Friday, June 26, 2015

keje bulan pose..









RAMADHAN ni rasanya kami kurang keje2 rakaman MCP dan SCP...tau tak apa makna
MCP dan SCP tu.....kalau tak faham pi tanya mek google tuuu....
Hari Khamis semalam kami membuat rakaman MCP
di Persada Canselori. Program tersebut anjuran Institut Kajian Etnik atau KITA.
Kami cuma buat rakaman majlis perasmian dan ucaptama sahaja. Itu jer rakaman yang kami
ada dalam bulan pose ni....Rakaman MCP dalam DECTAR rasanya tiada
dalam bulan pose ni....harap tak ada lah sebab malam2 krew
ramai yang nak beramal kut....................

Rakaman MCP kat Persada tu aku dah edit dan upload ke utube....kalau
korang minat perkara yang berkaitan ilmiah tu silalah
buka link utube yang aku sertakan kat sini...

Ermmmmm....rasanya itu jer yang aku nak tulis dan terima kasih
kerana membaca..................

sekian....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, June 18, 2015

...tugas minggu ni...

HARI ni, KHAMIS, 18 JUN '15...aku dapat siapkan penyuntingan video MAJLIS LEMBAGA 
PENGARAH UNIVERSITI, pada 11 Jun 2015 yang lalu. Aku sertakan
 link video tu di bawah....tonton ler....





sekian dan terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria

Saturday, June 13, 2015

...gi ofis pagi tadi...sabtu 13 jun '15


Hari ini, Sabtu, Pagi, aku gi ofis untuk siapkan suntingan video HARI KEUSAHAWANAN UKM
2015. Pihak yang menganjurkan program tu nak dua versi, satu versi
panjang dan satu lagi versi pendek, lebih kurang 5 minit..
Tiba pejabat jam 9.00 pagi, tak log in pon dan balik
pon sama. Bila siap edit aku render...tengok-tengok ia perlu dua jam lebih
untuk render dengan sempurna. Fikit punya fikir...last last batal untuk render sebab aku nak
cepat balik. Jadi terbengkalai lagi keje aku......terpaksa buat hari SELASA sebab
Isnin aku masih bercuti lagi.....


Sebenarnya aku dah render program tu pada hari KHAMIS. Aku
render dan tinggalkan. Rasanya render tu da siap pon. Tapi aku tak tau, bila masuk jer
dalam bilik editing, komputer untuk edit tu aku tengok dah restart balik
jadi program yang aku render tu tak SAVE dan perlu dirender
kembali. Itu sebab aku datang hari Sabtu untuk render kembali....letih ooooo.........
nak render kena amik masa lebih 2 jam, lepas tu perlu convert ke mp4 untuk
upload ke YOUTUBE....Aku tak tau nape komputer tu restart
kembali....macam ada jin jer yang restart aku punya komputer tu....di bangunan tu 
memang ada jin2.....silap2 jin tu pon boleh bagi salam kat kita walau
hari siang....malam apatah lagi tentu lagi hebat..........
Tapi kalau benar perbuatan jin, harap dia terima balasan dari PENCIPTA.......


Komputer tu pon memang da ada masalah pon...tak baik aku salahkan
jin kan....jin pon ada yang muslim kan...opst! tapi tuduh jin bukan muslim pon tentu
tak boleh gak kan....kan....kan.....
Sebelum tu jugak aku da siapkan suntingan MAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ
BURHANUDDIN HELMI...dan da di upload ke YouTube...malang
lagi video tu kena block sebab masalah copyright lagu2
yang terdapat dalam video berkenaan....nasib...
apa boleh buat kan...................

OK....SEMPENA HAMPIR BULAN PUASA NI, AKU, DAUD MONTAK
ZAKARIA INGIN MOHON MAAF ATAS SEGALA DOSA KEPADA
KALIAN SEMUA, MOGA PUASA KITA TAHUN NI LEBIH 
BAIK DARIPADA TAHUN2 YANG LALU ...
INSYA ALLAH...............

sekian...terima kasih....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, June 3, 2015

tugas...tugas...tugas...sebelum ramadhan...

1 JUN 2015; kami membuat rakaman MCP 'Majlis Makan Malam atau Malam
Anugerah Mahasiswa Kolej Pendeta Za'ba di Dectar UKM. Seperti biasa
alat dipasang waktu petang kerana mudah bila berlaku sesuatu
sama ada sempat dibetulkan atau sempat dikemaskan 
balik... Kadang2 terfikir gak aku orang
Melayu ni da jauh dari adab
bangsanya yang
hormat pada orang lain.
Pada aku apalah salahnya jemput krew
rakaman makan sama...nasi bungkus pon boleh...
rasanya tak habis pon makanan tuk jamuan tu....kami bukan makan
banyak pon. Kesian Pendeta Za'ba, kalau dia tau tentu dia pon kecewa sebab
dia pendeta BAHASA MELAYU...tentu dia pon sayang
adab Melayu....tu lah. Bukan kami mintak pon cuma
bila fikir orang Melayu da lupa adab Melayu
akan datang tentu lebih teruk 
lagi.......kesian orang
Melayu. Yang aku kesian sebab kita da hilang
banyak adab2 Melayu. Kalau kami tak dapat makan pon, kami
tak terjejas pon...selama ni kami hidup bukan sebab
makan jamuan makan orang lain pon...opst!

dalam dectar...
foto khusairi..sorang jer dalam konti...

foto khusairi kot...



foto khusairi..
...............................................................................................................................

Petang 1 Jun tu aku, kamarul dan ramli membuat voice over
untuk PROGRAM KAYUHAN AMAL 450 KM
sempena 45 Tahun UKM di
Studio UKM...
Sebenarnya video berdurasi
20 miniut lebih kurang tu sedang aku edit mungkin
minggu depan akan upload ke YOUTUBE......tunggu jer ler nanti..
kalau berminat tengok jer...kalau tak berminat
TENGOK JUGAK.............
Versi pendek sekarang ni da ada di YOUTUBE...
tonton ler link kat bawah ni.......








montage kayuhan amal 450 km sempena 45 tahun ukm.
...........................................................................................................................

Esok pagi, 4 Jun 2015, ada lagi kerje mcp di DECTAR
Waktu pagi berkaitan keusahawanan anjuran PUSAT CITRA UKM.
KREW yang ada kesempatan sila bantu kami......

Terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria