Sunday, April 4, 2010

MCP FESTIVAL SENI(MUZIK & TARIAN)


Hari ini, Sabtu, 3 April 2010, jam 8.00 malam;

Kami membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Festival Seni UKM 2010 di DECTAR.


Ketika rakaman MCP sedang dilakukan, krew Bilik Kawalan sdr. Suraya, Shahrul dan Kamarul.




sdr. Kamarul, Shahrul & Jasril

Ini merupakan suatu persembahan oleh pelajar yang mengambil kursus kokurikulum
kesenian yang ditawarkan oleh Bahagian Kokurikulum Kesenian yang
dikendalikan oleh Pusat Kebudayaan UKM.


Kursus-kursus tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu Bidang Teater, Seni Tampak dan Seni Rupa, Seni Muzik, Seni Beladiri dan Seni Tari.


Sdr. Sulimi yang mengendalikan audio ketika rakaman.






Sdr. Jasril Amry(Hanamichi), Rosli(Junior Mastermind),
Kamarul & Haji Sulimi(Abang Aji)

Diantara objektif program ini ialah untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang keperluan mengimbangkan aktiviti yang bercorak kesenian dengan aktivit akademik.


Program ini adalah anjuran bersama Bahagian Ko-kurikulum, Pusat Perkembangan Pelajar, dan Pusat Kebudayaan UKM


Hmmmm... Syimah, Pelajar Pusat Pengajian Media saja-saja berkunjung ke Studio UKM....ermmm....tak fokus pulak foto ni.....





Persembahan Tarian Melayu....

Antara acara yang dipersembahkan ialah Muzik Silat, Rebana Ubi, Nasyid,
Angklung, Muzik Moden, Dikir Barat, Brass Band,
Tarian dan sebagainya...











Tarian Melayu...





Tarian Istana....










Tarian Cina






Tarian India



Tidak ramai krew MCP bantuan yang datang. Mereka ialah sdr. Sulimi, Yunus, Hata, Naziruddin dan Khaidir. Oleh itu sdr. Shahru terpaksa bertindak sebagai Switcher dan Jurukamera, aku jugak bertindak sebagai Pengarah Studio dan Switcher. Jasril juga menjadi Jurukamera sementara Suraya sebagai Jurugrafik serta Haji Sulimi dan Ramli sebagai Juruaudio secara bergilir-gilir.
Junior Mastermind dan Syimah gak saja2 datang ke studio
Persembahan Dikir Barat...


daud montak zakaria...
4 April 2010; 10.00 am

Saturday, April 3, 2010


Khamis 1 April 2010; jam 8.30 malam

Kami telah membuat rakaman video MCP(Multiple Camera Production). Event yang kami rakam tersebut ialah Persembahan Teater Pelajar Kokurikulum Pusat Kebudayaan UKM di Panggung Seni DECTAR.
Krew konti sedang menjalankan tugas iaitu sdr. Kamarul, Hanim dan Siti Suraya....




sdr. Kamarul Baharin, Hanim, Waty
dan Suraya...


Malam tu krew MCP yang hadir cuma beberapa orang sahaja, agak cukup gak untuk melaksanakan tugas berkenaan....



Sdr. Shahrul bertindak sebagai switcher menggantikan Hanim yang berehat. Ketika ini aku bertindak sebagai Pengarah Studio...





Suasana dalam Bilik Audio semasa rakaman tersebut...
kelihatan sdr. Rosli(Junior Mastermind) dari Pusat Peng. Media sebagai
pemerhati, Jasril(Hanamichi...), Hata(FTSM) dan Shahrul


Krew bantuan yang sempat hadir untuk membantu pada malam berkenaan ialah sdr. Yunus, Khaidir, Azrul Khaidir, Hata, Waty, Wafiy, Firdaus dan Hanim.....


sdr. Ramli Adnan dalam Bilik Audio......







Dalam Bilik Kawalan Studio ketika bertugas. Krew kami sdr. Khaidir(Rukawa)
sedang memerhati dan menunggu giliran untuk
bertugas sebagai Jurukamera...


Sebanyak dua buah teater telah dipersembahkan pada malam tersebut iaitu bertajuk 'MAHSURI' dan sebuah lagi teater modern yang aku dah lupa tajuknya....



Monitor untuk Kamera 1, Kamera 2 dan Kamera 3.





Acara nyanyian sebagai selingan....


Cerita berkaitan Mahsuri ni tentu kebanyakan orang telah mengetahui cerita lagenda ni, bukan gitu....




Pelakon yang membawakan watak sebagai 'Mahsuri', macam 'comey' jer pelakon yang membawakan watak ni....




Pelakon sedang membawakan watak masing-masing
dalam teater 'Mahsuri' ini....

daud montak zakaria...
3 April 2010; 1.00 pm

Monday, March 29, 2010

ICAF 2010

Semasa rakaman MCP

Malam tadi, hari Ahad, 28 Mac 2010, kami membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) program Inter Colledge Arts Festival
di Panggung Seni, DECTAR.

Sempat gak tu layan hp....

Seperti biasa persiapan teknikal telah dilakukan lebih awal iaitu kira2 jam 6.00 petang.
Kami cuma menggunakan 3 buah kamera video sahaja.


Krew bantuan daripada jabatan lain iaitu sdr. Yunus, Wafiy, Hasnah, Waty, Hanim, Hata, tiba di STUDIO UKM lebih kurang jam 7.30 malam.




Semasa rakaman sedang berlangsung, masa ini aku bertindak sebagai Pengarah Studio...





Sdr. Kamarul dan Hanim...

Program berkenaan bermula lebih kurangh jam 8.30 malam dan aku bertindak sebagai
Pengarah Studio untuk satu jam yang pertama sebelum diambil alih oleh
sdr. Kamarul untuk satu jam yang berikutnya lebih kurang....


Krew bantuan sebagai jurukamera malam ini tidak berapa mencukupi dan oleh itu terpaksalah jurukamera yang tak cukup tu berdiri agak lama juga...apa boleh buat....





Semasa rakaman....




Ermmmm...sdr. Rosli drpd Pusat Pengajian Media
berkunjung ke STUDIO UKM, melihat
kami menjalankan tugas ...

Aku cuba gak mempelawa individu-individu tertentu untuk turut membantu
tetapi kurang berjaya...mungkin ayat aku tak 'power' kut....














Pengacara..sdr. Amar dan Siti Syarina....



Buku program.....











Ini masa latihan waktu petang sebelum program bermula....



Persembahan oleh kolej....













Persembahan oleh kolej..........


daud montak zakaria...
29 Mac.2010; 1.00 am

Saturday, March 27, 2010

AKHIRNYER....(AKHIR MCP PELAJAR MEDIA 2010)

HARI ini, Jumaat, 26 Mac. 2010, merupakan hari terakhir Penerbitan MCP(multiple Camera Production) bagi Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM tahun 2 dan 3, di STUDIO UKM, DECTAR.
Bukan mereka saja yang berasa lega malah kami krew studio pun turut berasa lega kerana selama sebulan kami membimbing mereka cara mengendalikan penerbitan MCP, siang dan malam(kecuali Sabtu & Ahad).

Bila dah tamat tentu gumbira, bukan......



Mereka nilah yang sering menunggu Studio
UKM semasa latihan MCP pelajar...

Hari akhir ini, sejumlah tiga buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun 3
telah membuat penerbitan mereka. Masing-masing kumpulan,
diketuai oleh Pengarah Studio masing-masing iaitu
Leesan Chong, Eaven Sun dan Adham.
Sementara itu kumpulan
pelajar tahun 2 pula telah menyelesaikan penerbitan akhir mereka semalam
iaitu hari Khamis 25 Mac.



Kemungkinan pada tahun 2011 rutin begini akan berlaku lagi, namun perkara berkenaan tidaklah dapat dipastikan lagi...

Sepanjang sebulan kami mengendalikan dan membimbing para pelajar, kami tidaklah sekali-kali berlaku sikap berat sebelah....ewah, puji dirilah tu....kami melayan mereka semua dengan adil dan saksama, tak percaya? Ermmm...tanyalah kami.....



Ermmmm...inilah staf Pusat Pengajian Media...sdr. Rosli Robai atau Junior Mastermind....tak tau sama ada dah berpunyer atau belum....




Ermmm...DR ASIAH perhati tu.....

Sepanjang sebulan juga kami bersama semua pelajar tu, banyak gak pengalaman yang kami dapat dan banyak gak sikap yang dapat kami perhatikan...ada yang 'moody'...ada
yang 'pendiam'....ada yang peramah dan mudah bergaul....ada yang macam 'malu-malu' jer...
dan ada gak yang 'macam sombong' ....heh...heh...heh..
ye ker ada yang 'macam sombong'...?, rasa2nyer takde yang sombong kan....?


Apa yang kami harapkan, selama sebulan tersebut, mereka dapat memperoleh sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan Multiple Camera Production(MCP). Mungkin peralatan di studio berkenaan tidak secanggih apa yang wujud di stesen-stesen penyiaran, namun sekurang-kurangnya para pelajar faham konsep penerbitan MCP tersebut.

Ini merupakan kumpulan pelajar tahun 2.....ermm...lupe name Pengarah Studio nyer....



Di 'studio floor' semasa rakaman
berlangsung..

Kami juga amat berharap, telah dapat menjalankan tanggung jawab kami dengan sepenuhnya walaupun ilmu kami tidak sehebat dan setinggi mana pun......
Diharapkan juga sedikit sebanyak pengetahuan MCP yang tak seberapa itu akan menjadi pemangkin untuk mencapai lebih banyak lagi pengetahuan ketika berada di luar
UKM sama ada semasa Latihan Industri atau pun semasa sudah
menjadi salah seorang ahli penyiaran nanti....

Sepanjang minggu akhir penerbitan MCP berkenaan ada gak aku terdengar desas desus yang mengatakan terdapat dikalangan pelajar yang mengalirkan air mata gembira, sedih atau mungkin jugak air mata yang melambangkan 'Thank You My Lord'.....mungkin....sapa tau kan....???. Ermmm...situasi begini sering kami hadapi hampir setiap tahun....ermmm...tapi apa yang nak dimalukan....air mata mungkin mampu mengungkapkan sesuatu yang tidak mampu diluahkan oleh kata-kata...bukan begitu....

Tekunnyer membuat persiapan.....


Ermmmm....tekunnyer juruaudio...

Dapat diperhatikan juga, ramai dikalangan mereka yang memberikan komitmen yang tinggi dalam penerbitan MCP ini. Kami menganggap komitmen yang tinggi merupakan simbol yang menunjukkan mereka amat berminat dengan penerbitan MCP ini...
eh! ye ker minat sangat ni....











Tekun untuk menyiapkan set penerbitan mereka.....




Krew hanya mampu bertindak sebagai pemerhati
sahaja semasa penerbitan akhir MCP










Memerhati dari luar Bilik Kawalan semasa penerbitan akhir....





Sedang menyiapkan set.....












Persiapan sebelum 'on air'....



Bersolek sebelum 'on air....'

















Sedang 'on air'.....




Sedang ke udara.....












Sedang 'on air...'




Bersiap sedia untuk 'on air...'












Tumpuan diperlukan semasa 'on air'...




'tension' gak semasa 'on air' ni....kan gitu...???










Juru audio pun mesti memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa 'on air' kalau tak VT akan 'bisu'



Ermmm...Kak Gee pun dijemput gak....











Bersiapa sedia sebelum 'on air'...





Tumpuan 100%












Semasa 'on air'...



Kumpulan Adham.....

Sejujurnya, selama 2 minggu aku bersama mereka di Studio UKM(hampir 2 minggu cuti kemalangan...) hanya segelintir saja yang aku kenal...

Diantara mereka yang aku agak kenal ialah Adham, Jingjing, Bulat, Aini, Heliantus, Cikin, Syimah, Lata, Peng Peng, Emily, Suet Nee, Bakong, Mirul, Dayah, Rash, Leesan Chong,Sue, ermmm...lagi saper arrr...ermmm...mungkin aku kenal ramai lagi muka mereka tapi lupa nama mereka....apa-apa pun, semoga kalian berjaya dalam kehidupan masing-masing....

Mirul............

daud montak zakaria...
27 Mac.2010; 2.00 am