Saturday, March 27, 2010

AKHIRNYER....(AKHIR MCP PELAJAR MEDIA 2010)

HARI ini, Jumaat, 26 Mac. 2010, merupakan hari terakhir Penerbitan MCP(multiple Camera Production) bagi Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM tahun 2 dan 3, di STUDIO UKM, DECTAR.
Bukan mereka saja yang berasa lega malah kami krew studio pun turut berasa lega kerana selama sebulan kami membimbing mereka cara mengendalikan penerbitan MCP, siang dan malam(kecuali Sabtu & Ahad).

Bila dah tamat tentu gumbira, bukan......



Mereka nilah yang sering menunggu Studio
UKM semasa latihan MCP pelajar...

Hari akhir ini, sejumlah tiga buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun 3
telah membuat penerbitan mereka. Masing-masing kumpulan,
diketuai oleh Pengarah Studio masing-masing iaitu
Leesan Chong, Eaven Sun dan Adham.
Sementara itu kumpulan
pelajar tahun 2 pula telah menyelesaikan penerbitan akhir mereka semalam
iaitu hari Khamis 25 Mac.



Kemungkinan pada tahun 2011 rutin begini akan berlaku lagi, namun perkara berkenaan tidaklah dapat dipastikan lagi...

Sepanjang sebulan kami mengendalikan dan membimbing para pelajar, kami tidaklah sekali-kali berlaku sikap berat sebelah....ewah, puji dirilah tu....kami melayan mereka semua dengan adil dan saksama, tak percaya? Ermmm...tanyalah kami.....



Ermmmm...inilah staf Pusat Pengajian Media...sdr. Rosli Robai atau Junior Mastermind....tak tau sama ada dah berpunyer atau belum....




Ermmm...DR ASIAH perhati tu.....

Sepanjang sebulan juga kami bersama semua pelajar tu, banyak gak pengalaman yang kami dapat dan banyak gak sikap yang dapat kami perhatikan...ada yang 'moody'...ada
yang 'pendiam'....ada yang peramah dan mudah bergaul....ada yang macam 'malu-malu' jer...
dan ada gak yang 'macam sombong' ....heh...heh...heh..
ye ker ada yang 'macam sombong'...?, rasa2nyer takde yang sombong kan....?


Apa yang kami harapkan, selama sebulan tersebut, mereka dapat memperoleh sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan Multiple Camera Production(MCP). Mungkin peralatan di studio berkenaan tidak secanggih apa yang wujud di stesen-stesen penyiaran, namun sekurang-kurangnya para pelajar faham konsep penerbitan MCP tersebut.

Ini merupakan kumpulan pelajar tahun 2.....ermm...lupe name Pengarah Studio nyer....



Di 'studio floor' semasa rakaman
berlangsung..

Kami juga amat berharap, telah dapat menjalankan tanggung jawab kami dengan sepenuhnya walaupun ilmu kami tidak sehebat dan setinggi mana pun......
Diharapkan juga sedikit sebanyak pengetahuan MCP yang tak seberapa itu akan menjadi pemangkin untuk mencapai lebih banyak lagi pengetahuan ketika berada di luar
UKM sama ada semasa Latihan Industri atau pun semasa sudah
menjadi salah seorang ahli penyiaran nanti....

Sepanjang minggu akhir penerbitan MCP berkenaan ada gak aku terdengar desas desus yang mengatakan terdapat dikalangan pelajar yang mengalirkan air mata gembira, sedih atau mungkin jugak air mata yang melambangkan 'Thank You My Lord'.....mungkin....sapa tau kan....???. Ermmm...situasi begini sering kami hadapi hampir setiap tahun....ermmm...tapi apa yang nak dimalukan....air mata mungkin mampu mengungkapkan sesuatu yang tidak mampu diluahkan oleh kata-kata...bukan begitu....

Tekunnyer membuat persiapan.....


Ermmmm....tekunnyer juruaudio...

Dapat diperhatikan juga, ramai dikalangan mereka yang memberikan komitmen yang tinggi dalam penerbitan MCP ini. Kami menganggap komitmen yang tinggi merupakan simbol yang menunjukkan mereka amat berminat dengan penerbitan MCP ini...
eh! ye ker minat sangat ni....











Tekun untuk menyiapkan set penerbitan mereka.....




Krew hanya mampu bertindak sebagai pemerhati
sahaja semasa penerbitan akhir MCP










Memerhati dari luar Bilik Kawalan semasa penerbitan akhir....





Sedang menyiapkan set.....












Persiapan sebelum 'on air'....



Bersolek sebelum 'on air....'

















Sedang 'on air'.....




Sedang ke udara.....












Sedang 'on air...'




Bersiap sedia untuk 'on air...'












Tumpuan diperlukan semasa 'on air'...




'tension' gak semasa 'on air' ni....kan gitu...???










Juru audio pun mesti memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa 'on air' kalau tak VT akan 'bisu'



Ermmm...Kak Gee pun dijemput gak....











Bersiapa sedia sebelum 'on air'...





Tumpuan 100%












Semasa 'on air'...



Kumpulan Adham.....

Sejujurnya, selama 2 minggu aku bersama mereka di Studio UKM(hampir 2 minggu cuti kemalangan...) hanya segelintir saja yang aku kenal...

Diantara mereka yang aku agak kenal ialah Adham, Jingjing, Bulat, Aini, Heliantus, Cikin, Syimah, Lata, Peng Peng, Emily, Suet Nee, Bakong, Mirul, Dayah, Rash, Leesan Chong,Sue, ermmm...lagi saper arrr...ermmm...mungkin aku kenal ramai lagi muka mereka tapi lupa nama mereka....apa-apa pun, semoga kalian berjaya dalam kehidupan masing-masing....

Mirul............

daud montak zakaria...
27 Mac.2010; 2.00 am

Thursday, March 25, 2010

PENERBITAN AKHIR MCP...

Kumpulan Penerbitan MCP Tahun 2.
Sedang bergambarlah tu, maklumlah dah tamat MCP mereka...legaaa...

Malam tadi 24 Mac 2010, hari Rabu, aku pergi Studio UKM di DECTAR untuk melihat Penerbitan Akhir MCP Pelajar Peng. Media Tahun 2 dan 3. Aku difahamkan
siang tadi satu kumpulan daripada tahun 2 telah membuat
penerbitan akhir mereka.


Kumpulan Tahun 2, foto ni di 'curi' drp. facebook 'Ohh Cik Shizuka Larling'












Malam ni terdapat dua kumpulan yang membuat penerbitan akhir MCP mereka. Kumpulan pertama ialah pelajar tahun 2 dan kumpulan kedua pula ialah pelajar tahun 3 yang diketuai oleh Edmund.



Ini ialah pelajar Peng. Media Tahun 2 yang bertindak sebagai Juruaudio...















Ini pula krew teknikal Studio UKM DECTAR iaitu sdr. Ramli, Jasril Amry dan Shahrul...






Grup Edmund sedang membuat persediaan
sebelum 'on air'










Grup Edmund sedang membuat persiapan sebelum bermula penerbitan...






Persiapan di studio floor








Juruaudio Kumpulan Edmund....





Kumpulan Edmund...



Apa yang dapat aku perhatikan terdapat beberapa muka yang boleh dikatakan menjadi krew hampir semua kelima-lima kumpulan berkenaan...ermmmm....rajin sangat membantu...




Penerbitan MCP sedang 'on air'


daud montak zakaria...
25 Mac.2010; 1.00 am

Wednesday, March 24, 2010

Penerbitan Akhir MCP

Setelah tamat penerbitan akhir MCP
di Studio UKM.

Hari ini 24 Mac 2010, hari Rabu; lamanya aku tak update blog ini maklumlah ini merupakan
hari ke 11 selepas aku mengalami kemalangan di Jalan Kajang ke bangi Lama
berhampiran Taman Pantun, UKM. Sejak kemalangan tu, aku masih lagi
bercuti hingga esok iaitu hari Khamis, 25 Mac 2010. Mungkin hari
Jumaat aku boleh kembali bertugas...
Dah naik berabuk dah blog aku ni...



Minggu ini iaitu dari 22 - 26 Mac 2010 merupakan minggu penerbitan akhir MCP untuk Pelajar Pengajian Media Tahun 2 dan tahun 3. Hari Isnin lalu iaitu 22 Mac 2010 jam 9.00 malam sempatlah aku pergi Studio UKM untuk melihat penerbitan kumpulan pertama Pelajar Tahun 2 Pusat Pengajian Media tu.






Aksi setelah tamat melaksanakan MCP berkenaan...







Beraksi sakan nampaknya, senang
hatilah tu...



Kumpulan Penerbitan MCP Pelajar Pusat Pengajian Media Tahun 2 ini dianggotai oleh is Kacang, Ayu Yi , Huey Shi , Ooi Chun Seong , Sue Suemiko, Fatin Razali, dan Mohd Azli Ali

Sebenarnya ada 10 buah kumpulan semuanya iaiitu masing2 5 kumpulan daripada pelajar tahun 2 dan 3 tu...
Ermmmm....malas nak tulis panjang2...lagipun orang sakit mana boleh tulis panjang2 kan....jadi mana2 kumpulan yang belum lagi membuat penerbitan MCP akhir tu, harap2 korang semua buatlah betul2, usahlah risau sangat sebab DR. ASIAH akan sentiasa berada di belakang korang semasa korang buat MCP tu....o.k semoga berjaya.....


Inilah pensyarah mereka yang juga merupakan pensyarah aku gak dulu PM DR. ASIAH SARJI...



* SEMUA FOTO DI 'CURI' DRPD FB SUE'S FACEBOOK, SORRY.....

daud montak zakaria...
24 Mac.2010; 1.00 Pm

Sunday, March 14, 2010

MCP DINNER KOLEJ KRIS MAS 1

Sebelum bertugas, minum dulu minuman bertenaga....

HARI ini, Sabtu, 13 Mac 2010, kami diminta untuk membuat rakaman video MCP
Dinner Kolej Kris Mas hari pertama. Hari kedua ialah pada hari
Ahad 14 Mac 2010. Persiapan teknikal telah
dilakukan sejak jam 6.00 pm.



Biasanya pada hari cuti begini amat sukar untuk mendapatkan krew bantuan, hanya sebilangan saja yang dapat hadir. Namun dengan membuat panggilan talipon 'last minute' sebagai usaha terakhir selepas surat resmi dihantar, maka dapatlah juga krew yang agak mencukupi...


Sempat jugak menonton berita sebelum bertugas.......




Masa bertugas sempat gak berposing......

Agak mencukupi jugak krew yang hadir membantu....terima
kasih kepada mereka semua.....












Tekun bertugas....





Tekun bertugas.......

Sdr. Yunus, Isma, Khaidir, Azrul Khaidir, Firdaus, Hasnah, Hanim...merupakan
krew bantuan yang dapat hadir untuk membantu
pada malam berkenaan.


Event Kolej Mas tersebut agak lama, kami terpaksa menamatkan rakaman MCP berkenaan setelah pita rakaman kami sepanjang 3 jam 6 minit tersebut habis lebih kurang pukul 12.15 pagi....apa boleh buat. Oleh itu visual anugerah King & Queen of the Night tidak dapat kami rakamkan.........

Masih boleh tersenyum walau ketika bertugas...




Sdr. Hanamichi, Arenim dan Kamarul
sedang tekun bertugas.....











Pengarah Studio mempunyai kuasa penuh dalam penerbitan Multiple Camera Production(MCP)




'Peace' walaupun dah mengantuk sangat.....











Ermmmmm...sejuknyer dalam studio.....






Bilik kawalan Audio....sdr. Ramli.....











Pengacara........






acara di pentas...











Acara di pentas.....






acara di pentas.....












VIP..............




Acara di pentas....











Acara di pentas..............




daud montak zakaria...
14 Mac.2010; 10.00 am