Sunday, October 21, 2012

SIdang 3 & 4 konVO ke 40 UKM pula..

HARI ini 21 Okt. 2012 juga aku malas jugak nak cerita panjang-panjang.
Kami masih membuat rakaman video MCP Majlis Konvo UKM
ke 40 di DECTAR. Kali ini kami merakamkan
pula sidang 3 dan 4. Ini bermakna kami 
masih lagi perlu berkampung
di DECTAR hari
Isnin dan
akhirnya hari Selasa...

 awal pagi sebelum jam 7 am dah ada di studio ukm
untuk persiapan teknikal..

 ....pasang kamera untuk para jurukamera...

 ....kenangan setahun sekali...

 ....bertemu antara satu dgn lain berbeza jabatan...

 ....rehat...

 ....screen crt di tonton...

 ....masih sempat fb masa menunggu...

 ....posing sementara tunggu ketika untuk masuk dewan...

 ....internet penghubung untuk dapat maklumat..

 ...masa penganugerah...

 ....konti sentiasa sibuk....

 .....sesi ucapan vc perlu teliti....

 ....ini sidang aku arrr...

 ....ini sidang aku pula....

 ....masih sempat....

 ....ini foto mimi, amik tanpa kebenaran, sorry dan terima kasih...

 ....ini juga foto mimi...maaf...

 ....setelah selesai rakaman ada tugas lain pula...

 ....bunga dan wanita...ibarat lelaki dan seluar...opst!...

....masa pulang jem tanpa roti setia menunggu...

....ini jugak jem.....

.....aku ucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat tanpa kecuali....
dan maaf banyak2 jika ada kata2 yang menghiris hati...
.....terima kasih jugak kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria.

Saturday, October 20, 2012

sidANG 1 & 2 konVO ukM Ke 40

Hari ini bermulalah rakaman MAJLIS KONVOKESYEN UKM
KE 40 di DECTAR. Hari ini rakaman Sidang 1 dan 2.
Ini bermakna kami mempunyai 6 Sidang lagi
hingga 23 Oktober 2012.
Nampaknya kami akan berkampung di DECTAR
3 hari lagi....harap semuanya o.k. Aku
amat memerlukan kerjasama
setiap individu dalam tugas
ini. Mana2 yang agak terhiris hati dengan
sebarang patah perkataan aku semasa mengendalikan
operasi rakaman mcp ini, harap maafkan aku...janganlah simpan
dalam hati...tolong arr....
Terima kasih bebanyak gak kepada semua kkrew
sama ada krew uav, bantuan dan krew luar..
Aku letih nak cerita panjang....aku jadikan foto2 ini sebagai
si pencerita bagi pihak aku....k...?

...dewan masa awal pagi...

...konti...

 ...ketika rehat...

 ...ketua cameramen 1..

 ...ada masa untuk tanya kabar...gamaknyer...

 ....posing sebelum bertugas...

 ...berehat sebentar...

 ...inilah masa staf pelbagai jabatan bertemu...yg mesra tak jadi
masalah, yang sombong jadi kera yang sumbang...

 ....sempat posing sebelum bertugas...

 ....masih sempat kata...hai! masa bertugas...

 ....on duty....

 ....anugerah...

 .....tumpuan...

 ....kerjasama amat perlu....

 ....letih da..menjelang petang...

....nak keluar terserempak dengan 'jem'....

....sekian...terimakasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, October 19, 2012

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN DOKTOR FALSAFAH 2012



Hari ini kami mula rakaman membuat rakaman mcp berkaitan majlis 
konvokesyen ukm ke 40.

 .....foto arenim, terima kasih...

Sebelah pagi kami membuat rakaman raptai majlis konvokesyen
ukm ke 40 di dectar.

 ....persiapan teknikal...

Selepas raptai kerja-kerja teknikal disambung yang telahpun bermula
semalam...


Sebelah petang kami membuat rakaman video majlis pengiktirafan
penyelia dan pemakaian jubah ijazah kedoktoran.

 ....sebahagian drpd krew mcp kami...

Majlis ini merupakan kali kedua diadakan untuk mereka yang menerima
ijazah kedoktoran daripada penyelia masing-masing...


Ia sama seperti majlis konvokesyen bezanya cuma graduan kedoktoran
dipakaikan jubah oleh penyelia masing-masing...


Majlis bermula jam 3.00 petang....
Majlis ini tamat lebih kurang jam 6.30 petang....Selepas tamat kerja-kerja
teknikal disambung kembali sehingga selesai untuk majlis konvo yang 
bermula esok pagi....sdr. Jasril menyiapkan grafik untuk
majlis konvokesyen esok.......esok pasti tiba jam 7.00 pagi
(aku ler dan beberapa krew uav lain...)
Kami bergerak pulang lebih kurang jam
8.00 malam....dengan secebis doa
semoga MAHA PENCIPTA
memberikan kelancaran kepada kami dalam
menjalankan tugas tanpa sebarang masalah
selama 4 hari dan
untuk hari2 yang seterusnya...
InsyaALLAH....

....tv untuk tontonan mereka yang tidak masuk ke dewan semasa
majlis konvokesyen nanti.

Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam tugas hari ini,
dan jangan lupa datang dan bantu kami sepanjang rakaman
mcp tersebut hingga selesai......

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

perSIApan konVO Ukm...

Hari ini agak sibuk bermula dari semalam. Semalam adalah sejarah, hari
ini ialah realiti yang sedang berlaku...

....dalam dewan..

Sebenarnya demam persiapan konvo ni dah pun bermula sejak semalam
lagi. Dalam dewan sendiri dah pun penuh dengan kerusi
yang telah disusun rapi dengan sengaja, bukan
'tersusun'...

...menunggu...

Sedari pagi lagi kami dahpun menunggu sebuah syarikat untuk memasang
peralatan tambahan untuk rakaman mcp konvokesyen nanti.
Menanti dengan sabar sambil tonton screen crt 
depan mata..

...sape ler yg punyer...

Milo 2 in 1 pun dah diminum bergelas dan yang ini gelas terakhir...juga dah
kosong terdampar di atas meja...(jangan percaya sangat kenyataan ini)

....td...

Bila saja mereka sampai, kerja-kerja pemasangan pun bermula dalam konti.
Ada beberapa orang staf mereka yang bertungkus lumus bertugas...

...peralatan tambahan...

Sebenarnya kami menyewa beberapa buah kamera termasuk kamera
kami, semuanya berjumlah 6 buah kamera...

....dewan lagi...

Tahun ini kami sewa sebuah kamera 'wireless' untuk tujuan rakaman
perbarisan diraja depan dewan canselor tun abdul razak
pada pagi 20 oktober nanti...

....pentas...

Agak lama juga pemasangan tersebut dibuat. Dalam masa yang sama raptai
majlis pemakaian jubah juga dijalankan pada sebelah petang..
rasanya aku tak tahupun raptai ini akan berlansung,
yang aku pasti raptai berkenaan pada 
19 oktober 2012....takpelah
layan jer....

...bungaan...

Semalam iaitu 17 oktober ialah raptai teknikal iaitu pihak PTM
membuat percubaan penggunaan kad elektronik
untuk graduan yang akan menerima
ijazah nanti....segalanya
perlu diuji....

...alat distributor...

Persiapan teknikal oleh syarikat luar tersebut hampir siap lebih kurang
jam 6.00 petang. Walau bagaimanapun tugas mereka
masih belum selesai dan akan datang pagi
esok untuk teruskan kerja mereka.

...ini krew uav...

Mereka juga akan turut serta dalam raptai pagi esok dan juga dalam
rakaman majlis pemakaian jubah graduan siswazah
pada petang esok...

Malam ini kami menyelesaikan tugas pemasangan plasma di atas pentas dan juga
tv di keliling dewan untuk tontonan mereka yang tidak
dapat masuk ke dewan masa konvo
nanti.....
Dalam minggu ini aku amat memerlukan komitmen semua krew terutama
krew audio video. Mesti ada kerjasama semua krew, ketepikan apa
yang tidak memuaskan hati masing-masing, kalau ada.....
Kalau tidak bantu membantu tentu
kerja yang berat menjadi 
lebih berat. 

...wah! dah siap...

Tugas seperti majlis yang
besar ini tidak mampu dipikul tanpa
bantuan yang lain-lain. Siapapun tidak boleh
mengaku bahawa dia lebih 'super' drpd orang lain. 
Mesti kerjasama dikalangan krew.... tentu kerja akan mudah
disempurnakan. Kerja biar ikhlas. Masing-masing memang bertanggung
jawab mengurangkan beban di antara satu dengan lain. Dalam
bertugas kita tidak boleh bertugas dengan 'klik' kita jer, jika
wujud 'klik' dalam kumpulan kita....ketepikan dulu..
mesti bekerjasama, tanpa kerjasama
kita takkan mampu menyem-
purnakan tugas terbabit...
kalau ada 'klik' ler..

...tugas siap 'fb' ler kut...

Jadi aku nak ucapkan ribuan terima kasih
kepada krew yang bertungkus lumus di dectar dalam
persiapan teknikal iaitu SHAHRUL, JASRIL, SURAYA, RAMLI dan
HAJI IZAD...aku jugak menucapkan terima kasih kepada
sdr. KAMARUL dan YUNUS kerana membuat
rakaman MCP perasmian tapak pesta
konvo...yang seterusnya
membolehkan kami
menyelesaikan tugas-tugas persiapan
teknikal di dectar. Kami bertugas di lokasi berbeza
yangmana kedua-duanya amat penting yang berlangsung
dalam waktu malam yang sama. Kami selesai
persiapan teknikal di dectar lebih 
kurang jam 11.00 malam...
sekian....
Terima kasih kerana sudi membaca, komen ler kalau nak....
DAUD.montak.zakaria