Friday, August 31, 2012

...samBUtan MERdeKA uKm 2012


...merdeka...merdeka...merdeka...

....bunting merdeka..
 HARI ini....30 OGOS 2012, kami dari unit UAV Penerbit UKM telah membuat rakaman 
video MCP Ambang Merdeka UKM 2012 di DECTAR. Sebelum tu kami dah
dua atau tiga hari kami membuat persedian
di DECTAR.

....foyer dectar...
 Di Studio UKM kami menyelia sebuah syarikat yang memasang aerial tv baru
untuk tayangkan 'countdown' secara langsung dari Dataran
Merdeka ke dalam DECTAR. Dalam mesyuarat sebelum ini telah
diputuskan bahawa 'countdown'
dari Dataran akan
ditayang secara
'live' dalam
DECTAR.

....hadirin disambut oleh PM2...
 Selama dua hari lebih syarikat tersebut memasang aerial berkenaan dan mencari
siaran yang lebih jelas untuk siaran RTM, namun siaran yang jelas
agak sukar didapati, semuanya penuh dengan bintik
bintik atau 'noise'. Akhirnya kami
ambil keputusan untuk
gunakan jugak
siaran tersebut walaupun penuh dengan 'noise'.

....untuk siaran langsung dari dataran...
 Ada yang mencadangkan supaya menyewa siaran ASTRO dimasa akan datang
kerana zaman ini untuk mendapatkan siaran tv yang JELAS dengan
menggunakan 'aerial' adalah hampir mustahil atau
mungkin mustahil kut....

....persiapan...
 Dalam masa yang sama sdr. Jasril Amry, Shahrul & Faisal menyiapkan suntingan
video jam untuk 'countdown' 12.00 tengah malam yang akan
ditayangkan semasa ambang merdeka
di DECTAR nanti.
Permintaan untuk menukarkan video jam digital yang
telah disunting untuk digantikan dengan jam analog tidak dapat
kami tunaikan sebab kesuntukan masa oleh itu diteruskan juga menggunakan
video 'countdown' dengan menggunkan jam digital.

....masih bersiap...
 Kabar yang kami dengar bahawa tiada 'countdown' di DATARAN MERDEKA rupanya
benar bilamana siaran RTM di tv yang telah kami usahakan untuk siaran
ke dalam DECTAR tiada disiarkan oleh setesen tv tersebut...
Aku tak tau sama ada usaha kami tersebut sia-sia
ataupun tidak...

....daftar untuk esspel...
 Sebelum rakaman MCP waktu malam, sebelah petang kami siapkan peralatan rakaman
tersebut. Kami gunakan 3 kamera sahaja. Ujian peralatan kami lakukan
lebih kurang jam 7.00 malam. Semua perkara yang berkaitan grafik 
disediakan oleh siti suraya. Persiapan peralatan dalam studio
dan dectar di sediakan oleh shahrul, jasril, kamarul, ramli, 
izad dan aku.......

....menunggu....
 Krew bantuan MCP yang mula2 tiba ialah hidayah dan diikuti oleh krew yang
lain yang akan disenaraikan kemudian. Hafiz secara terus datang
untuk menjadi krew mcp kami dari sekarang dan untuk
seterusnya, ermmmm...surat
akan menyusul selepas
pembabitannya
yang pertama ini.....harap dia akan
terus setia dengan kami...

....si tudung hitam taknak dikenali...
 Sebelum memulakan tugas semua krew yang terlibat diberi jamuan makan
sebelum bertugas, itu bagi mereka yang berkesempatan.
Jamuan makan tersebut disediakan bermula
dari jam 6.30 petang.

...krew beri tumpuan...
 Selepas membuat persiapan peralatan, kami membuat pendaftaran di pintu masuk
DECTAR untuk dimasukkan ke dalam ESPEL...eh!  betulkah
ejaannya macam tu....tak pasti aku....

.....masih boleh 'peace' walau bertugas..
 Semua krew yang lain turut mendaftar setelah diberitau serta telah diberi nombor cabutan bertuah.
Agak banyak jugak nombor cabutan bertuah yang diambil oleh krew mcp.
Kalau berpandukan nombor bertuah tu tentu akan ada 
nombor-nombor tu tersangkut
dengan tuah...gamaknya...

...beri tumpuan ketika cikgu mengajar...
 Diantara krew yang otai-otai terdapat gak krew baru yang 'fresh'...tak caya
cuba tengok foto kat atas tuuuu....Cikgu sedang ajar murid
yang baru berkecimpung dalam kerja MCP
ni....macam tekun jer mata murid
memerhati dan mendengar penjelasan
gurunya....boleh dengarkah dalam suasana bising tuuuu...

....anak murid dah jadi mahir...
 Wah! murid dah agak pandai....sebelah tangan jer dia pegang kamera tuuuuu....
eh! yer ker sebelah tangan....tentu fotografer ramai kelilingnyer kan..
gamaknyer.....

...hadirin...
 Sebenarnya banyak acara yang terdapat dalam sambutan ambang merdeka tu antaranya
nyanyian patriotik, sajak, dan sebagainya....
Krew bantuan kami ramai gak yang hadir termasuk yunus misdi, sulimi, hafiz,
jamaluddin chef, yusry dari ukmkl, wafiy, hidayah, hasnah sern, ermmm..
ada lagi tak nama yang aku tertinggal, maaf kalau
tertinggal nama lagi....

....persembahan pentas...
 Krew yang fresh tu ialahFARAH dan AFIFAH....sorang sempat pegang kamera
sementara sorang lagi cuma sempat cium bau kamera jer...tak sempat
pun nak bermanja dengan kamera MCP tuuu....apa boleh
buat...tunggu ler program yang bakal mendatang
sebelum mereka menamatkan
khidmat secara hormat 
di PENERBIT......opst! maaf...jangan amik ati ngan kata2 aku yang
agak tak enak ni....jangan simpan dalam ati....k...?

....cuba call pengacara bertanya nombor  bertuah menang atau tak...
.........gamaknya....
 Program tersebut tamat lebih kurang jam 12.15 malam dan semua peralatan dikemaskan.
Kami minta semua pi menjamu selera sebelum balik....namun ada yang nak
menjamu selera kat umah jer... Aku pulak memang jarang
menjamu selera selepas setiap program
selesai dirakam....jarang sangat
pun...tapi harap tuksahlah
ikut cara aku kan....
kan.....

....letih selepas ajar anak murid dan duk kat kamera selama lebih 2 jam..
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew
yang terlibat dalam rakaman MCP ini. Kerjasama kalian semua amatlah
dihargai dalam semua tugas yang telah kita lakukan bersama.
Sekali lagi aku ingin sebutkan semua nama-nama
berkenaan iaitu SHAHRUL FADLI, JASRIL,
AMRY, SITI SURAYA, KAMARUL,
RAMLI, HJ IZAD, YUNUS,
SULIMI, JAMALUDIN CHEF, HAFIZ,
YUSRY, HIDAYAH, HASNAH, ARENIM, WAFIY, 
FARAH NADIA, 'AFIFAH, FAIZAL, PYAN, AREEF, AKU dan...ermmm...
maaf banyak2 kepada mereka yang namanya terlupa untuk dilakarkan
ke atas permukaan blog ini....maaf...maaf...maaf...

..opst! sat...lupa nak citer....dalam lebih kurang 50 keping kut
nombor cabutan bertuah tu satupun gagal dimenangi 
oleh krew MCP...ekeke....rasenyer ada
yang kena mandi bunga kut....atau
mungkin STUDIO UKM tu mesti dimandikan bunga....gamaknyerrrrr....

.....terima kasih kerana sudi membaca nukilan dinihari ini....terima kasih...

DAUDmontakzakaria.

1 comment:

daud.montak.zakaria said...

...mintak maaf kerana terdapat diantara catatan di atas mengandungi unsur-unsur gurauan...jangan amik hati k....?