Wednesday, October 31, 2018

Demam Konvo UKM da mula..

Hari ni, Rabu, 31 Nov. 2018...unit kami iaitu UNIT AUDIO VIDEO, PKK, UKM, mengadakan taklimat konvokesyen ukm untuk semua krew atau ajk rakaman video MCP. Taklimat
 ini kami adakan di bilik seminar penerbit UKM. Jam 9.00 lebih taklimat dimulakan....Kebiasaannya memang setiap tahun kami adakan
 taklimat sebelum setiap kali majlis konvo berlangsung. 
Namun sebelum
 ini kami adakan juga bengkel MCP untuk semua krew
 dengan tujuan untuk refresh kembali skill semua krew sebelum mendepani
 tugas rakaman mcp setiap kali berlangsung majlis konvokesyen UKM. Tahun ini bengkel mcp tidak dapat diadakan sebab dewan besar ditutup lebih kurang 8 bulan...kut
....untuk proses pembaikan......Tahun ini konvo ukm akan berlangsung
 dari 10 - 13 november 2018....
Dalam taklimat ini lebih sedikit daripada separuh krew yang dapat hadir sebab mereka mempunyai komitmen dengan tugas mereka di fakulti memasing...ok la tu 
daripada tiada kan...Semua krew MCP kami untuk konvo
ni berjumlah lebih kurang 40 orang....................




Kami juga amat bersyukur kerana krew kami dari semua fakulti, jabatan dan sebagainya masih lagi mahu bersama sama kami menggalas tugas ini setiap tahun...masih 
ada yang sudi bersama kami mendepani tugas yang agak mencabar
 jugak setiap tahun...sama sama berkampung di dewan besar 
DECTAR. Sama sama bertugas...sama sama gelak
 ketawa dan sama sama mengharung
 apa juga keperitan yang timbul secara bersama...itulah krew mcp
 kami setiap tahun....Kami amat menghargai komitmen mereka dengan kami saban tahun....Walaupun ada yang datang dari jauh iaitu UKMKL namun jarak tidak menghalang
mereka untuk sama sama berkhidmat untuk UKM...terima kasih bebanyak untuk
 mereka semua...tanpa anda semua sape la kami........



 Taklimat pertama disampaikan oleh En. Hazrul Abd Halim. Dia sampaikan pelbagai perkara umum berkaitan majlis konvo serta pelbagai perkara lain yang ada kaitan dengan kami sebagai ajk rakaman mcp. Berkaitan peralatan rakaman yang disewa dan
 sebagainya lagi...Sebenarnya pada majlis konvo tahun ini kami sewa
 semua peralatan rakaman mcp dari luar. Sebelum ini kami sewa 2 buah kamera
sahaja tetapi kali ini 100% kami sewa peralatan dari luar....




Tahun ini kami terpaksa sewa peralatan luar kerana kami tidak yakin dengan prestasi alatan kami yang sedia ada yang dah agak berusia dan belum ada lagi rezeki untuk ditukar
 kepada peralatan yang baru. Sebenarnya peralatan kami tu da lebih 10
 tahun dan patut ditukar baru. Untuk majlis konvo ukm
ini yang merupakan majlis yang besar dan penuh protokol  maka
 peralatan perlu dalam keadaan yang baik. Ini supaya tidak berlaku sesuatu yang 
tidak diingini semasa majlis sedang berlangsung. Kalau jadi apa apa, sape pulak yang perlu menjawab perkara berkenaan...siapa...opst!




Aku pun tak pasti bila peralatan tersebut boleh ditukar ke format yang lebih baik. Alat mcp berkenaan merupakan alat mcp format yang sudah ketinggalan jauh da pun. Ia 
merupakan peralatan format analog. Sedangkan sekarang ni da ada
 format 4K. Mungkin anda  masih tak faham kan..Kami punyai
 alat format paling rendah iaitu analog...atas analog ialah 
digital...atas  digital ialah HD dan atas HD ialah 4K...Jadi, nampak kan berapa 
generasi da kami ketinggalan jauh....Visual Digital, HD dan 4K lebih jelas dan lebih cantik...




Selepas encik hazrul, aku pulak yang ambil giliran untuk sampaikan taklimat. Aku lebih menjurus kepada pembahagian tugas untuk krew. Kami mempunyai lebih kurang
 40 orang krew yang menjalankan tugas tertentu masing masing.
Antara tugas tersebut ialah floor manager, cameramen,
switcher, audio, charector generator atau cg,
 pengarah studio dan sebagainya. Semua krew tak
 kira apa pun tugasnya adalah penting kerana kami bekerja secara
berkumpulan dan jika satu bermasalah maka seluruh program akan terkena tempiasnya.....
Oleh itu semua krew mesti bertugas secara bersama dan sebarang masalah
 pun tidak dibenarkan berlaku....kalau boleh la...Dalam taklimat tersebut aku bahagikan
 setiap krew dengan tugas memasing. Aku juga jelaskan serba
 sedikit berkaitan tugas masing masing....
Sebenarnya aku pun bimbang jugak konvo kali ini sebab semua 
peralatan yang kami gunakan adalah peralatan baru. Peralatan baru dan kebanyakan
 kami tidak pernah handle peralatan berkenaan. Kami cuma ada beberapa hari 
saja untuk praktis sebelum majlis konvo bermula....bimbang jika
 tidak cukup masa bagi krew untuk biasakan dengan peralatan tersebut...
Jadi apa yang aku boleh buat...hanyalah...TAWAKKAL sahaja...Moga jangan terjadi apa2 perkara yang memerlukan kami menjawab dengan jawapan yang menjela jela....ekeke..opst!
Ini mungkin majlis konvo yang terakhir untuk aku...rasanya la..haha..
Akhirnya...moga kita semua dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan cemerlang...InsyaALLAH....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Wednesday, October 10, 2018

Lawatan Ke Multimedia PTM U. Malaya...

Hari ni hari Rabu, 10 Oktober 2018...kami dari Unit Audio Pusat Komunikasi Komunikasi,
UKM bersama Pusat Teknologi Maklumat, UKM pi melawat ke Multimedia 
Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. 
Kami ke sana seramai 3 orang
 dari UAV UKM iaitu aku, encik Hazrul dan sdr. Jasril. Kami pi 
bersama team PTM UKM yang lebih 10
orang bilangannya.....
Kami gerak dari UKM lebih kurang jam 9.30 pagi dari bangunan Pusat Teknologi
Maklumat UKM.....

ni masa sarapan...
selesai sarapan...
studi dia orang lebih baik.....
 Sampai ke UM lebih kurang jam 10.30 pagi kut...aku pun lupa nak tengok jam atau mungkin
tengok jam tapi aku lupa...mana mana laa...hahaha.....Sebaik tiba di Bangunan
PTM dalam kampus UM tu kami turun dan berjalan menuju ke
bangunan PTM UM...Di pintu masuk kami
disambut oleh staf multimedia
PTM UM...agaknya laaa....terima kasih kerana sambut kami...

lampu video LED
taklimat...
taklimat pegawai multimedia...
 Sebaik masuk bangunan kami dipelawa untuk menjamu selera...agaknya sarapan pagi la kut...aku pun memang belum sarapan secara berat lagi pun...jadi join la aku makan
mee dengan air teh keruh tu kut....opst! lupa lagi aku....Aku makan tak banyak
pun...biasanya dalam perjalanan mana2 pun aku jarang makan
banyak sebab bimbang macam macam
....bimbang kalau perut tak sihat dengan makanan yang
masuk tu...jadi tentu kelam kabut cari tandas...tak gitu....jadi aku main selamat je la....

sesi melihat alatan....
menjelaskan berkaitan alatan...
melihat alatan dalam studio...
 Selesai sarapan kami dibawa naik tangga ke tingkat 3 atau 4...aku lupa pulak dah....da banyak umur ni memang asyik lupa aje....banyak umur aje, bukan tua...da pencen
nanti baru la boleh dianggap tua dan tidak diperlukan lagi oleh 
mana2 agensi untuk bertugas lagi.....tak gitu..
Lift ada tapi nak tunggu mungkin lama jadi tangga la pilihannya..
Ada jugak bagusnya kan, lepas makan naik tangga, tentu hilang sikit kalori tu kan...
Sesuai dengan bengkel video yang kami buat itu hari, kempen naik tangga
 untuk sihat...kan...tapi kalau naik tingkat 20 mungkin takde
sape yang nak naik tangga...hahaha.....

dalam studio lagi...
sesi ni ramai jugak yang bertanya....bagus gak...banyak dapat ilmu...
berbincang  lagi...
 Di tingkat atas kami dibawa masuk ke studio. Di sini memang banyak kamera dan alatan video. Sebelum tu kami dengar taklimat dulu yang dimulai dengan kata kata 
daripada ketua multimedia...
rasanya la, aku pun tak pasti sebab aku tak tumpu 
sangat kat apa yang dikatakannya....Lepas dia beri kata kata, dia pun 
blah sebab mungkin dia ada urusan lain yang perlu
dibereskan kut....Dia seorang pompuan yang agak manis...opst! tak boleh
puji lebih lebih sebab dia mungkin da bini orang kut...aku pun tak pasti...tapi drpd raut wajah
macam da ada keluarga....opst!... apa da melalut lalut pulak dah...tak sempat
gak nak snap foto dia...tak pasti sama ada aku segan nak
rakam atau aku tergamam...hahaha..opst!

lama discuss ni....
masih ada lagi ruang bertanya....
sebahagian alatan...
 Selepas dia pi pegawai multimedia dia pulak beri penjelasan kepada kami tentang tugas mereka dan sebagainya. Kemudian penerangan diambil alih oleh staf teknikal 
kut sebab dia aje yang banyak bercakap berkaitan teknikal...boleh
kata 99.99999% dia bercakap berkaitan teknikal....
Banyak jugak yang dijelaskan kepada kami tapi banyak
pulak yang aku lupa...lupa lagi....Apa apa pun aku tengok sistem dia orang
bukanlah 'heavy' sangat walau pun set HD. Pada aku alat sedemikian bukan alat
yang merupakan alatan studio yang benar benar boleh dikatakan studio.
Alat dia orang merupakan alatan yang 'mobile' yang boleh
dibawa kemana mana jika ada program untuk
dirakam...Contohnya, dia orang
akan pasang alat di dewan untuk rakaman konvokesyen.
Apabila majlis konvo tamat alat tersebut akan di 'dismantle' dan di bawa balik
ke studio. Jadi alatan mereka alatan HD yang sesuai untuk
bawak ke mana mana aje...Setakat untuk menghasilkan
program program2 memang lebih
daripada cukup la tuuuu...
Apa apa pun ok la tu....dapatlah jugak infor berguna daripada dia orang semua
...menarik jugak walaupun kami berharap dapat melihat alat yang lebih
sempurna untuk sebuah studio video.......terima kasih kepada
semua staf Multimedia UM tu.....
Cara mereka mengendalikan rakaman majlis konvo nampaknya
sama macam yang kami lakukan cuma kami punyai ruang dewan yang lebih luas dan
mudah kami mengatur peralatan rakaman dalam dewan besar kami tu....

...da keluar drpd studio...
pintu masuk la niii....
meor ptm..
Masa sesi penerangan oleh staf PTM UM tu aku takde bertanya mungkin sebab aku faham kut... tapi encik Hazrul banyak yang dia tanyakan kepada staf tu...banyak nampaknya..mungkin ada lagi infor yang dia perlukan kut...memang 
perlu untuk dia sebab dia involve dalam hal pembelian alatan...
Tapi ada satu soalan yang aku tanya kat staf tu secara
face to face...'BAYARAN OT ADA MASALAH
KE?'...hahaha....dia beri la jawapan...Soalan ni untuk staf
yang dibolehkan untuk buat 'claim'.....
Setelah agak lama kami dalam studio tu maka akhirnya kami mula untuk bergerak balik ke UKM. Waktu tu lebih kurang jam 12.00 lebih....Setelah bersalam maka
kami pun masuk ke perut bas UKM dan bergerak ke Bangi....
tiba di Bangi lebih kurang jam 1.30 petang......

SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK BANYAK KEPADA SEMUA STAF
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA...
ANDA SEMUA MEMANG BAIK BAIK BELAKA......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Wednesday, October 3, 2018

Bengkel Penerbitan Video Asas..







Hari ni, Rabu, 3 Oktober 2018, Unit Audio Video Pusat Komunikasi Korporat UKM telah mengadakan bengkel Penerbitan Video Asas. Hari ni hari kedua bengkel
berkenaan telah berlangsung. Semalam hari Selasa
merupakan hari pertama yang diisi
dengan penyampaian
kertas kerja bengkel berkenaan.
Aku sampaikan kertas berkaitan proses penerbitan video,
sdr. shahrul sampaikan kertas berkaitan penulisan skrip yang fokusnya kepada
skrip dokumentari...sementara encik hazrul sentuh banyak perkara berkaitan penerbitan video serta analisa hasil hasil penerbitan yang terdapat dalam media.....

encik hazrul sampaikan ceramah...
sdr. shahrul sampaikan kertas....
masa ni dengar ceramah encik hazrul...
Bengkel ini berlangsung dari 2 hingga 5 Oktober 2018. Memang setiap tahun kami mengadakan bengkel tersebut untuk kakitangan UKM. Hari pertama aku sampaikan proses
penerbitan video asas. Dah namanya asas tentu aku bawakan
ceramah berkaitan penerbitan video yang sepatutnya
dilakukan mengikut 'rule' penerbitan
video. Maknanya tak boleh langgar undang undang kerja
kerja penerbitan video. Mesti ikut buku tapi kalau da pandai boleh saja
buat mengikut cara yang boleh cepat siap....kalau ada cara yang boleh cepat siap la............

masa ni sedang dengar ceramah encik hazrul...
bantu peserta cipta idea dan mula fikir tentang skrip...
bincang idea dan skrip...
Sebenarnya aku da lama tak sampaikan kertas berkaitan penerbitan video ni...rasa rasanya da dua tiga taun kut...berpeluh jugak hati aku...maklumlah berdepan dengan lebih
 kurang 30 orang peserta...mau tak mau kena sampaikan jugak kertas
 tu....Kadang kadang aku risau jugak dia orang tak faham
dengan apa yang aku sampaikan maklumlah
penerbitan video ni bukan semua
orang berminat...macam mana pun aku berharap
mereka faham dengan apa yang aku cuba sampaikan...insyaALAH...
Kadang kadang perlu jugak kita tau proses penerbitan video ni...sekurang kurangnya dengan ada sikit pengetahuan kita, maka taklah rasa jahil bila
kita sembang dengan orang yang berkecimpung
dalam bidang penerbitan drama, dokumentari
dan sebagainya lagi....kita perlu tau gak.....bukan gitu...dan tak
boleh la dia orang yang mahir dalam bidang 'goreng sakan'  kita ni yg dia orang anggap kita 'buta huruf' dalam hal penerbitan video ni...tak gitu...

hahaha...ni masa lunch la ni....
tekun hadap lunch...
tak pandang kiri kanan...di puri pujangga ukm...
Hari pertama selepas tengah hari iaitu waktu petang proses menulis skrip dan sebagainya diadakan di opis kami di bangunan penerbit ukm. Waktu pagi masa teori kami
 jalankan di puri pujangga ukm. Sebelah petang peserta yang telah di 
bahagikan kepada beberapa kumpulan telah berbincang dengan
 kumpulan memasing
untuk membentuk satu skrip penerbitan video dari
segi idea, sinopsis, penulisan skrip, storyboard dan sebagainya lagi...
semuanya dilakukan secara bekerjasama dengan ahli kumpulan...memang kerja2 
penerbitan video ni perlu kerjasama setiap ahli kumpulan, tak kisahlah sama ada dia punyai pengalaman yang luas dalam penerbitan video atau pun dia seorang 'beginner'
yang cuma tahu kamera foto aje...kikikiki....opst!

masih bincang skrip di bangunan penerbit...
lokasi shooting di kejuruteraan...
shooting...
Hari kedua proses penulisan skrip terus dilakukan oleh setiap kumpulan. Mereka duduk bersama dan berbincang untuk menyiapkan skrip mereka dengan sempurna 
sebelum proses shooting dibuat atau dijalankan. Akhir hari kedua 
setiap kumpulan sudah menyiapkan skrip memasing
dan bersedia untuk turun
untuk membuat shooting penerbitan video masing masing kumpulan.
Dan hari ketiga keje shooting pun mula dibuat oleh setiap kumpulan yang terlibat...
Aku dan saudara Saniy jadi fasilitator untuk sebuah kumpulan
yang membuat keje keje shooting di Fakulti
Kejuruteraan UKM......Sdr. Shahrul dan Jasril memantau keje
shooting dua kumpulan yang lain yang lokasi shootingnya di dalam bangunan penerbit...

shooting...
shooting...
shooting...
Di lokasi shooting kami menjadi pemantau semasa kumpulan tersebut membuat shooting.
Kumpulan ini ingin membuat penerbitan video kempen naik tangga. Tentu
anda semua tertanya tanya apakah kempen tersebut....
ia merupakan kempen untuk menggalakkan
orang supaya naik tangga jika ingin naik ke tingkat atas bangunan
dengan harapan untuk mengurangkan kolestrol dan seterusnya badan akan menjadi
sihat terutama jantung manusia yang merupakan organ yang
amat penting.......Jom! naik tangga...tapi tingkat 18 laaa...

lokasi shooting.....
lokasi shooting....
lokasi shooting...
Di lokasi shooting, walaupun durasi video berkenaan di bawah 3 minit tapi masa yang diambil untuk shooting, makan masa agak panjang jugak...rasanya lebih kurang 
sejam....penerbitan yang berbentuk drama macam tu memang mengambil
masa yang lama...itu realiti dalam penerbitan video..
Sebelum shooting babak tersebut diraptaikan terlebih dahulu
...selesai raptai dan betul betul 'perfect' maka barulah keje shooting dibuat.
itu pun kena tiga atau empat kali 'take' jugak....
Kami biarkan kumpulan berkenaan membuat keje shooting tersebut, kami cuma bantu bila ada sebarang masalah yang memerlukan bantuan daripada kami
...tak kiralah bantuan dalam bentuk apa sekali pun....memang
kami sentiasa saja bersedia membantu.......

shooting hampir tamat...
shooting da tamat....
Selesai saja keje shooting di lokasi maka semua peserta balik ke opis di bangunan penerbit untuk membuat proses suntingan pula. Sdr. Saniy ditugaskan untuk membantu
 dalam keje suntingan ni. Bagaimana pun grup tersebut lebih banyak
 berperanan dalam tugas suntingan ni...Menjelang petang
tugas suntingan hampir mencapai matlamat
yang kumpulan inginkan. Kami sebagai fasilitator cuma
memberi bantuan bila diperlukan.. Pada aku lebih baik kumpulan sendiri
yang berperanan besar dalam keje suntingan ini supaya mereka dapat pengalaman dan dapat ilmu bagaimana penghasilan sesebuah penerbitan video...Walaupun
penerbitan berkenaan agak simple tapi itu hasil keje mereka sendiri.
Untuk mencapai tahap yang cemerlang dalam penerbitan video,
ini memerlukan masa yang panjang dalam berkarya.
Bila kita da selalu melakukan keje keje penerbitan video ni, lama
lama kita akan menjadi mahir dan tiada masalah pun untuk menghasilkan penerbitan
video yang lebih baik dan dapat menarik perhatian penonton. Jadi sabar je la dan terus berkarya tanpa jemu...keje keje video ni kena ada rasa minat, tanpa minat
tentu sahaja tidak akan pi ke mana pun......kan...kan...kan....

Di bawah ni aku sertakan link kertas kerja penerbitan video aku tu untuk sapa2 je yang
berminat dengan penerbitan video ni....


Hari ni merupakan hari Jumaat, 5 Oktober 2018...hari ni merupakan hari terakhir Bengkel Video Asas PKK yang kami kendalikan. Sebelah pagi setiap kumpulan menggunakan
kesempatan last minute ni untuk 'touch up' video mereka yang
da hampir siap sangat tu sebelum majlis
preview diadakan pada waktu
petang nanti........


sdr. shahrul sedang sampaikan komen....
semua peserta kusyuk tonton...
 Waktu petang lepas Jumaat kami adakan sesi tayangan atau preview untuk semua penerbitan video setiap kumpulan di bilik seminar penerbit ukm di tingkat atas. 
Aku dan sdr shahrul yang kendalikan sesi tersebut kerana yang lain lain 
ada tugas memasing yang perlu dibuat. Aku terpaksa amik 
tempat encik hazrul kerana dia jugak ada tugas yang
 lebih penting petang tu.....
Ketiga tiga kumpulan tersebut menerbitkan
video berkaitan kempen jimat letrik, kempen naik tangga dan jugak
kempen gunakan tandas dengan tertib. Setelah satu persatu video ditayangkan
apa yang aku dapati kesemuanya amat baik. Video berkenaan menggambarkan mereka
memang agak mahir menghasilkan video kempen yang berbentuk drama.
Memang mudah difahami mesej yang nak disampaikan.
Penggunaan muzik dan sound effect juga
amat berkesan........
Video yang mereka hasilkan tidak mempunyai cacat cela yang 
banyak. Mereka mudah macam memahami apa yang disampaikan semasa sesi
teori pada hari pertama tersebut. pada aku untuk 'beginner' hasil
penerbitan mereka sudah mencapai tahap terbaik......
Nanti aku akan upload video tersebut ke youtube dan anda dan sesape aje boleh tonton nanti...........

bilik seminar penerbit ukm....
...harap apa yang kami sampaikan semuanya mampu difahami....
Semua kumpulan menggunakan konsep drama untuk menyampaikan mesej tersebut...Pada aku drama merupakan penerbitan yang agak sukar...bila da boleh buat drama maka 
gendre yang lain agak mudah untuk dibuat. Nape aku cakap macam tu...
sebab drama perlukan lakonan yang baik, props yang berkaitan,
 muzik yang sesuai dengan babak, sound effect yang kena 
dengan suasana, kontoniti kena jaga betul2 dan sebagainya lagi...payah 
aku nak terangkan di sini...kalau nak tau lebih lanjut, jumpa aku senang sikit aku nak jelaskan...kikikiki...opst! Tapi.....tak sempat pon sebab aku nak pencen dahhhh...

Setelah selesai tayangan tersebut semua peserta diminta menjamu selera dengan apa yang telah disediakan.....Sebelum kami  meninggalkan bilik seminar dalam
keadaan yang telah ditutp lampu dan aircond....sempat lagi
aku tinggalkan pesan pada staf penerbit supaya
mengambil makan yang masih ada di bilik seminar tersebut...terima
kasih kepada staf penerbit membenarkan kami staf xpenerbit menggunakan bilik berkenaan........

~ sekian ~


daud.montak.zakaria