Friday, October 19, 2012

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN DOKTOR FALSAFAH 2012



Hari ini kami mula rakaman membuat rakaman mcp berkaitan majlis 
konvokesyen ukm ke 40.

 .....foto arenim, terima kasih...

Sebelah pagi kami membuat rakaman raptai majlis konvokesyen
ukm ke 40 di dectar.

 ....persiapan teknikal...

Selepas raptai kerja-kerja teknikal disambung yang telahpun bermula
semalam...


Sebelah petang kami membuat rakaman video majlis pengiktirafan
penyelia dan pemakaian jubah ijazah kedoktoran.

 ....sebahagian drpd krew mcp kami...

Majlis ini merupakan kali kedua diadakan untuk mereka yang menerima
ijazah kedoktoran daripada penyelia masing-masing...


Ia sama seperti majlis konvokesyen bezanya cuma graduan kedoktoran
dipakaikan jubah oleh penyelia masing-masing...


Majlis bermula jam 3.00 petang....
Majlis ini tamat lebih kurang jam 6.30 petang....Selepas tamat kerja-kerja
teknikal disambung kembali sehingga selesai untuk majlis konvo yang 
bermula esok pagi....sdr. Jasril menyiapkan grafik untuk
majlis konvokesyen esok.......esok pasti tiba jam 7.00 pagi
(aku ler dan beberapa krew uav lain...)
Kami bergerak pulang lebih kurang jam
8.00 malam....dengan secebis doa
semoga MAHA PENCIPTA
memberikan kelancaran kepada kami dalam
menjalankan tugas tanpa sebarang masalah
selama 4 hari dan
untuk hari2 yang seterusnya...
InsyaALLAH....

....tv untuk tontonan mereka yang tidak masuk ke dewan semasa
majlis konvokesyen nanti.

Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam tugas hari ini,
dan jangan lupa datang dan bantu kami sepanjang rakaman
mcp tersebut hingga selesai......

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

No comments: