mah Meri ini berlangsung selama tiga hari dua malam di rumah penganti perempuan.

Seterusnya, masyarakat Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey ini terkenal dengan seni kraftangan mereka yang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kraftangan yang dihasilkan adalah dalam bentuk anyaman dan ukiran kayu. Dalam masyarakat ini anyaman merupakan satu perkara yang mesti ada. Anyaman-anyaman daun nipah akan ditemui di mana-mana saja dalam masyarakat Mah Meri antaranya dalam
majlis perkahwinan, persembahan kebudyaan dan sebagainya.

Di Kampung Bumbun ini terdapat beberapa bengkel membuat ukiran kayu. Bengkel-bengkel
ini dimiliki oleh individu yang mendiami perkampungan ini. Ukiran-ukiran mereka mendapat perhatian pelancong-pelancong luar. Ukiran-ukiran tersebut adalah terdiri daripada topeng-topeng dan patung-patung. Menurut pengukir ini, dia mewarisi seni ukiran ini daripada bapanya. Menurutnya lagi sebuah ukiran mampu disiapkan dalam masa sebulan. Sebuah ukiran boleh dijual dengan harga diantara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit Malaysia sebuah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui pelbagai perkara berkaitan orang asli di Semenanjung Malaysia, boleh berkunjung ke Muzium orang Asli di Gombak. Muzium ini terletak lebih kurang 20 kilometer  dari Kuala Lumpur. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifek orang asli sehingga yang berusia lebih daripada 600 tahun.
Di muzium ini pelawat akan dapat mengetahui segala perkara berkaitan orang asli iaitu asal-usul, kesenian, pakaian, alat muzik, alat untuk pertanian, perangkap serta ubatan tradisional orang asli.

Terdapat juga sebuah hospital orang asli di Gombak. Hospital ini dibuka selama 24 jam. Hospital ini menyediakan kemudahan ambulan untuk membawa pesakit dari kawasan mereka. Ada ketikanya helicopter juga digunakan untk membawa pesakit dari sesebuah kawasan. Kebiasaannya pesakit yang dating ke hospital ini ditemani oleh saudara mara tidak kurang daripada 10 orang. Mereka lebih yakin apabila ditemani oleh keluarga datang  untuk mendapatkan rawatan di hospital ini.

....sekian....dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

FLOria 2012 d' PUTrajaya.

 ...ALLAH AKBAR...

HARI ini aku nak tulis perkara yang bukan berkaitan tugas aku yang
biasa dalam hal video. Hari ini aku cuba untuk lari daripada
memperkatakan berkaitan video. Hari ini tanpa 
rancangan aku pi FLORIA 2012
di PUTRAJAYA.

 ...pintu gerbang...

Buah hati aku pujuk aku pi sana sebab dia nak beli bunga yang dia suka.
Nak taknak aku turut jer kemahuannya maklumlah kalau takde
dia sapelah lagi nak curahkan cinta kat aku , kan gitu?

 ....jualan selain bungan...

Sebenarnya aku tak minat sangat dengan suasana yang sibuk ni, tu sebab
jarang aku dijumpai sape2 kat tempat-tempat yang sibuk macam tu.
Tapi aku turutkan gak, dengan niat yang ikhlas, bukan 
terpaksa.....

 .....sibuk sangat...tak suka...tak suka...

Sampai sana memang ramai sangat orang kat sana, macam-macam rupa macam-
macam penampilan. Kami pi masuk khemah yang mempamerkan 
pelbagai hiasan bunga. Aku cuba rakam foto tapi macam 
tak cantik jer....bukan bunga tu, tapi foto
yang aku rakam tu, maklumlah
kamera handphone.
Tu sebab ada rakan sekerja taknak aku rakam ngan kamera handphone,
dia suka rakam fotonya dengan kamera yang besar-besar jer,
kamera handphone tak main ler...opst! itu
andaian aku jerrr....maaf...

 .....ni lagi...

Setelah puas jalan kat dalam khemah bertutup yang sejuk tu, kami pun
keluar menuju tempat gerai-gerai jual bungaan. Kasih hati aku
tu beli 3 pokok bunga orkid dalam pasu dan juga
bajanya sekali...Selesai jer
kami terus gerak...

 ....cantik ker....?

Aku bersyukur gak kekasih hati aku tu taknak lama-lama jugak
kat tempat tu...

 ...bunga-bunga...

Sebenarnya kami tak merayau jauh pun tapi hanya gerai gerai bungaan kat sekitar tu
jer....gerai-gerai lain tak pi pun...

 ....orkid...

Tu lah pompuan kan....mesti suka sangat ngan bunga-bunga ni...tapi 
aku sikit pun tak tersentuh dengan kecantikan bunga-bunga
ni....
...bunga lagi...

Bila sampai ke kereta, aku rasa lega sangat kerana terlepas daripada
suasana sibuk yang aku tak suka sangat walaupun bukanlah
sesibuk mana sangat pun......

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Thursday, July 5, 2012

siBUK SAngat sebeLUM TIba deTIK RAMAdhan...



Sebelum tiba bulan RAMADHAN ni kami agak sibuk dengan rakaman video di sana sini.
Tugas yang paling banyak ialah rakaman  video PROGRAM UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS. Kami merakam semua
aktiviti pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.
Lokasi program berkenaan agak banyak

1 JULAI 2012, aku dan sdr. RAMLI serta
SITI SURAYA membuat rakaman mobiliti pelajar di
PULAU CAREY SELANGOR. Kami merakam aktiviti mereka
di PERKAMPUNGAN BUDAYA KAUM MAH MERI. Banyak juga 
yang dirakamkan di sini termasuk persembahan tarian serta adat istiadat 
mereka yang lain.
4 JULAI - 8 JULAI pula sdr. HILMI BABA 'cover' rakaman video MOBILITI PELAJAR
di TAMAN NEGARA KUALA TAHAN PAHANG. Dia akan merakamkan aktiviti
pelajar dalam taman negara tersebut seperti melawat KAMPUNG
ORANG ASLI SUKU BATIK, CANOPY WALK, TRACKING
IKAN KELAH SANCTUARY dan BERKOH. Kami
mengharapkan bantuan dia kerana kami
mempunyai tugas lain di UKM BANGI.
Harap dia dapat bertugas
dengan selesa
di sana.

4 - 15 JULAI 2012 pula, sdr. SHAHRUL
dan WAFIY ditugaskan untuk membuat rakaman video
program MOBILITI PELAJAR di SABAH dan PULAU LANGKAWI.
Mereka akan pergi keserata tempat yang akan dikunjungi oleh pelajar yang
terlibat dalam program berkenaan. Yang paling utama mereka akan
bersama pelajar berkunjung ke hutan-hutan taman
negara yang wujud di lokasi-lakasi tersebut.
Harap mereka semua selesa dengan
tugas yang dipikul dan paling
penting moga mereka
selamat pergi dan
balik.

9 - 15 JULAI 2012 pula
sdr. KAMARUL BAHARIN dan YUNUS 
MISDI akan membuat rakaman video program
MOBILITI PELAJAR jugak di SARAWAK. Mereka akan pi
ke serata tempat di sana. Mereka akan merakamkan segala aktiviti
student di setiap lokasi yang dikunjungi. Harap mereka
juga dapat bertugas dengan selesa serta
mampu mendapatkan visual yang
menarik, berharap jugak
mereka semua
selamat.

Semua footage yang dirakam
oleh semua krew akan di edit dan akan
diyangkan semasa majlis penutup program berkenaan
pada 18 JULAI 2012 nanti. Moga dapat
visual-visual yang menarik daripada
semua krew yang bertanggung
jawab dan bededikasi
terbabit.

Selain dari pada kerja-kerja yang
tersebut, kami juga tidak ketinggalan melakukan
tugas yang menjadi kerja harian kami antaranya pada
5 JULAI 2012 sdr. RAMLI dan SITI SURAYA membuat rakaman
MOU antara UKM - MPOB di BILIK SENAT. 6 JULAI 2012 membuat rakaman
SYARAHAN PERDANA PROFESSOR di BILIK SENAT dengan
kerjasama sdr YUNUS MISDI. Harap mereka juga 
dapat melaksanakan tugas dengan baik dan
sempurna tanpa sebarang masalah.

9 JULAI pulak ada rakaman video
program anjuran FAKULTI PENDIDIKAN
mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 TENGAH HARI.
Sdr. HAJI RUHAIZAD telah diamanahkan untuk menyelesaikan
rakaman tersebut. 
14 - 17 JULAI 2012 pula sdr. RAMLI ADNAN dan HAJI RUHAIZAD
pula akan membuat rakamanan video ISTIADAT PENTAU-
LIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES di
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Harap mereka juga dapat
menjalankan tugas
tanpa sebarang
masalah.

18 JULAI 2012 pula kami akan membuat
rakaman video MCP Majlis Penutup Program Mobiliti
Pelajar yang akan dilangsungkan di PANGGUNG SENI DECTAR.
Aku bimbang dengan tugas ini kerana kami kekurangan krew dimana
sdr. SITI SURAYA dan JASRIL AMRY tiada dalam tugas
kerana menduduki peperiksaan perkhidmatan.
Sementara sdr. RAMLI dan HAJI IZAD
baru balik dari UUM dan tak
pasti sama ada mereka
boleh bertugas 
atau sebalik
nya.

Aku cuma ada satu pilihan
iaitu menggunakan bantuan daripada
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI dan juga
krew bantuan yang ada. Namun melalui sejarah
sebelum ini, kami amat sukar untuk mendapatkan khidmat
bantuan daripada krew jabatan lain semasa waktu pejabat. Mereka
pun mempunyai tugas mereka sendiri di jabatan masing
masing dan tentu sekali tidak boleh diganggu.
Satu pilihan yang tinggal ialah aku
terpaksa berharap kepada
bantuan PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI. Maka
timbul lagi satu persoalan, mampukah kami
melatih PELAJAR tersebut dalam beberapa hari ini
untuk menguasai PENERBITAN VIDEO MCP atau PENERBITAN
VIDEO KAMERA BERBILANG tersebut. Ermmmm..
yang ini aku serahkan pada ketentuan
MAHA PENCIPTA.

Berikutnya, kalau tiada apa-apa halangan
kami akan membuat penerbitan video RUMAH PERANGINAN
PERSEKUTUAN MORIB pada 19 JULAI 2012 nanti. Kami akan serahkan 
penerbitan tersebut kepada PELAJAR LATIHAN INDUSTRI. Kami 
akan beri panduan sahaja dalam tugas penerbitan tersebut.
Kalau rakaman tidak dapat disiapkan pada 19 JULAI tu
mungkin kami akan menginap kat rumah peranginan
tu selama semalam untuk selesaikan
'shooting' di sana. Harap
semuanya berjalan
lancar tanpa
halangan.

Akhir sekalai dalam bulan PUASA
sdr. HAJI ISMAIL kata ada satu lagi program
yang akan berlangsung di KULA SEPETANG yang
mungkin akan melibatkan kerja rakaman
video di sana. Apa-apapun akan
tunggu maklumat terbaru dari
HAJI ISMAIL. STUDENT LI
juga mungkin akan 
dilibatkan bersama.

SEKIAN dan terima kasih banyak kerana sudi membaca...

*credit to google images.
DAUDmontakzakaria

Monday, July 2, 2012

PENutup PERMata PERkasa

HARI ini kami membuat rakaman ENG Pertandingan Bolasepak Akhir RAMD
di STADIUM UKM. Sdr. KAMARUL, HAJI IZAD & SITI SURAYA
membuat rakaman program berkenaan. Program tersebut
dihadiri oleh SPBY DiPertuan Agung.
Ia berlangsung jam 9.00
pagi.

...majlis penutup...

WAKTU petang iaitu kira2 jam 3.30 petang kami membuat rakaman
majlis penutup KEM PERMATA PERKASA di Panggung
Seni DECTAR. Majlis penutup tersebut dilakukan
oleh DATIN PADUKA SERI ROSMAH
isteri PM. 

...krew, sebelum bertugas...

Bimbang krew tak cukup, aku cuma memasang 2 buah kamera video sahaja. 
Kebiasaannya waktu pejabat amat sukar untuk mendapatkan krew
 jurukamera. Walau bagaimanapun lebih kurang jam 3.00 ptg
 ada juga krew luar PENERBIT yang datang membantu.

....krew sebelum bertugas...

Mereka yang datang membantu ialah HIDAYAH, HJ. SULIMI, SHUKRI dari UKMKL
 dan Jamaluddin Salleh atau CHEF. Kami juga bernasib baik kerana akan
 dibantu oleh PELAJAR yang mendaftar untuk LATIHAN INDUSTRI
yang baru daftar di PENERBIT pagi hari ini, jika
kami tak cukup krew. Aku minta
SITI SURAYA memberi
sedikit maklumat
untuk mereka di STUDIO UKM.
Aku juga adak bernasib baik kerana SDR. SHAHRUL 
yang masih bercuti masih sanggup membantu kami. Cuti akhirnya ialah
hari ini. Program tersebut tamat lebih kurang jam 5.00 petang kut. Selepas
 berkemas kami pun bergerak pulang...
TERIMA KASIH BANYAK2 aku ucapkan kepada semua krew termasuk
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

DAUDmontakzakaria

Sunday, July 1, 2012

Mah Meri Pulau Carey

 .....perkampungan budaya Mah Meri di Pulau Carey...

HARI ini pergi ke PULAU CAREY untuk membuat rakaman video UKM- GLOBAL
STUDENTS MOBILITY PARTNERSHIPS di sana. Kami gerak lebih kurang
jam 8.00 pagi dari UKM. Aku pi ke sana dengan sdr. RAMLI ADNAN
dan SITI SURAYA.


 .....bangunan dalam perkampungan budaya...

Aku sebenarnya tak pernah sampaipun di PULAU CAREY tu, inilah pertama kali dan mungkin
taknak pegi lagi kut....gamaknya.....Aku bawa kete sendiri dan sdr. RAMLI jadi
penunjuk jalan kerana dia yang pernah tiba di sini sebelum ini. 
Aku memang seringkali pi BANTING tapi
tak tau pulak ada jalan ke pulau tu.
La ni kalau pi sorang pun
rasanya tak sesat
kut........

 ....foto dalam muzium mah meri kut...

Kami melalui jalan pi DENGKIL - dan sebelum sampai pekan Banting ada simpang 
masuk ke kanan, arah ke KELANG. Sebelum sampai KELANG ada simpang 
ke kiri ke PULAU CAREY.Kami singgah sebentar di jambatan yang
 menghubungkan PULAU CAREY dengan tanah
 besar SELANGOR. 

 ....foto...

Aku sebenarnya bertujuan untuk membuat dokumentari berkaitan MAH MERI di PULAU CAREY.DOKUMENTARI secara umum jer, yang boleh memberi sedikit informasi
 berkaitan Mah Meri. Tiba di perkampungan BUMBUN iaitu perkampungan 
budaya MAH MERI tu, kami rakamkan perkampungan 
tersebut termasuk sekolah.

 ....dalam bangunan pameran...

Bila pelajar tiba dengan bas UKM kami masuk ke perkampungan budaya berkenaan.
Aku terus merakamkan apa yang aku perlukan untuk dokumentari aku
sementara SITI SURAYA membuat rakaman aktiviti
pelajar yang 'involve' dalam program 
berkenaan.

 .....bilik pameran...

Aku cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang aku perlukan, daripada seorang
yang memang mahir kerana dia pun daripada kaum berkenaan. Maklumat yang lain
aku dapatkan daripada bahan-bahan yang dipamerkan dalam bilik pameran.

 ....tamat...

Diperkampungan Budaya tu kami dipertontonkan dengan tarian Mah Meri dan juga upacara 
perkahwinan suku kaum berkenaan. Proses perkahwinan mereka lebih kurang
sama dengan orang Melayu Biasa. Ada proses 'merisik', menghantar 'tanda'
dan akhirnya majlis perkahwinan. Bapa tak boleh jadi wali
tapi pakcik-pakcik jer yang boleh menjadi wali.
Biasanya majlis kenduri dijalankan selama 3 hari dan dua malam. Hanya 
rumah pengantin pompuan jer biasanya mengadakan kenduri. Rumah pengantin lelaki
pun boleh jugak mengadakan majlis kenduri tersebut. Kalau tak silap aku apa yang dipertontonkan kali ini tidak berapa 'detail' sebagaimana yang aku tonton 
dalam video program yg dirakam di tahun-tahun  sebelum ini.
Dalam bahasa yang tidak berlapik, kali ini
langsung tak menarik!

....masjid sungai rambai...

Nampaknya aku terpaksa bergantung kepada video-video yang lalu untuk 'complete' kan 
dokumentari video berkenaan. Namun aku yakin penuh, InsyaALLAH...
aku boleh siapkan video tersebut dengan sempurna walaupun
mungkin TIDAK MENARIK mana punnnnnn...
Di sana juga aku dapat rakamkan RUMAH NENEK MOYANG MAH MERI. Rumah nenek
moyang merupakan rumah dimana bermulanya nenek moyang  Mah Meri
mula bertapak di sesuatu tempat. Ia dianggap amat penting dalam
 komuniti berkenaan. Rumah nenek moyang ini amat penting 
bagi kaum ini yg tujuannya untuk melakukan 
pelbagai upacara pemujaan...hinggakan menang nombor
ekor pun di sambut. 
Kami juga berpeluang membuat rakaman pengukir patung yang telah diiktiraf
oleh dunia. Harga ukiran tersebut ialah antara RM 1500 hingga RM 3000 setiap ukiran patung
Kami juga cuba merakamkan MAHLIGAI itu rumah upacara yang terdapat di tepi pantai,
namun ia tidak dijumpai, mungkin dah pindah. Walau bagaimanapun aku sempat
merakam pantai yang tak menarik sangat. Aku akan muatkan juga dalam 
dokumentari nanti. Selain daripada itu kami juga sempat 
rakam ladang kelapa sawit dan sebagainya yang
juga akan dimuatkan dalam 
dokumentari nanti.
Bila selesai semua, kami bergerak pulang. Singgah di sebuah masjid untuk langsaikan 
solat ZOHOR. Walau apa sekali pun, solat mesti ditunaikan. Siapalah kita
jika tidak mendirikan solat. Apa yang kita punyai
kalau tidak bersolat. ROH, JASAD dan SEGALANYA cuma pinjaman.....bukan begitu.
Tiba di UKM jam dah menunjukkan angka 5.00 petang lebih kurang....
....tamat satu lagi lipatan sejarah yang akan disimpan dalam
arkib ingatan....
.....sekian kerana sudi membaca.......
DAUDmontakzakaria.

Saturday, June 30, 2012

Persiapan teknikal untuk bolasepak akhir

TUGAS kami hari ni 30 JUN 2012
ialah membuat pemasangan LCD TV dibilik rehat SPBYD Agung yang akan turut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak RAMD di Stadium UKM pada 2 JUN 2012 nanti. Kami cuma menyediakan LCD TV untuk tuanku menonton permainan Brass Band tentera semasa waktu rehat separuh masa dalam pertandingan bolasepak tu nanti. Acara ini sebanarnya mungkin setiap tahun dijalankan di Stadium UKM. Tugas pemasangan tersebut telah selesai...


 .....tentera punyer...

 ....bilik rehat tuanku...

 Ramli Adnan & Haji Ruhaizad....

.....Siti Suraya....

ESOK pagi Ahad pulak aku, Ramli dan Siti Suraya pula akan ke Pulau Carey Kelang untuk membuat rakaman UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITI di KAMPUNG BUDAYA SUKU KAUM MAHMERI di sana. Aku akan membuat penerbitan dokumentari berkaitan Suku Kaum Mahmeri tersebut secara umum. Siap nanti aku akan 'upload' ke YOUTUBE'....Kami akan bergerak ke PULAU CAREY jam 8.00 pagi. Nampaknya minggu ni aku dan krew tiada cuti hujung minggu...
Hari Isnin kami akan membuat rakaman pertandingan bolasepak akhir RAMD di Stadium UKM. Waktu petang pula iaitu jam 3.00 petang kami akan membuat rakaman MCP Penutup Perkasa Permata yang akan dihadiri oleh ISTERI PERDANA MENTERI. Memang sibuk betul kami bulan ni. Apa nak buat, dah tugas kan...kan...kan...
...tu jer ler...letih nak tulis...maklumlah letih......apa2 pun terima kasih sebab membaca...
DAUDmontakzakaria.

Friday, June 29, 2012

DINner FAKULti KEJuruTEraaAN

DINNER FAKULTI KEJUT.

 ....sebelum bertugas, makan dulu....

Petang ini jam 4.00, kami akan bergerak ke NILAI SPRING untuk membuat rakaman Makan Malam Fakulti Kejuruteraan di sana. Pihak fakulti telah lama hantar surat ke PENERBIT UKM, mohon membuat rakaman MCP program berkenaan.

 ....tumpuan penuh....

Sebenarnya atas rasa ingin membantu rakan kami yang merupakan salah seorang(sebenornya dua orang) krew MCP kami, maka kami rasa terpanggil untuk memenuhi permintaannya, membuat rakaman MCP majlis tersebut.......

 ....buy one free one....

Agak banyak gak peralatan yang kami perlu bawa, maklumlah rakaman MCP, lainlah kalau rakaman SCP yang menggunakan hanya sebuah kamera jer....eh! yer ker...salah gak, dalam rakaman scp pun perlu peralatan video yang banyak, kalau tak percaya cubalah tengok 'production house' buat drama....

 ....ball room di nilai spring...

Kami akan membawa 3 buah kamera video beserta peralatan yang berkaitan dengan kerja-kerja MCP...namun tidaklah secanggih OB VAN yang dipunyai syarikat2 rakaman yang besar-besar, kami cuma kecil-kecilan jer....Apa-apapun kami berharap dapat menjalankan tugas dengan lancar tanpa sebarang masalah...

.......masa program berlangsung....

Kami bergerak ke NILAI SPRING jam 4.00 petang. Sdr. Kamarul, Siti Suraya dan Arenim naik kete UKM yang turut membawa peralatan kami. Aku ngan sdr. Ramli pegi ngan kete aku...Sebenarnya aku baru sekali ni jer tiba di NILAI SPRING walaupun ia tak jauh pun dari kediaman aku.
Sebaik tiba kami terus memasang peralatan di BALL ROOM. Selesai memasang peralatan kami pun pi makan di lokasi yang diberitau oleh pihak urus setia.
Jam 8.00malam lebih kami mula membuat rakaman. Agak malang...dua daripada 4 walkie talkie tidak boleh digunakan. Rasanya dah sampai masanya walkie talkie ni di tukar baru, nak bagi tau KETUA BAHAGIAN ni.....Oleh kerana tidak menggunakan walkie talkie maka terpaksalah otai-otai yang mengendalikan kamera sementara yang bukan otai (suraya & arenim) duduk mengawal alat rakaman dan switcher.
Peringkat awal mungkin ada masalah sikit, mungkin rakaman 'koyak' sebab 'recorder' berhenti tiba-tiba...
Wah! awal rakaman gak visual selalu kene block oleh orang yang lalu-lalang....entahlah apa jadi dengan bahan rakaman. LCD pulak tak berapa jelas namun visual kat monitor agak jelas dan terang.
Rakaman kami tamat hampir jam 11.30 malam. Selepas kemas terus balik UKM.
TERIMA KASIH BANYAK kepada semua krew yang terlibat iaitu KAMARUL BAHARIN SUPAAT, RAMLI ADNAN, SITI SURAYA dan ARENIM... terima kasih jugak pada ENCIK PEMANDU UKM yang tolong membawa krew dan peralatan kami......sakit betul pinggang kami kerana terpaksa kendalikan kamera selama lebih kurang 3 jam tanpa sebarang duduk pun...ekekeke...
...tu jer ler....terima kasih sebab sudi membaca tulisan ni....


DAUDmontakzakaria

Thursday, June 28, 2012

VIDEO daerah larut matang- KUALA SEPETANG.


.....akhirnya siap gak video ni...walaupun tak cantik mana punnn...
o.k lah setakat nak tonton suka2....

AKHIRNYA aku dapat jugak siapkan penerbitan video WARISAN DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA. Nasib baik 'footage' video ni tak tersimpan 'SELAMA-lama' nya.
Sebenarnya 3 atau 4 hari jugak aku edit video ni hingga boleh
ditonton seperti ini. Sebenarnya 'footage' video ini
dirakam semasa bengkel VIDEO
DOKUMENTARI yang diadakan di KUALA SEPETANG PERAK 
antara tarikh 12 - 16 JUN lalu. 'Footage' ini dirakam dengan menggunakan 
kamera video PANASONIC. Maklumat untuk penulisan skrip aku kutip dari pelbagai
sumber seperti cerita pegawai perhutanan dan jugak daripada internet. Sebenarnya dalam menulis skrip
DOKUMENTARI kita mesti membuat penyelidikan sama ada dari sumber seperti buku,
suratkhabar, filem, majallah tv dan sebagainya lagi. Manusia jugak boleh dijadikan
sumber, malah apa saja yang boleh memberikan maklumat yang 'benar'
bukan maklumat yang 'kurang benar'. Perlu sumber yang
benar kerana video yang kita hasilkan
ialah video DOKUMENTARI
yang hanya memaparkan
kebenaran.
Dalam video ini aku ingin 
mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK
kepada peserta BENGKEL DOKUMENTARI iaitu HUDA
kerana telah berkongsi maklumat berkaitan perusahaan membuat kayu
arang. Dengan maklumat tersebut aku dapat mengembangkan idea tersebut
sebagaimana yang terdapat dalam video di atas. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih jugak
kepada rakan2 lain yang membantu dalam menerbitkan video ini. Nama-nama mereka ada tercatat dalam
'last credits' video tersebut. TERIMA KASIH BANYAK2 sekali lagi untuk semua yang terlibat.

Selepas ini aku akan menyambung
 kembali penyuntingan video untuk JABATAN PEMBANGUNAN
dan PENYELENGGARAAN UKM iaitu video LOJI PENGHAWA DINGIN LINGKUNGAN - 
LINGKARAN 2 UKM. Dah agak lama dah video tersebut iaitu lebih daripada setahun termasuk proses rakaman
perkembangan pembinaan projek tersebut. Rombakan skrip telah jugak dilakukan atas permintaan
pelanggan kerana skrip yang lama lebih kepada teknikal serta sukar
untuk difahami oleh penonton awam yang terdiri
daripada masyarakat umum.
Tak tau bila nak mula kembali penyuntingannya sebab 
minggu ini dan minggu depan kami sibuk dengan rakaman video pelbagai
program dan yang paling lama ialah program UKM-GLOBAL STUDENTS MOBILITY
yang akan berlangsung dari 29 JUN - 18 JULAI 2012.  Dalam program ini kami akan membuat rakaman
aktiviti peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan dan luar negara di serata
tempat iaitu merangkumi PULAU CAREY SELANGOR, TAMAN 
NEGARA, LANGKAWI, SABAH dan SARAWAK.
Kami terlibat dengan program ini setiap tahun sehingga khidmat kami tidak diperlukan lagi.
...itulah ceritanya...terima kasih kerana membaca...
....sekian...
DAUDmontakzakaria.

Monday, June 25, 2012

TNEC lagiiiii...

HARI ini 25 JUN 2012, kami membuat rakaman video atau shooting di LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN - LINGKARAN 2 UKM.






.....sdr. KAmarul BAharin dan siti SU sedang membuat rakaman...
 .....chiller atau mesin kokol....
BERGERAK jam 9.00 pagi dan tiba di sana terus membuat rakaman di luar bangunan loji.
Rakaman atau shooting yang dilakukan adalah mengikut skrip baru
yang telah dirombak daripada skrip lama.
Sebenarnya projek video ni telah berlanjutan lebih daripada setahun. Tugas kami ialah membuat rakaman perkembangan pembinaan projek terbabit.
Itu sebab kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan penerbitan
 video berkenaan. Projek tersebut sudah siap dan ia makan masa lebih
kurang setahun jugak untuk disiapkan. Sekarang ni loji tersebut 
telah pun beroperasi. Aku pun dah rasa macam naik jemu 
dah untuk membuat suntingan video ni,
asyik menatap visual yang
sama jer lebih
daripada 
setahun.......................

SEBENARNYA oleh kerana aku dah berulang kali datang ke sini seolah-olah aku dah hampir faham dengan operasi loji ini dalam memberi hawa dingin kepada bangunan-bangunan di sekitar. Kalau suh aku buat block diagram mungkin aku boleh buat kut....gamaknya..


....ini dipanggil pam kitaran....
....mesin kokol dan paip-paip yang mengandungi air....

SEBAIK tamat rakaman dan ucapkan terima kasih pada staf TNEC kat situ, maka
kami pun pi minum, ada jugak yang taknak makan, mungkin wang aku tak
 laku kut, matawang era HANG JEBAT kut....ekekeke...gamaknya,.....
KAMI cuma merakam visual-visual yang perlu sahaja. Sampai pejabat terus buat 'digitise'
semua 'footage' yang telah dirakam. Sebelah petang terus
membuat suntingan...La ni dah hampir
siap....harap esok hari
semuanya siap yang boleh diberi pada pelanggan untuk preview...andai kata
mereka belum puashati, maka sewajarnya di sunting kembali...
TERIMA KASIH sdr. KAMARUL BAHARIN dan SITI SURAYA yang
telah membantu dalam rakaman 'footage' loji berkenaan...

TERIMA kasih kerana sudi membaca....sekian...
DAUDmontakzakaria