Saturday, March 22, 2008

Komposisi dalam Video

Contoh LOOKING ROOM atau LOOKING SPACE


Contoh WALKING ROOM


Dalam penggambaran video komposisi merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Komposisi gambar adalah berkaitan dengan cara mengatur elemen-elemen satu-satu shot sebagai satu cara komunikasi dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama dapat mencapai satu imej yang seimbang dan menyelesakan. Komposisi yang baik dapat dicapai dengan cara latihan. Setiap kali kita ingin memulakan shot, elemen dalam bingkai perlu diteliti. Jadikan satu kebiasaan memerhatikan setiap elemen didalam frame yang hendak dirakam. Beri perhatian disetiap sudut viewfinder kamera supaya elemen yang tidak diperlukan tidak masuk dalam frame yang ingin dirakam, umpamanya separu tubuh manusia atau separuh daripada bangunan. Seringkali ingatkan diri kita, mengapa kita mengambil shot berkenaan, apa yang kita cuba untuk sampaikan dan apakah kesan yang diharap untuk dicapai. Keluarkan elemen-elemen yang tidak diperlukan dari bingkai atau frame. Contohnya ialah dua orang sahabat yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa dan apabila berjumpa mereka berpeluk dengan erat. Keadaan berpelukan itu hendaklah di shot dengan CLOSE UP atau EXTREME CLOSE UP yang menggambarkan keintiman mereka.


Merakamkan subjek yang sedang bergerak juga perlu berhati-hati kerana pergerakannya yang tidak dijangka akan menyebabkab subjek akan terkeluar daripada frame atau bingkai. Contohnya apabila merakam seorang pemain bola sedang membawa bola di kakinya, ruang dihadapan pemain hendaklah diluaskan. Ruang dihadapan ini dikenali sebagai WALKING ROOM sementara ruang dibelakang lebih kecil(BACK ROOM/ BACK SPACE).


Begitu juga bila merakamkan seseorang sedang memandang sesuatu, ruang dihadapan atau LOOKING ROOM atau juga LOOKING SPACE mestilah lebih luas dari bahagian belakang(BACK ROOM/ BACK SPACE).

Rakaman MCP oleh Studio UKM


Kakitangan produksi sedang bertugas dalam studio kawalan di STUDIO UKM
pada 2 Mac 2008 yang lalu.

Pada 2 Mac 2008, Studio UKM telah membuat rakaman video KONSERT AMAL SENI ISLAM di DECTAR, UKM. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Seramai 11 orang kakitangan telah terlibat dalam rakaman berkenaan dimana 5 orang berada dalam studio dan 6 orang secara bergilir-gilir mengendalikan 3 buah kamera video. Tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan ialah seorang bertindak sebagai Pengarah Studio, seorang memasukkan grafik, seorang mengendalikan 'switcher', seorang standby untuk sebarang masalah teknikal, seorang mengawal audio dan 6 orang mengendalikan kamera video. Sememangnya setiap rakaman video Multiple Camera Production(rakaman video kamera berbilang) dilaksanakan sekurang-kurangnya memerlukan 10 orang kakitangan. Kebanyakan kakitangan yang membantu tugas-tugas tersebut adalah dipelawa dari jabatan-jabatan lain dalam kampus UKM di Bangi. Tugas ini telah dilakukan sedemikian rupa sejak Studio UKM diwujudkan pada tahun 1993 yang lalu. Tenaga kerja yang lebih ramai diperlukan semasa rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM pada setiap tahun iaitu seramai lebih daripada 20 orang sepanjang satu minggu majlis berkenaan berlangsung.


Friday, February 29, 2008

HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM


View Larger Map


28 Februari 2008; Krew Unit Audio Video telah membuat rakaman video penjelajahan Hutan Pendidikan Alam, Pusat Kokurikulum UKM. Kumpulan yang membuat penjelajahan berkenaan terdiri daripada kakitangan Pusat Penerbitan dan Percetakan, seorang kakitangan Pusat Kebudayaan UKM dan 2 orang pelajar(UITM & POLITEKNIK) yang sedang menjalani latihan amali di Pusat Penerbitan. UKM. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membuat rakaman fotografi subjek-subjek yang wujud di hutan berkenaan. Kumpulan tersebut diketuai oleh seorang kakitangan Pusat Kokurikulum yang bertindak sebagai jurutunjuk. Kami mula memasuki rimba tersebut jam 9.00 pagi dan tamat lebih kurang jam 1.30 petang. Pelbagai subjek yang dapat dirakam sama ada dengan menggunakan kamera video dan juga kamera foto. Melalui trek yang telah kami lalui, antara subjek yang sempat di rakam ialah pokok2 balak, pokok-pokok yang telah mati, serangga-serangga, bunga-bunga hutan, anak sungai yang jernih airnya, anak-anak ikan yang bebas berenang ke sana sini dan juga seekor lintah yang kelihatan amat lapar, mungkin sudah sekian lama tidak menghisap darah mangsanya.
Kehijauan hutan berkenaan amat menyejukkan mata yang memandang. Akar-akar yang berselirat dan banir-banir pokok yang membentuk pelbagai rupa seolah-olah seperti sebuah galeri yang amat luas yang meminta pengunjung hutan membuat tafsiran sendiri. Perjalanan mendaki dan menuruni bukit walaupun amat meletihkan tetapi berasa puas kerana dapat menikmati pemandangan hutan yang jarang boleh dialami setiap masa. Kali terakhir saya memasuki hutan tersebut ialah lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Wednesday, February 27, 2008

VIDEO PELETAKAN BATU ASAS PPTC, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM

Video "PERASMIAN PELETAKAN BATU ASAS PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UKM" telah disiapkan penyuntingannya. Perasmian berkenaan telah dilaksanakan di tapak pusat penyelidikan di Tasik Chini, Pahang. Video berkenaan mempunyai durasi selama 37 minit. Majlis berkenaan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Januari 2008. Dalam video ini terdapat ucapan Naib Canselor UKM, YAB Menteri Besar Pahang dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tenaga produksi:
jurukamera: RAMLI ADNAN dan AHMAD YUNUS MISDI
penyuntingan video: DAUD MONTAK ZAKARIA & RAMLI ADNAN
penerbit rancangan: DAUD MONTAK ZAKARIA
penolong pengarah penerbitan: HAZRUL ABDUL HALIM
pengarah penerbitan: YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak Salleh

Tuesday, February 26, 2008

PENGAMBILAN SAMPEL TANAH.........


Penyuntingan video berjudul "PENGAMBILAN SAMPEL TANAH DI LUBANG ULAR, TASIK CHINI" telah dapat disiapkan. Durasi video ini ialah selama 20 minit dan telah dibuat salinannya dalam bentuk DVD. Sebenarnya rakaman video ini telah dibuat dalam tahun 2004 iaitu semasa Ekspedisi Saintifik Tasik Chini, di Pahang. Namun rakaman ini belum pernah lagi disunting sehinggalah pada tahun 2008 ini. Walau bagaimanapun kemungkinan video ini sesuai untuk tayangan kepada pelajar tanpa mengira tahun bilapun mereka berada....mungkin....itu cuma tanggapan peribadi...

Tenaga Produksi video:

Rakaman dan penyuntingan: DAUD MONTAK ZAKARIA & RAMLI ADNAN

Thursday, February 7, 2008

UNIT CETAK, PUSAT PENERBITAN, UKM



Penerbitan video UNIT PERCETAKAN, PUSAT PENERBITAN, UKM telah dapat disiapkan. Durasi video berkenaan ialah 7 minit. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Tenaga Produksi;
suara latar:RAMLI ADNAN ; skrip:DAUD MONTAK ZAKARIA ; jurukamera:KAMARUL BAHARIN SUPAAT/RAMLI ADNAN ; montage:AHMAD YUNUS MISDI ; penyunting video:DAUD MONTAK ZAKARIA/RAMLI ADNAN ; pembantu teknik:ABD. AZIZ AHMAD ; pengarah video:DAUD MONTAK ZAKARIA ; penolong pengarah penerbitan: HAZRUL ABDUL HALIM ; pengarah penerbitan:YBHG. PROF. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH.

Wednesday, February 6, 2008

RAKAMAN KEMBARA SERI PERPATIH


View Larger Map

Mulai dari tarikh 2 Februari hingga 6 Februari 2008, ABD AZIZ AHMAD dan AHMAD YUNUS MISDI menyertai rombongan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan(PERMANIS) dalam KEMBARA SERI PERPATIH di seluruh Negeri Sembilan untuk membuat rakaman video segala aktiviti yang dilakukan sepanjang kembara tersebut berlangsung. Hari ini mereka berada di MUZIUM LUKUT di Kota Lukut(http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Lukut).....

Sunday, January 20, 2008

TASIK CHINI PAHANG


View Larger Map

Pada 19 Januari 2008, rakaman video Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah dibuat. Kami (bersama RAMLI & YUNUS) bertolak dari Bangi dengan menaiki bas UKM pada jam 8.00 pagi dan sampai di Tasik Chini pada jam 1.30 petang. Majlis perasmian dilaksanakan oleh YAB. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tasik Chini terletak di negeri Pahang iaitu kira-kira 100 Km dari Kuantan. Ia mempunyai keluasan 202 hektar. Ia juga merupakan tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Penyelidik UKM telah menjalankan kajian di tasik ini serta rimba disekitarnya sejak tahun 1990 an lagi.
Selepas majlis perasmian tamat kami telah kembali semula ke UKM bangi dan tiba di kampus pada jam 12.30 tengah malam.

Thursday, December 20, 2007

JENIS & UKURAN SHOT

Sebuah program video sedang ditayangkan dimana ia hanya mempunyai saiz bingkai atau FRAME ukuran full shot sepanjang satu babak atau scene. Adakah babak tersebut menarik?. Sudah tentu ia amat membosankan.

Sesebuah program video akan menjadi lebih menarik jika dalam sesuatu babak tersebut terdapat pelbagai saiz shot-shot(shot size/frame) dan juga sudut-sudut rakaman kamera(camera angle). Satu shot bermakna satu rakaman video bermula dari butang record ditekan hinggalah butang stop atau pause ditekan. Sequences pula membawa erti beberapa shot-shot yang disatukan untuk memberi makna. Saiz hot-shot mempunyai makna atau bahasa tertentu dalam pembikinan program video atau filem. Setiap shot tersebut berfungsi dalam membawa perhatian kepada peristiwa dalam screen.

Contoh satu sequence atau satu urutan peristiwa yang menjelaskan beberapa saiz-saiz shot;
Satu shot pandangan umum atau wide shot(WS) dalam sebuah stadium yang dipenuhi oleh penonton. Satu long shot(LS) seorang pemain sedang mahu membuat tendangan penalti di depan pintu gol lawan. Satu mid shot(MS) dimana pemain tersebut memberi tumpuan kepada bola yang hendak ditendang. Satu close up shot(CU) bola yang akan ditendang. Satu extreme close-up shot muka penjaga gol yang kelihatan risau menunggu bola yang akan ditendang oleh pemain tersebut. Bukankah saiz shot-shot ini akan memberi makna dan akan menarik perhatian penonton?.

Selain pelbagai saiz-saiz shot terdapat juga pelbagai jenis shot-shot. Setiap jenis shot juga memberi pedoman kepada penonton dan memberi pemahaman yang mudah kepada peristiwa-peristiwa yang digambarkan di screen.

Contoh jenis-jenis shot ialah eye level shot, high angle shot, low angle shot, over shoulder shot di belakang salah seorang dari dua orang yang sedang berbual dan sebagainya.

Saiz shot-shot dalam penggambaran video atau filem;



Wide shot(WS); Dikenali juga sebagai general view, very long shot, extreme long shot atau cover shot. Biasa digunakan dipermulaan babak atau rakaman sebagai memperkenalkan babak(scene) dan untuk memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini boleh dibiarkan dalam keadaan statik(still) atau bergerak(moving) asalkan ia dapat memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini amat penting kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan subjek yang dirakam serta juga keseluruhan latar belakang(background).



Long shot(LS); Shot ini juga dikenali sebagai full shot. Shot yang memberi perhatian khusus kepada subjek yang dirakam dan juga memisahkan subjek dari background. Shot ini lebih kecil dari wide shot. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian dari hujung kaki ke hujung rambut.


Medium Shot(MS); Ia juga sering dipanggil sebagai mid shot dan juga dikenali sebagai waist shot. Shot yang memberi perhatian yang lebih khusus dengan meninggalkan sebahagian daripada subjek yang dirakam. Memberi tumpuan kepada perkara tertentu. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara paras pinggang ke atas.



Close up shot(CU); Satu shot video yang paling bernilai yang menunjukkan yang lebih terperinci atau pada subjek muka manusia ia memperlihatkan air muka seseorang. Ukuran shot ini pada subjek manusia ialah diantara ruang atas kepala hingga sedikit dibawah bahu.




Extreme Close up(ECU); Shot ini juga dikenali sebagai big close up(bcu). Ukuran shot yang lebih tight dan memberikan pandangan yang lebih mendalam dan lebih terperinci lagi. Ia memberikan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara dahi dan bawah mulut atau bahagian mata sahaja atau bahagian mulut sahaja.








Thursday, December 13, 2007

ISYA 2007

Hari ini 13 Disember 2007;
Video ISYA 2007(International School for Young Astronomers) telah dapat disiapkan penyuntingannya untuk ANGKASA, MALAYSIA. Diharap apa yang telah disunting tersebut memuaskan hati semua.

Monday, December 10, 2007

EMAS...EMAS...EMAS....

Hari ini 10 Disember 2007;

Rakaman video Syarahan Perdana oleh Prof. Dr. Wan Fuad Wan Hassan berjudul "Khersonese Emas" telah dirakam di Bilik Senat UKM, jam 9.00 pagi. Rakaman tersebut telah dibuat oleh Ramli Adnan dari Pusat Penerbitan, UKM.

Emas, pemintaannya melebihi bekalan. Emas banyak kegunaannya selain sebagai hiasan, ia juga digunakan dalam pembinaan litar-litar elektronik tertentu. Proses perlombongannya sukar yang menyebabkan harganya mahal selain sifat-sifatnya istimewanya yang lain. Antara pembekal utama emas dunia ialah Afrika Selatan, USA dan Australia. Ptolemy telah menulis berkaitan Semenanjung Emas (Aurum Khersonese) iaitu Tanah Melayu pada abad kedua Masehi. Di Tanah Melayu taburan emas boleh didapati di sepanjang bahagian tengah dan timur Semenanjung Tanah Melayu.

Sunday, December 9, 2007

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

HARI SABTU 8 DIS. 2007;

Jam 9.00 pagi telah tiba di Studio UKM untuk membuat persiapan teknikal, raptai pentadbiran (10pagi) dan raptai penuh (2.00 ptg), Majlis Santapan DiRaja sempena pelacaran Kerusi Tun Abdul Razak. Pemasangan kabel kamera pemeriksaan peralatan dalam studio telah dilakukan. Menjadi perkara biasa berlaku sedikit masalah dalam melakukan tugas berkenaan. Antaranya ialah imej di plasma untuk tayangan multimedia tidak menunjukkan warna yang sebenarnya. Akhirnya masalah dapat diselesaikan dimana telah didapati seutas kabel VGA telah mengalami kerosakan. Semasa persiapan teknikal untuk raptai, kakitangan unit lain telah membantu sama iaitu Ahmad Yunus Misdi dari Fakulti Kejuruteraan, Muhammad Khaidir dari Unit Percetakan dan Zulhimi Hamzah dari FTSM telah turut membantu.


Pada sebelah malam semasa majlis berlangsung beberapa orang lagi kakitangan jabatan lain telah turut membantu iaitu Zulhairi Midon, Jamaludin Saleh, Sulimi Ismail, Muhamad Hata dan Ismahashimi. Kebanyakan daripada mereka bertugas sebagai jurukamera yang menerima arahan dari konti studio.


Tuanku Canselor dan Timbalan Perdana Menteri, diantara yang hadir dalam majlis berkenan. Ucapan Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan dan ucapannya telah dipancarkan oleh RTM secara langsung ke seluruh negara.


Antara artis jemputan yang membauat persembahan semasa majlis santapan berkenaan ialah Hail Amir, Uji Rashid, Jeffrydin, Aishah, serta penyanyi dan penari dari Pusat Kebudayan UKM.

Thursday, December 6, 2007

THREE POINT LIGHTING


Cahaya amat penting dalam aktiviti rakaman video. Jika tiada cahaya rakaman yang dilakukan menjadi tidak bermakna melainkan jika tajuk rakaman tersebut ialah "Malam Yang Gelap Tanpa Bintang', itu cuma gurauan je......... Terdapat beberapa teknik pencahayaan dalam penggambaran video daripada berbilang lampu hinggalah yang paling ringkas. Teknik yang ringkas ialah "Three Point Lighting".

'Three Point Lighting' merupakan teknik pencahayaan yang ringkas dalam penggambaran video. Untuk membina teknik pencahayaan ini, pertama sekali letakkan sebuah lampu video yang dipanggil KEY LIGHT dihadapan subjek dengan sudut 45 darjah menunduk ke bawah ke arah subjek dan dihadapan subjek disebelah kanan(seperti dalam rajah). Jika hanya wujud cahaya KEY LIGHT maka akan terdapat bayang yang kuat(hard shadow) terbentuk disebelah muka yang satu lagi(kiri muka).

Untuk mengurangkan bayang(hard shadow) ini maka satu lagi lampu yang dipanggil FILL LIGHT yang memancarkan cahayanya ke reflector atau dinding yang bertindak sebagai 'reflector', digunakan. Cahaya yang dipantul akan melembutkan(soften) bayang subjek(bayang yang dihasilkan oleh KEY LIGHT). FILL LIGHT juga boleh menggunakan 'filter' menggantikan dinding atau 'reflector' yang boleh menghasilkan 'diffuse light'.

Sebuah lagi lampu boleh diletakkan di bahagian atas, di belakang subjek untuk menghasilkan garisan cahaya putih disekeliling subjek serta juga berfungsi untuk memisahkan subjek daripada 'background'.

Sunday, December 2, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ & ZAIDAH






Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Hafiz Yusof dan Zaidah Zainudin. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2007 di Tanjung Karang, Selangor. Majlis akad nikah telah dilaksanakan sebelum Zohor di sebuah masjid yang terletak berhampiran rumah pengantin perempuan. Kedua-dua mempelai merupakan mereka yang amat banyak membantu dalam tugas penerbitan video atau multipple cameras production di Studio UKM, DECTAR. Pengantin perempuan bertugas di Jabatan Bendahari, UKM sementara pengantin lelaki merupakan bekas kakitangan Unit Percetakan, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Sekarang beliau bertugas di MARDI. Sekali lagi diucapkan selamat pengantin baru semoga kekal sehingga ke akhir hayat, aminnn....

Saturday, December 1, 2007

JADUAL RAKAMAN VIDEO DIS 07

DISEMBER 2007

1. Perasmian Seminar IKON; Bilik Senat, UKM; Sabtu, 1 Dis. 2007, 8.00 pagi

2. Perasmian Sukan Badan Berkanun; Stadium UKM; Sabtu, 1 Dis. 2007, 8.00 mlm

3. Acara Sukan Badan Berkanun; Kampus UKM, Bangi; Ahad, 2 Dis. 2007, 8.00 pagi

4. Majlis Makan Malam Sukan Badan Berkanun; Dataran Gemilang, UKM; Selasa, 4 Dis. 2007, 8.00 mlm
5. Majlis Anugerah Sarjana Bestari Ke-2; Hotel Equatorial, Bangi; Rabu, 5 Dis. 2007, 8.00 mlm
6. Jamuan Deepavali; Bankuasi, UKM; Khamis, 6 Dis. 2007, 12.00 tghari

7. Seminar Pantun; Dewan Persidangan PPP, UKM; Khamis dan Jumat, 6 - 7 Disember 2007, 8 pagi
8. Majlis Jasa Mu Dikenang; Hotel Equatorial; Jumaat, 7 Disember 2007, 3.00 petang

9. Majlis Penutup Suakan Badan Berkanun; Stadium UKM, Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 3.00 ptg
10. Majlis Santapan DiRaja; DECTAR, UKM,Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 8.00 mlm

11. Perasmian Seminar Biokejuruteraan; Kelab Golf Danau, UKM, Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 8.00 pagi
12. Syarahan Perdana Prof. Dr. Wan Fuad Hassan; Bilik Senat, UKM, Bangi; Isnin, 10 Dis. 2007, 8.000 pagi
13. Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini; Tasik Chini, Pahang; Sabtu, 15 Dis. 2007, 3.000 ptg (DITUNDA)

Friday, November 30, 2007

WHITE BALANCE



Walaupun cahaya kelihatan putih, ia sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis warna. Sumber cahaya yang berbeza umpamanya cahaya lilin, cahaya siang(daylight) dan sebagainya menghasilkan cahaya bewarna yang berbeza. Secara automatik mata dan otak manusia mampu membezakan warna cahaya. Oleh itu objek selalu kelihatan dalam warna-warna yang sebenarnya. Berlainan dengan kamera video, ia tidak mampu melakukan seperti mata manusia. Kamera mesti dilaraskan untuk menseimbangkan semua warna-warna yang diterima dan dengan yang demikian pada akhirnya kamera dapat "melihat" warna putih yang sebenarnya. Proses ini dikenali sebagai "white balance". Pada asasnya "white balance" bermakna "color balance". Ia berfungsi dengan memberikan kamera satu rujukan kepada "true white". Ia memberitahu kepada kamera bagaimana warna putih yang sebenarnya. Disebabkab cahaya putih merupakan campuran semua warna, maka kamera akan menunjukkan semua warna dengan sebenarnya. Apabila "white balance" sesebuah kamera video tidak tepat maka gambar yang dirakam akan menjadi sedikit "orange" atau kebiruan.



WHITE BALANCE amat penting disetkan pada setiap kali;

- Kamera video dihidupkan suisnya

- Keadaan cahaya berubah umpamanya dari cahaya siang kepada cahaya tiruan(lampu-lampu) atau dari satu bilik ke satu bilik lain yang berlampu berbeza.

- Ketika menggunakan lampu-lampu tambahan.

- Ketika berubah kedudukan dari 'out door' ke 'in door' dan sebaliknya.

- Semasa awal pagi and lewat petang dimana cahaya siang bertukar warna dengan cepat. Sering buat 'white balance' pada kamera video sepanjang jangka masa tersebut.



Secara teknikal, untuk menjamin objek bewarna putih kelihatan putih dibawah cahaya tertentu "color temperature", sesebuah kamera mesti diberitahu sama ada cahaya dimana ia beroperasi "bluish"(high color temperature), "reddish"(low color temperature) atau benar-benar putih. Pelarasan untuk cahaya "bluish" dan "reddish" ini dipanggil "white-balancing".

Secara manual, untuk mencari "white balance" sesebuah kamera ialah;

- Laraskan 'filter' mengikut situasi cahaya.
- Halakan lens kamera kepada sekeping kad bewarna PUTIH; 50%-80% 'frame' mesti diliputi subjek putih berkenaan. Sony mencadangkan 80% daaripada 'frame' diliputi subjek putih berkenaan. Subjek tersebut bukan yang memantul cahaya(non-reflective)
- Setkan 'exposure' dan 'focus'
- Kemudian tekan butang "white-balance" pada kamera untuk rakaman Electronic News Gathering(ENG) atau Electronic Field Production(EFP). "White-balance" untuk kamera rakaman dalam studio, diperolehi melalui Camera Control Unit(CCU).

Kebanyakan kamera video taraf "consumer" hari ini mampu membuat pelarasan "white balance" secara automatik ataau "auto-white balance". Kamera video ini akan melaraskan sendiri 'white balance'.

BLACK BALANCE

'Black Balance' adalah sama seperti operasi 'white balance'. 'White balance' memberikan rujukan rujukan kepada kamera "true white'. 'Black balance' pula memberikan rujukan kepada kamera tentang 'true black'. Fungsi ini biasanya terdapaat pada kamera video yang 'profesional' dan tidak pada kemera 'consumer'.
'Black balance' juga mesti dilakukan pada permulaan rakaman, bilamana 'filter' dan 'gain level' serta juga keadaan cahaya diubah atau berubah.
'Black balance' yang tidak sempurna akan menunjukkan warna2 yang tidak betul di kawasan gelap pada gambar yang dirakam.

Cara membuat 'black balance';
- Mula buat 'white balance'
- Kemudian buat 'black balaance'
- Akhir sekali buat kembali 'white balance'


KEPENTINGAN CAHAYA DALAM PENERBITAN VIDEO


Subjek yang dirakam akan kelihatan jelas dan cerah bila berada dalam suasana cahaya yang terang. Umpamanya suasana sianag hari yang cerah memberikan cahaya yang ideal untuk rakaman luar(out door). Kamera memerlukan cahaya yang minimum untuk membuat sesuatu rakaman. Intensiti sesuatu sumber cahaya diukur dengan ukuran LUX, umpamanya lilin menghasilkan sejumlah 10 Lux. Tingginya jumlah lux cahaya, maka lebih baik rakaman video yang dihasilkan. Walau bagaimanapun rakaman video yang baik dapat dihasilkan dalam suasana cahaya yang berukuran lebih daripada 900 Lux, umpamanya apabila cahaya tambahan dibuat.


Cahaya siang yang cerah menghasilkan ukuran cahaya setinggi 35,000 Lux dan ia boleh meningkat sehingga 100,000 Lux. Namaun cahaya yang berukuran sebegini tidak mampu ditangani oleh sebebuah kamera video. Oleh yang demikian dalam keadan cahaya matahari yang terang atau di tempat yang mempunyai pancaran cahaya yang terang(tepi pantai atau kawasan salji), adalah penting menggunakan "neutral density filter". Ia akan mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke kamera ke paras yang mampu diterima oleh kamera tersebut.


Kebanyakan kamera video hari ini mempunyai butang kawalan "low light compensator" yang mampu untuk "boost" kecerahan imej secara elektronik. Dengan ini sesuatu rakaman mampu dilakukan walaupun dalam cahaya yang tidak memuaskan. Rakaman tersebut akan menghasilkan gambar yang boleh diterima dan ia adalah lebih baik daripada tidak membuat rakaman langsung. Gambar yang dihasilkan dalam suasana ini akan mempunyai warna yang lemah, kurang jelas dan sebagainya. Dalam rakaman "indoor" gambar dapat dihasilkan dengan lebih baik jika tempat tersebut menerima cahaya siang(daylight) yang banyak, seperti dinding yang membalikkan cahaya, subjek dirakam berhampiran tingkap atau pintu, atau keadaan dalaman itu diterangi oleh cahaya tambahan.

Penggunaan lampu tambahan dalam rakaman video akan membuatkan babak atu subjek yang dirakam menjadi lebih cerah dan mampu merendahkan kontras diantara bahagian terang dan teduh.

Diantara cara mengurangkan masalah kontras ialah dengan menggunakan 'reflector'. Cahaya dari 'reflector' akan mampu mengisi(fill) kawasan bayang. Ia akan memberikan cahaya yang lebih lembut dan sekata. Terdapat 'reflector' yang dijuall dipasaran. Selain dari itu kad bewarna putih dan polystyrene juga boleh dijadikan sebagai 'reflector'.

Satu lagi kaedah ialah dengan memancarkan lampu video kearah dinding, silling atau permukan putih. Cahaya yang diballikkan ini akan lebih lembut dan sekata berbanding cahaya yang terus dari lampu video berkenaan. Intensiti cahaya yang dibalikkan itu adalah bergantung kepada jarak lampu dan permukan berkenaan.



Saturday, November 24, 2007

RAKAMAN BUNYI DALAM VIDEO




Bayangkan anda sedang menonton sebuah video persembahan kumpulan rock sedang membuat persembahan tetapi video berkenaan tiada sebarang bunyi atau dalam erti kata "SENYAP". Anda tentu sekali akan berkata "Hampehhhhhh....."(Ops! maaf). Tentu sekali tayangan video tersebut tidak bererti atau sama seperti tidak menonton. Itulah kepentingan bunyi dalam setiap program video.

Semua CAMCORDER dilengkapi dengan "build in" mikrofon. Terdapat model tertentu kamera video mempunyai mikrofon jenis "omni-directional" dimana ia boleh merakam bunyi dari sekeliling(alll around) kamera video berkenaan. Kelemahan mikrofon ini ialah ia melekat pada kamera dan merakam semua bunyi dikeliling yang juga tidak dikehendaki. Mikrofon ini juga tidak sesuai untuk sesi temubual. Terdapat model kamera yang dilengkapi dengan mikrofon telescopic boom untuk merakam bunyi dihadapannya. Terdapat juga kamera yang dilengkapi mikrofon uni-directional yang merakam bunyi di hadapan kamera sahaja.

Untuk rakaman bunyi yang paling baik gunakanlah mikrofon lain yang dipasangkan(plugged in) ke soket mikrofon kamera berkenan. Cara ini tentu memerlukan kepada tambahan tenaga kerja yang mengendalikan mikrofon berkenaan terutama untuk rakaman temubual yang dilakukan dijalanan dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis video kamera yang mempunyai kawalan "automatic gain"(AGC) atau "level" yang akan melaraskan "levell" rakaman bunyi berkenan. Anda boleh mendengar rakaman bunyi yang masuk ke dalam rakaman video dengan menggunakan "headphone" ketika membuat rakaman. Pastikan "headphone" yang dipakai ini mempunyai penutup telinga sepenuhnya supaya dapat mengelakkan bunyi dari luar masuk ke telinga. Dengan ini jurukamera dapat menyedari kualiti bunyi semasa membuat rakaman dan boleh membaiki kualiti bunyi tersebut dengan dua cara. Pertama gerakkan kamera video hampir dengan bunyi yang hendak dirakam dan yang kedua elakkan posisi mikrofon dari sumber bunyi yang tidak dikehendaki.



Jenis-jenis mikrofon


Omnidirectional microphone;

Ia sensitif kepada bunyi yang datang dari semua arah. Sesuai untuk rakaman umum terutama sumber bunyi sangat hampir dengan mikrofon tersebut.


Unidirectional atau Cardioid microphone;

Merakam bunyi terutamanya dari satu arah dan ia mesti diarahkan kepada sumber bunyi yang hendak dirakam. Sesuai untuk rakaman temubual dan perbualan serta ia mesti diarahkan kepada sumber bunyi pada setiap masa.

Superdirectional atau gun microphone;

Merakam bunyi dari sumber bunyi yang jauh tetapi ia mempunyai sudut peneriman bunyi yang kecil(narrow). Ia mesti di arahkan kepada sumber bunyi terutama bila sumber bunyi tidak dapat dihampiri atau dalam persekitaran yang bising.

Clip-on microphone;

Boleh dikenakan pada pakaian subjek yang ditemubual. Biasanya jenis omnidirectional dan amat sesuai untuk rakaman yang terlalu hampir tetapi berhati-hati kerana ia akan merakam geseran terutama geseran dengan baju subjek yang bercakap.



Lokasi rakaman bunyi;


Harus diingat sekitaran dalaman(in door) mempengaruhi bunyi rakaman yang dibuat. Permukaan yang keras seperti gelas, logam, dinding, tiles dan sebagainya memantulkan bunyi dan boleh menyebabkan gema.
Permukan yang lembut seperti permaidani, kusyen-kusyen, sofa dan sebagainya akan menyerap bunyi serta memberikan bunyi yang hambar(dull).
Persekitaran yang baik untuk rakaman ialah di dalamnya yang mempunyai langsir, permaidani, siling lembut, hiasan2 lain yang lembut, dan beberapa elemen lain yang keras. Ini bermakna bahan keras dan lembut terdapat dalam persekiran di mana rakaman tersebut dibuat.