Monday, January 28, 2013

...perSIApan mCP UNtuk jubLI EMas ncWO..


...da petang....
....cantek......
.....sentiasa menanti....
Hari ini kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP sambutan Jubli
Emas NCWO. Kami bergerak ke Dewan Perdana Felda Jalan 
Semarak Kuala Lumpur jam 2.00 petang....

....sibuk.....
.....tekun....
...ukur part mana tu....
....hampir siap....
...ini bukan iklan pewangi k....
....kerjasama.....
......shoot.....
Kami bergerak dengan membawa peralatan MCP
yang akan dipasang di dewan berkenaan. Semua peralatan di isi
dalam van UKM iaitu tripod, kamera dan perlatan yang lain. Disamping van,
sdr. shahrul fadli juga membawa keretanya sendiri.

....akhirnya hampir selesai...
....keje..keje gak...jangan lupa solat....
Tidak sampai sejam kami tiba di dewan perdana felda
dan semua peralatan dipunggah dan dibawa masuk ke dalam dewan.
Kerja-kerja pemasangan peralatan terus dilakukan hingga siap. Kami bercadang
untuk menggunakan tiga buah kemera semasa majlis pagi esok.


...minum petang....
....penantian satu siksa...
Majlis sambutan esok akan dihadiri oleh PERDANA 
MENTERI serta isteri.
Acara esok bermula jam 8.00 pagi dan kami perlu bergerak dari UKM
lebih kurang jam 6.30 pagi.
Perdana menteri dijangka tiba jam 9.00 pagi....9.15, ucapan Naib Canselor UKM
sebagai Yang Dipertua NCWO...
9.30 pagi ucapan dan perasmian Perdana Menteri.
11.00 pagi ucap utama oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala, menteri
di jabatan perdana menteri yang bertajuk
'wanita penggerak program transformasi national'


....sempat sembang panjang....
....letih berdiri...duduk pulak....
.......berbeza haluan.....
....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria.

Sunday, January 27, 2013

..kriKET TWENty20 piALA MENteri pengaJIAN TINGgi..


.....promo...

HARI ini kami (aku, shahrul & Ramli) membuat rakaman video Kejohanan
Kriket Twenty20 Piala Menteri Pendidikan Tinggi.
Kejohanan ini bermula dari 21 Januari 2013.

Oval Bayuemas Kelang...
Oval Bayuemas Kelang...

Kejohanan Kriket twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi telah diadakan di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung
dari 21 - 27 Januari 2013.
Kejohanan ini merupakan sebuah kejohanan tahunan
yang dianjurkan bersama oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kementerian
Pengajian Tinggi dan
Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
rakaman..
 Sejumlah enam buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta
turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Ini merupakan kali kelima kejohanan ini
telah dijalankan...
Pasukan-pasukan yang mengambil 
bahagian ialah tuan rumah Universiti Kebangsaan
Malaysia, The Asia Pacific University of Technology and Innovation,
Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  dan
Al Bukhari International University.


Semua universiti yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut
telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan-
perlawanan telah dijalankan di Oval UKM
dan Oval Bayuemas di Kelang.


Sejak kejohanan ini diwujudkan pada tahun 2009 Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menjuarainya secara berturut turut hingga tahun 2012.
Tahun lalu Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mengalahkan Universiti Teknologi Mara
untuk muncul sebagai juara
untuk kali keempat.


Kali ini diperingkat separuh akhir Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu
dengan The Asia Pacific University sementara Universiti Teknologi
Mara telah bertemu dengan AlBukhari International 
University. Perlawanan tersebut berakhir
dengan UKM mengatasi The 
Asia Pacific University dan Universiti
Teknologi Mara mengalahkan AlBukhari International University.


Kedua-dua pasukan bertemu di peringkat akhir yang berlangsung 
pada 27 Januari 2013 di Oval Bayuemas Kelang.


Pertemuan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara
yang juga berlangsung di Oval Bayuemas Kelang memang amat
dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing..
Penyokong masing-masing tidak
berganjak dari tempat duduk
sambil mata terus 
tertumpu ke tengah padang.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini telah
berakhir dengan pasukan UKM sekali lagi telah
memenangi kejohanan ini untuk kali kelima berturut-turut..


Universiti Kebangsaan malaysia sebagai penyandang juara telah mengalahkan
Universiti Teknologi Mara dengan kelebihan lapan wickets.
Denagn itu Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menerima piala Pusingan Menteri
Pengajian Tinggi serta wang dua 
ribu lima ratus ringgit.
Tempat kedua dimenangi oleh 
Universiti Teknologi Mara. Sementara tempat
ketiga disandang oleh AlBukhari International Universiti
yang baru pertama kali menyertai kejohanan ini. Pemain terbaik
dalam perlawanan akhir dimenangi oleh Mohd Haziq Zainuddin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Permain terbaik keseluruhan pula telah dimenangi oleh
Ahmad Faiz Mohd Noor juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua hadiah kejohanan telah disampaikan oleh
YBhg. Datuk AB Rahim Md Nor, Ketua Setia
usaha, Kementerian Pengajian
Tinggi.............
Kejohanan tersebut berakhir lebih kurang jam 2.00 petang
dan kami bergerak semula ke Universiti
Kebangsaan Malaysia......
Video kejohanan kriket ini akan aku 'upload' ke YouTube apabila
telah siap disunting oleh sdr. SHAHRUL FADLI.....jadi
cubalah pi ke site ini

http://www.youtube.com/user/TheDaudzakaria/videos?sort=dd&view=0

 untuk tonton video tersebut,
dalam masa tak sampai sebulan aku akan
di 'upload' kan.....
in syaa allah...............................

.....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 24, 2013

...akTIFkan jaRI dan AKTifkan baDAN....



SEMALAM, 23 Januari 2013, aku mengaktifkan jari-jemari aku dengan membuat
 suntingan  video SYARAHAN PERDANA PROFESOR UKM di Bilik 
Suntingan Penerbit UKM. Video berkenaan telah dirakam oleh
SDR. JASRIL AMRY dan SITI SURAYA
di sebelah pagi di AUDITORIUM
PUSAT PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
di CHERAS.......
Pita yang telah mempunyai bahan
tersebut aku sunting pada sebelah petang dan apabila
siap aku 'upload' kan ke YOUTUBE...
Syarahan tersebut merupakan SYARAHAN PERDANA Profesor Dr. Wu Loo Ling
bertajuk 'DIABETES DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA'.
ANDA boleh tonton video berkenaan di atas dan tayangannya
mengambil masa selama lebih kurang 45 minit.

....azrul dan jasril amry...
 SEBELAH malam pulak aku mengaktifkan anggota badan serta urat dan saraf
aku dengan mengambil bahagian, bermain bersama rakan-rakan
sepejabat di DEWAN SUNGAI
TANGKAS......

.....sedia....
Sebenarnya kami bermain di sana seminggu sekali selama lebih kurang
dua jam.....rasanya o.k lah tu....sekurang2nya
dapatlah jugak hilangkan sedikit
lemak yang dah berkumpul
enam hari sebelum tu...kan gitu.....
Dalam permainan tu aku memang tak mampu
nak main lebih-lebih...asalkan keluar peluh, rasanya da o.k lah tu....
tenaga nak simpan maaaa......opst!

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 21, 2013

sunTINgan perTAma taHUN 2013



Ini lah video pertama yang aku sunting dalam tahun 2013 ini. Video ni
telah dirakam pada tahun 2012 dan aku cuma berkesempatan
membuat suntingan pada tahun 2013 kerana aku
bercuti panjang........

Tuesday, January 15, 2013

GiGi LaGI.....


Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia
 HARI ini, 15 Januari 2013, aku ada pertemuan dengan doktor gigi di Pusat Kesihatan UKM.
Sebenarnya 'appointment' ini dah dibuat lebih kurang dua minggu yang lalu...
Tujuan perjumpaan hari ini ialah untuk proses cabut gigi
pulak. Perjumpaan sebelum ini ialah
untuk menampal gigi.....boleh pi sini untuk lihat 

...nombor giliran....
 Jam 8.10 aku da gerak ke pusat kesihatan ukm. Sampai sana terus letakkan kad di bakul dan terus terus diambil oleh petugas comey tu.....Setelah rekod diperoleh aku diberi 
kad dan nombor serta diminta tunggu sebentar untuk dipanggil.....

...ubat dan prosedur yang diberi selepas gigi dicabut....
 Lebih kurang jam 8.45 pagi nombor aku dipanggil dan terus masuk bilik 14 untuk rawatan.
Jumpa doktor di mejanya dan dia tanya beberapa soalan kemudian terus suruh aku
 baring dikerusi rawatan. Sebenarnya mungkin doktor tu da tahu
apa yang perlu dibuat setelah menyemak catatan
lalu di rekod aku yang ada padanya...

......catatan prosedur, ubat dan kapas...
Sebenarnya aku da puluhan tahun tak cabut gigi, takut gak aku bila da baring atas kerusi
rawatan tu, lampu yang menyuluh tu pun macam sengaja menakut-nakutkan aku jer....
Doktor tu kata tarik nafas dalam2 sebab dia nak injek......Wah! masa injek tu, 
sakit jugak, berair gak mata aku...Doktor bagi 3 injeksyen kalau
aku tak silap dan...
suruh aku kumur dan rehat lebih kurang 5 minit
kut di kerusi rawatan tu jugak.....
Kemudian tibalah proses untuk mencabut gigi aku yang
da masuk skim pencen tu......rasa macam tak sakit pun masa doktor tu cabut
gigi aku tu.....dan bila da selesai dibubuh kapas atau mungkin kain
kasa kut untuk menahan darah daripada terus keluar....
Kemudian duduk di kerusi meja doktor tu untuk
ambil kad dan MC serta appointment
baru untuk cabut gigi lain yang dah rosak teruk...ermmm...harap2
janganlah gigi aku rosak lagi............ini mungkin akibat tidak dijaga dengan betul kut..
Tapi sepanjang yang aku ingat tak pernah pun aku tak gosok gigi....
adakah ini jugak merupakan hukum qada dan qadar...?
Selesai keluar bilik doktor terus gi kaunter 
dan serahkan kad kepada petugas
yang comey di kaunter untuk
appointment 3 minggu dari sekarang....petugas 
di kaunter tu bagi tarikh minggu pertama bulan Februari 2013....ermmm...
tamatlah satu 'scene' di PUSAT KESIHATAN UKM....

PROSES CABUT GIGI..
Proses cabut gigi biasa dibuat dengan bius setempat di mana bahagian
gusi yang terletak gigi tu jer yang berasa kebas bila di injek
dengan ubat kebas. Proses cabut gigi ni 
dikatogorikan dalam pembedahan
kecil namun kerja mencabut gigi dilakukan secara profesional....bukan main
cabut jer......Selepas dicabut biasanya gusi akan berdarah selama satu
hari. Elakkan berkumur bagi mengelakkan darah
beku di lubang gusi tertanggal dan
gusi berdarah kembali serta
melambatkan proses penyembuhan.
Selepas dicabut kain kasa diletakkan di gusi yang berdarah dan didigit
dengan kuat supaya tekanan yang terhasil menahan darah
daripada terus keluar. Kain kasa ini boleh digigit
selama lebih kurang 20 minit dan jika
pendarahan masih berlaku
kain kasa yang baru digunakan lagi. Lakukan hingga
pendarahan berhenti. Pendarahan yang berterusan merupakan
satu masalah dan perlu berjumpa dengan doktor gigi.....
jangan pi doktor sakit tuan pulak yer....opst!
Jangkitan yang terjadi dalam proses 
penyembuhan boleh dielak
dengan cara tidak menyentuh lubang gusi
dengan lidah dan jika berlaku makan
antibiotik serta menjaga
kebersihan mulut. Berkumur dengan air garam setiap selesai
makan membantu membersihkan kawasan gusi yang 
telah dicabut giginya.......

SELEPAS CABUT GIGI
- berehat sepanjang hari dan elak membuat kerja berat.
- elakkan merokok semasa dalam proses penyembuhan 3 - 4 hari dan sekurangnya
24 jam...
- elakkan gosok gigi dan berkumur dalam masa 24 jam.
- lepas 24 jam berkumur dengan air suam campur garam 4 kali sehari..
- lepas 24 jam boleh gosok gigi dengan hati2...
- makan ubat penahan sakit jika sakit mengikut prosedur...
...tapi aku sebenarnya alahan kepada ubat tahan
sakit dan kalau aku makan biasanya
muka aku menjadi bengkak
3 atau 4 hari baru boleh sembuh selepas jumpa doktor......................................

PENJAGAAN GIGI
-  berus gigi 2 kali sehari.
- guna berus yang betul.
- pemeriksaan gigi sekali atau dua kali setahun.
- jangan merokok.
- kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol.
- tingkatkan pengambilan kalsium.....
- amalkan pengambilan vitamin C dan D.
- tidur 8 jam sehari..........
tu jer......................................................................................................................

Tamatlah satu 'scene' di PUSAT KESIHATAN UKM untuk kali ini
dan 'scene' baru akan dibuat pada awal bulan FEBRUARI
2013 nanti.....

Oh! yer...aku nak masukkan sikit berkaitan tugas kami bulan ni...
Pada 25 JANUARI 2013 kami akan membuat rakaman
MCP 'KONSERT DI-RAJA UKM di DECTAR
UKM jam 8.00 malam...harap
ramai krew yang akan
datang membantu
kami....
dan...pada 31 JANUARI
2013 pula kami akan membuat rakaman
MCP 'SAMBUTAN MAULIDUR RASUL peringkat UKM
di DECTAR jam 10 pagi...perarakan dijalankan waktu awal pagi.
Aku harap jugak ramai krew yang datang membantu...

....sekian terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, January 11, 2013

KONvoKEsyen di-RAja...roYAL CONVOcation....

...sila tonton video konvo tersebut...

....sedang sibuk...

Pagi tadi, 11 Januari 2013 2013, kami membuat rakaman video MCP Majlis Konvokesyen di-Raja yang telah dijalankan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
 Universiti Kebangsaan Malaysia...
...masing2 bertugas...

....dectar...

Seperti tugas-tugas yang lain persiapan teknikal telah dijalankan dengan lebih awal. Peralatan video untuk rakaman tersebut telah kami persiapkan
 mulai 9 Januari 2013. Persiapan awal amat perlu.....
....dalam dectar awal pagi...

....audio.....
 Majlis konvokesyen ini merupakan satu majlis dimana Tuanku Canselor dipersembahkan
Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari University of Glamogan,
Wales, United Kingdom..........................

...bilik kawalan....
...bilik kawalan...
 Sebelum itu juga surat resmi, meminta krew mcp sama-sama membantu kami
dalam tugas rakaman ini juga telah disiapkan oleh cik Ungu Violet
serta ditandatangan oleh Ketua Penerbit dan
di pos ke jabatan2 dan fakulti
di mana krew2
bertugas....
....harap ramai yang akan hadir membantu...detik dalam hati...........

....boss kami, prof. dr. k.....yang bertanggung jawab dalam
hal berkaitan penerbitan ctak dan elektronik..
....bilik kawalan....
 11 Januari 2013....awal pagi lagi kami telah membuat persiapan iaitu membuat
pemasangan kamera2 yang tak banyak pun...cuma 4 buah
sahaja.....cukuplah tu..........

...perarakan masuk....
....majlis berlangsung....

Selesai peralatan dipasang, kami bergerak untuk menikmati minum pagi di satu sudut yang
dikhususkan untuk petugas yang terlibat dalam majlis tersebut. Sebenarnya
memang ramai staf2 yang terlibat dalam mengendalikan
pelbagai tugas semasa majlis konvokesyen
berkenaan...................
...perarakan keluar dewan...
....gantung tag bila da selesai...

Sebelum bermula program yang dijangka pada jam 9.45 pagi, semua krew telah bersedia
di tempat masing-masing. Kamarul Baharin bertindak sebagai
Pengarah Studio, dan krew yang lain ialah
jurukamera....Yunus Misdi, Chef, Shukri Mahad, Watie Sharif,
Jamaludin Ibrahim, Hanamichi, Zulhimi......
audio pula ialah haji sulimi dan ramli adnan, Grafik ialah Ungu Violet dan Princess
Syanana....FM ialah Cik Yan......
Kerja rakaman MCP tersebut telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah...ALHAMDULILLAH...
Mungkin ini merupakan konvokesyen yang julung kali diadakan di UKM dimana
Tuanku Canselor D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Darul Khusus Tuanku Muhriz ibni Almarhum
Tuanku Munawir telah berkenan menerima persembahan Ijazah Kehormat Doktor
Undang-Undang dari University of Glamogan UK....

Majlis berkenaan mengambil masa selama lebih kurang sejam................................................................
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang telah
terlibat dalam rakaman MCP berkenaan...tanpa anda semua
tentu kamera tidak bergerak....arahan pengarah studio
 tidak akan menghasilkan apa-apa dan..........
.......pita tidak akan terakam.......
...terima kasih sekali lagi.............................................................................

....terima kasih kerana membaca.....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, January 9, 2013

PENERbitan viDEO LAma kaMI...


SEMALAM, 8 Januari 2013 ketika berkemas rumah aku terjumpa CD
penerbitan video kami hampir 10 tahun yang lalu....
Memikirkan ia mempunyai nostalgia
secara peribadi maka aku
kongsikanlah ia di
blog aku ni...
....selamat menonton yer.........
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 7, 2013

GIgi...oh...giGI...


HARI ini, 7 Januari 2013, aku masih bercuti....hari ini jugak aku pergi buat pemeriksaan gigi
di PUSAT KESIHATAN UKM. Sebenarnya aku dah buat 'appointment' minggu
lepas lagi....Tiba di Pusat Kesihatan tu jam 9.00 pagi kerana
temujanji aku jam 9.15 pagi.......Ini kali pertama 
aku mendapatkan perkhidmatan di sini
setelah sekian lama menjadi
staf UKM.......
Setelah buat pendaftaran
aku menunggu giliran untuk masuk...terdapat
dua orang pesakit (pelajar kut...) di hadapan aku...........................
Sebagai pesakit baru aku dikehendaki mengisi rekod perubatan
yang diberi....semua maklumat aku kene isi.....tak ketinggalan
taraf perkahwinan aku...hermmm....rupanya aku dah
tak bujang lagi.....sedangkan aku mula keje 
di UKM memang masih bujang...
Lebih kurang setengah jam menunggu, aku
dipanggil masuk menemui doktor oleh mesin pemanggil
elektronik yang tertera nombor 1404 dan siap dengan nombor bilik 
iaitu nombor empat belas...........................................................................
Doktor minta aku duduk di kerusi tempat untuk diperiksanya...
dia tanya aku nak buat apa...aku kata untuk tampal dan
cabut......Sebelum tu dia periksa keadaan gigi 
aku dan segala yang dikatakannya
dicatat oleh misi muda ke dalam rekod perubatan aku...
Doktor tu kata tiada yang berlobang tapi aku kata ada.......kemudian dia suruh
tunjukkan dengan lidah. Setelah ditunjuk dengan lidah, dia cek dan kata 
gigi aku tu haus...aku mintak ditampal jugak sebab sisa makanan
sembunyi di situ selepas selesai makan...
Jadi doktor pompuan tu tampallah
bahagian yang haus tu...
Doktor tu kata jugak gigi aku dah jarang sebab
mungkin telah digosok dengan kuat...huh! gitu....aku ingatkan
gosok dengan kuat tu untuk bagi dia bersih serta putih dan lagi 'menciutkan'.....
Selesai tampal aku mintak doktor tu tanggalkan gigi aku yang dah 
berlubang teruk.....sebenarnya gigi tu asalnya telah
ditampal berpuluh tahun yang lalu tapi...
tampalannya telah tanggal dan aku
biarkan jer hingga gigi tu dah tak boleh 
digunakan lagi....macam dah masuk skim pencen ler....
Doktor kata nanti buat 'appointment' minggu depan iaitu 15 Jan 2013
untuk keje mencabut gigi pulak........
...dia kata lagi biasanya selepas cabut dia kata pesakit biasanya diberi cuti...
aku kata cuti tu tak perlulah . ..aku kata aku masih boleh hadir keje...
Hati aku kata...dah maleh aku
nak cuti lagi daaaa....................lagipun aku jarang ambil MC....
Akhirnya aku akan tunggulah 15 Januari 2013 untuk
tanggalkan gigi yang dah masuk SKIM PENCEN
 tu pulak...........
Oh, yer...aku nak sentuh bab keje sikit.....
Minggu ini kami mempunyai 2 buah rakaman MCP
yang agak besar iaitu KONVOKESYEN KHAS untuk Tuanku Canselor
yang akan menerima ijazah kehormat dari luar negara. Majlis tersebut akan
dijalankan di DECTAR jam 9.00 pagi pada 11 JANUARI 2013
dan keje yang jugak tak kurang grand nyer ialah
KONSERT DIRAJA pada 25 JANUARI 
2013...Program ini akan berlangsung jam 8.00 malam
dan akan dihadiri oleh Tuanku Canselor
UKM dan Raja Permaisuri...
Harap kami dapat bantuan KREW MCP dari jabatan2 lain dalam UKM....


Gigi amat penting untuk manusia. Fungsi gigi ialah untuk mengoyak, mengikis, memotong dan 
mengunyah makanan...namun ada jugak manusia gunakan gigi sebagai
senjata..........................awas para suami......opst!
Struktur gigi terbahagi kepada beberapa
lapisan.....iaitu Enamel, Dentin dan Pulpa....Enamel ialah
bahagian paling keras dan yang berwarna putih...memang amat keras...
Dentin pula terletak diantara Enamel dan Pulpa. Ia lebih lembut daripada Enamel dan
boleh reput dengan cepat serta berlubang jika tidak dirawat dengan betul.
Palpa pula merupakan bahagian di tengah-tengah gigi. Di dalamnya
terdapat tisu2 lembut salur darah dan saraf......
Gigi boleh binasa dengan beberapa
cara antaranya ialah Plak gigi.
Plak gigi merupakan lapisan nipis yang melekit. Selepas makan
sisa makanan akan ditukar menjadi plak melalui penguraian oleh bakteria.
Aktivi bakteria ini juga akan menghasilkan asid yang mereputkan gigi
serta mudah untuk membentuk lobang pada permukaan gigi.
Plak jugak akan mengeras dan menebal jika dibiarkan serta menjadi tempat pembiakan 
bakteria. Jika plak dibiarkan selama 24 jam ia akan mengeras. Tentu ia akan
menjadi istana para bakteria yang banyak terdapat dalam mulut.
 Oleh itu jadikan tabiat memberus gigi sekurangnya dua kali sehari sebagai
amalan berterusan.....Jika plak telah mengeras dan
melekit, hanya doktor sahaja yang
boleh menghilankannya
melalui proses
'pengikisan'...............................................
Jadi sayangilah gigi anda dan anggaplah ia sebagai mahkota mulut kita......

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, December 28, 2012

...janGAN ANGgap kiTA Ni daH SEMpurna...



Cuti ni tak banyak aktiviti...hanya rehat dan ada ketika terluang singgah
 kedai buku untuk cari buku yang dianggap mampu menambahkan
maklumat untuk faedah diri....
Kita janganlah 
terlalu yakin ibadat solat yang kita 
ldirikan sejumlah 17 rakaat tiap2 hari tu dah terlalu
 sempurna......perlu ada penambahbaikan setiap masa untuk 
mengurangkan ketidak sempurnaan yang wujud. Oleh itu aku 
terpanggil untuk memiliki buku ni untuk dijadikan bahan 
bacaan masa cuti panjang ni...
Harap buku ni banyak manfaat untuk aku.....
....terima kasih sebab membaca...

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, December 26, 2012

...seleSAIKAN LEBIhan tuGAS...

...mood masih dalam keadaan bercuti.....


HARI ini, 26 DIS. 2012, aku pi pejabat kerana perlu untuk menyelesaikan urusan
perlupusan peralatan audio video yang telah dijalankan sejak sebulan yang 
lalu. Aku diminta hadir di STOR PUSAT untuk menandatangan
dokumen pengesahkan peralatan yang ingin dilupus.
Tiba di sana sebelum jam 9.00 pagi
dan terus turunkan
tandatangan setelah senarai peralatan disemak.......................................................


Kembali ke pejabat...kemudian terfikir pulak nak periksa gigi di PUSAT KESIHATAN UKM.
Tanya seorang rakan sdr. AMRY, prosedur untuk membuat pemeriksaan gigi di sana
 sebab sepanjang perkhidmatan tak pernah pun buat pemeriksaan gigi
di situ...biasanya buat kat klinik luar ukm sahaja...
Setelah berpuas hati terus pi ke pusat kesihatan
tu dan pegi ke kaunter klinik gigi.......
Di situ terus buat pendaftaran
dengan seorang jururawat pergigian....dia kata
kena buat temujanji dahulu...jadi temujanji aku tahun depan rupanya...
7.......1.......2013............tu jer tarikh yang ada.....
ermmmm....masa tu aku masih bercuti
...tapi takpe lah..........aku
akan datang pada tarikh tersebut....untuk tampal gigi aku yang dah punyai lobang yang kecil........harap tiada sebarang rintangan.....

....terima kasih sebab sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria