Wednesday, March 3, 2010

LATIHAN MCP TAHUN 2 & KONSERT KOIR

Pelajar Pusat Pengajian Media UKM tahun 2
sedang membuat latihan MCP

Bulan Mac ini nampaknya tugas kami agak padat iaitu disamping tugas rakaman biasa,
kami juga memberi latihan cara Penerbitan MCP untuk Pelajar Pusat
Pengajian Media UKM tahun 2 dan tahun 3.


Ini merupakan kali pertama kami memberi tunjuk ajar dalam Penerbitan MCP yang melibatkan pelajar tahun 2 dan juga tahun 3.




Siti Suraya menunjukkan cara membuat grafik kepada pelajar.





Jam 9.00 pagi, 3 Mac 2010, kami berada di Studio UKM sejak jam 8.00 pagi bagi menyediakan peralatan penerbitan MCP untuk latihan berkenaan.





Juruaudio sedang bertugas....di Bilik Audio.





Semasa latihan dalam Studio Floor

Bila semuanya siap sempurna, latihan Penerbitan MCP tersebut bermula jam
9.00 pagi setelah semua pelajar grup terbabit
muncul di Studio UKM




Selepas sesi taklimat diantara mereka, latihan dimulakan. Latihan tersebut berlangsung daripada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
Nampaknya ada peningkatan dalam latihan MCP berkenaan mungkin kerana ini merupakan kali kedua atau ketiga mereka masuk untuk latihan dalam studio UKM.

Di Studio Floor ketika latihan MCP.




Semasa rakaman MCP Konsert Koir
di Panggung Seni DECTAR

Pada waktu malam pula iaitu kira-kira jam 8.00 malam kami membuat rakaman
MCP Konsert Koir di Panggung Seni, DECTAR.



Persiapan peralatan telah dibuat oleh sdr. Shahrul dan Jasril Amry.





Ketika rakaman MCP dalam Bilik Kawalan







Malam ini kami mempunyai tetamu iaitu Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM yang datang ke studio untuk melihat kami menjalankan rakaman MCP tersebut. Mungkin untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan MCP....




Sdr. Kamarul, Hanim dan Shahrul.



Sdr. Ramli Adnan dalam Bilik Audio.



Krew rakaman yang hadir untuk menjalankan rakaman MCP tersebut ialah; Sdr. Ramli, Kamarul, Shahrul, Jasril, Suraya, Wafiy, Firdaus, Khaidir, Hanim, Hasnah, Yunus dan aku.....




Siti Suraya yang bertindak sebagai Jurugrafik...



daud montak zakaria...
4Mac. 2010; 12.30pm

No comments: