Friday, February 9, 2018

Masih dengan keje SUKIPT 2018

Hari ni Khamis, 8 Feb. 2018, aku dengan team UAV yang telah diberi jadual, masih
meneruskan rakaman video sukan sukipt 2018. Hari ni aku pi
dengan sdr. ramli untuk membuat rakaman Bola Jaring
antara UKM dengan UNITEN.
Kami membuat rakaman ini
kerana masa yg lalu iaitu beberapa hari lepas kami tak
sempat merakamkan aksi pasukan ukm melawan pasukan universiti yang lain.....
jadi hari ni kami datang untuk membuat rakaman berkenaan.
Jam 8.30 pagi kami da gerak ke GMI kerana
acara bola jaring diadakan di sana.
Kami jugak kesian dengan rakan kami yang nakkan video
pasukan ukm bermain...jadi.....di sinilah kami.....memenuhi kehendak orang
berpahala kan.....kadang kadang kita tidak perlu terikat dengan jadual
....perlu jugak kita tidak berkira sangat dalam menjalankan
tugas, sebab rezeki yang kita peroleh adalah
melalui keje keje yang kita
buat ni lah...jangan berkira sangat......

....muka kami takde dalam blog hari ni sebab aku tumpukan pada aksi perlawanan dan lupa yg lain..


Tiba di dewan tu kami terus masuk dan bersedia untuk
rakaman berkenaan. Perlawanan mula jam 9.00 pagi. Team yang terlibat
ialah team pasukan u lain. Team ukm terlibat pada jam
9.30 pagi menentang team UNITEN.
Kami rakam segala aksi yang terdapat dalam perlawanan tersebut.
Lebih kurang sejam kami berada di sana sehingga
tamat perlawanan yang disertai oleh
UKM. Dalam perjuangan berkenaan ukm telah mengalahkan UNITEN.

Terima kasih kepada sdr. RAMLI kerana sama sama involve
dalam keje keje rakaman berkenaan....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments: