Sunday, November 23, 2014

bengkel...oh...bengkel...

photo by IKHWAN
photo by ABD RAAI

....ambil dari fb KAMARUL BAHARIN SUPAAT...sorry KAMARUL, mintak
izin amik foto ni...opst! da amik baru minta izin.....
....terima kasih bebanyak....
SEMALAM, SABTU, 23 November 2013, 8 am - 5 pm, aku pi menghadiri BENGKEL
di PURI PUJANGGA, UKM. Bengkel berkenaan adalah bengkel
KOMUNIUKASI BERKESAN MENGGUNAKAN
NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING
(NLP)
Bengkel berkenaan
sarat dengan ceramah dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan secara berkumpulan. Sejujurnya aku bukanlah rajin
sangat nak hadiri bengkel, maklumlah dah rasa letih dengan bengkel2....
Penceramah bengkel tersebut ialah DR. AFFENDI & PUAN HASLINA dari
SUCCESS TRAINING. Bengkel tersebut adalah fokus kepada
KOMUNIKASI. Ia berkaitan kenali diri sendiri
dan orang lain serta cara berkomunikasi.
Termasuk dalam berkel terbabit ialah menghindar 
diri daripada sikap suka mengumpat. Mengumpat merupakan
sikap yang sudah mendarah daging dalam masyarakat kita, tak kira di mana.
Penceramah kata kita sukar untuk mengubah sikap orang lain(dunia) tapi mungkin
kita lebih mudah mengubah diri kita sendiri...Jika setiap individu
mengubah dirinya sendiri menjadi baik tentu semua 
sikap buruk mampu dijernihkan.....tak gitu? Jika setiap individu
dalam dunia ni baik2 belaka tentu dunia ini jadi aman dan selamat untuk didiami..
Tapi pandangan aku pulak,  jika semua manusia baik tentu NERAKA
tidak diwujudkan....kan...kan...kan...opst!

...yang ni agak tricky...
ahli kumpulan yang giat...
Diantara isi yang aku dapat dalam bengkel berkenaan ialah manusia
terbahagi kepada tiga golongan iaitu VISUAL, AUDITORI dan KINESTHETIK.
Melalui daripada beberapa soalan bertulis yang aku selesaikan, aku dikatogorikan
 dalam golongan VISUAL...Antara sifat orang VISUAL ialah suka yang KEMAS, 
perlukan fakta-fakta yang jelas dalam segala
hal, tertarik kepada bentuk gambaran2 seperti iklan yang
menarik dan berwarna warni, tak suka kata2 yang melalot...kot....itu apa yang aku faham....Penceramah juga kata.. setiap individu boleh berubah sama ada 
golongan visual, auditori atau kenesthetik dalam masa yang berbeza,
serta manusia juga boleh mempunyai kedua-dua sifat 
atas faktor2 yang tertentu........
Lagi....penceramah kata.........rata2 orang
VISUAL mempunyai bentuk badan yang TINGGI LAMPAI tapi aku
 macam TAK CUKUP TINGGI jer...ekekekeke...opst! bersyukurlah dengan 
apa yang telah PENCIPTA cipta untuk diri kita....

...bertungkus lumus....
...aku hanya mampu perhati jer bila kerja
yg yang didominasi oleh golongan FEMININ....
Satu lagi yang aku dapat dalam bengkel berkenaan ialah kita berfikir
menggunakan OTAK KIRI atau OTAK KANAN...Sekali lagi menerusi soalan2
yang perlu dijawab secara bertulis, AKU dikatogorikan dalam kumpulan
yang MENGGUNAKAN OTAK KIRI. Antara ciri-ciri orang
yang menggunakan OTAK KIRI ialah TIDAK 
KREATIF ....oooOOooo...patutlah aku tengok jer bila grup aku
buat projek kumpulan terutama projek yang di dominasi oleh golongan FEMININ..
...sorry arrr...kerana tak banyak membantu, cuma hulurkan kertas jer.....opst!
Satu lagi yang aku ingat, penceramah kata orang yang guna OTAK KIRI
 TIDAK BOLEH membuat banyak kerja dalam satu masa......

...masing masing berusaha dgn gigih...
...ini sesi MENJELASKAN PROJEK kepada umum oleh
EN. RAAI...
cantikkkkkk...projek kami tu...projek ni dapat nombor DUA beb...

Bengkel tersebut jugak menjelaskan KEJAYAAN adalah bergantung
kepada 3 perkara....iaitu..........SIKAP - 80%, jadi baikilah mana-mana sikap kita yang
tidak baik. Kedua ialah SKILL -12%, mungkin jika kita punyai
skill, namun punyai sikap kurang rajin, ia tidak akan membuahkan apa-apa.......
Ketiga KNOWLEDGE - 7%. walaupun
peratusnya kecil namun ia
juga tidak kurang pentingnya.................................................

Akhirnya dapatlah aku simpulkan untuk diri aku sendiri....bengkel
ini amat berguna walaupon mulanya aku rasa macam liat jer nak pi bengkel ni...
Sebenarnya banyak maklumat yang boleh didapati dalam bengkel
tersebut....aku cuma mampu menceritakan hanya sekelumit
saja yang masih tinggal dalam kotak fikiran aku...
Terima kasih bebanyak kepada semua AHLI KUMPULAN aku yang
rajin, gigih, bekerja keras dalam setiap aktiviti berkumpulan
yang 'diwajibkan' kepada kita untuk diselesaikan....

....terima kasih semua dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

3 comments:

hilmibaba said...

kejayaan tu baru 99% lagi 1% apa dia?

studioukm said...

Laaaaaa....tak perasan pulak masa bengkel....agaknya sebab dah petang kot...hampir nak balik....

hilmibaba said...

Hahaaha