Saturday, July 31, 2010

2 minggu yang AMAT sibuk...


HARI ini, Sabtu 31 Julai 2010;

Aku nak cerita pada mereka yang nak dengar atau baca, dua minggu sebelum Ramadhan ni kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM amat sibuk sekali jika dibandingkan dengan minggu2 yang lain.

Rakaman MCP Pertandingan Puisi Anti Rasuah.



dalam konti semasa rakaman mcp
Dalam dua minggu ni banyak permintaan yang kami terima dari pihak dalam UKM untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video bagi pelgai program yang diadakan.


Diantara program yang minta kami rakamkan ialah Sukan Kriket Universiti-Universiti Antarabangsa, Bengkel UKM-SIT, Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Ceramah dan sebagainya.


Selingan semasa pertandingan puisi anti rasuah.




dalam konti
Apabila banyak pihak yang memohon untuk perkhidmatan berkenaan maka sudah tentu ada yang kami tolak atas alasan yang menasabah. Apa nak buat, itulah saja yang kami mampu lakukan. Kami tidak dapat memenuhi permintaan semua kerana kurang
tenaga kerja dan masalah peralatan.


Rakaman sukan kriket kami rakam beberapa perlawanan yang diadakan seperti di Bayu emas Klang, Kinrara, dan Oval UKM dimana UKM turut serta dalam kejohanan tersebut.


pertandingan puisi anti rasuah






dalam konti
Seminar Keselamatan pula kami rakamkan di PPUKM kerana ia diadakan disana, dua atau tiga kali kami pergi ke sana, namun ada juga sesi yang kami tidak dapat membuat rakaman
kerana terdapat tugas di tempat lain untuk program yang lain.

Hari ini Sabtu 31 Julai, sdr. Jasril dan sdr. Ramli pergi membuat rakaman video untuk program Silang Budaya anjuran NCWO dirumah keluarga angkat angkat mereka di daerah Lembah Kelang. Tugas mereka ini mungkin berakhir malam nanti.

Malam ini pula terdapat rakaman MCP Konsert Gamelan yang akan berlangsung di P.Seni DECTAR.

Minggu depan merupakan hari yang paling sibuk, kerana minggu depan merupakan hari untuk membuat persiapan dalam segala hal berkaitan Majlis Konvokesyen Ke 38 yang akan berlangsung daripada 7 hingga 10 Julai 2010. Ermmmm....tapi apa nak buat dah tugas kami. Harap semua tugas tersebut dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan walau sekecil mana sekalipun.......

daud montak zakaria...
31 Julai 2010; 11.00 am

Saturday, July 10, 2010

Kuala Tahan, Taman Negara

HARI ini, Sabtu, jam 1.30 pagi.
Hari ini aku nak menulis sedikit jer berkaitan kunjungan kami ke Taman Negara daripada 6 hingga 8 Julai 2010 yang lalu. Kami berkunjung ke sana bersama kumpulan pelajar yang mengikuti program Global Student Mobility. Kami bergerak ke Kuala Tahan dari Bangi bersama dengan Boss, Ismail Ibrahim, Ramli dan dua orang dari Perhubungan Antarabangsa UKM.

Sungai Tahan.



Sungai Kuala Tahan.
Tiba di Kuala Tahan kami menginap di Rainforest Resort. Setelah berehat seketika, kami bersama kumpulan pelajar program tersebut mudek Sungai Kuala Tahan
dengan lebih kurang 10 buah bot.


Sepanjang Sungai Kuala Tahan bot yang dinaiki singgah di dua atau tiga tempat kerana Boss kami ingin membuat rakaman foto dilokasi yang menarik. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam suasana permandangan yang cantik di sana.



Laluan menuju Lata Berkoh.



Lata Berkoh.
Tiba di satu kawasan pemeliharaan Ikan Kelah semua bot singgah untuk memberi
peluang kepada pelajar yang mengikuti program berkenaan melihat ikan-ikan
yang timbul dipermukaan air. Mereka juga berpeluang mandi
manda di tempat berkenaan.


Kami pulang ke resort hampir waktu senja. Selepas makan malam satu lagi aktiviti dijalankan di Taman Negara iaitu Night Walk. Dalam aktiviti tersebut kami semua dibawa berjalan melalui hutan untuk melihat serangga yang keluar waktu malam.


Lata Berkoh.





Titi Gantung
Dalam aktiviti Night Walk tersebut beberapa serangga yang keluar waktu malam
ditemui seperti labah-labah, kala jengkeng, belalang dan sebagainya.
Pemandu kami menjelaskan semua serangga yang ditemui
untuk kefahaman kami sendiri.


Dihujung perjalanan aktiviti Night Walk tersebut kami semua dibawa ke satu lokasi untuk melihat haiwan yang datang untuk menjelat air masin yang terdapat di tempat berkenaan. Sempat gak dua ekor rusa dijadikan bahan rakaman.
Esoknya kami melalui laluan yang sama waktu siang. Kali ini pemandu pelancong menjelaskan berkaitan tumbuhan yang ditemui seperti kacip fatimah, tongkat ali dan sebagainya.

Bukit Teresek.



Bukit Teresek
Kami juga dibawa mendaki Bukit Teresik. Agak penat juga mendaki bukit berkenaan.
Banyak kali jugak aku berhenti. Tiba2 kaki aku diserang kekejangan...ermmm...
sorang pulak tu... Selepas lama berehat sambung lagi pendakian hingga sampai
di puncak. Di puncak aku berehat sebentar sebelum membuat rakaman
kawasan sekita. Sempat juga merakan Gunung Tahan bersebelahan.
Tak dapat mendaki Gunung Tahan, rakam visual jadilah....mesti
daki satu hari nanti kalau ada peluang...


Seterusnya berjalan atas titian gantung(Kanopi). Masa ini sdr. Ramli berjalan atas titian dan membuat rakaman. Masa ni aku dah keletihan sangat, lagipun tahun lepas aku dah berjalan di titian gantung ini.
Waktu petang pula rombongan ini pergi ke perkampungan orang asli suku Batek. Aku tidak turut serta kerana kekejangan kaki aku menyerang kembali, hanya saudara Ramli yang membuat liputan berkenaan.

Daki Bukit Teresik.

Pada pagi hari terakhir iaitu hari ketiga kami kembali mudek Sungai Tahan untuk pergi ke Lata Berkoh. Di sini pelajar yang mengikuti program ini mandi manda di sana sementara kami membuat rakaman video serta foto berkaitan persekitaran indah di sana. Selepas 'lunch' kami semua kembali ke Bangi dan sampai di UKM jam 6.30 petang....tamatlah kisah Kuala Tahan serta bersambung pula ke Sabah, tetapi krew video pergi kesana ialah sdr. Jasril dan Kamarul...

daud montak zakaria...
10 Julai 2010; 2.00 pm

Saturday, July 3, 2010

Jabatan Pendaftaran Negara

Suasana dalam bangunan JPN Putrajaya.
Pic. by google images.

HARI ini 3 Julai 2010, Sabtu;
Aku nak menulis lagi berkaitan perkara yang bukan merupakan bidang tugas harian aku. Apa2 pun patut gak aku tulis di sini untuk tatapan sape-sape jer yang nak baca tulisan ini. Mana-mana yang tak nak baca tu terpulanglah, bukan berdosa pun. Blog ini blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku.

Hari Sabtu pagi ni aku pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, di PUTRAJAYA untuk membuat satu urusan yang tertentu, ermmm...tak perlulah nak cerita apa urusannnya. Yang aku nak cerita kat sini ialah perkhidmatan kaunter JPN ni. Untuk pengetahuan anda Jabatan Pendaftaran Putrajaya dibuka dari hari Isnin hingga Ahad. Hari Sabtu dan Ahad dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Perkhidmatan kaunter mereka amat baik dan mesra bermula dari perkhidmatan mengambil nombor. Mereka melayan dengan mesra pelanggan yang datang. Kemudian tiba di kaunter tempat urusan, mana-mana ruang yang tidak diisi oleh pelanggan kerana tak pasti, kakitangan JPN akan mengisinya. Bila pelanggan bertanya sesuatu, mereka menjawab dengan mesra. Bila no. giliran disebut untuk kaunter 3 misalnya, jika kaunter 3 ada pelanggan ada kakitangan yang akan sedia melayan urusan pelanggan di kaunter yang lain. Urusan di sini amat licin. Kaunter urusan juga banyak. Kakitangan yang mengendalikan urusan amat mesra dan pelanggan saperti aku amat berpuas hati.

Jarang aku jumpa perkhidmatan kaunter yang licin serta mesra dengan pelanggan. Selalu senyum dan tidak meninggikan suara. Itu yang pelanggan perlukan daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di kaunter. Sempatlah juga aku menekan butang "perkhidmatan kaunter yang terbaik" disalah sebuah kaunter, tempat aku membuat urusan berkenaan. Aku pernah berurusan dengan banyak kaunter seperti kaunter pos, jpj padang jawa dan sebagainya tetapi tidak pernah mendapat layanan seperti di kaunter JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA.

daud montak zakaria...
3 Julai 2010; 2.00 pm

Wednesday, June 30, 2010

Mobiliti Pelajar Antarabangsa, Minggu MesraPelajar dan bla...bla...bla...

*pic. dari google images

HARI ini, 30 Jun 2010, Rabu;
Kali ini aku nak cerita tentang tugas harian kami sepanjang bulan Julai 2010 ni. Bulan ni kami agak sibuk gak, bukan banyak sangat pun tapi sibuklah juga. Bulan ni terdapat dua tugas yang agak besar yang terpaksa kami pikul. Pertama program Mobiliti Pelajar atau UKM – Global Student Mobility Partnerships Program, mulai daripada 28 Jun hingga 23 Julai 2010. Tugas yang kedua ialah Minggu Mesra Pelajar Baru yang bermula daripada 4 Julai hingga 9 Julai 2010. Kedua-dua tugas tersebut mesti dipikul dengan sebaik mungkin. Kami dari Unit Video Penerbit UKM diberi tanggug jawab untuk membuat liputan video kedua-dua program berkenaan disamping tugas2 lain yang akan menyusul.

Dalam program Mobiliti Pelajar terdapat kuliah daripada 29 Jun hingga 3 Julai 2010. Kemudian ia diikuti dengan lawatan pelajar ke Gombak, Pulau Carey, Langkawi, Kuala Tahan, Tasik Chini dan Sabah. Liputan video di Pulau Carey pada 4 Julai akan dilakukan oleh sdr. Ramli dan Siti Suraya, begitu juga dengan lawatan pelajar di Gombak pada 5 Julai. Antara lokasi yang akan dilawati ialah penempatan Orang Asli.

Lawatan ke Kuala Tahan Taman Negara akan dibuat liputan oleh sdr. Ramli dan aku sendiri. Lawatan tersebut akan memakan masa selama 3 hari iaitu daripada 6 Julai hingga 8 Julai 2010. Lokasi yang akan dilawati terutamanya penempatan orang asli di sana. Aku bercadang untuk membuat penerbitan video berkaitan Kuala Tahan Taman Negara tersebut.

Sementara program lawatan di Langkawi pula akan dibuat liputan video oleh sdr. Shahrul Fadli dan Wafiy. Antara lokasi yang akan dilawati oleh pelajar ialah Geopark serta lokasi-lokasi lain yang akan ditentukan oleh penganjur. Mereka akan berada di sana daripada 4 Julai hingga 9 Julai 2010.

Seterusnya lawatan ke Sabah akan bermula daripada 10 Julai hingga 17 Julai 2010 dan aktivi yang penting yang akan dijalankan di sini ialah pendakian Gunung Kinabalu hingga sampai di kemuncak. Liputan video akan dilakukan oleh sdr. Kamarul Baharin dan Jasril Amry. Diharapkan mereka dapat menerbitkan sebuah penerbitan video berkaitan pendakian Gunung Kinabalu tersebut.

Liputan video lawatan ke Tasik Chini pula akan dilakukan oleh sdr. Ruhaizad daripada 18 hingga 19 Julai 2010. Di sana mereka akan membuat lawatan ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini. 20 Julai pula pelajar yang mengikuti program ini akan membuat lawatan ke Muzium Negara dan liputan video akan dilakukan oleh sdr. Shahrul dan Siti Suraya. Sebenarnya disebabkan tugas yang banyak ini kami amat memerlukan sebuah lagi kamera video yang sesuai untuk penerbitan video. Lagipun salah sebuah kamera yang ada selalu mengalami masalah teknikal, tapi adakah kami akan memperolehnya...ntah...hanya masa yang menentukannya.....

Selain daripada tugas tersebut, mulai 4 hingga 9 Julai kami daripada Unit Video Penerbit UKM akan membuat rakaman Multiple Camera Production setiap malam di DECTAR untuk setiap program untuk pelajar yang dijalankan di sana. Program tersebut ialah Minggu Mesra Pelajar Baru UKM. Agak sukar juga untuk mengatur tugas ini kerana program yang berjalan serentak menyebabkan kami agak kekurangan tenaga kerja.

daud montak zakaria...
30 Jun 2010; 9.00 pm

Monday, June 21, 2010

Tugas yang sentiasa ada....






HARI ini, Isnin 21 Jun 2010;
Hari ini jugak aku nak menulis agak merapu sikit.... Buat masa ini kami agak selesa kerana tugas rakaman video sama ada MCP atau SCP jarang dilakukan kerana diketika ini pelajar masih lagi bercuti. Ini bukanlah bermakna tiada pelajar tetapi masih ada lagi pelajar yang mengikuti pengajian 'short sem'. Oleh itu kebanyakan masa kami di isi dengan tugas penyuntingan video. Diantara video yang disunting termasuklah Bengkel Foto di Lembah Belum, Perak dan juga satu atau dua video lain untuk arkib video Penerbit UKM.

Walau bagaimanapun mulai 4 Julai 2010; pendaftaran pelajar baru akan tiba. Masa ini nanti kami akan kembali bertugas tanpa mengenal siang dan malam sebab tugas video kami lebih kepada aktiviti pelajar yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Selain daripada itu kami juga akan membuat rakaman video program mobiliti pelajar di mana kami akan membuat rakaman program yang meliputi Semenanjung dan Sabah.

daud montak zakaria...
21 Jun 2010; 9.00 pm

Sunday, June 20, 2010

MALAM BAKAT UKM 2010

SEBELUM BERTUGAS...ERMMMM...ADE2 JER...

HARI ini, Ahad, 20 Jun. 2010; Semalam iaitu 17 Jun 2010, Sabtu kami daripada Unit Audio Video Penerbit UKM telah membuat rakaman MCP(Multiple Camera Production
di Panggung Seni Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM.


Tugas yang kami laksanakan initu ialah Malam Bakat UKM 2010. Seperti biasa persiapan teknikal dilakukan sejak jam 5.30 petang.





KETIKA BERLANGSUNG RAKAMAN MCP BERKENAAN, NI SUASANA DI BILIK KAWALAN.



HANAMICHI DAN JUNIOR MASTERMIND
DI BILIK KAWALAN AUDIO.
Malam Bakat UKM ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM. Ia diadakan pada setiap tahun dan penyertaannya dibuka kepada sesiapa
saja dikalangan staf UKM.

Diantara objektif program ini diwujudkan ialah untuk memberi peluang kepada kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni suara.





GADIS-GADIS GRAFIK....




SUASANA DALAM BILIK KAWALAN
SEMASA BERTUGAS.
Seramai sembilan orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan bakat ini dan masing-masing mempersembahkan nyanyian mereka dengan penuh perasaan.

Seperti biasa krew yang membantu kami terutama sebagai jurukamera sampai di studio sebelum jam 8.00 malam.
Malam ini kami bertugas seramai lebih kurang 12 orang iaitu Aku sendiri, Shahrul, Jasril Amry, Ruhaizad, Siti Suraya, Rosli(Junior Mastermind) Pusat Pengajian Media, Yunus Kejuruteraan, Chef FPI, Wati Pengurusan dan Ekonomi, Zulhimi FST, Farah Haznam PKUKM serta Rakan Watie dari Ekonomi Pengurusan.

PESERTA PERTANDINGAN


MENTOR.
Dua orang krew kami iaitu sdr. Kamarul, tidak hadir kerana sekarang sedang berada di Tasek Kenyir kerana membuat rakaman video Ekspedisi Foto di sana sementara
sdr. Ramli Adnan bercuti...
Rakaman yang kami lakukan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara
yang tidak diingini berlaku.....Program tersebut tamat lebih
kurang jam 11.00 malam dan setelah selesai mengemas peralatan kami semua
meninggalkan studio kira-kira jam 11.30 malam...ermmm...
satu lagi tugas telah kami selesaikan....

daud montak zakaria...
20 Jun 2010; 2.00 am

Friday, June 18, 2010

Lembah Belum, Grik, Perak....


"Sayangilah keindahan yang kita warisi daripada anak cucu kita...."

Bila Alam Bersuara....


"Bila Alam Bersuara...."

DINNER ALUMNI UKM 2010

HARI ini, 18 Jun 2010, 2.00 am;
Semalam, 17 Jun 2010, kami dari Unit Audio Visual telah diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM.




DALAM KONTI, SITI SURAYA & FARAH HAZNAM.


SDR. SHAHRUL BERTINDAK SEBAGAI
PENGARAH STUDIO

Tugas yang diberi kepada kami ialah rakaman video Majlis Makan Malam Alumni UKM.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Sebelah pagi 17 Julai aku telah menghadiri mesyuarat ahli jawatan kuasa majlis makan malam tersebut. Melalui mesyuarat tersebut segala maklumat yang diperlukan telah diperoleh.





INILAH KREW RAKAMAN MCP KAMI.....





Selepas mesyuarat, aku, sdr. Shahrul dan Jasril Amry telah membuat persiapan teknikal dalam dewan iaitu membuat pemasangan kabel audio. Dalam masa yang sama raptai juga telah dilakukan.



SDR. JASRIL & SHAHRUL DALAM BILIK KAWALAN AUDIO.



EMCEE
Kerja-kerja persiapan teknikal disambung pada waktu petang pula dan saperti waktu pagi, ketika ini juga raptai penuh telah dilakukan supaya majlis malam nanti
akan berjalan dengan licin..


Kami menyediakan 3 buah kamera dan 2 buah plasma serta peralatan lain yang diperlukan. Semua tugas kami lakukan dan semuanya dipereksa supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.



KETIKA MAJLIS MAKAN MALAM SEDANG BERLANGSUNG.



PROF. TAN SRI NAIB CANSELOR UKM
SEDANG BERUCAP.
Majlis Makan Malam Alumni ini merupakan kali pertama diadakan oleh Pejabat Perhubungan Alumni. Ia diadakan sempena 40 Tahun usia UKM.


Diantara objektif majlis makan malam ini ialah untuk menjalinkan hubungan yang mesra sesama Alumni UKM disamping dapat mewujudkan jaringan kerjasama yang erat diantara Alumni dengan pihak universiti.



TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN.



SEBAHAGIAN KREW RAKAMAN MCP.
Krew rakaman MCP yang hadir malam tadi ialah, Aku sendiri, SHAHRUL, JASRIL AMRY, KAMARUL, RUHAIZAD, SITI SURAYA, YUNUS, FARAH HAZNAM, WATI, MIMI,
WAFIY, CHEF, ISMAHASHIMI, ROSLI ROBAI(JUNIOR MASTERMIND),
HASNAH & SEORANG KREW BARU YANG
AKU LUPA NAMANYA.....


Majlis Makan Malam tersebut telah diserikan dengan persembahan kebudayaan ARTISUKMA dan juga ADIBAH NOR.





ADIBAH NOR SEDANG MENGALUNKAN SUARANYA....



PERSEMBAHAN KESENIAN ARTISUKMA.
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran HARI ALUMNI UKM PADA 18 MEI., PELANCARAN BUKU DIREKTORI ALUMNI, dan juga PELANCARAN KAD KREDIT UKM-CIMB.

Majlis berkenaan tamat kira-kira jam 12.00 malam. Jutaan terima kasih kepada semua krew yang bertugas malam tadi....
daud montak zakaria...
18 Jun 2010; 2.00 am