Saturday, November 17, 2007

JADUAL RAKAMAN NOV. 07

NOVEMBER 2007


1. Lawatan President Uruguay ke HUKM 15 Nov. 07

2. Penyampaian Sijil Tadika UKM 17 Nov. 07

3. Wacana Hadhari kedua, 20 Nov. 07

4. Malam Mesra UKM - Media di Hotel Nikko, K. Lumpur 23 Nov. 07

5. MOU antara UKM - SME Bank, K. Lumpur, 26 Nov. 07

6. Syarahan Perdana Prof. Dr. Yap Kok Leong, Fakulti Perubatan K. L , 26 Nov. 07

7. Perasmian Persidangan Antarabangsa "Lifelong Learning", 27 Nov. 07

8. Syarahan Perdana Prof Dr Ungku Maimunah, 30 Nov. 2007

9. Majlis Makan Malam Seminar IKON - Hotel Equatorial, Bangi, 30 Nov. 2007

Friday, November 16, 2007

NASIB MALANG DI HUKM..

foto: Bangunan Pusat Penerbitan & Percetakan di Kampus Bangi

15 November 2007(KHAMIS sebelum JUMAAT) mungkin merupakan hari yang menjanjikan keberkatan kepada kebanyakan manusia tetapi bukan bagi kami(Daud dan Kamarul). Kami telah menerima satu tugas untuk membuat rakaman video Lawatan Mr President of Uruguay ke HUKM. Kami menerima surat rasmi dari HUKM(En. Harun Bintang) yang minta Pusat Penerbitan, UKM Bangi untuk membuat rakaman tersebut. Kami bertolak ke HUKM kira2 jam 2.00 ptg dan saya memandu kereta dengan membawa sebuah kamera video dan sebuah tripod. Seperti biasa kami memakai vest jacket yang biasa kami pakai semasa bertugas dengan logo UKM yang besar di dada jacket berkenaan, orang yang buta sahaja yang tak nampak logo UKM tu. Atau mungkin jurukamera video UKM hanya melukut di tepi gantang, tidak seperti mereka dari media penyiaran perdana seperti RTM atau TV3. Dalam pemanduan ke HUKM, hujan turun agak lebat juga, dan terdapat air yang bertakung di sana sini di atas jalan raya, nasib agak baik kereta tidak sangkut di paras air yang agak tinggi, Alhamdulillah.....
Masuk ke dalam kawasan HUKM kami mencari tempat teduh untuk menurunkan alatan kamera supaya tidak terkena air hujan. Kami jumpa lorong masuk betul2 di hadapan Auditorium tempat dimana lokasi pertama yang akan disinggahi oleh Mr President Uruguay tu....Tanpa berfikir panjang saya terus membelok masuk melalui jalan yang tidak diletakkan kon penghalang masuk itu.........
Sebaik saja Sdr. Kamarul turun dari kereta yang saya pandu dia telah disambut dengan kata-kata kesat yang boleh didengar oleh mereka yang agak ramai di situ.... Antara kata-kata kesat (menurut kata Sdr. Kamarul) yang dilontarkan oleh Pegawai Keselamatan HUKM, ialah "bla...bla...bla....gunakan KEPALA OTAK....bla...bla...bla..." dan "bla...bla...bla....JILAT BALIK....bla...bla...bla..."( maksudnya air yang membasahi jalan raya depan Auditorium oleh kereta yang saya pandu...). Dah lebih 25 tahun kami bertugas sebagai pekerja UKM, inilah pertama kali kami diherdik sedemikian rupa.....nampaknya keberkatan hari Khamis sebelum Jumaat ini bukan untuk kami....
Walau bagaimanapun saya cuma dapat mendengar Sdr. Kamarul berkata "Maaf Tuan...maaf Tuan....". Saya tak dapat mendengar selain dari itu kerana sebagai pemandu kereta, saya mengambil masa untuk keluar dari kenderaan. Lepas mengeluarkan perlatan rakaman, saya menunggu Sdr. Kamarul mencari tempat letak kereta yang saya pandu tersebut. En. Harun Bintang turut membantu mengangkat kamera yang kami bawa. Sementara menunggu, saya sempat berbual dengan En. Harun Bintang yang sedang sibuk nampaknya...Diantara isi perbualan berkenaan ialah lokasi lawatan Mr President dan juga tempat Mr. President menanda tangani buku pelawat.
Walau bagaimana pun tugas rakaman telah dapat dilakukan dengan baik tetapi rakaman lawatan Mr President ke wad-wad tidak dapat dilakukan kerana lawatan ke wad wad telah dibatalkan.
Namun kami berdua amat kesal dengan kata kesat Pegawai Keselamatan HUKM tersebut. Kalau benarlah kami bersalah atau tersilap, tidakkah boleh digunakan kata-kata atau bahasa yang lebih bersopan untuk menegur kami, kerana adab sopan bukankah pakaian bangsa Melayu..????
Ada kalanya saya terfikir juga, adakah kami akan dilayan dengan kata-kata kesat begitu jika saya juga mamakai kad pekerja bewarna KUNING seperti yang dipakai oleh Pegawai Keselamatan itu..???, entahlahhhh....
*Hari ini, Jumaat 16 November 2007, perkara ini menjadi bualan dikalangan kami dalam Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM.

Sekian.....


Saturday, November 10, 2007

GERAK KERJA KAMERA SECARA 'HAND HELD'




Kamera video yang ringan direka untuk membuat rakaman video secara "HAND HELD' iaitu tanpa menggunakan TRIPOD. Rakaman kamera secara 'hand holding' membolehkan kita merakam dengan bebas dan spontan. Hal ini amat penting kerana ada ketikanya sesuatu kejadian atau perkara yang hendak dirakam terjadi secara spontan dan sebagainya. Sebagai contoh temubual VVIP yang sedang menuju ke kenderaannya, ia penting bagi wartawan berita.

Rakaman kamera secara ini(hand held) memerlukan latihan walaupun ada ketikanya terdapat rakaman subjek yang tidak tetap atau bergoyang. Perlu diingat mereka yang sudah lama atau mempunyai kepakaran dalam bidang ini juga tidak mampu memegang kamera video dengan mantap ketika membuat rakaman.

Rakaman subjek statik atau tidak bergerak, dalam keadaan kamera yang dipegang dengan tidak stabil akan menghasilkan visual yang tidak stabil dan kelihatan amat buruk. Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan 'WIDE ANGLE LENS' dan rakaman dibuat lebih hampir kepda subjek yang hendak dirakam serta jangan bergantung kepada ZOOM IN atau ZOOM OUT.

Untuk menambahkan kestabilan kamera yang dipegang(hand held) ketika rakaman dibuat, berdirilah secara seimbang dengan kaki yang dijarakkan kedudukannya. Kamera video pula hendaklah dipegang dengan kedua-dua tangan secara kemas. Tekanlah kamera ke bahu atau muka dan rapatkan siku ke dada.

Perlu diingat;
Kamera yang lebih ringan memerlukan pegangan yang kemas dan tekanan yang kuat.
Elakkan pakaian yang ketat yang akan menghadkan pergerakan.

Cara memegang kamera dengan tangan yakni tanpa tripod;
1. Berdiri: Membentuk seperti tripod manusia, seimbangkan berat secara sama rata dengan menjarakkan kedua kaki serta memegang kemas kamera video dengan kedua-dua tangan.
2. Melutut: Cara ini sesuai dan ideal untuk merakam subjek yang rendah seperti orang yang sedang duduk di atas kerusi atau seorang anak kecil yang berdiri. Siku tangan kanan diletakkan di atas peha kanan yang sedang melutut. Sementara lutut kiri di atas tanah. Bagaimanapun pergerakan kamera dalam keadaan ini agak terbatas.
3. Duduk: Duduk di atas sebuah kerusi. Belakang kerusi dijadikan penyokong dengan meletakkan kedua-dua siku di atasnya.
4. Meniarap: Sambil meniarap, letakkan kedua-dua siku di atas lantai atau tanah. Kedudukan ini akan menghasilkan sudut yang dramatik subjek yang duduk dilantai seperti kucing dan sebagainya. Namun begitu pergerakan kamera agak terbatas.
5. Bertopang: Kedua-dua siku diletakkan di atas meja ketika membuat rakaman, rakaman subjek akan kelihatan lebih baik. Selain dari itu kereta, dinding yang rendah dan sebagainya boleh dijadikan tempat untuk bertopang.
6. Sokongan: Sandarkan badan ke dinding, ke tiang dan sebagainya yang akan menjadikan tempat menyokong tubuh ketika membuat rakaman. Ia akan menghasilkan rakaman yang lebih stabil lagi tanpa bergoyang, bergegar atau sebagainya.

Thursday, November 8, 2007

KEPENTINGAN TRIPOD


TRIPOD merupakan alat yang tidak kurang pentingnya dalam penggambaran video.

TRIPOD mempunyai kelebihan antaranya;

1. Membantu kamera video merakam shot dengan stabil tanpa bergoyang(shake) atau bergegar terutamanya merakam subjek yang jauh dalam ukuran CLOSE UP atau seumpamanya.

2. Membantu melicinkan pergerakan rakaman yang dibuat oleh kamera video.

3. Menetapkan 'CAMERA LEVEL' semasa PAN dan TILT.

4. Membantu merakam shot-shot yang lebih kompleks dengan mudah umpamanya dalam sukan bola sepak dan perlumbaan kereta.

Kekurangannya pula ialah membawa TRIPOD bermakna menambahkan beban tugas dan jangka masa untuk merakam sesuatu akan bertambah disebabkan tugas memasang tripod.

TRIPOD amat penting dalam penggambaran program video yang panjang seperti drama dan temubual. Meletakkan TRIPOD diatas platform yang boleh digerakkan atau 'DOLLY' membolehkan rakaman 'FOLLOW SHOT' atau 'TRACKING SHOT' dibuat dengan lebih licin dan stabil.


Terdapat beberapa perkara yang sewajarnya diingat ketika menggunakan TRIPOD antaranya ialah;

1. Jangan kunci atau 'lock off' makanisma PAN dan TILT semasa sedang membuat rakaman kerana pergerakan subjek yang sukar diduga akan menyebabkan kita gagal membuat sebarang pelarasan TRIPOD dengan cepat.

2. Selalu mengunci(lock off) TRIPOD selepas rakaman atau shot bagi mengelakkan kamera video jatuh dari TRIPOD ke hadapan.

3. Seringkali pelbagaikan paras ketinggian TRIPOD ketika membuat rakaman video kerana rakaman yang seringkali dibuat pada paras ketinggian TRIPOD yang sama akan mudah menjemukan penonton dan hambar.

4. Selalu periksa 'fluid level' setiap kali TRIPOD dipasang dilokasi bagi menentukan supaya TRIPOD sentiasa berada dalam keadaan rata.


Beberapa jenis ketinggian atau paras SHOT(shot level) yang sewajarnya diketahui oleh jurukamera video iaitu;

1. EYE - LEVEL: Rakaman subjek yang biasa dari pandangan mata seseorang.
2. HIGH-ANGLE: Rakaman subjek dari sudut kamera yang lebih tinggi dari EYE - LEVEL.
3. LOW ANGLE SHOT: Rakaman subjek dari sudut yang lebih rendah dari EYE - LEVEL.

Sunday, November 4, 2007

ZOOM




ZOOM ialah satu proses mendekatkan(ZOOM IN) atau menjauhkan(ZOOM OUT) subjek dalam pengambaran video dengan melaraskan LENS kamera. Proses ZOOM SHOT ini boleh dilakukan secara manual ataupun automatik. ZOOM SHOT yang dilakukan secara automatik adalah lebih licin pergerakannya namun begitu dengan latihan yang seringkali dilakukan ZOOM SHOT secara manual akan menjadi lebih licin dan lebih kreatif.
ZOOM SHOT menjadi lebih berkesan jika ia dilakukan dengan bertujuan atau bersebab seperti untuk menunjukkan hubungan antara subjek yang dirakam, untuk menekankan sesuatu perkara, menyerlahkan sesuatu, menggambarkan secara dramatik dan sebagainya.

Contoh, ialah;

- ZOOM OUT seorang pemain golf mula memukul bola hingga bola tersebut memasuki lubang.
- ZOOM OUT secara perlahan muka seorang kanak-kanak untuk menunjukkan konsentrasinya sedang melakukan sesuatu aktiviti.
- ZOOM OUT secara pantas ke muka seorang yang sedang dalam keadaan amat terkejut akan menghasilkan kesan yang lebih dramatik.
- Ada ketikanya proses ZOOM akan digandingkan dengan PAN atau TILT untuk menghasilkan kesan yang lebih baik umpamanya, ZOOM OUT muka seorang kanak2 sambil TILT DOWN hingga keseluruhan kanak-kanak dan aktiviti yang sedang dilakukannya(i.e mewarna) wujud dalam screen. Ini akan mampu menceritakan keseluruhan peristiwa tersebut.

Sewajarnya diingat;

- Sebelum ZOOM pastikan rakaman SHOT STATIK selama sekurang-sekurangnya 3 saat

- Elakkan shot 'YO-YO' ZOOM dimana pergerakan ZOOM IN dan ZOOM OUT dilakukan berulang kali tanpa henti dan akan mengelirukan serta menjemukan penonton

- Bezakan SLOW ZOOM adalah untuk menarik penonton supaya menghayati sesuatu, sementara FAST ZOOM adalah untuk memberikan kesan "shock" atau kejutan.

- ZOOM SHOT boleh digunakan secara kreatif untuk permulaan dan penutup cerita

Saturday, November 3, 2007

SERI MENANTI









Pada 28 dan 29 Oktober 2007 yang lalu kami kembali semula di Balairong Seri Istana Seri Menanti untuk memasang dan mengendali peralatan audio video semasa penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Sembilan kepada penerima. Seperti biasa kami bertolak ke Seri Menanti pada 28 Oktober untuk memasang peralatan berkenaan di Balairong Seri. Peralatan yang dibawa ialah tiga buah kamera video, dua buah LCD Projector, dua buah layar tayangan, sebuah video switcher, dua buah tv monitor, empat buah walkie-talkie, tripod kabel-kabel video dan sebagainya. Of coz lah tak lupa beg pakaian sendiri, tentu tak menasabah pakai T-shirt semasa melakukan tugas berkenaan. Tak menasabah juga bila bertugas memakai tali leher serta T-Shirt....kan gitu..??

Dalam perjalanan menuju Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 28 Oktober, kami mengalami jammed(betul ke perkataan ni...) berhampiran Bukit Putus kerana berlaku satu kemalangan. Kelihatan teruk juga kemalangan tu, dimana sebuah trailer muatan penuh kampit-kampit simen terlanggar tebing di tepi jalan raya. Dalam pada itu seorang pemandu wanita mungkin dalam kecemasan cuba memotong barisan hampir bertembung dengan sebuah trailer lain. Pemandu trailer berkenaan kelihatan marah sambil mengangkat tangan(penumbuk..???). Kalau dalam kecemasan apalah salahnya diberi laluan, manalah tahu mungkin dia dah nak bersalin sangat...kan..??

Di Seri Menanti kami menginap di Resort berhampiran Istana Seri Menanti dan Muzium DiRaja Seri Menanti. Walaupun dah berpuluh kali tinggal di sini kami tak pernah pun melawat dalam Muzium DiRaja Seri Menanti tu....pelik kan...?? Hasrat atau niat rakan-rakan untuk mandi di kolam renang resort berkenaan tidak kesampaian kerana kolam renang tersebut masih dalam pengubah suaian....mungkin untuk dijadikan kolam renang bersaiz olympic...agaknyeee....

Semasa memasang peralatan dalam Balairong Seri kami bertemu seseorang yang sedang melakukan tugas memasang permaidani dan beberapa orang lagi yang kami belum pernah jumpa sebelum ni....tak kisahlah, sebab mereka pun tak pernah jumpa kami. Apa yang saya kisahkan ialah sikap pelik pemasang permaidani tu.....dipendekkan cerita disebabkan sikap peliknya maka gelaran DATO' CARPET diberikan kepadanya . Berdosakah memberikannya gelaran tu...??? Hmmm...entahlahh....

Pada 29 Oktober kami mengendalikan alat tersebut semasa majlis berlangsung. Kami bertugas di sana seramai lima orang serta seorang pemandu. Majlis tersebut berjalan selama lebih kurang 5 jam. Walaupun selama lima jam tetapi pemasangan alat mengambil masa yang lama bagi menentukan peralatan berada dalam keadaan yang amat baik ketika majlis berlangsung. Pada tahun ini jika mengikut jadual kami sewajarnya melakukan tugas ini sebanyak 5 kali, namun disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan kami hanya melakukan tugas berkenaan sebanyak 3 kali sahaja. Tahun hadapan tak tahu lagi, mungkin lebih kerap kerana kebiasaannya penerima pingat dan bintang akan bertambah dari setahun ke setahun.



Foto-foto: rakan-rakan sedang memasang peralatan Audio video untuk rakaman dan TV Litar Tertutup. Foto aku tiada sebab aku sedang memetik kamera untuk merakam foto-foto ini.

Thursday, October 11, 2007

TILTING


TILTING.

TILTING ialah pergerakan kamera secara 'vertical' yang licin dan berterusan seperti dalam rajah di atas. Kamera berkenaan berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand held). TILTING ialah satu pergerakan atau teknik yang berkesan untuk menggambarkan subjek yang tinggi seperti TILTING dari puncak bangunan ke bawah(TILT DOWN) atau dari bawah ke atas(TILT UP). Pergerakan subjek juga boleh di ikut dengan teknik ini seperti seorang yang sedang memanjat atau menuruni sebatang pokok kelapa umpamanya..

Peraturan menggunakan TILTING
1. Fikir apa yang hendak ditunjukkan dan tentukan permulaan dan penamat pergerakan tersebut.
2. Buat latihan sebelum mulakan rakaman.
3. Permulaan rakaman hendaklah dalam keadaan statik selama 3 saat sebelum mula membuat pergerakan dan begitu jugalah ketika di akhir pergerakan berkenan.
4. Buat pergerakan tersebut dengan perlahan dan licin dalam satu arah.
5. Jangan cuba membuat pergerakan TILTING terlalu jauh kerana ini akan menyebabkan kehilangan keseimbangan badan, sebaik-baiknya dalam lingkungan 90 darjah sahaja(sudut pergerakan TILT UP atau TILT DOWN). Jika subjek tidak boleh dirakam sepenuhnya dalam lingkungan sudut 90 darjah, cuba letakkan kamera lebih jauh lagi dari subjek berkenan.
6. Pergerakan TILTING ini akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan TRIPOD.

Dalam pembikinan program video, kombinasi PANNING dan TILTING secara serentak memang tidak dapat dielakkan. Latihan amat diperlukan untuk memahirkan diri dalam melakukan pergerakan seperti ini.



Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI STUDIO UKM UNTUK SEMUA...



Sunday, October 7, 2007

TUGAS FLOOR MANAGER(FM)

Diantara tugas FLOOR MANAGER(FM) ialah memberi arahan kepada "talent", menyampaikan arahan PENGARAH STUDIO kepada "talent", menyelia kakitangan studio rakaman, dan dalam tugas yang lebih besar dia bertanggung jawab dalam "setting up scenary and dressing the set". FLOOR MANAGER juga dikenali sebagai FLOOR DIRECTOR atau STAGE MANAGER.

Foto: Latihan Penerbitan Pelajar Pengajian Media di STUDIO UKM, DECTAR.

Friday, October 5, 2007

PANNING

Pan shot ialah satu pergerakan kamera yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Namun penggunaannya yang berlebihan akan menyebabkan penonton bosan dan keliru.

Tujuan panning;
1. untuk menunjukkan subjek yang terlalu panjang untuk digambarkan dalam satu shot, seperti deretan bangunan yang panjang.
2. menunjukkan hubungan diantara subjek-subjek, seperti adegan yang menunjukkan muka wanita yang terkejut kemudian pan kepada tikus yang berada di hadapannya.
3. mengikuti pergerakan sesuatu subjek yang sedang bergerak, seperti kucing mengejar tikus.

Perkara yang sewajarnya diingat bila melakukan panning shot;
1. Fikirkan permulaan pan shot dan tempat di mana ia patut ditamatkan.
2. Bila tidak menggunakan tripod, bahagian pinggang ke atas sahaja yang bergerakatau berpusing.
3. Pan dengan perlahan dan stabil untuk membolehkan penonton dapat melihat apa yang dipaparkan.
4. Imej "permulaan" dan "penamat" shot mestilah statik selama 3 saat.
5. Panning shot yang berkesan adalah tidak melebihi sudut 90 darjah. Jika melebihi boleh menyebabkan pergerakan kamera bergoyang dan hilang keseimbangan.
6. Bila membuat panning shot subjek yang sedang berjalan atau berlari ruang depan subjek atau walking room lebih luas dari ruang di belakang subjek.

UNIT PERCETAKAN UKM

Kakitangan Unit Percetakan UKM di Pusat Penerbitan sedang sibuk menyiapkan tugas harian mereka..



Sunday, September 30, 2007

FOCUSING

Pada kamera video "focusing" boleh disetkan kepada manual atau automatik. Ketika dalam keadaan automatik, jarak subjek yang dirakam dikawal dalam keadan yang sentiasa "focus" walaupun subjek berkenaan bergerak. Bagaimanapun pencarian subjek yang bergerak ini akan kelihatan di screen.
Namun begitu sistem autofokus pada kamera video akan menjadi keliru dalam keadaan-keadaan tertentu seperti;


1. Subjek di sebalik gelas, net atau pagar dan seumpamanya.

2. Air, salji yang turun, kabus dan sebagainya.
3. Subjek yang sentiasa bergerak.
Perkara ini boleh diatasi dengan cara "manual focusing".

Amat mudah memfokus secara manual pada subjek yang statik. Bagi subjek yang bergerak. "manual focusing" memerlukan latihan yang lebih.

KAMERA VIDEO



Perkara asas yang perlu diketahui oleh jurukamera video untuk merakam dengan baik ialah berkaitan kamera yang digunakannya. Sesuatu pergerakan yang penting tidak akan terlepas jika iris, fokus, white balance dan sebagainya diketahui dengan sempurna. Setiap kali merakam, kamera akan merakam visual dan audio. Beberapa ciri pada kamera video sewajarnya diketahui oleh jurukamera video.


1. Iris: iris mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui lens ke pengesan imej. Iris ini adalah biasanya dibawah kawalan elektronik. Ia bisanya berfungsi secara manual dan automatik.

2. Backlight compensator: ia digunakan untuk mengawal iris bila membuat rakaman bertentangan dengan cahaya. Iris dilaraskan untuk memberikan exposure yang betul kepada subjek yang dirakam dimana belakang subjek terdapat cahaya yang terang.

3. Low light control: ia digunakan ketika membuat rakaman dalam cahaya yang kurang terang tujuannya ialah untuk menghasilkan imej yang lebih terang. Namun begitu akan wujud banyak bintik-bintik atau "noise" pada imej yang dirakam.

4. White balance control: Menentukan warna-warna dalam babak yang dirakam benar, sama ada diterangi oleh cahaya siang(daylight) atau cahaya tungsten. White balance boleh dilaraskan secara manual atau automatik.

5. Auto-focus system: Ia akam memfokus subjek yang dirakam secara automatik. Fokus secara automatik ini akan memfokus subjek yang paling hampir.

TUGAS DALAM KONTI STUDIO UKM

Pada 26 September 2007 yang lalu, sebuah rakaman video MCP "PERSEMBAHAN SENI PELAJAR KOKURIKULUM telah dijalankan di DECTAR, UKM.



Friday, September 28, 2007

UKM DI GOOGLE

UNIVERSITI KEBANGSAN MALAYSIA DI GOOGLE EARTH.

Saturday, September 22, 2007

LAGI FOTO LATIHAN KAMERA PELAJAR

Lagi foto pelajar PENGAJIAN MEDIA sedang membuat latihan
MULTIPPLE CAMERAS PRODUCTION
di STUDIO UKM, DECTAR.
"Dah cukup focus ke........????

Latihan tanpa props.....

Sedang menyediakan props....

Penyediaan props.....


Thursday, September 20, 2007

VIDEO BERKAITAN UKM

Selamat berpuasa......jangan lupa juga layari video dalam YOUTUBE berkaitan Universiti Kebangsan Malaysia.....


1. VIDEO KORPERAT UNIVERSITI KEBANGSAN MALAYSIA


4. Whaaaaaa...sapa pulak ni........MENTION..????

Tuesday, September 18, 2007

ANTARA HASIL PENERBITAN PELAJAR

Sila layari link berikut, untuk melihat diantara penerbitan video pelajar PUSAT PENGAJIAN MEDIA untuk kursus mereka.

Thursday, September 13, 2007

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMUA

LATIHAN PELAJAR MEDIA & KOMUNIKASI




Selain membuat tugas-tugas rakaman video, kami juga memberi tunjuk ajar kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang membuat latihan penerbitan video di Studio UKM. Mereka membuat latihan penerbitan Multipple Cameras Production untuk kursus pengajian mereka. Kursus ini diberi markah oleh pensyarah yang mengajar subjek berkenaan. Di sini pelajar didedahkan dengan tugas-tugas penerbitan seperti dalam sebuah studio televisyen yang sedang keudara secara langsung.