Sunday, November 30, 2014

mcp..oOOo...mcp..'asean arts festival'

SEMALAM, SABTU, 29 N0V 2014, kami membuat rakaman MCP 'UKM-ASEAN ARTS FESTIVAL di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UKM..
Kerja masa orang lain berehat buakannya mudah beb....
tambah pulak hari hujan, waktu malam
pulak tu..........
Apa-apa pon da menjadi tugas, maka
perlulah dilaksanakan....................................................
Aku malas nak bercerita panjang...lagi sekali aku berharap foto-foto ini
mampu menceritakan segala-galanya kepada anda semua.....








foto dari YAN....kurang krew malam ni...
sempat ber selfie..




foto dari fb sdr. kamarul...

sorang pembantu jer malam ni...



foto dari fb sdr. kamarul...
foto dari fb sdr. kamarul...
4th UKM - ASEAN Arts Festival merupakan persembahan kesenian yang telah di persembahkan oleh universiti-universiti asean. Malam ni universiti yang terlibat ialah dari Singapura,
Filipina, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, dan Malaysia......
agak menarik gak persembahan mereka....
Tak ramai krew bantuan 
yang hadir membantu...mungkin kerana
hujan kut atau mungkin sebab mereka mengambil kesempatan
membawa keluarga bercuti sempena cuti sekolah yang panjang di kala ini....
Apa-apa pon aku nak ucap terima kasih yang datang membantu iaitu YAN, KHUSAIRI,
HATA dan HAJI SULIMI serta krew UAV sendiri iaitu
SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI dan
HAJI IZAD......
Video ni akan aku upload ke YouTube bila da selesai di edit....jangan
lupa tonton jika mahu...cuma taip UAV UKM di search
YouTube...............................

Terima kasih kerana membaca......

DAUD.montak.zakaria

Monday, November 24, 2014

Debat n Pidato Pelajar Sabah...

MALAM tadi, Ahad, jam 8.00 malam kami membuat rakaman MCP 'DEBAT
dan PIDATO PIALA D'BAYU. Sebenarnya ia merupakan program
anjuran pelajar IPTA SABAH seluruh Malaysia....
La ni da jam 1.30 pagi, malas nak
tulis panjang panjang, lihat foto-foto ni...anggaplah
ia bercerita kepada anda................................................................................
















Malam tadi hujan lebat, krew tak ramai yang dapat hadir membantu..
Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak terutama kepada
KREW JEMPUTAN iaitu AHMAD YUNUS,
SULIMI dan KHUSAIRI.....

sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 23, 2014

bengkel...oh...bengkel...

photo by IKHWAN
photo by ABD RAAI

....ambil dari fb KAMARUL BAHARIN SUPAAT...sorry KAMARUL, mintak
izin amik foto ni...opst! da amik baru minta izin.....
....terima kasih bebanyak....
SEMALAM, SABTU, 23 November 2013, 8 am - 5 pm, aku pi menghadiri BENGKEL
di PURI PUJANGGA, UKM. Bengkel berkenaan adalah bengkel
KOMUNIUKASI BERKESAN MENGGUNAKAN
NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING
(NLP)
Bengkel berkenaan
sarat dengan ceramah dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan secara berkumpulan. Sejujurnya aku bukanlah rajin
sangat nak hadiri bengkel, maklumlah dah rasa letih dengan bengkel2....
Penceramah bengkel tersebut ialah DR. AFFENDI & PUAN HASLINA dari
SUCCESS TRAINING. Bengkel tersebut adalah fokus kepada
KOMUNIKASI. Ia berkaitan kenali diri sendiri
dan orang lain serta cara berkomunikasi.
Termasuk dalam berkel terbabit ialah menghindar 
diri daripada sikap suka mengumpat. Mengumpat merupakan
sikap yang sudah mendarah daging dalam masyarakat kita, tak kira di mana.
Penceramah kata kita sukar untuk mengubah sikap orang lain(dunia) tapi mungkin
kita lebih mudah mengubah diri kita sendiri...Jika setiap individu
mengubah dirinya sendiri menjadi baik tentu semua 
sikap buruk mampu dijernihkan.....tak gitu? Jika setiap individu
dalam dunia ni baik2 belaka tentu dunia ini jadi aman dan selamat untuk didiami..
Tapi pandangan aku pulak,  jika semua manusia baik tentu NERAKA
tidak diwujudkan....kan...kan...kan...opst!

...yang ni agak tricky...
ahli kumpulan yang giat...
Diantara isi yang aku dapat dalam bengkel berkenaan ialah manusia
terbahagi kepada tiga golongan iaitu VISUAL, AUDITORI dan KINESTHETIK.
Melalui daripada beberapa soalan bertulis yang aku selesaikan, aku dikatogorikan
 dalam golongan VISUAL...Antara sifat orang VISUAL ialah suka yang KEMAS, 
perlukan fakta-fakta yang jelas dalam segala
hal, tertarik kepada bentuk gambaran2 seperti iklan yang
menarik dan berwarna warni, tak suka kata2 yang melalot...kot....itu apa yang aku faham....Penceramah juga kata.. setiap individu boleh berubah sama ada 
golongan visual, auditori atau kenesthetik dalam masa yang berbeza,
serta manusia juga boleh mempunyai kedua-dua sifat 
atas faktor2 yang tertentu........
Lagi....penceramah kata.........rata2 orang
VISUAL mempunyai bentuk badan yang TINGGI LAMPAI tapi aku
 macam TAK CUKUP TINGGI jer...ekekekeke...opst! bersyukurlah dengan 
apa yang telah PENCIPTA cipta untuk diri kita....

...bertungkus lumus....
...aku hanya mampu perhati jer bila kerja
yg yang didominasi oleh golongan FEMININ....
Satu lagi yang aku dapat dalam bengkel berkenaan ialah kita berfikir
menggunakan OTAK KIRI atau OTAK KANAN...Sekali lagi menerusi soalan2
yang perlu dijawab secara bertulis, AKU dikatogorikan dalam kumpulan
yang MENGGUNAKAN OTAK KIRI. Antara ciri-ciri orang
yang menggunakan OTAK KIRI ialah TIDAK 
KREATIF ....oooOOooo...patutlah aku tengok jer bila grup aku
buat projek kumpulan terutama projek yang di dominasi oleh golongan FEMININ..
...sorry arrr...kerana tak banyak membantu, cuma hulurkan kertas jer.....opst!
Satu lagi yang aku ingat, penceramah kata orang yang guna OTAK KIRI
 TIDAK BOLEH membuat banyak kerja dalam satu masa......

...masing masing berusaha dgn gigih...
...ini sesi MENJELASKAN PROJEK kepada umum oleh
EN. RAAI...
cantikkkkkk...projek kami tu...projek ni dapat nombor DUA beb...

Bengkel tersebut jugak menjelaskan KEJAYAAN adalah bergantung
kepada 3 perkara....iaitu..........SIKAP - 80%, jadi baikilah mana-mana sikap kita yang
tidak baik. Kedua ialah SKILL -12%, mungkin jika kita punyai
skill, namun punyai sikap kurang rajin, ia tidak akan membuahkan apa-apa.......
Ketiga KNOWLEDGE - 7%. walaupun
peratusnya kecil namun ia
juga tidak kurang pentingnya.................................................

Akhirnya dapatlah aku simpulkan untuk diri aku sendiri....bengkel
ini amat berguna walaupon mulanya aku rasa macam liat jer nak pi bengkel ni...
Sebenarnya banyak maklumat yang boleh didapati dalam bengkel
tersebut....aku cuma mampu menceritakan hanya sekelumit
saja yang masih tinggal dalam kotak fikiran aku...
Terima kasih bebanyak kepada semua AHLI KUMPULAN aku yang
rajin, gigih, bekerja keras dalam setiap aktiviti berkumpulan
yang 'diwajibkan' kepada kita untuk diselesaikan....

....terima kasih semua dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, November 20, 2014

...selesai edit beberapa video lagi...dot untuk hari ni...

HARI ini, RABU, 20 NOV. 2014, aku da dapat siapkan suntingan untuk
beberapa video lagi dan ada yang telah di upload
ke YOUTUBE............tonton ler
kalau nak.....





Suntingan yang aku buat hari ni ialah PERTANDINGAN ZAPIN....kerja2 suntingan
bukanlah sukar sangat, yang penting rajin dan beri tumpuan serta jangan 
jemu....dan yang paling penting MINAT DENGAN
KERJA tersebut adalah aset yang 
paling utama...kerana............
..........................tanpa minat tentu tak bermakna.................
Jika mempunyai minat tentu kita mampu duduk depan 
komputer suntingan dari pagi hingga petang setiap hari selagi tugas tidak selesai..


....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 16, 2014

...mcp...oh...mcp...

bicara persada...


SEMALAM, Sabtu, 15 Nov. 2014, kami membuat rakaman MCP Pertandingan Zapin.
Program tersebut berlangsung jam 8.00 malam. Namun persiapan teknikal 
kami bermula sejak petang lagi. Bagaimana pon persiapan awal kami
terpaksa ditangguh sedikit kerana terdapat acara saringan
pertandingan zapin sebelum masuk peringkat
akhir yang kami rakamkan jam 8.00
malam semalam.......
Sebenarnya ini merupakan
hari ketiga berturut-turut kami membuat
rakaman MCP. Hari pertama, Khamis, kami membuat rakaman
BICARA PERSADA, berkaitan ISIS, Jumaat pula kami membuat rakaman
MCP BAKAT UKM 2014, dan semalam iaitu PERTANDINGAN ZAPIN dan malam
ini ada satu lagi rakaman iaitu KONSERT GAMELAN yang melibatkan
IPT seluruh negara. Hari Isnin pula kami akan membuat rakaman
calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM...
Agak sibuk jugak kami pada hujung
minggu ni...........
Aku paparkan beberapa foto yang akan
menjadi penyambung BICARA AKU seterusnya........

persiapan di Persada Canselori...
persiapan di persada canselori..
persada...
persada
minum pagi dan sembang2 sebelum bicara persada...
minum dan sembang2...
minum dan sembang2...
persada
persada...
sambutan menggalakkan di persada...
persada...bicara berkaitan ISIS..

bintang ukm 2014
bintang....
bintang ukm
bintang cemerlang..

tumpuan kepada bintang...
bintang terpendam di studio...
bintang...
switcher...
switcher 2

acara zapin..
juruaudio...
bilik kawalan rakaman video...
hadiah...
penghargaan..
Harap foto-foto mampu bercerita....
Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat.....
Terima kasih jugak kerana sudi membaca.....

DAUD.montak.zakaria