Monday, September 3, 2012

Minggu Mesra Pelajar 2012.


kg seri pilah
 Semalam ahad 2 september 2012, pi kuala pilah n.s, dan singgah lama kat
kampung seri pilah, kuala pilah..kemudian pulang petang...

pelajar baru ukm sesi 2012
 Hari ini 3 sept. pi DECTAR pulak sebab ada rakaman program Minggu Mesra Pelajar
baru ukm sesi 2012. Pagi ni ada program taklimat Timbalan-timbalan
Naib Canselor untuk pelajar baru. Program ini juga
berakhir petang....

.....minggu akhir untuk 'afifah dan rakan-rakan...
 Persiapan peralatan bermula jam sebelum 8.00 pagi kerana program
tersebut bermula dari jam 9.00 pagi.

...tekun melihat monitor...
 Dengar ceritanya jumlah pelajar dalam dectar lebih kurang 3 ribu orang..
benarkah, aku sendiri pun tak dapat untuk
membuat sebarang kepastian.

...hari untuk 'afifah....
 Lebih kurang jam 9.00 lebih program pun bermula. Taklimat tersebut merupakan 
taklimat TNC HEPA Prof. Dr. Ir Osman Karim.

...hari 'afifah...
 Seperti kebiasaannya, waktu pejabat kami kurang menerima bantuan krew 
dari jabatan lain kerana mereka pun sibuk dan kali ini mereka
sibuk dengan tugas penerimaan pelajar di fakulti
masing-masing...apa nak buat daaaaa..

TNC HEPA...
 Krew bantuan yang berkesempatan untuk membantu ialah Yunus Misdi,
Sulimi, Hafiz, Chef dan Pelajar Latihan Amali di Penerbit
UKM......

...timbalan menteri...
 Ketiga-tiga TNC telah memberi taklimat pada sebelah pagi dan sesi tersebut tamat 
lebih kurang jam 12.30 tengah hari.

.....program bersama pemimpin....
 Di sebelah petang pula ada program bersama pemimpin yang menampilkan
seorang timbalan menteri dan juga dari Pegawai dari Biro Tatanegara.

...ustaz pian....student LI..
 Program bersama pemimpin ini memberi peluang kepada pelajar baru untuk
melontar pertanyaan kepada timbalan menteri berkenaan selepas
tamat ucapan beliau....beliau merupakan alumni ukm...
Ramai jugak yang mengambil peluang untuk
bertanya...

....faisal...pelajar LI...
 Program ini mengambil masa hingga jam enam petang. Waktu petang di studio
ukm cuma dikendalikan oleh beberapa orang staf yang
masih tinggal... Walau bagaimanapun aku
ucapkan terima kasih kepada yang telah
membantu.

...tekun bertugas...

....sedia untuk 'surprize'...eh! betul ko 'spelling' nyer...?

....memang agak surprize gak kan...?
 Seperti yang aku kata tadi hari ini hari nur 'afifah....sebab hari ini dia jadi
PENGARAH STUDIO, hari ini dia jadi SWITCHER...

....selamat hari jadi...
 .....hari ini juga dia menyambut hari kelahirannya....ada yang mengingati hari 
jadinya dan belikan kek untuk sambutan hari jadinya di
Studio UKM....bertuahnya studio ukm...
Nur 'afifah ialah salah seorang
pelajar LI Penerbit
UKM.
Minggu ini merupakan minggu
terakhir mereka di Penerbit UKM
dan minggu depan mereka akan kembali ke
fakulti pengajian Islam untuk menyambung kembali
pengajian dalam tahun tiga pulak...
moga berjaya...

....dalam konti ini bukan cuma berdua tetapi berlima...

...selalunya aku yang jadi paparazzi di studio ukm untuk upload foto2
ke FB tapi kali ini si paparazzi menjadi mangsa untuk paparazzi
yang lain dan menjadi bahan foto untuk di upload ke FB.
....sebenarnya aku tak tersinggung pun....sebab
aku telah banyak upload kan foto
paparazzi tersebut
ke FB bersama
yang lain-lain....ekekeke...opst!

....terima kasih kepada semua krew yang bertugas....dan terima
kasih kerana sudi membaca....

DAUDmontakzakaria.

Friday, August 31, 2012

...samBUtan MERdeKA uKm 2012


...merdeka...merdeka...merdeka...

....bunting merdeka..
 HARI ini....30 OGOS 2012, kami dari unit UAV Penerbit UKM telah membuat rakaman 
video MCP Ambang Merdeka UKM 2012 di DECTAR. Sebelum tu kami dah
dua atau tiga hari kami membuat persedian
di DECTAR.

....foyer dectar...
 Di Studio UKM kami menyelia sebuah syarikat yang memasang aerial tv baru
untuk tayangkan 'countdown' secara langsung dari Dataran
Merdeka ke dalam DECTAR. Dalam mesyuarat sebelum ini telah
diputuskan bahawa 'countdown'
dari Dataran akan
ditayang secara
'live' dalam
DECTAR.

....hadirin disambut oleh PM2...
 Selama dua hari lebih syarikat tersebut memasang aerial berkenaan dan mencari
siaran yang lebih jelas untuk siaran RTM, namun siaran yang jelas
agak sukar didapati, semuanya penuh dengan bintik
bintik atau 'noise'. Akhirnya kami
ambil keputusan untuk
gunakan jugak
siaran tersebut walaupun penuh dengan 'noise'.

....untuk siaran langsung dari dataran...
 Ada yang mencadangkan supaya menyewa siaran ASTRO dimasa akan datang
kerana zaman ini untuk mendapatkan siaran tv yang JELAS dengan
menggunakan 'aerial' adalah hampir mustahil atau
mungkin mustahil kut....

....persiapan...
 Dalam masa yang sama sdr. Jasril Amry, Shahrul & Faisal menyiapkan suntingan
video jam untuk 'countdown' 12.00 tengah malam yang akan
ditayangkan semasa ambang merdeka
di DECTAR nanti.
Permintaan untuk menukarkan video jam digital yang
telah disunting untuk digantikan dengan jam analog tidak dapat
kami tunaikan sebab kesuntukan masa oleh itu diteruskan juga menggunakan
video 'countdown' dengan menggunkan jam digital.

....masih bersiap...
 Kabar yang kami dengar bahawa tiada 'countdown' di DATARAN MERDEKA rupanya
benar bilamana siaran RTM di tv yang telah kami usahakan untuk siaran
ke dalam DECTAR tiada disiarkan oleh setesen tv tersebut...
Aku tak tau sama ada usaha kami tersebut sia-sia
ataupun tidak...

....daftar untuk esspel...
 Sebelum rakaman MCP waktu malam, sebelah petang kami siapkan peralatan rakaman
tersebut. Kami gunakan 3 kamera sahaja. Ujian peralatan kami lakukan
lebih kurang jam 7.00 malam. Semua perkara yang berkaitan grafik 
disediakan oleh siti suraya. Persiapan peralatan dalam studio
dan dectar di sediakan oleh shahrul, jasril, kamarul, ramli, 
izad dan aku.......

....menunggu....
 Krew bantuan MCP yang mula2 tiba ialah hidayah dan diikuti oleh krew yang
lain yang akan disenaraikan kemudian. Hafiz secara terus datang
untuk menjadi krew mcp kami dari sekarang dan untuk
seterusnya, ermmmm...surat
akan menyusul selepas
pembabitannya
yang pertama ini.....harap dia akan
terus setia dengan kami...

....si tudung hitam taknak dikenali...
 Sebelum memulakan tugas semua krew yang terlibat diberi jamuan makan
sebelum bertugas, itu bagi mereka yang berkesempatan.
Jamuan makan tersebut disediakan bermula
dari jam 6.30 petang.

...krew beri tumpuan...
 Selepas membuat persiapan peralatan, kami membuat pendaftaran di pintu masuk
DECTAR untuk dimasukkan ke dalam ESPEL...eh!  betulkah
ejaannya macam tu....tak pasti aku....

.....masih boleh 'peace' walau bertugas..
 Semua krew yang lain turut mendaftar setelah diberitau serta telah diberi nombor cabutan bertuah.
Agak banyak jugak nombor cabutan bertuah yang diambil oleh krew mcp.
Kalau berpandukan nombor bertuah tu tentu akan ada 
nombor-nombor tu tersangkut
dengan tuah...gamaknya...

...beri tumpuan ketika cikgu mengajar...
 Diantara krew yang otai-otai terdapat gak krew baru yang 'fresh'...tak caya
cuba tengok foto kat atas tuuuu....Cikgu sedang ajar murid
yang baru berkecimpung dalam kerja MCP
ni....macam tekun jer mata murid
memerhati dan mendengar penjelasan
gurunya....boleh dengarkah dalam suasana bising tuuuu...

....anak murid dah jadi mahir...
 Wah! murid dah agak pandai....sebelah tangan jer dia pegang kamera tuuuuu....
eh! yer ker sebelah tangan....tentu fotografer ramai kelilingnyer kan..
gamaknyer.....

...hadirin...
 Sebenarnya banyak acara yang terdapat dalam sambutan ambang merdeka tu antaranya
nyanyian patriotik, sajak, dan sebagainya....
Krew bantuan kami ramai gak yang hadir termasuk yunus misdi, sulimi, hafiz,
jamaluddin chef, yusry dari ukmkl, wafiy, hidayah, hasnah sern, ermmm..
ada lagi tak nama yang aku tertinggal, maaf kalau
tertinggal nama lagi....

....persembahan pentas...
 Krew yang fresh tu ialahFARAH dan AFIFAH....sorang sempat pegang kamera
sementara sorang lagi cuma sempat cium bau kamera jer...tak sempat
pun nak bermanja dengan kamera MCP tuuu....apa boleh
buat...tunggu ler program yang bakal mendatang
sebelum mereka menamatkan
khidmat secara hormat 
di PENERBIT......opst! maaf...jangan amik ati ngan kata2 aku yang
agak tak enak ni....jangan simpan dalam ati....k...?

....cuba call pengacara bertanya nombor  bertuah menang atau tak...
.........gamaknya....
 Program tersebut tamat lebih kurang jam 12.15 malam dan semua peralatan dikemaskan.
Kami minta semua pi menjamu selera sebelum balik....namun ada yang nak
menjamu selera kat umah jer... Aku pulak memang jarang
menjamu selera selepas setiap program
selesai dirakam....jarang sangat
pun...tapi harap tuksahlah
ikut cara aku kan....
kan.....

....letih selepas ajar anak murid dan duk kat kamera selama lebih 2 jam..
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew
yang terlibat dalam rakaman MCP ini. Kerjasama kalian semua amatlah
dihargai dalam semua tugas yang telah kita lakukan bersama.
Sekali lagi aku ingin sebutkan semua nama-nama
berkenaan iaitu SHAHRUL FADLI, JASRIL,
AMRY, SITI SURAYA, KAMARUL,
RAMLI, HJ IZAD, YUNUS,
SULIMI, JAMALUDIN CHEF, HAFIZ,
YUSRY, HIDAYAH, HASNAH, ARENIM, WAFIY, 
FARAH NADIA, 'AFIFAH, FAIZAL, PYAN, AREEF, AKU dan...ermmm...
maaf banyak2 kepada mereka yang namanya terlupa untuk dilakarkan
ke atas permukaan blog ini....maaf...maaf...maaf...

..opst! sat...lupa nak citer....dalam lebih kurang 50 keping kut
nombor cabutan bertuah tu satupun gagal dimenangi 
oleh krew MCP...ekeke....rasenyer ada
yang kena mandi bunga kut....atau
mungkin STUDIO UKM tu mesti dimandikan bunga....gamaknyerrrrr....

.....terima kasih kerana sudi membaca nukilan dinihari ini....terima kasih...

DAUDmontakzakaria.

Tuesday, August 28, 2012

....jamuan raya ukm....2012


.....kuasa wanita.....
HARI ini 28 Ogos 2012, kami membuat rakaman video MCP jamuan hari
raya peringkat ukm di dectar. Seperti biasa persiapan peralatan
MCP dibuat hari ini dan juga semalam....cuma
3 buah kamera digunakan.

......mcp crews on duty....
Jam lebih kurang 9.00 pagi persiapan peralatan selesai dan kami menunggu
krew bantuan dari jabatan lain yang tiba di studio ukm seorang
demi seorang. Mungkin disebabkan hujan lebat
hadirin yang datang ke dectar agak
perlahan....

....sdr. yunus misdi...
Majlis bermula dengan ucapan TNC HEPI prof. datuk rahmah mohamed. Majlis
di isi dengan pelbagai acara termasuk sumbangan duit raya
kepada komuniti tertentu, tayangan video ucapan
raya yang kami hasilkan, nyanyian
dan sebagainya....

....sdr. yusry dari ukmkl....
Ramai jugak krew bantuan yang datang membantu kami termasuk pelajar LI
di penerbit ukm. Kami lebih banyak menggunakan krew yang
otai kerana emcee bergerak diserata dewan
untuk mewawancara hadirin
termasuk vvip.

sdr. shahrul fadli....
Terfikir jugak aku nak menggunakan khidmat pelajar LI dalam rakaman mcp
tersebut jika mereka benar-benar ingin mencuba, aku
tak kisah pun............

...penyampaian sumbangan....
Ramai jugak krew bantuan dan yang aku ingat ialah sdr. yunus misdi, zulhimi, jamaluddin,
yusri ukmkl, hidayah halim, hasnah sern, syanana, watie sharif, sulimi,
arenim, fazliana, arrrr...sape lagi....?

...sila...sila....semua ada...
Krew yang bertugas bergilir-gilir untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah.
Namun ada jugak yang menjamu selera sambil tangan pegang kamera.
Ada jugak yang dibantu oleh rakan yang memberi makanan
ketika sedang kendalikan kamera.

....ermmmm....sedapnyer.....ada yang senyum, ada gak yang tunduk jer....
Pelajar LI yang turut serta dalam tugas rakaman tersebut ialah farah nadia, nur'afifah,
pyan, areef dan faisal....rasenyer itu jer kut....sambil bekerja semua
krew jugak turut menjamu selera dalam majlis
berkenaan.....

..photo by raai osman.....pyan & areef....

....ermmmm...makan jer ler...takyah tengok2...

...persembahan di pentas....

...ketika majlis hampir tamat, hadirin makin berkurang...
Majlis jamuan tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari dengan nyanyian
staf ukm secara beramai-ramai di atas pentas...

...ni kira masa dah nak hampir tamat majlis tersebut...
Rakaman tersebut mencecah masa lebih kurang 3 jam dan aku bercadang untuk 'upload'
ke youtube selepas aku buat sedikit penyuntingan nanti, tunggu jer
kalau nak tonton....

...photo by raai osman....penutup...
Aku nak ucapkan berbanyak terimakasih kepada semua krew iaitu sdr. shahrul 
fadli, siti suraya, ramli adnan, kamarul, jasril, haji izad, sulimi, yunus, zulhimi,
jamaluddin saleh, yusri, watie, syanana, hidayah, hasnah, arenim,
farah nadia, nur'afifah, pyan, areef, faisal...ermmm...
ada sapa2 tak yang tertinggal nama,
kalau ada maafkan aku...
tak lupa gak terima kasih kepada krew foto penerbit tapi foto
aku macam tak banyak punnnn...
opst!

...terima kasih kerana sudi membaca....

DAUDmontakzakaria.

Monday, August 27, 2012

Dua dalam satu...

...jamuan raya dan sambutan merdeka...
....atas bumbung DECTAR...
 HARI ini 27 OGOS 2012, aku masih lagi bercuti. Namun waktu jam 3.00 petang
aku pergi jugak ke ukm iaitu bangunan DECTAR
untuk dua tujuan....
...masih atas bumbung DECTAR..
 Perkara utama yang aku perlu selesaikan ialah untuk memeriksa peralatan 
MCP sebab esok iaitu 28 OGOS ada rakaman MCP jamuan
Hari Raya UKM di DECTAR.
....atas bumbung lagi...
 Perkara yang kedua yang perlu diselesaikan ialah untuk menyelesaikan
perkara berkaitan aerial tv yang dah lama mengalami kerosakan.
Ia perlu dibaiki kerana perlu digunakan semasa
ambang merdeka yang akan berlangsung
di DECTAR pada detik 12.00
tengah malam 30 OGOS
nanti....

....raptai untuk jamuan raya esok...
 Perkara pertama iaitu pemeriksaan dan ujian peralatan MCP sempat
diuji separuh jalan jer sebab syarikat yang dipanggil
untuk 'cek' aerial tv tu sudah sampai
dan terpaksa tunjukkan mereka
apa yang perlu dibuat...

.....persiapan dalam dewan...
Kami membawa pekerja syarikat tu naik ke bumbung DECTAR. Itulah
pertama kali aku naik ke sana walaupun dah berdekad keje
di ukm. Rupanya untuk naik ke sana perlu beberapa
halangan pintu yang berkunci di Bilik 'Modern 
Band' di tingkat paling atas.
Kunci pulak disimpan
oleh staff Kebudayaan yang khusus.
Rasa gigil jugak bila pijak atas atap yang lembut tu.
Aku, Kamarul dan 3 pekerja syarikat dan seorang staf KEBUDAYAAN
naik ke atas bumbung tu. Aku tak pi jauh pun sebab 'gayat'.
Menurut kata staf syarikat tu kabel untuk aerial
tu dah koyak dan kena ganti dengan
yang baru. Tu sebab siaran
tv dalam studio ukm
tidak jelas dan amat terganggu.
Mereka ambil keputusan untuk ganti kabel dgn yang
lain. Walau bagaimana pun tugas tersebut tidak dapat
diselesaikan kerana pintu bilik air untuk laluan kabel tersebut
terkunci. Kunci dipegang oleh tukang cuci yang dah pun tamat tempuh
jam bekerja dan dah sampai rumah dah kut. Jadi terpaksa sambung kerja
di waktu yang sama esok. Sebenarnya siaran tv tu amat penting untuk
ditayangkan ke layar dalam DECTAR semasa siaran 'live'
'countdown' kat dalam DECTAR jam 12.00
tengah malam pada 30 OGOS nanti.
Tu sebab aerial tv tu perlu
dibaiki 'by hook
or by crook'.
Siaran dari kuala lumpur tu akan
disalurkan ke layar tayangan dalam dectar
melalui bilik kawalan video atau konti dalam studio ukm.
Sementara kami uruskan bab 'aerial tv' tu,
staf yang lain membuat persiapan berkaitan rakaman MCP
jamuan raya pada hari esok.......
Jadi aku nak ucap 
terima kasih bebanyak kepada
SHAHRUL FADLI, SITI SURAYA, JASRIL AMRY,
RAMLI ADNAN, KAMARUL, HAJI IZAD, HAIRI, SHAHRIL,
FARAH, PYAN, AREEF, AFIFAH, FAISAL dan
lain-lain, kerana telah memberi bantuan
dalam tugas petang tadi....
.....sekian...terima kasih sebab membaca...
DAUDmontakzakaria.