Saturday, March 6, 2010

LATIHAN MCP PELAJAR PENG. MEDIA TAHUN 2 & 3; 5 MAC 10

HARI ini, 5 Mac 2010, Jumaat;
Kami masih lagi mengendalikan Latihan MCP Pelajar Pusat Peng. Media dan Komunikasi UKM di Studio UKM di DECTAR. Jadual bermula dari jam 8.30 pagi, 2.45 petang dan 8.00 malam.
Ku biarkan foto-foto ini menceritakan segalanya dalam masa satu hari ini.


Tahun 3...






































Tahun 2....









































































daud montak zakaria...
6 Mac.2010; 12.30pm

Wednesday, March 3, 2010

LATIHAN MCP TAHUN 2 & KONSERT KOIR

Pelajar Pusat Pengajian Media UKM tahun 2
sedang membuat latihan MCP

Bulan Mac ini nampaknya tugas kami agak padat iaitu disamping tugas rakaman biasa,
kami juga memberi latihan cara Penerbitan MCP untuk Pelajar Pusat
Pengajian Media UKM tahun 2 dan tahun 3.


Ini merupakan kali pertama kami memberi tunjuk ajar dalam Penerbitan MCP yang melibatkan pelajar tahun 2 dan juga tahun 3.




Siti Suraya menunjukkan cara membuat grafik kepada pelajar.





Jam 9.00 pagi, 3 Mac 2010, kami berada di Studio UKM sejak jam 8.00 pagi bagi menyediakan peralatan penerbitan MCP untuk latihan berkenaan.





Juruaudio sedang bertugas....di Bilik Audio.





Semasa latihan dalam Studio Floor

Bila semuanya siap sempurna, latihan Penerbitan MCP tersebut bermula jam
9.00 pagi setelah semua pelajar grup terbabit
muncul di Studio UKM




Selepas sesi taklimat diantara mereka, latihan dimulakan. Latihan tersebut berlangsung daripada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
Nampaknya ada peningkatan dalam latihan MCP berkenaan mungkin kerana ini merupakan kali kedua atau ketiga mereka masuk untuk latihan dalam studio UKM.

Di Studio Floor ketika latihan MCP.




Semasa rakaman MCP Konsert Koir
di Panggung Seni DECTAR

Pada waktu malam pula iaitu kira-kira jam 8.00 malam kami membuat rakaman
MCP Konsert Koir di Panggung Seni, DECTAR.



Persiapan peralatan telah dibuat oleh sdr. Shahrul dan Jasril Amry.





Ketika rakaman MCP dalam Bilik Kawalan







Malam ini kami mempunyai tetamu iaitu Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM yang datang ke studio untuk melihat kami menjalankan rakaman MCP tersebut. Mungkin untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan MCP....




Sdr. Kamarul, Hanim dan Shahrul.



Sdr. Ramli Adnan dalam Bilik Audio.



Krew rakaman yang hadir untuk menjalankan rakaman MCP tersebut ialah; Sdr. Ramli, Kamarul, Shahrul, Jasril, Suraya, Wafiy, Firdaus, Khaidir, Hanim, Hasnah, Yunus dan aku.....




Siti Suraya yang bertindak sebagai Jurugrafik...



daud montak zakaria...
4Mac. 2010; 12.30pm

LATIHAN MCP TH. 2; 8 PM - 11 PM.

Sebelum memulakan latihan.

Malam ini dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, kami berada lagi
di Studio UKM kerana tugas.



Malam ini kami berusaha pula untuk membimbing para pelajar kumpulan yang lain untuk membuat penerbitan MCP.







Sedang menerangkan berkaitan grafik.








Sebelum memulakan latihan Pengarah diminta memberi sedikit taklimat berkaitan program penerbitan mereka kepada ahli kumpulan masing-masing.




Keletihan setelah menjelaskan berkaitan penerbitan MCP kepada pelajar.





Juruaudio ketika bertugas...

Kedua-dua kumpulan pada malam ini belum pernah lagi mengendalikan peralatan MCP.
Oleh itu agak sukar juga untuk menjelaskan kepada mereka cara menerbitkan
program MCP ini pada mulanya.



Namun begitu setelah diberi peluang kepada mereka untuk mengendalikan peralatan penerbitan akhirnya secara kasar barulah mereka mengerti bagaimana penerbitan MCP dilakukan.



Juruaudio semasa bertugas...







Sebenarnya bermula minggu ini jadual latihan MCP untuk Tahun 2 dan 3, terdapat sedikit perubahan.




Ready Cam 2......







Latihan sedang berjalan...

JADUAL LATIHAN MCP DI STUDIO UKM

Isnin
Tahun 3; 8.30 am - 1.00 pm
Tahun 2; 8.00 pm - 11.00 pm

Selasa
Tahun 3; 2.00 pm. - 5.00 pm
Tahun 2; 8.00 pm - 11.00 pm

Rabu
Tahun 2; 9.30 am - 11.00 am
Tahun 2; 8.00 pm - 9.30 pm
Tahun 3; 9.30 pm - 11.00 pm

Khamis
Tahun 3; 8.00 am - 1.00 pm
Tahun 2; 8.00 pm - 11.00 pm


Jumaat
Tahun 3; 8.00 am - 10.00 am
Tahun 3, 2.45 pm - 4.15 pm
Tahun 2; 8.00 pm - 11.00 pm


*** Penerbitan akhir; 22 Mac- 26 Mac. 2010.

Ready Cam 3, take three...


daud montak zakaria...
3Mac. 2010; 1.30pm

Tuesday, March 2, 2010

Maulidur Rasul & Latihan MCP

Hari ini, 1 Mac 2010, hari Isnin
kami mempunyai dua tugas untuk diselesaikan. Pertama ialah rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM dan yang kedua mengendalikan latihan MCP Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi.


Sdr. Shahrul, Hasnah dan Hazni Hanim ketika rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul





Sdr. Shahrul bertindak sebagai
Pengarah Studio

Persiapan teknikal untuk rakaman Sambutan Maulidur rasul telah dilakukan
sejak jam 7.30 pagi.
Pemasangan kabel kamera, tripod, kamera dan peralatan dalam Bilik Kawalan telah dibuat. Semua peralatan telah disiapkan dan diperiksa dengan sempurna.



Pengisian majlis tersebut ialahNasyid, Bacaan Ayat Suci, Berzanji, Forum dan penyampaian hadiah serta cenderamata.....



Siti Suraya, Hanim dan Hasnah membantu sdr. Shahrul sebagai Pengarah Studio.






Bilik Kawalan Studio UKM

Krew yang terlibat dalam rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul ini ialah
sdr. Ramli, Kamarul, Ruhaizad, Shahrul, Suraya, Jasril Amry, Hasnah, Hanim, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Waty, Mimi, dan aku sendiri......



Disebelah malam pula iaitu dari jam 8.00 malam - 11.00 malam kami bertugas mengendalikan latihan Penerbitan MCP Pelajar Tahun 2, Pusat Peng. Media dan Komunikasi dalam Studio UKM.



Pelajar yang bertindak sebagai Pengarah Studio dengan diperhatikan oleh sdr. Shahrul dan Kamarul..





sdr. Shahrul dan Jasril sedang menunjukkan
sesuatu di Bilik Kawalan

Mereka memulakan latihan dengan tunjuk ajar daripada kami selama lebih kurang satu jam setengah untuk setiap kumpulan.



Kumpulan malam ini merupakan kali pertama mereka mula mengendalikan peralatan tersebut dengan sendiri dengan diperhatikan oleh krew UAV.




Siti Suraya sedang menjelaskan cara menyediakan grafik...






Pada mulanya agak sukar juga untuk menjelaskan cara penerbitan MCP kepada mereka yang belum pernah melakukannya sebelum ini.




Sdr. Jaril Amry sedang menjelaskan sesuatu kepada juruaudio..





Seorang juruaudio sedang bertugas, macam relax jer...

Namun begitu setelah diberi sedikit penjelasan, kelihatan mereka telah mula memahami
secara kasar cara bagaimana mengendalikan semua peralatan untuk
rakaman MCP berkenaan.











Pengacara sedang beraksi di hadapan kamera.













Para pelajar ketika melakukan latihan MCP di Studio UKM.






Semasa latihan MCP

Apa yang kami harapkan ialah semasa latihan yang akan datang mereka dapat melakukan latihan dengan lebih sempurna dan licin tanpa sebarang kesilapan yang besar.



Krew yang turun bagi membantu dalam latihan MCP malam ini ialah sdr. Shahrul, Kamarul, Ramli, Jasril, Suraya, Ruhaizad(selepas buat rakaman Panggung Bodhi...) dan aku sendiri.
Malam esok juga kami akan melakukan tugas yang sama tetapi kumpulan yang berbeza....

sdr. Kamarul membantu dalam latihan dengan bertindak sebagai 'tetamu'....



daud montak zakaria...
2Mac. 2010; 1.30pm

Sunday, February 28, 2010

FESTIVAL SENI 1 MALAYSIA

Sebelum tugas bermula...

Malam ni kami membuat rakaman MCP Festival Seni 1 Malaysia di DECTAR.
Seperti biasa krew UAV membuat persiapan teknikal sejak
jam 6.00 petang lebih kurang.


Sebelum memulakan tugas semua krew pergi menjamu selera dahulu sebelum bertugas, manalah tahu kalau2 tumbang ketika mengendalikan kamera kerana lapar....


Sdr. Shahrul sedang memberi arahan kepada Jurukamera....Ready Cam 3...take 3....after this ready Cam 1 with CU...ready Cam 1...take 1..





Sibuk nampaknya krew dalam Bilik Kawalan...

Festival ini bermula lebih kurang jam 8.45 malam setelah VIP masuk
ke dalam dewan....










Sdr. Yunus, Waty dan Siti Suraya.....grafik ready.......






Program tersebut telah di isi dangan acara nyanyian, tarian dan sketsa...







Persembahan penutup....





Tarian 1 malaysia....

Ramai juga krew yang hadir pada malam ini dan mereka tiba di Studio UKM
kira-kira jam 8.00 malam...


Krew yang hadir dalam tugas rakaman MCP ini ialah sdr. Ramli Adnan, Ruhaizad, Kamarul, Suraya, Jasril, Shahrul, Azrul Khaidir, Wafiy, Yunus, Bukhari, Hanim Waty, Wany dan aku....ermmm..ada krew yang dijemput khas tapi tak muncul2 sampai tamat program......Tugas malam ni berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada mereka semua....


Tarian Cina...

daud montak zakaria...
28 Feb. 2010; 12.30pm